Showing posts with label Isu semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu semasa. Show all posts

Monday, January 6, 2014

Penjelasan Isu Bughah Oleh Mufti Perak | Auta Dan Fakta Bila Dimanipulasi


Bila fakta dimanipulasi oleh golongan yang pandai memanipulasikan cerita.... yang fakta pun jadi auta.. yang auta dijadikan fakta... haih... kesian pulak bila difikirkan balik... kenapa tak jujur jer menyampaikan satu-satu kenyataan oleh pihak yang ditanya? Kenapa perlu ditapis-tapis mengikut selera sendiri? Yang benar dijadikan agenda, yang isu dihilangkan dengan isu lain.. mana nak cari kebenaran... Ikuti laporan terbaru dari Mufti Perak berkenaan isu bughah yang telah menjadi mangsa golongan yang suka memanipulasikan berita dan laporan mengikut kepala sendiri.... 

BANGI, 6 Jan – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini mengeluarkan satu kenyataan rasmi sebagai penjelasan berhubung kenyataannya dalam isu bughah.

Dalam satu kenyataan sebanyak enam muka surat itu, Tan Sri Harussani menjelaskan bahawa beliau tidak bersetuju jika demonstrasi dijadikan sebagai cara terbaik untuk menggerakkan kerajaan yang lalai.

Jelasnya, beliau tidak rela dengan apa yang berlaku di Mesir di mana kerajaan yang sah digulingkan secara kekerasan berpunca daripada demonstrasi yang menyebabkan ribuan nyawa terkorban.
Beliau juga risau sekiranya demonstrasi ini menjadi tindakan biasa dan jalan pintas terhadap sebarang ketidakpuasan hati segelintir rakyat. Maka, keamanan dan kestabilan ekonomi, politik dan masyarakat tidak akan berlaku.
 
Selain itu, beliau juga menyalahkan pihak media yang menemuramah beliau kerana tidak menyiarkan sepenuhnya kenyataan beliau dalam isu-isu yang berkaitan semasa sesi temuramah tersebut.
Atas sebab kerisauan yang amat tinggi, beliau menzahirkannya dengan mungulangi ketetapan para ulama yang menggambarkan betapa usaha menjatuhkan kerajaan yang sah secara kekerasan itu sangat bahaya kepada kesatuan ummah bahawa golongan bughat ini boleh diperangi setelah diajak berdamai seperti direkodkan dalam pelbagai kitab termasuk al fatawa al kubra karangan Ibn Taimiyyah.
 
Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

KENYATAAN RASMI S.S. MUFTI KERAJAAN NEGERI PERAK BERKAITAN ISU “ BUGHAH ” DAN “ HALAL DARAH
Merujuk kepada laporan akhbar Berita Harian dan portal Malaysiakini bertarikh 2 Januari 2014 yang menyatakan di halaman utama bahawa Perhimpunan Haram Di Dataran Merdeka “Penderhaka”, peserta perhimpunan sebagai “Bughah” iaitu penderhaka terhadap pemerintah adil. Sementara di halaman 10 akhbar Berita Harian ditulis pernyataan “sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari Hukum Syarak dihalalkan golongan bughah”. Akhbar Sinar Harian bertarikh 5 Januari 2014 di halaman utama dan kedua juga sarat dengan pandangan saya berkenaan isu “Bughah” dan demonstrasi.

Kenyataan-kenyataan tersebut telah diterbitkan menerusi media arus perdana dan dikatakan menjadi polemic dan kecelaruan kepada masyarakat. Pada dasarnya, ianya adalah kenyataan daripada saya apabila ditemubual oleh wartawan akhbar Berita Harian dan Sinar Harian namun, kenyataan panjang saya kepada Berita Harian berhubung perkara tersebut dipendekkan malah difokuskan hanya kepada isu demonstrasi “ TURUN” sahaja. Sedangkan terdapat isu lain termasuk penganjuran Konsert di Ambang Tahun Baru “ditiadakan” sebagai bahan berita.

Diizinkan Allah saya dapat menatap isu dan berita perihal demonstrasi setiap kali ianya dianjurkan oleh pelbagai pihak di Malaysia. Setiap kali penganjuran demonstrasi dilaksanakan, maka saya akan dihubungi untuk memberi ulasan terhadapnya. Apa yang menggusarkan saya ialah apabila berlakunya demonstrasi dalam skala yang besar di negara ini maka, majoriti para pesertanya adalah orang Melayu yang beragama Islam. Maka, secara jelasnya akan berlaku pertembungan antara dua pihak yang mana kedua-duanya merupakan warga Muslim. Jika berlaku pertembungan tersebut sudah tentu ia akan menghasilkan kemudaratan ke atas pihak-pihak, di samping akan menguntungkan mereka yang berkepentingan dan yang menangguk di air yang keruh.

Nasihat dan peringatan
Oleh yang demikian, selagi diberi amanah saya tidak akan berputus asa untuk menegur dan mendamaikan kedua-dua kumpulan yang merupakan saudara-saudara saya. Sudah tentu ayat al Quran surah Al Hujurat ayat 9 menjadi panduan yang bermaksud :
“…Dan jika dua puak dari orang-orang beriman berselisihan, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya bersifat melampau (zalim), maka lawanlah puak yang melampau (zalim) itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah diantara keduanya dengan adil (menurut hokum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil…” .

Sebab penurunan ayat ini dengan satu riwayat daripadanya ialah perbalahan yang ditimbulkan oleh Abdullah bin Ubai yang menyemarakkan perbalahan dengan mengatakan bahawa kencing himar Rasulullah ketika Baginda SAW menziarahi Sa’ad bin Ubadah telah menyakiti beliau.
Dalam riwayat yang lain pula merekodkan perbalahan itu berlaku sesama golongan ansar.( tafsir Ibn Juza)

Saya berpandangan bahawa syarat “syaukah” yang sering dikaitkan dengan bughah masih dijadikan perbahasan seperti yang terkandung dalam kitab-kitab feqh contohnya kitab nihayatul Muhtaj.
Dalam kes Abu Bakar al Siddiq memerangi orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat juga memberi gambaran kepada kita bahawa tindakan memerangi mereka juga diambil walaupun golongan ini tidak mempunyai senjata namun ia didokong oleh sekumpulan manusia yang mempunyai bilangan ramai dan munasabah mencetuskan suasana tidak aman kepada pemerintahan.

Pembentukan negara kita berasaskan sistem demokrasi berparlimen. Rakyat diberi hak untuk menentukan pemimpin yang mereka kehendaki berdasarkan sistem pilihanraya. Oleh itu, adalah tidak wajar sama sekali rakyat dihasut untuk mencari mekanisme yang lain bagi menyatakan ketidakpuasan hati kerana negara ini mempunyai instrumen yang diakui untuk menyampai hasrat rakyat seperti parlimen, Dewan Negara, Dewan Undangan Negeri ataupun mahkamah. Tanpa menafikan hak rakyat untuk berhimpun secara aman sepertimana yang dilaungkan namun, rantaian demonstrasi yang telah berlaku mencatatkan sebaliknya. Telah timbul kebimbangan kepada rakyat di sekitarnya kerana kemudaratan lebih terhasil daripada manfaat.

Larangan memberontak
Saya menekuni hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
Sesungguhnya akan timbul selepas aku sifat pentingkan diri ( daripada pemimpin-pemimpin kamu) dan perkara-perkara yang kamu ingkar ”. Sahabat bertanya , “ Wahai Rasulullah ! Apakah yang engkau perintahkan kepada kami? Jawab Baginda SAW “ Kamu hendaklah menunaikan hak yang diwajibkan ke atas kamu dan mintalah hak kamu daripada Allah ”.

Imam Al Nawawi menyatakan bahawa terdapat dorongan di dalam hadis ini untuk dengar dan taat sekalipun pemerintah adalah zalim. Sebagai rakyat, seseorang itu perlu memberikan hak pemimpin iaitu ketaatan dan tidak memberontak, bahkan dia perlu merendahkan diri kepada Allah dalam usaha menghapuskan kemudaratan pemimpin, menolak kejahatannya dan berusaha untuk membaikinya. Ini bertepatan dengan saranan Nabi Nabi SAW bahawa cara teguran terbaik adalah secara bersemuka.
“Seafdhal-afdhal jihad ialah memperkatakan kebenaran di hadapan pemimpin yang zalim.(HR Abu Daud)

Antara adab penting yang wajib diambil kira dalam menasihati pemimpin ialah memberi nasihat secara sembunyi, bukan secara terang-terangan berdasarkan hadith:
“Sesiapa yang ingin menasihati pemerintah berkenaan sesuatu urusan maka janganlah dizahirkan secara terang-terangan tetapi hendaklah meminpin tangannya ke tempat yang sunyi sekiranya dia menerima nasihat maka niatnya telah tercapai tetapi sekiranya ia enggan menerima nasihat maka sesungguhnya orang yang memberi nasihat telahpun melaksanakan tugasnya.”(HR Imam Ahmad)
Imam Ibnu Hajar Al Asqolani merakamkan dalam kitab Fathul Bari bahawa “ para Fuqaha telah sepakat atas kewajiban untuk mentaati pemimpin yang berkuasa dan untuk berjihad bersamanya. Ketaatan kepadanya lebih baik daripada memberontak kerana dapat mengelak daripada tercetusnya pertumpahan darah dan memberi ketenangan kepada orang ramai ”.

Belum pun ditinjau dari sudut istilah syara’, perkataan bagha dari sudut bahasa sudah pun membawa maksud kerosakan, melampaui batas, hasad dan kezaliman. (Maqayis lughah, Mukhtar al Sihah dan lisan al arab). Laporan Berita Harian hanya melaporkan pandangan saya tentang kerisauan saya tentang kesan bagha para penunjuk perasaan walhal saya juga membuat teguran yang sama kepada perbuatan bagha penganjur pesta maksiat sempena sambutan awal tahun.

Jika dikatakan demonstrasi adalah cara terbaik untuk menggerakkan kerajaan yang lalai, maka saya fikir itu bukanlah cara yang bersesuaian kerana saya tidak rela dengan apa yang berlaku di Mesir di mana kerajaan yang sah digulingkan secara kekerasan berpunca daripada demonstrasi yang menyebabkan ribuan nyawa terkorban. Apa yang merisaukan saya adalah sekiranya demonstrasi ini menjadi tindakan biasa dan jalan pintas terhadap sebarang ketidakpuasan hati segelintir rakyat. Maka, keamanan dan kestabilan ekonomi, politik dan masyarakat tidak akan berlaku. Seperti dimaklumi, mekanisme menurunkan kerajaan secara aman telah disediakan secara terhormat dan demokratik serta telah terbukti mampu dibuat secara aman damai. Buktinya ialah terbahaginya negeri-negeri di Malaysia ini di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Kerisauan saya ini saya zahirkan dengan mengulangi ketetapan para ulama yang menggambarkan betapa usaha menjatuhkan kerajaan yang sah secara kekerasan itu sangat bahaya kepada kesatuan ummah bahawa golongan bughat ini boleh diperangi setelah diajak berdamai seperti direkodkan dalam pelbagai kitab termasuk al fatawa al kubra karangan Ibn Taimiyyah.Semoga tanah air kita terselamat dari golongan ini dan menyelamatkan kita semua.
 
Saya menyeru semua umat Islam berhati-hati dari terjebak menjadi ‘ayam laga’ kepada pihak-pihak yang berkepentingan melalui perkakas-perkakas media dan sebagainya kerana mereka sangat irihati jika umat Islam bersatu dan bersepakat. Ingatlah pesanan dan ancaman Rasulullah SAW :
Jika datang kepada kamu sekumpulan manusia dengan seorang pemimpin yang bertujuan untuk merobek kekuatan kamu dan memecahbelahkan Jemaah kamu maka bunuhlah ia. (Hadith Riwayat Muslim)

Hadith ini sebagai peringatan serius Nabi SAW agar dikekalkan penyatuan ummah dan segala usaha memecahbelah umat patut ditangani secara tegas dan tuntas.

Kesimpulannya, sekiranya berlaku percanggahan pandangan terhadap isu ini , ianya merupakan pemahaman dan penilitian saya terhadap isu dan kaitannya dengan reality semasa di negara ini. Saya tiada niat lain kecuali mencari redha Allah dan melihat perpaduan umat Islam terus terpelihara khususnya dalam menghadapi cabaran-cabaran semasa.

The End

Okeh... dari laporan nie...nampak la kenyataan Mufti Perak dimanipulasikan.... kesimpulan sebenarnya... cuma tidak elok berdemonstrasi secara membabi buta.. elok diberi nasihat secara sembunyi kepada pemerintah... jika tidak didengari, terpaksa ikut dulu buat seketika..bila dah tiba masa rakyat berkuasa (PRU yang seterusnya), maka gunalah kuasa memilih itu sewajarnya... Faham? Jangan mudah lupa sudah la yer...Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah juga kan... :)

Boleh dibuat memorandum dan surat bantahan... demo secara aman takpe..cuma takut ada segolongan cuba menjadi batu api dalam selimut je.. Dibaling batu, disorok tangan, dituding ke arah sipulan yang tak tau pape...u know wat i mean..

Wednesday, September 4, 2013

Apabila Minyak Naik Harga.. | Kesan dan Akibat


Semua tahu kan minyak petrol di Malaysia nie naik harga lagi bermula 3 September 2013 sebanyak 20 sen.. Sebelum nie minyak RON95 berharga RM1.90 dah jadi RM2.10 seliter... Nampak sikit je 20 sen tu...tapi impak kepada golongan sederhana sangatlah tinggi... Sebab apa? Sebab kesan dan akibat dari kenaikan harga minyak RON95 tu akan memberi kesan dominos kepada perkara yang lain.... 

Perkara yang mungkin berlaku pabila minyak naik harga nie.... Kenaikan harga barang runcit... memang ler kalau dikira logiknyer tak la kan...sebab pemborong dan peruncit guna lori untuk penghantaran...which is depa nie tak guna minyak petrol RON95 pon....depa guna diesel... Tapi itulah hakikatnya... Mesti akan ada kenaikan harga barangan runcit....

Satu lagi yang bakal berlaku nie.... Kenaikan harga barangan ayam, daging, dan ikan... Tunggu dan lihat je ler... Sekarang nie pun dah jauh beza harganya kalau nak dibandingkan setahun lepas.... Sebelum minyak naik harga aritu pun dah naik harga ayam... Tunggu la lagi dua tiga minggu atau dua tiga bulan lagi... mesti ada kenaikan harga.... 

Tambang teksi dan bas pun turut naik! Percaya atau tak.... perkara nie pun dah dikhabarkan telah dalam proses nak naik harga tambang.... Pelik kan... kebanyakan teksi kat Lembah Klang nie guna NGV kot.... Kenapa sebab minyak petrol RON95 naik, depa naikkan tambang? Strategi pemasaran? Bas pun sama.... bas guna diesel.... Tapi dah dengar-dengar dah cerita tambang bas dah naik..... Kenyataan dan realiti kehidupan....

Satu lagi perkara yang turut naik bila minyak naik harga ialah.....Ramai yang akan NAIK ANGIN!! Marah la wei.... dah la duit dalam poket nie dah tercungap-cungap je nak uruskan kewangan semasa.... Kene pula re-bajet sebab minyak naik harga... Ye la...orang yang bergaji besar mungkin tak terasa kan...tak faham apa yang dialami golongan kebanyakan nie.... Siap boleh bagi reason... Kenaikan minyak takde kesan sebab depa guna motor..tak terasa sangat... Nie reason yang sangat hampeh dan sangat kecik skop pemikirannya.. Dah terkantoi di situ level pemikiran depa yang sangat jelas berada di bawah tempurung dan mementingkan diri sendiri semata-mata....  Cakap 1Malaysia... Sila berfikir atas dasar 1Malaysia la kan... 

Sebab apa minyak naik harga? Banyak bahan bacaan dalam internet... Yang mana betul yang mana salah... wallahuallam... Semua boleh kelentong mengikut daya kreativiti masing-masing... Aku pun dah tak tahu yang mana betul yang mana salah.... Semua reason ada sebab musababnya...dan sebab-sebab dan hujah yang diberi semuanya nampak logik dan seakan-akan benar... So.... nak tak nak.... terima tak terima... Kita nie terpaksa terima je la! Walau apa pun kebenaran di sebalik kenaikan harga minyak tu... Kesannya tetap sama... Minyak dah naik...kita nie powerless nak ubahnyer sekarang.... Nak tak nak...Kita yang akan merasa.....

So...apa yang kita perlu buat sekarang... Pecahkan stesen minyak? Mengamuk bagai dan mencarut dalam Facebook dan Twitter? Mengutuk macai-macai yang sememangnya cuma tahu sesuatu isu yang timbul tu sekadar hujung iceberg sahaja? Memboikot penggunaan minyak (sementara waktu) lepas tu guna seperti biasa bila kemarahan dah reda? Apa tindakan kita??

Semuanya tu sementara jer... melakukan tindakan ketika marah... lepas dah reda...ramai yang akan lupa... Itu SILAP kita... Apa yang kita perlu buat...Terima segala apa yang berlaku... Dan INGAT...Ingat segala  janji yang ditabur... Ingat segala tindakan yang dihulur...Dan tambahkan ilmu...tambahkan pengetahuan tentang isu semasa dengan banyakkan bahan bacaan yang pelbagai... Analisis dan INGAT (jangan lupa) segala apa yang berlaku bermula dari sekarang sehingga kita ada power balik nak bertindak... nak mencorakkan perjalanan negara kita (Pilihan raya).... Jika segala perubahan...segala transformasi yang berlaku sepanjang tempoh tu...korang setuju....so kekalkan jelah.....jika tak setuju...banyak kemudaratan....Beranikan diri... korang cuba ubah...fikir dari sekarang... Ini negara kita... Sayangilah ia seperti mana kita sayangi diri kita.. Yang penting...INGAT SEGALA APA YANG BERLAKU bermula dari sekarang... Aku tahu rakyat Malaysia nie sudah BIJAK... Gunakan kebijakan itu ke jalan yang benar..

Negara nie lah nanti akan jadi tempat di mana anak-anak kita akan membesar nanti... Bagaimana kita nak membentuk persekitaran yang selamat dan bahagia kepada anak-anak kita nanti.... Cuba renungkan dan fikirkan... Kita kan negara merdeka... ada kebebasan... Gunakan sepenuhnya....Jangan bertindak mengikut emosi... bertindaklah secara matang... Don't be a macai (mana-mana pun sama) anymore... be a Malaysian.. Kitakan 1Malaysia..

P/S: Kebebasan memilih di tangan kita... Terima, fikirkan, dan bertindak secara matang...

Wednesday, July 31, 2013

Tembak Sana Tembak Sini | Malaysia Masih Aman


Kekadang takut bila baca surat khabar sekarang ... Adaaa jer berita orang kena tembak... Tembak sampai mati pulak tu... Kalau tembak guna pistol air atau pistol mercun setakat bunyi peh peh peh tu tak pe la kan... Tapi...kekadang berita kes kene tembak dengan pistol air nie ada masuk jugak dalam berita bila melibatkan ahli politik.. he he he.. Ok...ok....takde. Saje bergurau....

Dulu-dulu.... kalau bab berita tembak-menembak nie.... Mesti datang dari negara Amerika... Negara yang ramai dari kita anggap negara yang maju dan idaman bagi semua shoppaholic barangan berjenama.... Tapi kena ingat.... Banyak tembak-menembak kat sana sebab keruntuhan moral depa dah menjadi-jadi... Terlampau open-minded sampai tak terjangkau dek akal kita yang waras nie haa... Adakah kita juga menuju ke arah wawasan keruntuhan moral macam depa??

Sekarang.... banyak perkara tembak dah berlaku kat Malaysia nie... Kebanyakan melibatkan orang-orang yang mempunyai nama hebat di Malaysia... Ketua Kastam... Perintis bank... businessman... Ada jugak melibatkan cikgu sekolah.... Ape dah jadi kat Malaysia nie?? Kenapa depa ditembak? Dan sape yang menembak? Adakah sebab pengaruh games tembak-tembak sekarang dah banyak? Atau pengaruh movie-movie tembak dan gangster yang makin dinaikkan popularitinyer sampai ada yang idolanya nak jadi macam Mael Lambong? Atau sebab lain?


Ramai yang skeptikal dah mula sindir... "Malaysia kan negara aman".. Sekali fikir, memang patut ditanya soalan nie dekat kita sendiri... Betul ke aman? Kalau cikgu-cikgu yang keje nyer mengajor anak-anak..mendidik budak sekolah mengenal erti kehidupan dunia dan mengenal nombor dan huruf...akhirnya kehidupan mereka sendiri berakhir dengan tragedi ditembak sampai mati....Apa pandangan anak muridnya tentang dunia nie? Apa pandangan depa tentang huruf dan nombor nie? Apa pandangan anak-anaknya nanti? Yang paling penting... Siapa yang nak ajor budak-budak tu nanti kalau semua kene tembak? Awak? Awak? Ataupun Awak? *Sambil tuding-tuding jari kat pembaca..imagine jer ler...*

"Ayahku mati ditembak orang...dan pembunuh masih gagal dicari..." Mungkin nie ler dialog si anak tu... Tak ker nanti timbul perasaan dendam ingin mencari sape pembunuhnya? Kalau yang membunuh ayahnya tu kaum lain... tak ker menimbulkan race barrier nanti dalam hati si budak tu... Bukan ker kebanyakan remaja bermasalah timbul dari masalah dalaman macam dendam-mendendam seperti nie? Apa akan jadi dengan pembangunan sosial 10-15 tahun akan datang di Malaysia nanti? *lekuk-lekuk dahi*

Mengapa tetiba banyak kes tembak sampai mati nie? Adakah sebab lesen senjata api semakin senang dibagi...atau senang diseludup masuk? Adakah kita nak mencontohi jugak Amerika dari segi bab penjualan senjata api dah macam jual keropok lekor kat negara kita nie? Takkan tu pun nak tiru koOot...Dah la dunia hiburan...fesyen pemakaian...semua dah tiru walaupun bertentangan dengan ajaran Islam... *tepuk-tepuk pipi sendiri bagi sedor sikit realiti di sebalik fantasia pari-pariku gangster*


Bukan nak cari silap sapa... tapi saja nak ajak pembaca blog Wacanaku nie fikir sesama.... Di mana punca dan salahnya... Di mana lopongnya sistem perundangan di Malaysia sampai kes bunuh ditembak nie makin menjadi-jadi... Di mana puncanya tetiba kes jenayah tembak nie semacam rama-rama yang baru keluar dari kepompong jer... Semacam satu virus baru sedang merebak dalam masyarakat kita... Tak penting bagi kita? Jangan kate gitu.... Anak-anak kita nanti nak membesar di negara Malaysia yang aman [Insya Allah aman lagi masa depa besar??] nie kan.... Sekarang depa dah start tanya mak ayah bila tengok berita kes bunuh tembak nie... "Mak..mak....asal dia kena tembak ek?"... "Papa.... kesiannya dia mati kena tembaak.." .. "Abi.. Ada kes tembak lagi la... Eeee...takutnya sekarng ek.." .. Aku rasa jiwa seorang ayah dan ibu mesti terfikir benda nie.... How to raise our child in this cruelty world~~ Apa yang terbaik yang boleh kita cuba sampaikan...... It's a hard task u know.....

Kita hidup berjiran...bermasyarakat... apa yang berlaku dalam masyarakat... ia sebenarnya penting bagi seluruh manusia yang berada di kawasan yang sama itu... Contohnya negara Malaysia nie... Apa-apa jer berlaku di negara... penting bagi kita...tak kira secara direct-contact atau indirect... Secara kasar atau halus... Secara sipi-sipi atau buta-buta kena atas muka.... Memang akan tercalit sedikit sebanyak.... So..... apa puncanya? Boleh fikirkan?

Tak perlu tuding jari...tak perlu tuduh menuduh... Puncanya ada dalam masyarakat tu sendiri... Segala masalah yang berlaku dalam masyarakat...sudah pasti kerana masyarakat itu sendiri yang bermasalah... So..kita nie sebenarnya bermasalah... Aku dapat fikirkan satu kemungkinan masalah yang menjadi akar umbinya.. Kehidupan kita tidak mengikut ajaran Quran...sunnah-sunnah Rasulullah...dan terlampau mengejar kebendaan saranan negara barat moden tu.... 

Bila tengok dalam laporan setiap kes... Banyak kes berpunca dari berhutang dengan Along... Kes rasuah... Kes gangsterisme.... Kes penipuan.... Kes-kes yang puncanya... akibat jauh dari ajaran Islam... Kalau yang non-muslim...depa tak ikut ajaran agama depa tu sendiri... Takde agama yang membawa umatnya ke jalan yang sesat dan merosakkan.... Kenapa ramai dari kita sanggup meninggalkan ajaran agama masing-masing sedangkan ajaran tu membawa ke arah keharmonian sejagat? Dah weng ke haper ek.... 

Kata golongan sekarang dah makin bijak...dah makin tinggi IQ pemikiran berbanding dulu-dulu... Tapi mengapa kebijaksanaan manusia sekarang semakin menampakkan kebodohan dan ketidakmatangan dalam membuat keputusan dalam mencari jalan kehidupan depa sendiri?? Why?? Why?? Whyyyyyyy????? *Pengsan*

Ok la stakat nie.... aku rasa korang dah dapat grab kot apa yang aku nak sampaikan.... Biar agama yang menjadi guide kehidupan kita... bukannya kebendaan materialistik ape ke jadah itu yang menjadi raja dalam target kehidupan kita.... Dalam Islam... panduan hidup sudah ada dah dalam setiap almari dan rak-rak buku korang tu... Al-Quran Al-Karim... Baca...baca...dan baca lagi... dan fahamkan setiap perkataan dan maksudnya.... Insya Allah korang dapat la panduan sebenar...dan mungkin korang akan dapat agak jugak...apa lagi punca-punca yang lain selain kurangnya ilmu agama dalam setiap individu dalam masyarakat.... banyak dah kita abaikan cara hidup yang sebenar..... Terlampau banyak.... Kita sekarang cuma tengah tunggu setiap satu kesilapan yang dah kita buat... terkena kat kita balik jer... What U give...U get back... Ingat tak lagu omputeh tu? Kot-kot tak mau dengar hadis... aku bagi ler lirik lagu versi Amerika... he he he... *Mintak terasa ayat sarcasm itu*

Sunday, May 26, 2013

Tahniah Ustaz Azhar Idrus !! | Kahwin Kali Ketiga


Barakallah kepada Ustaz Azhar Idrus kerana telah berjaya menyelesaikan majlis perkahwinannya yang ketiga... beruntungnya si isteri baru tu kan... beruntung lagi ustaz..hehehe... Semoga diberi keberkatan kepada Ustaz... Aminn

Kepada yang lain-lain... Jadilah seorang yang beriman dan bertaqwa dulu sebelum nak consider diri tu nak kahwin ramai... bukan harta sahaja yang kene ada... ilmu agama kenela cukup dulu... Baru boleh nak consider yer....

Respect kat Ustaz Azhar idrus... kahwin kali ketiga... dan majlisnya dihadiri kedua-dua isteri yang terdahulu... Sememangnya takde istilah kahwin senyap-senyap... Kene berdepan dan cakap secara jujur...takde berahsia yer....

Tahniah sekali lagi.... :)

P/S:

Saturday, March 2, 2013

Politik Di Malaysia | Siapa Yang Tidak Matang, Pengundi Atau Pemimpin


Semua benda sekarang memang tak boleh lari dengan isu politik.... Semua nak dikaitkan... Kekadang aku nie sebagai rakyat biasa...Pening dan terkedu bila dengar geng-geng politik nie duk tuduh menuduh berdasarkan isu-isu semasa... Semua duk tuduh ikut sedap mulut dan jari-jemari... Yang sana duk tuduh belah sini...yang sini pun tuduh sana... yang sinun duk tepuk-tepuk tangan jadi lalang... Siapakah si sinun? (Fikir-fikirkan)

Yang paling kuat duk tuduh menuduh nie....orang melayu.. Mintak maaf cakap.. memang itu realitinye... Duk bukak aib si sipulan...yang itu pun carik lubang si sipulan belah sana.... semuanya berusaha dengan gigih dan tekun mencari lubang-lubang yang ada supaya boleh dieksploitasikan dalam agenda tuduh menuduh depa nie... Apa salahnya kalau usaha gigih dan tekun tu disalurkan kepada usaha nak membantu golongan yang memerlukan.... Takde dana... guna la duit gaji yang memang tak habis tu... Berpuluh-puluh ribu sebulan... takkan tak boleh bagi dua tiga ratus kan....Bayar zakat pun jadilah...

Aku dah naik muak dan boring bila baca status-status FB orang yang gila politik nie.... Aku pun kekadang naik bingung dengan golongan ekstremis politik nie.... Status maki hamun dan tuduh menuduh tanpa usul periksa... Kenapa perlu sokong jugak walaupun tindakan segolongan ahli politik tu sekadar membaling batu ke dalam air... Dia baling batu... pastu dia tengok je air tu berkocak...membentuk ripple-ripple sehingga ke benteng.... Dia baling sekali je... Pastu korang la yang dungu duk berbalah sesama sendiri... Kata dah jadi bijak pandai... tapi bab politik...jadi pak turut sampai mati...haih..

Nampak sangat kita-kita nie yang sangat belum matang... Bukannya ahli politik... Kita nie yang belum matang.... Disebabkan kita yang tak matang nie... Dipergunakan sesuka hati... Macam domino effect... Sekali dia jentik... domino tu akan jatuh dengan sendiri nyer sampai ke hujung... Domino-domino itu adalah kita-kita nie la..... Betapa rendah harga diri kita nie kalau jadi pencacai politik....

Tak boleh ke kita berfikir sejenak.... Keluar je sesuatu isu....sila fikir dulu sebelum nak share dan mengeluarkan fatwa-fatwa dan status-status korang yang kononnya kudus dan suci tu.... Dalam sesuatu isu...pasti akan ada yang benar.. akan ada yang cuba mengeksploitasikan keadaan... pasti ada yang cuba mengambil kesempatan sebagai pihak ketiga... Yang melopong nya sapa? Kita-kita nie la....sebab dah la bergaduh tak tahu cerita hujung pangkal... Duk pertahankan benda yang kita pun tak tahu setakat mana kebenaran fakta yang kita dengar tu... Sampai nak maki hamun ikut sedap mulut (Boleh dosa free-free, kalau benda tu fitnah, lagi banyak dosanya).... Pastu kalau menang berbahas isu pun... Aku yakin akan jadi macam pepatah lama itu je... "Menang Sorak, Kampung Tergadai"

Tolongla.....kita-kita nie dah ramai yang belajar tinggi-tinggi...ramai yang lepasan universiti dah... Dah ramai yang bijak dan pandai dah kat Malaysia nie... Semuanya ada akal... Cuma satu je kurang... iman dan amal... Tu yang jadi gini... Cakap sodap le guna hadis la...guna ayat quran la... Tapi pengertian tak ke mana... Bila kena provok dengan yang satu lagi....keluar maki hamun..carut mencarut... Ada ke ayat Quran menghalalkan mencarut dan memaki sesuka hati??? Ada ke dalam Islam menyuruh kita menuduh sesuka hati tanpa fakta yang disahkan benar??? Ada ke dalam Quran dan hadis yang cakap boleh menyebarkan sesuatu berita walaupun berita itu tidak tahu benar atau tidak?? Ada tak????

Aku nak bagi satu lagi soalan.... Ada tak dalam Quran menyatakan yang sesuatu parti di Malaysia itu selalu benar dan tidak pernah buat salah??? Ada tak dalam Quran dan hadis menyatakan seseorang ahli politik itu sempurna dan tidak pernah buat salah dalam tindak-tanduk dan tutur katanya????? Ada tak??? Aku bertanya sebagai seorang orang Islam yang ikhlas kepada semua yang membaca entri nie...ada ke tak cik abang oi?? So..... KENAPA PERLU MEMPERTAHANKAN SESUATU SEKADAR MELIHAT BENDERA PARTI??? SILA TENGOK ISU DAN FAKTA... SILA TENGOK ASAS-ASAS KEBENARAN ISU ITU.... BUKAN TENGOK PARTI MANA YANG KELUARKAN USUL.... Aku yakin....akan ada lopong sana-sini...tak kira la mana-mana parti sekalipun...

Macam mana nak tahu benar ke tak? Sekadar tengok berita kat TV?? Tak..... banyak benda dah dipusing-pusingkan mengikut acuan depa... Baca surat khabar? Ermmm....sama kes macam TV jugak... So... macam mana? Semua benda dah kene pusing nie!! Kalau betul korang nak tahu kebenarannya.... Korang kenelah berusaha... usaha mencari maklumat kebenaran itu secara sendiri-sendiri.... Sebab banyak info dan fakta dalam TV dan akhbar dah dipesongkan mengikut acuan yang depa nak kita faham dan dengar.... 

Malas nak cari sendiri maklumat tu?? So tak payah nak gatal-gatal nak berbahas sampai ke maki hamun dan bertepuk meja.... Sebab tiada siapa yang tahu kebenarannya...hanya ahli politik itu sahaja yang tahu benar atau tidak isu yang ditimbulkan... Jangan kita turut sama terjebak dalam arus penipuan dan pengeksploitasian depa.... Sebab tujuan kebanyakan dari depa nie sama je... PANGKAT, NAMA DAN HARTA... Ada nama kita kat matlamat depa? He he...sorry to say la kan... Faham tak? Korang berjuanglah demi Tuhan yang Satu...bukan demi individu-individu...

Apa salahnya kalau korang duk semeja... sambil pekena air teh tarik ikat tepi dan nasi lemak telur mata... sambil berbincang isu tanpa meninggikan suara... pihak sini apa kata dia.. pihak sana apa kata dia... pihak sinun apa kata dia... pihak luar pulak apa kata dia... Last-last korang akan dapat rasa... yang cerita dan isu yang korang cuba pertahankan tu.... Ada banyak versinya...ada banyak lakon layarnya... Sekadar berkongsikan cerita.. dan ambil ia sebagai peringatan dan tauladan untuk semua yang duk semeja tu... Lepas habis berborak.. bersalam-salaman dan balik ke rumah masing-masing... Didiklah keluarga supaya tak jadi macam isu yang dibahaskan... Salah ke macam tu??

Dunia politik hanya orang yang berada di dalam dunia itu sahaja yang tahu apa sebenarnya agenda yang cuba dibuat... Kita sebagai penyokong kat bawah-bawah nie... Sepatutnya jangan taksub sangat... Macam aku pernah sebut dalam entri-entri sebelum ni... Nak pilih calon undi... korang tengok individu tu sendiri... Adakah dia nak bawak kebaikan...atau sekadar cakap tak serupa bikin... adakah dia nak bawak Islam...atau memang anti-islam... tengok perilakunya...tengok anak bininya.. tengok perangainya... Tak payah nak pikir isu-isu diluar dari kepompong individu itu.. Tengok orang itu...tengok calon itu... 

Adakah dia nie nak kutip sampah kat kaki sendiri pun susah...sampai orang sebelah yang kena tunduk tolong ambilkan... Adakah dia nie tak tutup aurat...tapi duk canang pasal agama... adakah si calon tu selalu cakap menipu... adakah si calon tu suka marah-marah walaupun perkara kecil... adakah si calon tu suka menabur janji dekat dengan pilihanraya sahaja...lepas dah menang selalu tidur je dalam dewan.... Itu semua korang mampu perhatikan... Tengok dan kaji... yang mana membawa kebaikan di kawasan korang sendiri... Aku rasa itu lagi penting....

So...kengkawan... maaf kalau ada salah susun bahasa... aku cuma menyampaikan apa yang aku fikirkan pasal isu politik negara nie... Nampak ketidakmatangan dan kecacatan kita sebagai pengundi... Kita yang memilih pemimpin....cacat si pemimpin sebab kita yang cacat...kita yang undi dia... So...kalau tak suka...undi la orang lain.. Asalkan kita semua berfikir dan matang membuat keputusan demi agama, bangsa dan negara....Aku rasa... kita akan memilih seorang calon secara sepakat dan muafakat...yang akan membawa negara ke jalan yang lebih maju ke depan... Semuanya bergantung pada kita..... Jadilah rakyat yang matang, bijak dan bersopan santun...

P/S: Kalau nak share, dipersilakan.... Kredit kan aje kepada aku - Bro Wacana...:)

Sunday, January 6, 2013

Awas !! Ribut Tropikal Sonamu Bakal Melanda Malaysia !!


Ini cerita benar okeh.... dikatakan Malaysia bakal dilanda ribut tropika Sonamu pada 8 Januari 2013 nie iaitu hari Selasa..... Berita nie telah disebarkan di berita TV dan juga dah disahkan benar di website NASA... 

Mengikut website NASA tu.... ribut Tropika Sonamu nie akan melanda di bahagian tengah barat Malaysia.. Tapi mengikut ramalan pakar-pakar di Malaysia....ribut nie akan membawa gelombang banjir ketiga...

Kelajuan yang diramalkan adalah sekitar 65km/h... Agak laju berbanding ribut-ribut biasa yang pernah terjadi di Malaysia.... Ribut nie akan melanda Vietnam dulu.... dan akan melanda Malaysia hujung minggu nie...lebih kurang hari Selasa, Rabu, Khamis nie la...

Marilah sama-sama berdoa supaya takde paper yang bakal berlaku....

P/S: Sebagai langkah berjaga-jaga... nelayan mintak berhati-hati... Penduduk pesisir pantai sila berjaga-jaga..

Sunday, November 25, 2012

Boikot Coca-cola | Antara Penyumbang Terbesar Kepada Tentera Israel


Sekarang duk sibuk pasal boikot McD kan.... Tapi ada satu lagi yang sepatutnya kita boikot seboikot-boikotnya.... iaitu COCA-COLA... Sape kat sini suka minum coca-cola....sila berhenti beli dan minum.... Kenapa? Sebab korang lah antara penyumbang terbesar tentera Zionis Israel membedil masyarakat di Palestin....

Ok....ini antara maklumat yang aku dapat dari sumber-sumber yang diberitahu oleh rakan-rakan di Facebook dan juga rakan seperjuangan memperjuangkan Islam tentang COKE nie...

Kredit to FB: D'Naim UPM

Siap bukti-bukti lagi tu.... Susah ke nak berhenti beli air coca-cola nie? Tak susah kot... sebab bermacam-macam air lagi ada di Malaysia nie... Air susu...air sirap bandung...air teh o limau... bermacam jenis lagi....Setakat boikot satu jenama...apalah sangat kan? 

Baik...apa  pula kata Ustaz Azhar Idrus? Nie videonya.....


Ok....Ribena pun termasuk tu... Aku rasa Fanta pun termasuk...tapi tak pasti... Tapi Coca-cola memang pasti...ingat tak isu coca-cola menterbalikkan "Allah" dulu-dulu... Sememangnya dah banyak konfrontasi yang dibuat oleh Coca-cola nie terhadap Islam... Tapi kita je dungu dan kelu masih beli produk depa... Depa duk bagi duit sembelih sedara kita...kita duk kaya-rayakan depa... BIJAK nyer kita kan...:) 

Kepada yang sebelum ni sokong Ustaz Azhar Idrus....Itu yang diberitahu...Nak sokong tak? Ke nak sokong separuh-separuh je... Ke ada hujah nak dibentangkan mempertahankan Coca-cola yang disayangi lagi disukai tu... Sama macam McD... Baik berhenti beli... sebab satunya pemakanan tak sihat...yang kedua berjuang dan bantulah perjuangan Palestin tu... We r unite bukan?

P/S: Kalau ada promosi percuma...ambil je..pastu buat cuci mangkuk tandas!! Komfem bersih tandas..:D

Friday, November 16, 2012

Isu Palestin dan Israel Kembali Hangat! Boikot Oi! Boikot!


Boikot! Oi Boikot! Dah lama aku tak nampak poster-poster memboikot produk atau barangan yang ada kaitan dengan Israel... Dan sekarang timbul lagi kehangatan tu....sebabnya.... Israel melancarkan operasi "Pillar of Defence" yang laknat tu.... Pada Awal Muharram....depa menyerang lagi Palestin dan sempadan Syria atas alasan mempertahankan negaranya.... Cett! 

Orang belah nie baling batu je kot... Yang ko siap ada teknologi paling canggih di muka bumi nie pun takut ke? Sangat tak logik alasan negara Israel tu... Kalau ada yang percaya....memang bangang tahap gaban! Aku malas nak mengulas pasal serangan nie... Aku secara rasmi memang mengutuk keras serangan tak bertali perut nie....dan aku dah kata dah...Obama menang pun tarak guna punya...

Tapi aku juga tersenyum sinis jugak la dekat masyarakat kita nie... Sebab dah start naik balik dah poster-poster memboikot barangan yang ada kaitan dengan Israel nie di laman-laman sosial.... Dah mula semua jadi baik dan mengeshare poster boikot nie.... Memang betul-betul HANGAT-HANGAT TAIK AYAM la....

Tunggu la sebulan dua lagi....si memboikot tu pun pegi makan kat Starbuck jugak! Yang memboikot tu pun makan McD jugak! Semuanya hangat-hangat taik ayam kampung je! Alasan....sebab SEDAP! sebab nampak mewah dan menarik untuk belanja kapel masing-masing....Sebab awek dan pakwe masing-masing suka! Tak konsisten betol perjuangan tu....Tu baru memboikot....bukan suh pegi berperang lagi! kalau berperang...rasanya dah lama cabut lari kot....Tak pun sanggup tinggal kapel tu terkontang-kanting kene bunuh!

Sedih beb.... tengok depa duk papah anak-anak kecil yang rentung kene bom.... Cuba bayangkan yang depa papah tu ada pertalian ngan kita....apa rasa?? APA RASA?? Bagi yang takde anak atau membujang tu...mungkin korang tak faham apa yang aku cuba bagitau nie.... Yang kene serang tu Palestin... Cuba bayang kalau itu Malaysia...Cuba bayang yang kene bom tu kampung kita....Rumah kita! Apa rasa?? Boleh nak fikir secara rasional?? Sabaq dulu... kita duk bawah pokok beringin sat...tenangkan diri.... Kita call Israel sat kenapa depa bom rumah kita... Kot-kot la depa bergurau ka apa ka.... BOLEH???

Ada jugak yang dah mula cakap yang pergolakan di sana sebab salah Palestin tu sendiri.... Nie ibarat nak bercakap pasal telur...tapi yang dia tahu tu sekadar telur yang digoreng! Bukan telur asal! Faham dak maksud aku? Cuba bercakap atas dasar informasi yang sudah di"goreng" pihak media dan musuh Islam.... Sedangkan informasi sebenar...hanya segelintir sahaja yang tahu...itu pun hidup dihujung tanduk menunggu bedilan tentera musuh Islam...

Aku cuma nak sampaikan.... kalau sekadar semangat sebab trend semasa.....tak payah la....Itu menunjuk-nunjuk namanya..... Bukan datang dari iman dan takwa kita... bukan lahir dari perasaan sahabat seagama... Itu maknanya korang masih belum betul-betul menghayati pengertian Islam yang sebenar..... Tengok luaran dah tahu... tengok cara hidup dah tahu...tengok cara bercakap pun dah tahu... Walaupun Malaysia nie negara yang mengisyhtiharkan islam adalah agama rasmi.... Tapi kita jauh dari apa yang dilaung-laungkan.... Inilah realiti.... No offense!

P/S: Zionis Israel anggap manusia lain selain kaum Yahudi nie pencacai beb... Penjilat taik depa jer... Itulah kebenaran di dunia Palestin...

Friday, November 9, 2012

PANAS!! Rompakan Menyamar Sebagai Polis!


Kepada yang masih tak tahu....makin banyak sekarang rompakan yang modus operandinya.... menyamar sebagai anggota polis... Walaupun jarang berita kes rompakan macam nie disiarkan di berita atau akhbar mungkin kerana media massa sekarang sibuk pasal cerita politik... Tapi benda nie sememangnya banyak berlaku di sekeliling kita.....

Baru-baru nie di KTM komuter... Diceritakan bahawa suspek berpakaian lengkap dengan vest polis, berwalkie-talkie, menahan seorang penunggang motosikal...memadamkan enjinnya dan merompak mangsa.. Masalah nie..... Pertama... polis tahan memang kita akan berhenti kan...takkan nak langgar pulak... Nanti ade pulak kes langgar lari nanti.... Jadi macam mana nak cam yang mamat tu polis ke tak?

Ok... sebelum apa-apa hal berlaku.... Pastikan yang suspek tu polis ke tak... Bila disuruh berhenti... korang berhak mintak kad kuasa anggota polis... Penting nih... Sebelum depa cek korang punye I/C..road tax dan sebagainya...mintak kad kuasa depa dulu.... Kalau ada...maknanya betul la tu anggota polis... kalau takde...banyak dalih... korang boleh tinggalkan si suspek tu dengan hormat dan bersopan... Jangan risau...perkara nie termaktub dalam akta undang-undang negara kita...


Pada kad kuasa polis tu...ada butiran tersendiri yang perlu korang ingat....
  • MERAH - Pegawai polis yang digantung tugasnya... Dia tidak kuasa nak tahan korang..boleh beredar je dari situ
  • BIRU - Berpangkat Inspektor dan ke atas [OK]
  • KUNING - Berpangkat lebih rendah dari Inspektor [OK]
  • PUTIH - Polis simpanan [OK]
Ini petikan dari BORNEO POST:
Petikan Borneo Post:
“Orang ramai berhak meminta pengenalan diri (kad kuasa) mana-mana pegawai dan anggota polis, malah anda juga berhak sentuh dan minta untuk meneliti kad kuasa tersebut. (Untuk Mengelak Penyamaran Yang Akan Merosakkan Imej PDRM Dan Membahayakan Keselamatan)

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Roslan Bek Ahmad, Posted By Borneo Post, On September 20th 2012.
Ada orang tanya...macam mana nak cam kad palsu dengan tulen? Ermmm..... Susah jugak tu nak menjawabnya sebab aku pun tak pernah tengok kad tulen macam mana.... So..kepada yang ada maklumat pasal macam mana nak cam kad tulen dengan kad palsu....Harap dapat komen di ruangan komen cara-cara nak tahu tu.....
 
Jagalah keselamatan kita dan jaga jugak nama baik PDRM kita... Ada jugak kawan cakap...si polis pun mintak sogokan jugak... Tapi aku takde bukti nak bagitau betul ke tak.... Kalau la betul...bahaya la kan... Orang yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan negara...sanggup buat macam tu...habis la rosak dan hancur negara kita.... Harap PDRM kita telus dan tekun... Korang la harapan dan hero negara...Jagalah kredibiliti PDRM yang gah dan terbilang itu.....

Friday, September 21, 2012

Innocence Of Muslim, Betulkah Tindakan Kita?


Sape kat sini tak tahu akan perihal cerita Innocence Of Muslim..memang korang jenis tak ambik tahu pasal sensitiviti agama..... Topik nie adalah topik paling hangat dan disebabkan cerita nie...Banyak dah berlaku rentetan peristiwa sehingga sekarang sampai habis huru-hara jadinya di seluruh dunia Islam.....

Apakah cerita yang disampaikan Innocence Of Muslim nie? Dikatakan cerita nie menjatuhkan martabat dan maruah Nabi Muhammad s.a.w kerana menggambarkan Nabi seorang yang buruk perangainya... Sememangnya ini adalah satu perkara yang tak boleh dibiarkan begitu sahaja....WAJIB DITENTANG! 

Tapi........ Kenapa perlu dibuat macam nie? 



Dan macam nie?


Dan lagi........



Kenapa?

Memang la kita perlu halang perkara-perkara macam nie.... Tapi ADAKAH BETUL CARA INI? Menampakkan keganasan sana sini... Ekstrem giler kita nie... Betul ke begini caranya? Kita petik dari Surah Al-Imran ayat 86...

"Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu, dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab terdahulu daripada kamu dan orang-orang musyrik ; banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa, maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat"

Dalam ayat nie....dah diceritakan sememangnya akan ada tuduhan dan fitnah yang melampau dari pihak mereka yang nak tengok kita sakit hati.... Dah diceritakan 1400 tahun yang lalu.... Dan salah satu contohnya...yang berlaku sekarang....Adakah cara macam gambar tu adalah cara orang yang bersabar dan bertaqwa? 

Kalau begini la kan.... senang je la depa nak huru-harakan kita...dengan bermodalkan dua tiga ratus dolar pun dah jadi....Buat satu video menghina Nabi... upload dalam Youtube... Pastu tunggu masa dan lihat jela... Demonstrasi sana-sini....bom berani mati sana-sini... Senang nyer kita diperalatkan....

Apa gunanya pemimpin Islam jika perkara nie mereka tak dapat setelkan.... Kita sebagai rakyat biasa sepatutnya menyerahkan ketidakpuasan hati nie...melalui pemimpin...Inilah salah satu peranan pemimpin... Rakyat sememangnya dah marah.... So...pemimpin negara....yang sepatutnya mencerminkan pandangan rakyatnya.... tampil la ke depan... bersidang dengan pemimpin Islam yang lain...dengan kesepakatan semua pihak.... menyaman, mendenda, menyuruh mereka yang terlibat melakukan permohonan maaf secara terbuka dan menghentikan siaran secepat mungkin... baru nampak kita bersatu.... Ni tak....makin berpecah ada la...

Adakah Islam nie GANAS? Tidak.... Sama sekali tidak... Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian dan kemakmuran sejagat.... Jadi jika ada perkara macam nie... Semua umat Islam harus bijak mengendalikan emosi marahnya dengan berpandukan ajaran ISLAM tu sendiri.... 

Kalau.......Kalau pemimpin tu sendiri takut nak berdepan dengan depa? Adakah itu sebabnya kita nak berdemonstrasi sampai memecahkan cermin dan membakar kereta? Pun tidak sama sekali... Lantik seorang pemimpin lain yang lebih berani dan menegakkan Islam... Lakukan secara ilmiah dan bijak... Barulah pemimpin dunia lain nampak....Dunia Islam tidak mudah diperkotak-katikkan....

P/S: Cuba bayangkan, apa yang akan Rasulullah s.a.w akan buat jika beliau masih ada sekarang.... Mungkin perkara begini akan ditukar menjadi satu titik tolak kemasukan penganut agama lain ke dalam agama Islam secara besar-besaran disebabkan tindakan bijak beliau menangani masalah ini.... Fikirkan...

Sunday, July 29, 2012

Perkembangan Terkini Isu Rohingya | Muslim Holocaust


Beberapa hari lepas, ibu bapa muslim Rohingya melepaskan bayi-bayi dengan bot mengharapkan anak mereka selamat setelah sememangnya tak ada cara lain untuk menyelamatkan anak-anak ini memandangkan mereka sendiri akan terbunuh dalam masa terdekat.

Pembunuhan kian rancak dijalankan untuk memastikan etnik muslim Rohingya yang dahulunya dalam lingkungan 6 juta orang kini tinggal hanya dalam lingkungan 800 ribu orang, habis lenyap dari bumi Myanmar. Tua, dewasa, kanak-kanak bayi...tak kira la lelaki atau perempuan semuanya dibunuh. Dijangkakan sudah dalam lingkungan seribu lebih perempuan DIROGOL sampai mati, ada yang disembelih, kanak-kanak diikat tangan dan dibuang dalam sungai, bayi turut dibunuh...Manakala mayat mereka dibiarkan sahaja digigit dan dimakan anjing-anjing liar. 

Terdapat kira-kira dua ribu dari kalangan mereka berada di sempadan Myanmar Bangladesh berteduh di bawah pokok-pokok untuk menunggu peluang ke Bangladesh... Namun pihak Bangladesh sudah bersiap sedia dengan tentera di sempadan untuk menembak mana-mana di kalangan mereka yang cuba melarikan diri ke negara tersebut.

Perjumpaan wakil ABIM Malaysia dengan sami tertinggi di Angkor untuk berbincang isu umat islam Rohingya dan menghentikan pembunuhan atas dasar kemanusiaan telah dibuat tapi kesannya hanya sikit sahaja kepositifannya....Sami ini meminta untuk berbincang dahulu antara mereka dan tindakan hanya akan dibuat dalam bulan Oktober 2012. 

Satu flotile ke Myanmar akan diadakan dalam masa terdekat untuk membawa seluruh NGO dari seluruh dunia melalui perairan India....Cadangan untuk membawa isu Rohingya ke Parlimen Malaysia telah DITOLAK speaker parlimen atas sebab tak relevan dan tak penting....Manakala kerajaan Malaysia sendiri masih belum ada lagi mengeluarkan bantahan rasmi atas kekejaman ini....

Isu ini adalah isu paling besar disaat ini lebih daripada isu yang berlaku di kalangan umat islam di Syria, Palestin, selatan Thailand dan seluruhnya memandangkan mereka tidak ada pembelaan langsung dari dunia... Rayuan agar isu ini diperbesarkan supaya umat islam di Rohingya dapat diselamatkan dan SEBARKAN pada semua sehabis cara....semampu yang boleh... Hanya cara ini kita dapat membantu mereka....

(SUMBER: Cikgu Azmi yang berhubung langsung dengan rakannya di Rohingya menggunakan telefon secara sembunyi memandangkan alat komunikasi tidak dibenarkan di Rohingya)

Jika kamu rasa diri kamu itu seorang MUSLIM, sebarkan dan doakanlah mereka...Aku tak kata sumber nie 100% benar...tapi sememangnya umat Islam di Rohingya dibunuh dengan kejam dalam masa korang sedang asyik dengan keindahan DUNIA nie.... Apa salahnya memberi sedikit masa yang ada dari 24jam dari kurniaan Allah untuk menyebarkan isu Rohingya nie....

P/S: Aku dapat info ini dari mesej seorang rakan yang cintakan agama melebihi segalanya...Semoga ramai lagi sepertinya...Aminn

Wednesday, May 2, 2012

[ISU GAMBAR LUCAH] Ini Blog Ker Surat Khabar Nie..


Hari nie kebanyakan surat khabar negara Malaysia yang tercinta nie mengeluarkan satu isu panas dan sangat tidak professional untuk tontonan umum... Kalau blog mungkin boleh diterima sebab status blog nie bukannya macam surat khabar.... diedit dan ditapis dulu sebelum diterbitkan... Tapi hari nie tak.... Sama ajer! Isu Seks dan Gambar Seks disebarkan...

Aku ingat nak letak je muka depan kebanyakan surat khabar hari nie [2 Mei 2012] dekat entri nie.....Tapi rasa macam tak tergamak la pulak nak letak... Sebab gambar yang diletak kat muka depan tu agak tak senonoh sikit... Macam mana la editor paper boleh lepaskan jer gambar gitu.... Kalau nak sebarkan isu panas sekalipun.... sila fikirkan audience pembaca anda.... Silap-silap surat khabar nie dibuat pembungkus nasik...Tak ke hilang selera makan...

Politik punyer pasal...sumer dibolehkan ker? Adoi.... Setakat keluarkan berita cukup la... Lagipun gambar tu masih di tahap meragukan....Orang baca pun dah tau dah....tak perlu gambar besar-besar macam tu.... Kalau betul sekalipun... bukan ker tu dah sampai tahap mengaibkan dan niat memalukan individu tu sendiri? Kan? Kata negara Islam....tapi benda basic nie pun tak nak ikut...

Aku rasa Lembaga Penapisan Negara kena tengok jugak kat surat khabar kot....filem dan drama dah tapis dah... Tapis surat khabar la pulak... Nanti buat bahagian dalam paper tu....Ni untuk 18SG...ni untuk 18PL... ni untuk 18 SX.... Sape yang umur bawah 18 tahun tak boleh baca.... Ala....sama macam kat TV tu... Berkesan ke tidak tu nanti sama jer dengan yang ada kat TV sekarang... 

Dulu surat khabar tabloid jer yang tampilkan isu-isu panas macam nie.... Sekarang semua paper! Mana tak kuatnya pengaruh gejala songsang macam nie kat Malaysia nie.... Surat khabar sendiri yang tolong sebarkan... Dah macam flyers isu songsang dah jadinya....kalau betul...mengaibkan individu..kalau salah... FITNAH... Bukan sorang dua yang baca.... SATU MALAYSIA beb... Rezeki depa yang duk makan hasil dari pembaca kan... Kalau dah sebar FITNAH atau jatuh bab mengaibkan.... rezeki yang halal dah jadi haram... bagi pulak anak isteri makan dengan rezeki haram... Jadilah darah daging dari rezeki yang haram.... Tergamak ek bagi benda haram kat anak bini?

Aku rasa banyak isu lain yang ada kat Malaysia nie... Apa salahnya berita kat surat khabar nie lebihkan dari sudut pembangunan sosial dan ummah... Yang elok dibesarkan berita dan gambarnya.... yang tak elok bagi kecik-kecik jer.... Sekadar memberi informasi terkini...bukannya ada niat lain kan... Ker tak untung jadinya kalau buat macam nie? Business tak jalan ek?

Pihak surat khabar perlu neutral dalam sesuatu isu.... Kerja korang sepatutnya menyebarkan info sahaja tanpa memihak kat sape-sape.... Berikan informasi terkini yang bernas dan matang tanpa ada sedikit pun prasangka buruk... Susah sangat ker? Benda yang tak pasti....jangan dipastikan...Benda yang tak elok...jangan dilebihkan... Bukan nak mengajar...tapi itu yang sepatutnya kan.... Sape sokong sila like...

P/S: Saya bukan penyokong si DIA...Saya cuma seorang rakyat biasa yang sayangkan negara Malaysia..:)

Tuesday, January 31, 2012

Ciri-Ciri Mangsa Fesyen | Konsep 3K Mengelak Diri Dari Tergolong Dari Mangsa Fesyen


Siapakah mangsa fesyen ?? Mesti ramai yang terbayangkan kaum wanita jer kan..... Errr.... bagi aku dua-dua la der... Lelaki dan perempuan sama-sama ada yang menjadi mangsa fesyen nie..... Kesian depa kan.... Sapekah yang dikatakan mangsa fesyen tuu?? Kita tengok ciri-ciri yang dikatakan mangsa fesyen nie...

Gemar Membeli Barangan Berjenama
Erkk.... Ramai yang tersentap ker? Rilek la dulu... Bukan semua  tak ok.... Sebenarnya nie bergantung kepada diri sendiri... Korang rasa selesa ke tak.... Korang mampu ke tak.... No babi-babi product...No doggy-doggy product... Kadang-kadang ramai yang kejarkan jenama tapi keselesaan tu letak tepi jer demi menjaga status pandai berfesyen nie... Takkan nak menderita selama berjam-jam demi tu kot... Korang menzalimi diri sendiri kot.... Pakai yang selesa sudaaa...

Terlalu Taksub Atau Kuat Nafsu Membeli-belah Sampai Sanggup Berhutang Ribuan Ringgit
Ni parah beb...... Takkan demi pakaian pun korang sanggup berhutang?? Takkan demi handbag berjenama nak berhutang derr... Takkan demi nak berfesyen untuk satu malam dinner ajer sanggup berhutang? Nie termasuk kategori yang guna kad kredit secara melampau yer.... Korang kena ingat.... Korang tu dah la banyak dah berhutang... Kalau pelajar... hutang dengan PTPTN!! Duit poket pun dari PAMA (Papa dan Mama) ajer... Kalau yang dah kerja... Hutang loan kete....Hutang loan rumah... hutang loan peribadi.... Macam-macam hutang lagi dah wujud dalam diri tuu.... Takkan demi fesyen pun sanggup menambah hutang lagi? Duuuuh...

Hanya Memakai Pakaian Atau Aksesori Trend Terkini Tanpa Mengira Sesuai Dengan Diri Atau Situasi
Nie lebih kurang macam kat atas.... yang first kot... Bagi aku la kan... katalah trend sekarang nie pakai baju ketat sendat sampai nak jalan pun susah.... Korang pulak jenis aktif nak pegi sana sini... Bukan ke tak selesa trend tuu... Tak payah la diikut sangat.... Pakai yang selesa sudah.. Biarla apa orang kata... Janji sedap dipandang dan selesa untuk diri sendiri... Katalah korang balik kampung... Korang pakai la baju trend terkini sambil bergaya depan kete Viva korang tuh...(Ye ler... duit habis banyak nak folo fesyen...kete Viva jer mampuu..) Ingat orang kampung bangga sangat ker? Menyampah ader ler... Baik nampak cool dan biasa... tapi orang respek!
Membeli Pakaian Yang Sempurna Dari Segi Rekaan Tetapi Tak Sesuai Bagi Anda
Ni banyak aku tengok.... Contoh....Kononnya trend sekarang ramai yang pakai legging ketat tuu... Kalau badan tu dah gempal...tak payah la nak ikut trend tuu... Hadoi yai... Buruk sangat nampaknya.... katalah pulak trend Pakai shawl yang lima enam kali belit tu... Kalau dah tak pandai sangat nak belit... tak payah la pakai! Pakai tudung yang siap pakai tu sudaaa.... Comel aper.... Lelaki pun sama.... Tengok fesyen lelaki pakai sluar londeh ala rap (contoh)... Sampai nak jalan pun hampir tersadung dengan kaki seluar tuu.. Seksa je nampak...Tapi fesyen punyer pasal... Sanggup merana demi kepuasan sementara? Erkkk....Tak sanggup aku... baik aku selesa sepanjang masa... Kaki tak sakit... badan tak sakit... Mata pun tak sakit!! Haih....

Dalam semua kategori tu kan.... Apa yang paling penting bagi aku.... Keselesaan dan kesederhanaan... Itu pun dah cukup berfesyen dah bagi aku.... Dan yang paling penting.... TUTUP AURAT ANDA!! Nak berfesyen ok.... Tapi sila la tutup aurat tuu.... Fesyen pakai short pant... Jangan didedahkan lutut tu wahai lelaki.... Fesyen perempuan.... Jangan macam membalut tubuh ajer.... Longgar la sikit... NO LEGGING PLEASE.... NO DEDAH-DEDAH PLEASE.... Kenapa susah sangat nak tutup aurat tu? Korang tau kan aurat perempuan dari mana ke mana? Bukan rambut sahaja derr.... Bukan ketat sahaja derr..... bukan dari pusat ke lutut derr..... Seluruh badan kecuali wajah dan tangan!! Berapa kerat jer yang ikut fesyen tapi tutup kesemuanya??? -_-"

Mangsa fesyen nie subjektif... Berlainan pendapat dan bergantung kepada interpretasi masing-masing...Bagi pendapat aku.... Aku rasa lebih umum dan lebih menjurus kepada keagamaan.... So... Atas korang la nak terima ke tak.... Adakah korang tergolong dalam definisi aku sebagai MANGSA FESYEN tu...Bagi aku... kalau korang ikut pedoman 3K aku nie... Sah korang tak jadi mangsa fesyen.... Apa tu 3K? 3K itu ialah...

KEAGAMAAN
KESELESAAN
KESEDERHANAAN

Kalau korang nak berfesyen.... Fisrt sekali korang kene cek... keagamaan... Boleh ke tak.... kedua... Keselesaan.... Selesa ke tak dengan pakaian tu... sesuai ke tak dengan situasi tu... Dan yang last.... Kesederhanaan.. Harga mengikut kemampuan... Tak terlampau mencapap... nampak rilek....nampak anggun.... Tapi still kelihatan bergaya dan menawan... Silap-silap... fesyen yang korang pakai tu nanti jadi rebutan...sape tau kan..:)

P/S: 3K tu hasil dari aku sendiri... No ciplak-ciplak... Sape nak share... Sila letak link asal..:)

Thursday, May 19, 2011

Terpedaya Cinta Siber

Cinta Siber.... Atau Cinta Internet..... memang pelik dan ganjil sebenarnya bagi aku...kenapa mudahnya ada perempuan tertipu dengan tipu daya sebegini.... Dikatakan perempuan ditipu dengan si lelaki menaburkan janji manis kepada perempuan itu... Aku tak pasti pulak si lelaki tu nak apa.... kalau tak silap.....menipu dari segi duit...

Si lelaki tu pulak orang asing.... bukan makhluk asing...orang asing....foreigner... Nigerian pulak tu.... Kemon la.... kenapa si gadis ni boleh tertipu dengan foreigner nih.... hmm... Nak kata ensem.... tak langsung... nak kata muka cam aku.....jauh sekali....ha ha ha

Pesanan dari Bro Wacana..... jangan mudah percaya dengan cinta siber... tak kira la foreigner ke tempatan... bahaya kalau setakat cinta siber nih.... Cara paling senang dan selamat....korang suruh si lelaki yang menjadi pakwe siber korang tu ke rumah korang...Dalam rumah tu pastikan ada ayah..mak....adik beradik.... semua la senang citer.....jangan diajak kalau korang duk rumah sorang-sorang....tu cari nahas!

Ajak...duk bersembang ramai-ramai.... kalau dia tu ikhlas....komfem datang....kalau tak ikhlas....sampai kiamat takkan datang punyer.... lagi-lagi foreigner... Sebab kalau nak tipu...depa ni taknak orang lain tau identiti depa.... So... ajak jer datang jumpa mak ayah dan adik beradik.. Yang baby tak yah ler....

Jangan terpedaya dengan setakat janji dalam chatting tu.... sape-sape pun boleh tulis kan... kalau dalam dunia siber nih....semua jadi baik kan.... jarang la nak tonjolkan sifat asal dalam dunia siber nih... Ibarat kata.... takde kete pun jadi ada kete kan....Bukan setakat kete...kete Lamboghini lagi....:)

Wednesday, May 18, 2011

Tudung | Fesyen Atau Ikut Seruan Agama


Waaah..... Bro Wacana nak bersuara nih... aku tengok sejak dua tiga menjak ni banyak pula duk buat entri pasal tudung.... tudung sana.... tudung sini.... Nasib baik bertudung jugak kan.... Kalau yang tak bertudung..... cuma boleh dinasihatkan saja.... kalau dia terima hidayah dari Ilahi....maka bertudung la dia...kalau tak... ikut suka dia la....kita dah cuba kan....:)

Pasal berfesyen....ada orang kata pempuan sekarang ni bertudung kerana fesyen jer... Ermm..... ok... Ada benarnya...sebab aku tengok kebanyakan ikut trend kan... Trend Yuna ada....Trend Siti ada... Trend Blogger ader... he he he. Tapi...bagi aku.... biarkan...asalkan bertudung... :)

Pasal tak menutup kawasan dada.... ok....sepatutnya memang kena tutup.... sebab di kawasan itulah antara kawasan panas bagi lelaki nak usha.... So, terserah la kat korang ok... kalau nak bagi lelaki tengok puas-puas... sila la tak tutup yer... kalau ada yang cuba meraba....kalau ada yang cuba merogol... kalau ada yang cuba ambik gambar atau video curi-curi... tu korang tepuk la dada korang sendiri okeh... 

Bagi aku...elok tutup....hah aper? Panas? Korang nak kene panas ke nak kena skodeng? Atau lebih teruk....kene raba.....Buat la pilihan yang bijak... Di sini aku nak bagitau.... lelaki ni ada yang baik dan ada yang tak baik.... sama la dengan pempuan kan... Untuk lelaki baik...mungkin tak tengok la setakat tayang sikit-sikit kan....iman kuat lagi... Setakat jeling-jeling jer...hihi. Tapi jangan tak tutup langsung pulak! Tok Imam pon jatuh tergolek derr...ha ha ha. Untuk lelaki yang tak baik nih.... untuk elakkan nafsu depa bergolak....korang kena la memakai tudung yang menutup jugak kawasan dada.... 

Salah depa sebab tak dapat kawal nafsu?? Memang salah depa pun.... tapi takkan nak biarkan depa menatap badan korang yang sangat berharga tu.... takde dua di dunia ni....hanya itu saje badan korang.... Hargaila pemberian Allah kat korang ok...:) 

Bagi aku.....suka hati korang la nak pakai macam maner.... sebab semuanya korang yang tanggung... Cuma aku nak bagi tau.... Jagala aurat anda sebelum aurat anda dinodai.... Kes rogol dan raba banyak berlaku di kalangan wanita yang suka dedahkan auratnya... Hanya segelintir saje yang menutup aurat terkena juga... Tu pun sebab kawasan sesak.....sebab duk rapat-rapat... So, tepuk kepala tanya la hati...

Segala suruhan Allah....memakai tudung yang menutupi kepala dan kawasan dada...dan menutup aurat adalah kerana sayangkan golongan wanita.... kerana wanita ni unik.... ciptaan Allah yang sangat cantik dan mulia... Amat rugi la kalau ada golongan yang cuba merendah-rendahkan pemberian Allah dengan menayangkan rambutnya... auratnya....serta badannya tanpa segan silu.... Sebab orang itu tidak menghargai nikmat pemberian Tuhan kepadanya......Sebagai balasan tak jaga nikmat yang Tuhan bagi....paham-paham la kan....;)
Klik untuk besarkan

Blogspot Akan Ditutup


Sape yang guna blogspot macam aku ni memang akan cuak gilezzz...... Aku terdengar berita yang dibawa kabel fibre glass nie yang cakap blogspot akan ditutup...... Platform www.blogger.com bakal ditutup kerana terdapat masalah teknikal dan ini mungkin berpunca daripada kegagalan maintainance yang dibuat dua tiga hari sebelum ini. Betul ke oit??

Aku bukannya nak buat kecoh nie....Cuma nak tau bagi sesiape yang tau hal nie... Cara yang paling senang....dengan post kan entri kan.. Aku terdengar hanya akaun yang bertarikh 2007 ke bawah sahaja yang akan ditutup. Betul ker? Kalau betul....aku masih selamat la... tapi komfem ker??

Aku harap nie cuma khabar angin macam facebook hari tu.... Dan jugak khabar angin seperti Arsenal akan membeli top player baru..... he he....Kenapa aku bagi contoh Arsenal....sebab aku ni fan Arsenal...yang kecewa sebab selalu ada berita yang membuatkan aku hangin....salah satu sebab.... susah giler nak dapatkan player yang top...selalu beli player yang dah out of perform...atau pemain muda yang tengah belajar... Walaupun berita selalu bagitau akan beli top player... Aku harap blogspot pun sama.... Berita yang aku dengar ni tak benar....

P/S: Ni yang nak tukar jadi dot com nih.... Sape tau macam maner nak tukar dot com?

Tuesday, May 17, 2011

Kapal Malaysia Diserang Lagi | MV Finch

Kapal MV Finch, kapal misi bantuan kemanusiaan yang ditaja Malaysia diserang lagi oleh tentera laut Israel... Ikuti sedutan berita yang diambil dari KOSMO Online...


MV Finch
KUALA LUMPUR - Sebuah kapal misi bantuan kemanusiaan yang ditaja Malaysia untuk rakyat Palestin di Gaza dihalang dua bot tentera laut Israel yang melepaskan tembakan amaran di perairan berhampiran Rafah awal pagi Isnin waktu Malaysia.

Kesemua 12 penumpang dan krew, termasuk dua wartawan dari Malaysia bagaimanapun terselamat selepas tentera laut Mesir datang membantu dan mengiringi kapal MV Finch ke pelabuhan Al Arish di Mesir, menurut wartawan Bernama Mohd. Faizal Hassan yang berada di atas kapal itu.

Kapal bantuan tersebut dengan jurumudi ialah Kapten Jalil Mansor telah berlepas dari Pelabuhan Piraeus, Greece, pada 11 Mei lalu dengan membawa muatan paip PVC sepanjang 7.5 kilometer bagi membantu memulihkan sistem pembetungan yang musnah di Gaza.

Ujarnya, inisiatif kemanusiaan itu dibiayai oleh Yayasan Keamanan Global Perdana Malaysia (PGPF) yang diasaskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.