Thursday, May 17, 2012

Siapa Irshad Manji | Kenapa Perlu Ditentang


Siapa Irshad Manji ? Kalau korang bukak website dia....Sekali pandang korang akan nampak yang Irshad Manji nie seorang pejuang Islam yang sejati.... Seorang yang cintakan keamanan.... Seorang yang sukakan kesejahteraan seluruh umat... Tapi betul ker?

Ok..... mengikut apa yang aku dapat cari dari Google..... Si Irshad Manji nie sebenarnya seorang musuh dalam selimut dalam Islam.... bertopengkan ajaran agama kononnya seorang yang mengikut semua ajaran Islam.. Sebenarnya si Irshad Manji nie seorang yang menyokong golongan GAY dan LESBIAN atau istilah dalam Google.... golongan LGBT... Tau tak LGBT tu... LGBT tu untuk "Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender"... Kalau korang la kan....korang sokong ke? -_-"

Jika betul dia seorang aktivis menyokong ajaran Islam....Kenapa disokong golongan songsang tu?? Ok...kita selidik lebih mendalam...Wanita ini juga adalah presiden dan perintis bagi Projek Ijtihad... di mana projek nie merupakan organisasi yang berada di tengah-tengah jaringan non-muslim dan reformis muslim... Secara kasarnya.... Irshad Manji nie seorang yang menyokong Islam Liberal... Sokong Islam secara akal semata-mata....

Ada jugak maklumat berkenaan pandangannya berkenaan Al-Quran.... Dia dengan selambanya mencadangkan Quran nie hanyalah satu kitab atau buku yang dibukukan atas dasar ideologi-ideologi hebat penganut agama Islam terdahulu...... Hmmm...... Islam ape ke jadahnya kalau macam nie?? Sesat terus nie...

Tengok imejnya pun dah tau.....Kalau betul menyokong Islam secara sunnah....Sudah pasti dia tak berani menayangkan auratnya.... Dan yang lebih penting... Dia takkan menyokong golongan GAY dan LESBIAN yang sudah pasti dilaknat oleh Allah.... Sila baca kisah golongan GAY dan LESBIAN tu dalam Quran.... Apa balasannya...Sudah baca ke belom? :)

Ok....dengar citer perhimpunan Irshad Manji yang dijadualkan dibuat di Malaysia dah dibatalkan.... Alhamdulillah.....Terselamat untuk seketika...Tapi jangan ingat Irshad Manji je musuh dalam selimut macam nie... Dalam Malaysia pun dah ramai...lagi pandai berlakon...lagi pandai bermuka-muka.... Mungkin kesilapan Irshad Manji nie cuma satu....Mengaku Lesbian... Kalau dia buat senyap-senyap..... Mungkin pembatalan ceramahnya takkan berlaku..... Sedangkan ideologinya sungguh menyesatkan lagi menyelewengkan akidah Islam..... 

Ni la bahaya musuh dalam selimut... Cuba bayangkan hantu dalam selimut korang... Tak ke terkejut kalau kena sergah dek hantu tu.... Silap-silap mati kena serangan jantung.... Haa...macam tu ler kesannya musuh dalam selimut... Trauma sepanjang hayat la kalau dibiarkan...

P/S: Aku pun baru tau pasal Irshad Manji nie...

6 comments:

Bedaduz said...

x faham..kalau dah tolak al-Quran dah tu mana keimanan dia? buat apa mengaku Islam kalau dah tolak al-Quran? apa maksud dia Islam tapi tak terima Quran?

Browacana said...

@Bedazuz: Pasal quran tu cuma "dikatakan"... maknanya dengar-dengar khabar je... Tapi memang macam tu golongan liberal... menyokong atas dasar akal dan fikiran....

依之汉 said...

Secara jelas dia memperjuangkan Islam Liberal. Jadi bagi kita yang sudah mengetahuinya patut menolak kedatangan dia ke Malaysia untuk mempromosikan bukunya yang disenarai hitam di Malaysia.

mohdhazlan Dreadlock said...

masyaallah ..dunia akhir zaman ..manusia lahir dlm pelbagai bentuk kesesatan ..semoga Allah selamat kita drp laknatnya ...

Anonymous said...

Bila baca twitter dia, dia macam nak jugak ceramah kat malaysia ni..

https://twitter.com/#!/IrshadManji

AviCenNna said...

Salah satu lagi yang diperjuangkannya ialah 'pluralisme', iaitu semua agama adalah sama dan diterima. Sedangkan dalam Al-Quran mengatakan agama yg diredhai Allah adalah Islam. Makanya menurut Irshad, perkahwinan b'lainan agama itu tiada masalah. Kalau baca bukunya 'Allah, Love and Liberty', point2 yang dikeluarkannya nampak sangat gunakan akal semata-mata.