Tak sangka la pulak.... isu ustaz main gitar menjadi satu isu besar dalam dunia blog.... Dan yang paling pelik... sampai menyentuh isu politik...ha ha ha...Jauh bebenor menyimpang nyer.... Ok...sebelum membuat apa-apa entri berkaitan hukum.... Elok la diselidik secara terperinci... Bukannya search dalam Google...pastu ambik link yang paling atas...jadikan rujukan terus tanpa usul periksa.... SALAH TU!
Sebab apa salah? Sebab Google bukannya susun link tu mengikut kebenaran dan fakta... Depa susun ikut populariti link tu jer... Lagi satu pasal pagerank website tu... Dan lain-lain lagi la yang memeningkan kepala otak orang cam aku nie.... yang penting.... bukan pasal kebenaran dan kesahihan hukum tu...
Ok.... perkara pertama nak cek hukum nie betul ke tak.... Kena tengok kesahihan hujah yang nak diambil tu... dan benda yang boleh dibuat hujah paling popular ialah Quran dan Hadis.... Dalam quran tak boleh sangkal dah... yang menjadi masalah biasanya dari hadis... Sebab ramai yang tak faham akan hadis yang mana patut dibuat hujah...
Hadis nie ada jenis-jenisnya.....hadis sahih, hadis makbul, hadis hasan, dan hadis dhaif... Kalau tak tau jenis-jenis nie...JANGAN SUKA-SUKA NAK BUAT HUKUM SENDIRI.... Hadis nie asalnya datang dari kata-kata Rasulullah....bukannya kata-kata orang lain! Jangan pulak korang cakap, Ini hadis dari mak bapak aku!!... Tampor kang....Puuuii!! [Alamak...terikut gaya video POPULAR (link) tu la pulak] He he he
Faham tu dulu baru boleh mengkaji lebih mendalam.... Masuk pasal hukum main alat muzik... dipecahkan banyak kategori pulak.... alat muzik ketukan, alat muzik petik, alat muzik tiupan.... Oleh sebab isu pasal gitar... Kita masuk terus bab alat muzik petikan...
Kategori alat muzik dipetik nie seperti biola, gambus, gitar, rebab, kecapi dan piano... So...kalau ada orang HARAM kan gitar...maka haramla semua di atas....he he he... Ok..ok...kita kaji dulu... Pendapat ulamak untuk alat muzik bertali amat la rumit dan bercampur baur.... Sangat complicated.... Apa sebabnya? Sebab pemahaman ulamak-ulamak berbeza bagi hadis nie....
Hadis Riwayat Bukhari dari Abu Malik r.a:"Akan ada dari kalangan umatku yang menghalalkan zina, sutera, arak dan al-maazif (alat nyanyian)".
Status Hadis nie:
Walaupun ia adalah sahih Bukhari, tapi ia mudhtarib (bersimpang siur rawinya) dan mu'allaq (sanadnya terputus). Ahli hadis yang berpendapat demikian ialah Imam Ahmad, Abu Daud, Ibn Hazm, Abu Hatim, al Hafeedz azZahabi dan al Hafeedz Ibn Hajar Asqalani. Kalimah al-maazif dalam hadis di atas tidak disepakati sebagai yang dimaksud alat muzik.
Pemahaman yang mengHARAMkannya:
Sama ada digunakan semasa upacara perkahwinan atau sebagainya. Ia adalah pendapat Ibnu Abbas RA, fuqaha’ Hanafi, fuqaha’ Syafie, fuqaha’ Hanbali dan pendapat yang rajih (terpilih) dalam mazhab Maliki. Ibnu hajar Al-Haitami pula menafikan wujudnya khilaf ulamak di dalam pengharamannya. Sementara Abul Abbas Al-Qurtubi dan Salim Ar-Razi menyatakan berlaku ijmak ulamak di dalam pengharamannya.
Pemahaman yang mengHARUSkannya:
- Abdullah bin Jaafar, Abdullah bin Zubair, Abdullah bin Umar, Muawiyah bin Abi Sufian, Amru bin Al-‘Aas, Hassan bin Thabit, Abdul Rahman bin Hassan dan Kharijah bin Zaid.
- Said bin Musayyab, Ata’ , Sya’bi, Az-Zuhri dan kebanyakan fuqaha’ Madinah.
- Ibnu Thahir menyatakan, “...ia adalah ijmak Ahli Madinah” (dakwaan ijmak ini ditentang sekeras-kerasnya oleh Ibnu Hajar Al- Haitami di dalam kitabnya Kaffur Ri’aa’.
- Sebahagian fuqaha’ Maliki, tetapi mereka menghadkan pengharusan tersebut untuk upacara perkahwinan sahaja.
- Al-Mawardi meriwayatkan keharusan penggunaan kecapi (Al-Aud) di sisi sebahagian ulamak Syafie.
- Ibnu Hazm, Abdul Ghani An-Nablusi, As-Syazili At-Tunisi dan Idfawi mengharuskannya dengan syarat-syarat berikut:
- Niat yang betul dan tidak bertentangan dengan syara’
- Tujuan yang tidak melanggar batas-batas syara’.
Sumber dari SINI (link dalam pdf)
Apa yang aku nak bagitau.... hukum main gitar nie masih samar-samar.... Segala hujah mereka kebanyakannya datang dari hadis yang sama.... kalau mengikut hujah mereka.... pengHARAMan tu berlaku sebab dikaitkan dengan LALAI.... Dan pengHARUSan tu disebabkan dalil TUJUAN...
Aku sokong kedua-duanya..HARAM dan HARUS.... kenapa? Bagi aku MENGIKUT KEADAAN ALAT MUZIK TU DIGUNAKAN UNTUK APA.... Ulamak mengatakan HARAM kerana alat muzik tu akan buat kita cenderung ke arah LALAI.... bukan sebab bunyi atau gitar tu sendiri...Dan HARUS atas sebab berhibur dengan tujuan membina... bukan juga sebab bunyi atau gitar tu sendiri... Korang boleh baca sumber lain pasal alat muzik nie di SINI (link)
Sekarang nie...isu yang timbul kerana seorang ustaz telah bermain gitar di satu majlis ilmu...Dan sorang blogger telah menuduh ustaz nie agen iblis (melampau kan ) kerana dia main gitar tu... Korang boleh tengok videonya di SINI (link). Kalau nak tau lebih lanjut pasal majlis tu....korang boleh tengok di SINI (link) dan di SINI (link).... Ok...dah bukak blum link tu? Kena bukak dulu baru tau kisah sebenar.... Baru boleh buat keputusan yang ADIL.... Bukan sebab baca tajuk jer dah nak komen pompang pompang! :D
Sekarang.... korang rasa lebih ke arah HARAM ke HARUS bagi kes ustaz tu? Bagi aku HARUS.... Sebab time tu bukannya termasuk dalam kes LALAI.... Betul tak? Lain la kalau majlis tu sendiri cenderung ke arah maksiat a.k.a LALAI.... Seriusly sila mengadili secara adil dan saksama... Bukannya mengadili kerana PARTI POLITIK dan EMOSI.... Bagi aku PAS dan UMNO takde kaitan dalam kes nie.... Ini hal agama.... Jangan dibuat main-main...
Yang menjadi persoalan besar ialah.... Kenapa isu kecik nie jadi besar ek? Adakah kerana berlainan parti? Adakah kerana jealous sebab ustaz nie semakin mendapat nama oleh masyarakat Malaysia? Atau kerana asyik kene atas batang hidung dia setiap kali ustaz tu cakap "BODO" kepada golongan tertentu? He he he.... Tepuk dada tanya iman masing-masing la kan.... Kalau yer pun nak ludah...Jangan la ludah ke langit... Nanti sendiri kena ludah tu...:)
P/S: Kalau ilmu panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga...:)
He3, nice...
ReplyDeleteSetuju :)
ReplyDeleteSaya tahu siapa blogger itu.. Hehe.. Good one.. Walaupun ada gak yang tak nak dengar pendapat orang ( rasa diri tu je betul ) tapi Islam tak pernah haramkan hiburan. Terbaik.. ^^
ReplyDeletetuduhan blogger tu terhadap ustaz memang terlampau.. terbaik entri ni.. nice.. hehehe..
ReplyDeleteWalaupun ia adalah sahih Bukhari, tapi ia mudhtarib (bersimpang siur rawinya) dan mu'allaq (sanadnya terputus). Ahli hadis yang berpendapat demikian ialah Imam Ahmad, Abu Daud, Ibn Hazm, Abu Hatim, al Hafeedz azZahabi dan al Hafeedz Ibn Hajar Asqalani. Kalimah al-maazif dalam hadis di atas tidak disepakati sebagai yang dimaksud alat muzik.
ReplyDeleteBoleh bagitahu dalam KITAB mana saudara ambil mengenai pendapat IBN HAJAR ASQALANI. Kerana setahu saya IBN HAJAR ASQALANI antara IMAM2 yang kuat mengahramkan muzik.Dakwaan al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani menyatakan riwayat hadis al-Ma'azif tersebut sebagai mudhtharib saya kira kurang tepat. Dan Saya kira, itu satu kesilapan, kerana terlalu masyhur, bahawa al-Hafiz Ibnu Hajar terkenal dengan kitabnya Taqliqut Ta'liq yg membela hadis-hadis dalam shahih al-bukhari yg didakwa mu'allaq. malah beliau juga antara yg mengkritik Ibnu Hazm al-Andalusi az-Zahiri dalam bab ini.
Berikut saya kongsikan di antara perkataan al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Taghliq at-Ta’liq ketika mengkritik ijtihad Ibnu Hazm:
وَهَذَا حَدِيث صَحِيح لَا عِلّة لَهُ وَلَا مطْعن لَهُ وَقد أعله أَبُو مُحَمَّد بن حزم بالإنقطاع بَين البُخَارِيّ وَصدقَة بن خَالِد وبالإختلاف فِي اسْم أبي مَالك وَهَذَا كَمَا ترَاهُ قد سقته من رِوَايَة تِسْعَة عَن هِشَام مُتَّصِلا فيهم مثل الْحسن بن سُفْيَان وعبدان وجعفر الْفرْيَابِيّ وَهَؤُلَاء حفاظ أثبات. وَأما الإختلاف فِي كنية الصَّحَابِيّ فالصحابة كلهم عدُول
“Hadis ini adalah sahih, tiada kecacatan dan tiada kelemahan. Abu Muhammad Ibnu Hazm telah melemahkan hadis ini disebabkan terputusnya sanad di antara al-Bukhari dengan Shodaqah B. Khalid, juga kerana wujudnya perbezaan pendapat tentang nama Abu Malik. Dan sebagaimana yang kita lihat, bahawa aku telah menyentuh tidak kurang dari sembilan riwayat daripada Hisyam B. ‘Ammar secara bersambung, di antaranya seperti al-Hasan B. Sufyan, Abdan, Ja’afar al-Firyabi, yang kesemuanya adalah hafiz yang mantap. Adapun perbezaan pendapat berkenaan gelaran sahabat, maka seluruh sahabat adalah para perawi yang adil.” (Ibnu Hajar, Taghliq at-Ta’liq ‘ala Shahih al-Bukhari, 5/22)
Manakala dalam Siyar A'lam an-Nubala, adz-Dzahabi turut membawa hadis al-Ma'adzif tersebut, kemudian memberikan definisi bagi al-Ma'azif tersebut tanpa berkomentar sama ada hadis tersebut sahih atau sebaliknya.
(Rujuk: adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, 21/158. Tahqiq Syu'aib al-Arnauth)
Jadi, inipun perlukan penjelasan jugak. Di mana al-Hafiz adz-Dzahabi rahimahullah menyatakan hadis tersebut mudhtharib. Manakala dalam Tadzkiratul-Huffadh, 2/1337 (tahqiq Zakariya 'Umairat), adz-Dzahabi menyatakan hadis tersebut riwayat al-Bukhari. Menunjukkan isyarat tashih (pengakuan sahih) dari adz-Dzahabi.
Diharap anda boleh padam nama imam2 diatas dari menjadi TUDUHAN bahawa mereka menghalalkan muzik.Mereka juga tidak mendhaifkan HADIS2 mengenai pengharaman muzik.Diminta saudara jangan membuat tulisan tanpa merujuk kepada kitab2 karangan imam tersebut.Semoga selepas ini saudara lebih berhati2 untuk mentakrifkan mengenai hukum ALLAH.Semoga kita berada dijalan yang benar hendaknya
Kepada ANonymous di atas: Saya dah bagi rujukan dari mana saya ambil.... Anda boleh la mengomen di rujukan itu.... Kerana segala penulisan yang berat iaitu yang memerlukan rujukan...memang saya letak link asalnya.... Segala kesilapan berlaku di link asal...:)
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteTentang niat bermain alat muzik itu untuk kebaikan atau ia bermanfaatkan, itu adalah salah kerana banyak lagi hiburan yang terang-terang Halal dan tidak samar atau tidak jelas status hukumnya. Seperti, street soccer, sepak takraw, main game Playstation yang baik2 seperti game bola, banyak lagi hiburan yang jelas sekali Halal. Semua hiburan yang jelas Halal boleh menjadi Haram jika berlebih-lebihan, bukan hiburan sahaja tetapi dalam banyak perkara yang lain. Pokoknya, mesti pandai memilih nikmat2 yang baik dan jelas Halal untuk kita. Mengapa masih memilih perkara yang khilaf. Elakkan perkara yang khilaf.
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abdullah bin Numair Al Hamdani telah menceritakan kepada kami Ayahku telah menceritakan kepada kami Zakaria dari As Sya'bi dari An Nu'man bin Basyir dia berkata, "Saya mendengar dia berkata, "Saya pernah mendengar Rasulullah (SAW) bersabda, Nu'man sambil menujukkan dengan dua jarinya kearah telinganya: "Sesungguhnya yang halal telah nyata (jelas) dan yang haram telah nyata. Dan di antara keduanya ada perkara yang syubat (samar, tidak jelas), yang tidak diketahui kebanyakan orang, maka barangsiapa menjaga dirinya dari melakukan perkara yang meragukan, maka selamatlah agama dan harga dirinya, tetapi siapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia terjatuh kepada keharaman. Tak ubahnya seperti gembala yang menggembala di tepi pekarangan, dikhawatirkan ternaknya akan masuk ke dalamnya. Ketahuilah, setiap raja itu memiliki larangan, dan larangan Allah adalah sesuatu yang diharamkannya. Ketahuilah, bahwa dalam setiap tubuh manusia terdapat segumpal daging, jika segumpal daging itu baik maka baik pula seluruh badannya, namun jika segumpal daging tersebut rusak, maka rusaklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah, gumpalan daging itu adalah hati." [Sahih Muslim dan Sahih Al-Bukhari]
Jika ada pula yang mengatakan isu ini bukan isu samar (tidak jelas), yakni ia adalah perkara yang jelas dan seterang-terangnya Halal, mengapakah ada perbezaan pendapat yang tidak sudah-sudahnya tentang perkara ini? Oleh kerana ada yang menghalalkan dan ada yang mengharamkan, isu permainan alat muzik ini menjadi perkara yang diantara Halal dan Haram. Kita disuruh mengelak perkara ini, maksudnya, mengelakkan diri daripada bermain alat muzik supaya kita menyelamatkan dan memelihara Islam. Jika tidak, kita tergolong dari orang-orang yang selain atau berlawanan dengan penyelamat Islam. Di akhir hadis itu, Nabi Muhammad SAW membicarakan tentang Hati. Kenapa dibicarakan tentang Hati? Mungkin kerana dengan Hati yang suci dan bersih, InsyaAllah kita dapat menyelamatkan Islam dan seluruh dunia.
Niat saya hanya untuk mengongsi ilmu dan membetulkan apa yang salah, hanya untuk Allah (SWT). Jika saya salah, tolong buktikan dengan Al-Quran dan As-Sunnah yang saya ini salah.
Berpeganglah dengan teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Semoga Allah SWT memberi kita kefahaman dan sentiasa membimbing kita ke jalan yang lurus. Amin Ya Rabbal Alamin.
Assalamualaikum,

Ada juga pihak yang berbeza atau berselisih pendapat tentang derajat hadis bukhari walaupun ulama telah mensahihkan. Oleh sebab ada pihak yang tidak setuju tentang derajat hadis itu, ini bermaksud perkara tentang permainan alat muzik itu telah menjadi perkara khilaf; ada yang menghalalkan dan ada yang mengharamkan. Oleh itu, mari kita lihat dan patuh kepada ajaran Nabi Muhammad SAW yang berikut tentang isu yang dikatakan khilaf ini.
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abdullah bin Numair Al Hamdani telah menceritakan kepada kami Ayahku telah menceritakan kepada kami Zakaria dari As Sya'bi dari An Nu'man bin Basyir dia berkata, "Saya mendengar dia berkata, "Saya pernah mendengar Rasulullah (SAW) bersabda, Nu'man sambil menujukkan dengan dua jarinya kearah telinganya: "Sesungguhnya yang halal telah nyata (jelas) dan yang haram telah nyata. Dan di antara keduanya ada perkara yang syubat (samar, tidak jelas), yang tidak diketahui kebanyakan orang, maka barangsiapa menjaga dirinya dari melakukan perkara yang meragukan, maka selamatlah agama dan harga dirinya, tetapi siapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia terjatuh kepada keharaman. Tak ubahnya seperti gembala yang menggembala di tepi pekarangan, dikhawatirkan ternaknya akan masuk ke dalamnya. Ketahuilah, setiap raja itu memiliki larangan, dan larangan Allah adalah sesuatu yang diharamkannya. Ketahuilah, bahwa dalam setiap tubuh manusia terdapat segumpal daging, jika segumpal daging itu baik maka baik pula seluruh badannya, namun jika segumpal daging tersebut rusak, maka rusaklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah, gumpalan daging itu adalah hati." [Sahih Muslim dan Sahih Al-Bukhari]
Jika ada pula yang mengatakan isu ini bukan isu samar (tidak jelas), yakni ia adalah perkara yang jelas dan seterang-terangnya Halal, mengapakah ada perbezaan pendapat yang tidak sudah-sudahnya tentang perkara ini? Oleh kerana ada yang menghalalkan dan ada yang mengharamkan, isu permainan alat muzik ini menjadi perkara yang diantara Halal dan Haram. Kita disuruh mengelak perkara ini, maksudnya, mengelakkan diri daripada bermain alat muzik supaya kita menyelamatkan dan memelihara Islam. Jika tidak, kita tergolong dari orang-orang yang selain atau berlawanan dengan penyelamat Islam. Di akhir hadis itu, Nabi Muhammad SAW membicarakan tentang Hati. Kenapa dibicarakan tentang Hati? Mungkin kerana dengan Hati yang suci dan bersih, InsyaAllah kita dapat menyelamatkan Islam dan seluruh dunia.
Niat saya hanya untuk mengongsi ilmu dan membetulkan apa yang salah, hanya untuk Allah (SWT). Jika saya salah, tolong buktikan dengan Al-Quran dan As-Sunnah yang saya ini salah.
Berpeganglah dengan teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Semoga Allah SWT memberi kita kefahaman dan sentiasa membimbing kita ke jalan yang lurus. Amin Ya Rabbal Alamin.
Hadis Riwayat Bukhari dari Abu Malik r.a:"Akan ada dari kalangan umatku yang menghalalkan zina, sutera, arak dan al-maazif (alat nyanyian)".
ReplyDeleteBila anda menghalalkan gitar dan lain2, maknaya andalah yang Rasulullah sebut dlm hadis ini....bila ulama meninggalkan sains, akan ada banyak pertelingkahan dengan manusia yg membesarkan nafsunya..dengan alasan untuk berdakwah..menurut sains, alat muzik bertali merangsang dopamine receptor dan opiate receptor di otak dan meyebabkan keseronokan dan keinginan berulang...walau apa pun tujuannya , ini menimbulkan situasi buang masa dan malas dalam diri umat Islam...sama2lah kita bertaubat...
Minat dan kecenderungan setiap manusia adalah berbeza-beza mengikut kehendak Allah Ta'ala.
ReplyDeleteAda yang suka seni, ada yang suka sukan, ada yang suka futsal, takraw, main game dan sebagainya.
Tidak adil rasanya bagi seseorang yang minat seni untuk bermain game bagi meredakan ketegangan/tension misalnya.
Kadang-kadang SENI hadir dalam diri seseorang bukan kerana kehendaknya, tetapi sesuatu yang dianugerahkan Allah kepadanya.
Ianya tiada paksaan dan tidak boleh ditahan-tahan.
Mungkin mudah bagi seseorang mengatakan HARAM bermain gitar kerana kecenderungan atau minat dia lebih kepada bermain game atau bersukan misalnya.
Walhal bermain game atau bersukan boleh juga jadi HARAM jika ianya MELALAIKAN dan melanggar syarat.
Mainlah gitar tapi jangan lalai dan berlebih-lebihan. Jangan tinggal solat, jangan lupa baca Quran, jangan berhenti tuntut ilmu dan jangan lupa bersyukur atas segala nikmat dan anugerahNYA. Kenapa Allah tidak mengharamkan TERUS hukum bermain gitar di dalam Al-Quran?
Kenapa membiarkan ulama' berselisih pendapat di dalam 'gelanggang hadith' tentang hukumnya?
Kerana Allah itu ADIL, DIA memberi ruang dan peluang untuk kita berfikir secara ADIL tentang hukumnya, supaya sesuai mengikut keadaan dan bersikap ADIL pada semua jenis golongan manusia. Supaya hidup manusia lebih sempurna. Entahlah, sekadar pandangan.
assalammualaikum, kalau piano yg tidak bertali, yg jenis digital tu boleh main ke?
ReplyDelete