Friday, August 30, 2013

Kisah Pengajian Masterku | Kisah Motivasi Diri


Alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah.... akhirnya proses pengajian Master aku berjaya dihabiskan dengan jayanya secara rasmi.... Projek penyelidikan berjaya dijilidkan dalam sebuah buku tesis dan dihantar untuk direkodkan dalam arkib universiti sebagai satu penyelidikan rasmi.... Segala pahit manis perjalanan pengajian master nie memang takkan dilupakan..... Ucapan syukur kepada Ilahi kerana dikuatkan semangat untuk menghabiskan perjalanan yang sangat berliku nie... Terima kasih diucapkan kepada kawan-kawan, rakan sepejabat, pensyarah, dan penasihat-penasihat yang banyak membantu menaikkan semangat, memberi nasihat dan tunjuk ajar, memotivasikan diri nie.. dan menolong secara terus atau tidak.... 

Huh..... banyak pengalaman dan pengajaran yang aku dapat woooo~~ Sepanjang proses menyiapkan tesis yang hanya setebal 180 muka surat nie... 65 rujukan rasmi..  banyak benda yang aku dah belajar... Bukan saje pasal topik penyelidikan tu jer... tapi segala jenis perkara... Bagi aku... buat master penyelidikan sepenuh masa (Full Research) nie sangat jauh bezanya kalau nak dibandingkan dengan belajar kursus (Course work)... Lagi-lagi penyelidikan berbentuk eksperimentasi yang melibatkan penggunaan equipment di lab dan bahan-bahan yang terpaksa dibeli dari luar.... Pengalaman yang mematangkan diri aku dan akan dijadikan sebagai panduan untuk aku teruskan proses pengajian aku ke peringkat PhD...


Sepanjang tempoh pengajian Master aku nie... Aku rasa tempoh nie la banyak yang mengajar aku erti seorang insan dan erti jatuh bangun dalam kehidupan.... Sepanjang 3 tahun ( setahun aku defer - kiranya 4 tahun...huhu..lama kan? ) aku bergelumang dalam lautan master nie... Aku rasa pengalaman nie la paling bermakna dalam hidup aku....  

Ibarat satu perjalanan bermusafir guna sebuah kereta... Dengan doa "Jadikanlah aku insan yang lebih baik"... Aku mulakan perjalanan... Dari kaki bukit menuju ke puncak... Terjumpa kayu balak yang melintang patah menghadang jalan...dipotong kayu tu sendirian guna kapak.. Kapak patah... Tukar guna parang...selepas berjam-jam... akhirnya berjaya membuka laluan jalan...sambung meneruskan perjalanan... Ada tanah runtuh... Disodek tanah tu sedikit demi sedikit... sakit pinggang bukan kepalang...tapi diteruskan juga sampai laluan kembali terbentang... Diteruskan perjalanan... Sampai separuh perjalanan.. kereta pulak buat hal.. enjin rosak... Terpaksa tukar enjin di bengkel berdekatan... Nak tukar enjin kene tunggu beberapa minggu untuk proses penghantaran... Motivasi makin merudum... Akhirnya berjaya diteruskan perjalanan.... Tahap kelajuan dah tak sama...enjin berbeza...semangat berbeza... 

Terpaksa berhenti lagi... ada tanah runtuh lagi... Kali nie guna cangkul.. Sakit pinggang..sakit urat... Perjalanan masih diteruskan... Sekali lagi halangan menimpa...tayar pancit... tukar la tayar sendirian... dalam hujan lebat bersertakan kilat.... Lepas tukar tayar...diteruskan lagi... Kali nie ada lagi halangan.... Jalan ditutup kerana jalan itu runtuh ! Kalau nak jugak kena jalan kaki... Motivasi diri makin merudum... Berehat di rumah rehat terdekat sambil mengenang nasib... Mungkin di sini sahaja yang termampu... Tibalah masanya untuk aku berehat... Bukan sehari...bukan seminggu... Lama lagi dari itu....

Sambil berehat..terjumpa kawan... bertegur sapa dan jadi kenalan.. Semangat diberi malah sanggup bersusah payah bersama-sama menghadapi liku-liku ke puncak... Setiap kata-katanya ibarat air sejuk yang menyejukkan... Setiap hembusan menenangkan jiwa... Setiap gurauan menghidupkan hati yang hampir mati... Akhirnya semangat kembali berputik... Bersama diajak ke puncak... Laluan kali nie berbeza... Bukan lagi berkereta...tapi hanya berjalan kaki... berkali-kali jatuh...bangun semula meneruskan usaha... Hujan...pacat... binatang buas... berkali-kali datang dan hinggap... Tapi kali nie berbeza... bukan lagi seorang.. ada seseorang mengikut sama menguatkan semangat...saling bercerita dan saling mengadu domba...

Sepanjang perjalanan..terjumpa lagi rakan-rakan... terjumpa lagi sahabat... menolong mengangkat beban... menolong menguatkan semangat... sama-sama berjuang ke puncak... Kaki patah ditimpa batu..kalian la yang membantu... sesat jalan di hutan... kalian jugak yang membantu... Terima kasih sahabat... terima kasih semua...Perjalanan masih jauh... tapi puncak sudah ada di depan mata... Semangat sudah ada.. arah tuju makin jelas terlihat... Inikah harapan?

Kali ini perjalanan diteruskan..bukan berdua... tapi bersama rakan-rakan... setakat hujan lebat dianggap rahmat... Setakat kayu balak.. diangkat sambil bergelak ketawa... Saling bantu-membantu meneruskan usaha.. bukan untuk diri mereka....tapi untuk aku... betapa tingginya nilai sahabat... Ada segelintir menghasut aku mengundur diri... Mengejek dan mengumpat... Tak mengapa... aku bukan lagi sendirian... Ejekan tak didengari kerana asyik dengan kicauan burung...deruan sungai... dan desiran daun-daun hijau menyejukkan mata... Indahnya alam jika dilihat dengan hati yang tenang...

Berkat kesabaran dan nilai pengajaran hidup yang dipelajari sepanjang perjalanan.... Walaupun hanya  berjalan kaki... Tapi lajunya ibarat sedang membawa kereta... Malah mungkin lebih laju dan selesa... Dan akhirnya... sampai juga aku ke puncak... Penat lelah dan usaha sebelum nie berbaloi.....Alhamdulillah... Sujud syukur di puncak dan menikmati pemandangan di atas sana...

Bila aku menoleh ke belakang dan lihat kembali jalan yang aku tempuhi.... Syukur di hati melebihi dari perasaan syukur berada di puncak... Nikmat kesusahan dan halangan... berjaya mengubah diri nie menjadi insan yang lebih baik... Doaku dimakbulkan... Aku telah menjadi insan yang lebih baik... Sesungguhnya setiap perkara, pasti ada hikmahnya... Apa yang kita pinta.. Tak semesti apa yang kita gambarkan... Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik bagi kita.... Hatiku menangis rasa gembira... gembira dengan apa yang telah aku lalui... Tanpa dugaan dan cabaran itu, mungkin aku lupa diri.. sombong diri.. Kekalkan diriku di jalan-Mu Ya Allah...




Ok....dah.. tu ler gambaran perjalanan master aku.... Ada yang menangis tak? Maknanya korang menghayati citer aku tu.... Susah beb... Mungkin aku nie tak berapa nasib baik la sikit... tapi ada hikmahnya... Dan aku bersyukur dengan apa yang dah dilalui... Dah dah dah... pi ambik tisu... kesat air mata tu... he he..

Sebagai makluman tambahan... UPM nie ada dua jenis pengajian master... Master Tanpa Tesis (Course work) atau Master Dengan Tesis (Full Research).. Master Tanpa Tesis nie macam belajar degree je...cuma subjek dia lebih advance la kan... Master Tanpa Tesis nie ditawarkan oleh pihak jabatan mengikut bidang kursus yang spesifik...Contohnya Master Inovasi dan Rekabentuk Kejuruteraan ditawarkan oleh pihak Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa... Kalau master tanpa tesis yang lain... ditawarkan oleh pihak jabatan lain... Haaa... gituler..

Master Dengan Tesis nie pulak... Memang master untuk penyelidikan tu jer... Kalau buat pasal gelas.. memang gelas je topik dia.. Tapi topik penyelidikan master nie kena ada originaliti dia... Contohnya topik lampu jalan la kan... Lampu jalan sekarang berbentuk bujur (contoh).. Korang pulak kena la keluarkan idea baru pasal lampu jalan tu... Katalah nak buat berbentuk memanjang sampai 2 meter (contoh je lagi)... Korang kenela cari bukti yang benda tu takde orang buat lagi.. Benda tu lebih baik..benda tu lebih memberi manfaat... Bukan hujah air liur je tau...dengan fakta..rujukan teori... dan hasil keputusan eksperimen... Pokok pangkalnya... topik tu takde orang buat lagi... Korang la yang akan jadi pakar dalam topik terbaru tu... 

Simple je kan? Nak tau simple ke tak...try la sambung belajar..he he he... Nak tahu detail lagi pasal Master nie.. nanti aku buat entri lain.... Panjang pulak jadinya nanti....  Sebagai pengakhirannya...aku nak share satu lagu nie... Aku rasa ada la sikit-sikit kene dengan jalan citer master aku nie... Jalan ke arah kebaikan nie banyak lilu-likunya... Cuma kita perlu belajar bersabar dan meneruskan niat kebaikan itu walaupun apa pun terjadi.... :)




P/S: Penghargaan kepada semua yang terlibat.. Akan ku kenang sampai bila-bila...:)

Thursday, August 29, 2013

FAKTA: Bahaya Games Kepada Kanak-kanak



Budak zaman sekarang nie suka sangat main games.... Budak umur 3 atau 4 tahun pun dah mula belajar main game guna Ipad mak ayah dia.... Siap mak ayah belikan satu untuk anaknya semata-mata untuk main game... Siap berbangga lagi anak dia "bijak" main game sampai level setinggi langit.... Tapi sebenarnya games sangat bahaya untuk budak-budak...... Sangat!

Sape yang rajin tengok rancangan Jo Frost: Extreme Parental Guidance ? Dalam episod satu untuk Siri Satu... Ada dibuat kajian berkenaan kesan sampingan kanak-kanak yang bermain game yang bersifat ganas macam Call Of Duty, Wargames, dan sebagainya.... Games yang mengajar anak-anak kita menembak dan membunuh sesuatu...... Game Zombie pun termasuk la kot.... Budak-budak yang bermain game macam nie.... Akan melemahkan sensitiviti respon terhadap persekitaran dia...

Dalam rancangan tu... Dia ada buat test menjatuhkan satu bekas berisi banyak pen dari atas meja semasa nak interview budak-budak tu... Konon-kononnya tak sengaja jatuhkan... Dari test tu, didapati budak-budak yang main game ganas nie tidak menunjukkan respon nak menolong mengutip pen-pen yang jatuh tu!! Manakala si budak-budak yang main game biasa akan memberikan tindak balas nak tolong kutip pen tu... Kebetulan?

Sebenarnya kita sendiri pun boleh perhatikan budak-budak di sekeliling kita... Bukan setakat main game ganas...game biasa pun dah ada kesannya... Aku masa balik beraya hari tu pun ada nampak jugak beza antara budak yang dkatakan hidupnya dipenuhi gamers (siap ada ipad sendiri nie) dengan budak yang selalu main kat luar dengan orang lain... Respon budak-budak gamers nak membantu orang lain sangat kurang berbanding budak-budak normal (yang selalu main aktif dengan kawan atau sendirian)... Dan depa jugak tak aktif dan tak boleh hidup (selalu mengamuk kalau takde ipad) sebab tak tahu nak isi masa lapang tu macam mane!! Last-last tengok TV...terconggok kat situ 24 jam... Kebanyakan budak-budak yang banyak main game nie cenderung ke arah malas, tak pandai bersosial, kurang kreatif, dan kurang cergas (selalu sakit).

Dalam video pendidikan kanak-kanak dalam Youtube pun ada pernah aku tengok (Lupa apa tajuk video tu).. Setiap perkara berunsurkan visual imej ( games...kartun...iklan.. dsb )... Akan ada mesej bawah sedar di sebalik apa yang dilihat atau ditonton budak-budak tu.... Kadang-kadang kartun sendiri banyak mengajar benda yang tak elok.. Secara sedar atau tak sedar... Contohnya situasi kartun tu sedang berborak biasa, tapi gambar belakangnya ditampilkan gadis sexy secara samar-samar (Contoh yang ditunjukkan dalam video tu).. Sebenarnya ia sedikit sebanyak akan masuk dalam pemikiran bawah sedar budak tu tentang gadis sexy tu...Dan akan didiagnosis sebagai perkara yang biasa dilihat..ditafsirkan TAK SALAH! So..secara tak langsung budak tu akan menerima pemakaian sexy tu sebagai suatu yang biasa dan diterima.... 

Kesan mesej bawah sedar nie bukan saje kat budak-budak...tapi orang dewasa pun sama kalau ajaran agamanya lemah.. Tengok jer sekeliling kita... Duduk jer kat Malaysia, tapi pengaruh luar dah mencanak-canak masuk ke dalam setiap individu.. Sampai identiti sendiri dah makin takde.. Identiti warga Malaysia dah longlai dah ditelan identiti kebaratan melampau....Tu dewasa... budak-budak?? Lagi banyak impaknya..

Sebab tu bahayanya rancangan TV untuk budak-budak kalau tak dipantau.... Bahayanya internet untuk budak-budak kalau tidak dipantau... Games pun sama... Angry Bird  macam mana? Plant vs Zombie ? Candy Crush ? Seeloknya kita jangan galakkan anak-anak kita ke arah tu... 

Pesan dalam rancangan Jo Frost tu.. pesanan yang sama jugak dalam video yang aku lupa tajuk apa tah tu... Selalulah melayan anak-anak kita yang masih budak nie dengan bermain bersama dengan mereka.... Kalau ada masa, bawak la ke taman..ajar depa bergaul dengan masyarakat... Kalau ada keje kat kebun...bawak la depa sekali... Ajar bercucuk tanam..mengotorkan diri dengan tanah... Ajak pegi picnic ke pantai ke.. main-main pasir tu.. Ajak berbasikal ke kat taman...Banyakkan aktiviti yang aktif dan menceriakan...Banyakkan contact dengan budak-budak nie... Jangan sibuk dengan keje sangat sampai tak dilayan anak-anak tu.. 

Berkelah macam nie pun ok... Merapatkan hubungan kekeluargaan..Anak-anak tak rasa tersisih..

Selalu didik secara tak langsung kat depa tu.. Ingat, budak-budak nie bukannya bodoh...Depa selalu perhatikan tindak-tanduk mak ayahnya dan persekitarannya... Silalah tunjuk contoh yang baik... Apa yang mak ayah buat, tu ler perkara pertama yang akan ditiru si anak-anak... Contohnya...nak makan, baca doa dulu... nak keluar, salam dulu.. nak tengok TV, tengok rancangan yang berguna..secara tak langsung si budak tu akan lihat dan belajar... Kalau mak ayah sendiri tak didik perkara asas nie... Sape lagi kan? Kalau mak ayah tak solat? Tak tengok rancangan TV yang berguna? Selalu bersifat individualistik je dalam rumah? Cuba fikir apa yang anak-anak korang sedang lihat dan belajar.... Kalau diri sendiri tak penah buat benda cenggitu... Susah la kan... Silalah didik diri anda demi anak-anak... Dan selalulah pantau... Pesan untuk diri sendiri juger...:)

P/S: Sekadar berkongsi apa yang dilihat dan dipelajari... Share kan jika setuju...

Wednesday, August 28, 2013

Bagaimana Membuat Bajet Sendiri Yang Efektif



Masyarakat kita nie sememangnya banyak yang ada masalah hutang.... Hutang sana...hutang sini... hutang sinun... Asyik berhutaaaaang jer... Apa? Tak cukup ke dengan gaji yang ada? Ramai yang selalu duk salahkan gaji kecik la... Tak mampu dengan gaji kalau nak hidup di dunia sekarang.... Betul ker? Ke salah bajet? Atau......langsung takde bajet sendiri? Jom kita tengok dan cuba rungkai dulu....

Sebelum nak citer pasal macam mana nak buat bajet... elok la dulu diberi sedikit fakta bukan auta yang sememangnya hangat diperkatakan pengkaji tempatan berkenaan pasal masalah kewangan masyarakat di Malaysia nie.... Mengikut kajian, masyarakat di peringkat umur 25-35 tahun adalah yang paling banyak mengalami muflis atau bankrupt dalam kewangan depa.... Mengapa? Sebab nak ikut trend...sebab tak pandai berbelanja mengikut bajet yang ada....baruu je keluar universiti.. dapat keje...mulalah gelap mata nak itu nak ini... Orang nak guna ipad...dia pun nak... orang guna kete besar...dia pun nak... orang beli rumah besar...dia pun nak... Orang ada bini besar...dia pun naaak! So... salah ke nak apa yang orang lain beli atau miliki? Tak salah...cuma tepuk poket dulu sebelum membeli... 

Ramai dari kita suka berbelanja.... tapi tak suka tepuk poket sendiri... Hanya suka tepuk kad kredit... tepuk poket orang lain... tepuk amai-amai dan sebagainya... he he.. Maksudnya cermin diri dulu sebelum kita berbelanja... Ok...aku bagi contoh... Katalah si bujang lapok nie dah keje di sektor kerajaan.. gajinya RM2500++ sebulan... Apa yang perlu dibuat sebelum dia pegi shopping? Buatlah bajet kendiri dulu...Ini contohnya...

Gaji : RM2500 (lepas tolak EPF, SOCSO dan zakat gaji)

Perbelanjaan tetap:
Bil tepon: RM90 (Elok dilebihkan jadi RM100)
Bil letrik dan air : RM80 ( Elok dilebihkan jugak.. katelah RM 100)
Bil Astro : RM100 
Sewa rumah : RM 500 

Perbelanjaan Kereta:
Loan Kereta : RM 600 ( yg nie tetap..senang nak estimate )
Minyak : RM 250 ( Kene jangka dulu.. Elok dilebihkan jugak sedikit)
Lain-lain : RM 300 ( maintenance, malas basuh pastu hantar kedai, tukar minyak hitam dsb )

Duit untuk Mak ayah di kampung : RM100 (jadikan amalan...ingat jasa-jasa mak ayah kita)

Jumlah Perbelanjaan Tetap : RM2050 !!!! 

So.... kiranya belanja yang korang masih mampu lepas gaji tolak perbelanjaan cuma tinggal RM450 ! Nampak tak ? So.... Nak makan... nak belanja awek... nak beli pakaian dan seluar dalam sendiri... atas RM450 jer la.... Baru nampak ke..... baru sedar? betapa ketatnya duit yang ada... Boleh lagi nak enjoy sakan pegi berjoli sana-sini?

So... bagi yang bergaji RM2500 nie... memang kena kurangkan perbelanjaan kalau nak menyimpan... Contohnya dekat bahagian kereta tu... Dah tau kita kan bergaji kecil jer... Carilah yang loan nya murah sikit... Perbelanjaan minyak dan maintenance nyer rendah sedikit... Contohnya beli kereta Viva... Rasanya dah dapat save dalam RM400 - RM500 sebulan... Duit yang simpan tu boleh buat simpanan kahwin kan? Tak pun buat simpanan sendiri...kot-kot la niat nak beli rumah... He hehe...

Nak selamat lagi... Rekod kan perbelanjaan kita secara harian.... Tengok kat mana banyaknya duit kita duk keluar... dekat bahagian salon ker.. dekat bahagian shopping jajan ke... dekat rokok ke... dekat pakaian ke... dari situ kita tahu kat mana sebenarnya kelemahan kita dari segi disiplin kewangan... baru selamat dan tak perlu berhutang... 

Bagi yang bergaji lebih dari tu... Korang boleh la belanja lebih sedikit berbanding yang bergaji macam kat atas... memang takkan sama level perbelanjaan kita....sebab tu je yang termampu kan? Jangan nak samakan dengan yang bergaji RM5000 kalau kita nie bergaji RM2500... Sakit kepala nanti nak membayar segala hutang piutang nanti... Hutang kad kredit la....hutang kawan la.... hutang adik-beradik la.... Kalau nak jugak beli gadget atau barang yang kita betul-betul nak.... Simpan sedikit bajet... dan pandai-pandailah jaga disiplin dalam urusan kewangan sendiri.... Buatlah bajet kendiri masing-masing... 

Baik...kenapa kat contoh kiraan bajet tu selalu aku galakkan lebih-lebihkan? Sebab nanti senang.... katalah korang ikut apa yang korang kira kat atas tu kan.... Lebihan dalam bajet tu nanti akan jadi lebihan duit dalam bank korang... Kiranya jadi simpanan secara tak langsung kalau takde apa-apa perkara berlaku... tu kiranya macam kontingensi plan la kan... Mana la tau.... dua tiga bulan akan datang, mak ayah datang nak berjalan-jalan tinggal rumah kita... Adaaa jugak lebihan duit nak belanja depa nanti..

Fikirkan planning kewangan kita setahun atau lebih ke depan.... jangan fikir bulanan je....Dari segi perbelanjaan kewangan...aku respek kebanyakan orang Cina... Sebab depa pandai bab-bab nie... Bab-bab pelaburan masa depan...bab-bab menyimpan duit untuk kesenangan masa depan...patut dicontohi... tengok keadaan rumah kebanyakan cina-cina biasa... barangan rumah depa biasa-biasa jer...meja plastik la kekadang... guna tikar getah je la kekadang... tapi anak-anak boleh sambung belajar tanpa guna PTPTN... Duit ayah mak je... Sebab apa? Depa sanggup hidup susah 10-15 tahun sekarang demi kesenangan anak-anak depa.. Tak payah berhutang.. tak payah nak fikir camna nak bayar hutang.... Hidup dengan penuh kesederhanaan mengikut kemampuan semasa.... Dan jugak sekaligus memikirkan masa depan anak-anak ... secara tak langsung mendidik anak-anak supaya tidak belajar berhutang... Hidup asalkan bahagia... dan kebahagiaan itu hampir pasti jika tak berhutang banyak.... :)

Dalam Islam kan ada jugak.... hidup lah dengan penuh kesederhanaan... Biarlah kita kaya.. jangan berlebih-lebihan... Jangan membazir.. dan perbanyakkan sedekah... Cuba cermin diri kita masing-masing.... part mana yang ter miss.... bab sederhana... ramai yang fail (gagal)... Bab berlebih-lebih... ramai yang suka berlebih-lebih (riak nak menunjuk kat orang)... Bab membazir.. bab sedekah... Cuba cerminkan diri.. tanya diri.. tepuk dada dan tepuk dahi.. tepuk la jugak Quran yang dah berdebu di rumah masing-masing tu... Cerminkan diri dan bacalah Quran (tetiba...hehehe)

Ok la tu... Bab bajet nie aku terpaksa buat...dan aku belajar dari abang aku.. sebab gaji aku ciput je kan... Pendapatan lain kekadang je ada... Tanggungan ada dua (anak dan isteri)... Memang kena pandai memikirkan bajet kendiri....kalau tak... memang susah..lagi-lagi hidup di kawasan Klang Valley nie... Syurga shopping.... Makanan agak mahal... Pergh.... Nak lagi selamat... bahagian nak simpan dari gaji tu.. kita simpan selepas masuk je gaji... Tu cara yang lebih selamat... semoga bermanfaat la yer... Elakkan mengalami masalah hutang yang teruk! Kita transform diri kita! Kita Ubah ! he he...Selalu fikirkan... "Perlukah aku dengan benda ni?" Setiap kali ingin membelinya... Insya Allah selamat..

P/S: Rasa nak share? Share kan ajer... semoga ramai dari kawan-kawan kita tak mengalami masalah hutang..:)