Wednesday, November 21, 2012

McD Boikot, Kenapa Tak Boikot Facebook dan Lain-lain??

Sekarang ramai duk suruh boikot McD atau nama panjangnya McDonald (Duck) tu.... Pastu yang geng-geng penyokong atau penyuka makan McD nie tak puas hati la... Mula la cari point... dan terjumpa la soalan nie.... kenapa boikot McD je? Kenapa tak boikot yang lain macam iphone...Facebook dan lain-lain? Ok...nie hasil buah fikiran aku...kalau salah...salah la (maaf)...kalau betul...tolong sebarkan kepada kawan-kawan...

Bernas jugak soalan tu.... tapi perlu faham kenapa perlu boikot kan.... Kenapa McD jadi topik hangat dan ditembak habis-habisan? Ini apa yang aku pernah dengar masa aku menghadiri satu seminar atau konferens pasal Save to Palestin.....Sebab McD nie antara penyalur dana yang terbesar kepada tentera Israel (Sila pakat cari bukti nie untuk pengukuhan hujah). Sebab tu lah ia menjadi target utama memboikot....

Lagi satu....sebab McD nie makanan.... Di Malaysia nie... banyak jenis makanan yang boleh kita makan selain burger dan french fries di McD...So...kenapa nak kecoh? Bukannya perlu berlapar pun... Cuma berhenti makan di McD dan makan la nasik, mee goreng, bihun, spagheti dan sebagainya...Kalau nak burger...sila ke gerai-gerai berdekatan... Sekarang kan duk terkenal dengan burger bakar...Lagi sedap aper?

Kenapa bukan yang lain? Bagi aku boikot la jugak yang lain....sekadar yang termampu dan yang ada alternatif... Contohnya macam jenama pakaian yang ada kaitan dengan Israel..tak payah beli jenama tu...Jenama lain kan banyak lagi.... Alat make-up pun sama.... Berhenti beli yang jenama tu..beli jenama lain... Coca-cola pun termasuk yer...So lepas nie minum je air yang tak bergas...Lebih sihat untuk badan juga.... Rokok?? Rokok sah-sah antara penyalur dana Israel... So... cubalah berhenti...berjuang demi rakyat Palestin...Untuk kesihatan diri sendiri juga...:)

Macam mana pula dengan Facebook? Ok.... Dulu aku pun tak nak guna Facebook... Dan sekarang aku dah gunakannya... Tapi aku cuba gunakan Facebook aku dengan berdakwah ke arah kebaikan... Dan ini yang terbaru dari apa yang aku dengar... Mark Zuckerberg memang Yahudi...Tapi dia bukan penyokong kuat Yahudi Zionis (Yahudi yang tak percaya kitab Taurat, tapi percayakan penyembahan berunsur Syaitan)... Kena ingat tu...ada beza... Tidak ada bukti yang nyata setakat nie pasal Mark Zuckerberg tentang penyaluran dana kepada Israel... Dan juga lagi satu... Facebook tidak berbayar... Dan banyak perkara positif yang boleh digunakan untuk menentang Israel menggunakan Facebook....Contohnya menyebarkan berita-berita terkini di Gaza... Menyebarkan dakwah Islamiah....  McD ada? Sebar kolesterol ade ler...Cer tengok rakyat Amerika sekarang...ramai yang obes (gemuk melampau)  kan? he he he....

Yang menjadi masalah di Facebook adalah bukan kerana Facebook....tapi kita sendiri.... Kalau kita jahil... gunalah jenama Malaysia sekalipun...tetap akan guna benda baik ke arah jahil... kalau kita ada kesedaran... Kita akan cuba menggunakan sesuatu ke arah kebaikan.... Kenapa nak berbalah?

Pastu ada yang kata guna Facebook ke arah kebaikan macam Robin hood... mencuri untuk kebaikan... TIDAK ler.... Facebook nie mana sama dengan mencuri... Free kot... ada kene bayar ke? Ke korang guna Facebook kena hack dulu? Tak kan? Guna Facebook nie macam guna iphone jugak... Yes buatan Yahudi... Tapi kalau korang duk muat turun Quran...tafsir Quran...himpunan hadis-hadis.... Tak salah kan? Kalau duk simpan video lucah... K-Pop.... guna iphone buatan orang muslim pun tetap salah...

Tapi...... Sebaiknya kita akan cuba mengurangkan penggunaan apa jua barangan atau produk buatan Yahudi....Jika terpaksa guna pun...Gunakan sebaik-baiknya untuk mengurangkan pengaruh jahatnya... Tak salah kan baling balik kelosong peluru ke arah depa kan? Mana tahu kene dahi...berdarah jugak kan? Dan lebih baik kalau kita cuba HENTIKAN penggunaan mana-mana produk yang menyalurkan dananya kepada tentera ISRAEL Zionis laknatullah itu....Itu macam korang tolong sedekah memakmurkan Israel... No excuse kawan....No excuse...

Contoh barangan yang ada kaitan dengan Israel
Kalau tak nak boikot? Suka hati korang.... Itu la pilihan korang kan... Bahagian masing-masing la jawabnya di akhirat nanti.... Aku yang kerdil di dunia Allah nie berusaha menyebarkan apa yang termampu dengan blog berhabuk nie.... Dan aku memang dah lama cuba memboikot dengan sikit demi sikit menukar sesetengah penggunaan kepada barangan alternatif... McD... Mungkin lepas ni aku takkan makan lagi... Selagi McD tidak membantu rakyat Palestin dengan menyalurkan burger-burgernya ke Palestin secara percuma...[Kenapa tidak kan? Kat Malaysia boleh je bagi...] Kalau duk derma bagi peluru.... Jika hati tu sayangkan ISLAM... Cuba lah berpuasa makan McD selama mana mereka tidak menghentikan penyaluran dana.... Mana la tahu owner besar kat Amerika tu berubah peluk Islam ke aper ke....

Aku takde bukti yang sahih...takde kertas hitam putih nak bagi kepada korang.... Tapi aku sekadar cuba sedaya upaya menolong yang termampu mengurangkan peluru-peluru yang Israel hujankan di bumi Palestin.... Kalau McD memang tak bagi dana.... Bagus bagi McD...tapi aku tetap tak nak makan McD.... atau kurangkan makan McD... Mungkin kalau makan pun...tiga bulan sekali....Buat hilang rasa terliur.. Selain untuk Palestin...baik untuk aku juga... Lebih baik makan nasi, ikan bakar dan ulam dari makan burger McD yang tidak menyihatkan kesihatan....kan? :)

P/S: Pendapat peribadi sahaja... Kalau tak setuju... terserah la kan...Kalau setuju..digalakkan share..;)

14 comments:

selipar putih said...

insyaAllah untuk kebaikan saudara kitta kat sana...

Jamal Rafaie said...

Untuk bukti dan produk terkini pasal barangan yang perlu diboikot boleh tengok kat http://www.inminds.co.uk/boycott-israel-2012.php

KamilSalleh said...

Boikot sekadar termmapu, kalau ada alternatif lain bolehlah kalau tidak terpaksa guna juga. pandai2 lah kita lakukan sebagai seorang insan yg selemah-lemah iman.

Jobs View said...

Kena faham istilah BOIKOT betul2..

Unknown said...

Pisau tu sifatnya tajam. Buleh memotong even membunuh.

TApi, kalau diguna dengan cara betui, bermanfaat. Tapi, kalau guna cara yg salah, membawa kepada dosa.

Pun begitu, kerana pisau adalah so berbahaya, patutkah ia diboikot atau penciptanya dipersalahkan?

Itu just idea saya lah.

Memang boikot mekdi sebab diet! heheheheh

Mak Lin said...

Feel the same way bro~

Intel pun sekongkol Israel kan, kenapa tak buang je?

apa pun setiap amalan bermula dengan niat, i agree with you.

at least, kita dah tolong kurangkan dana.

Heart Vacancy said...

Boleh rujuk ulasan/penerangan Dr. Hafidzi Mohd Nor. Harap ini dapat memberi manfaat kpd kita. InshaAllah. http://www.youtube.com/watch?v=ZcBlvfZTSwY&feature=g-hist

Unknown said...

tak boleh guna hujah mcm ni, nampak sangat macam bias, nampak mcm bela facebook walaupun ada kemungkinan dia sokong israel sebab dia dah sah yahudi.

nampak sangat hentam Mcdonald, cakap dia tak menyumbang apa2 pada masyarakat, sedangkan selama ini dia banyak buat kempen dan derma pada anak yatim, OKU dan masyarkat di Malaysia.

anyway, good discussion.

Aretikz said...

Its ok, mereka dengan pilihan mereka, kita dengan pilihan kita.. ^^

Unknown said...

takpe lah..boikot mana yang kt mampu..

Anonymous said...

isu adalah boikot barangan yang terlibat menyalurkan dana ke yahudi... boikot facebook adalah perlu kerana setiap apa yg disampaikan dlm FB yg buruk atau yg baik..tetap dana tu ke yahudi.. "BUAT BENDA BAIK UNTUK BANTU YAHUDI KER?

aNNa said...

(◕‿◕✿)~

bakoor said...

ape bendala mcD, tempe goreng lgi best peeeeeerrrrgh

Anonymous said...

Rokok x de spe pun nak boikot kan..sbb rela redah ribut taufan nak beli rokok..padehal wajib sumbang 10 hengget sehari utk yahudi zionis..

Tahukah kalian, siapa pengeluar terbesar rokok di dunia? Merekalah Philip Morris. Bermula sebagai kedai tembakau pada 1847 di Bond Street, London, kini Philip Morris menjadi syarikat nombor satu bagi pengeluar makanan di Amerika Syarikat, penjual keju yang diproses dan pengeluar rokok. Ia juga menjadi syarikat makanan kedua utama di dunia dan ketiga bagi bisnes gula-gula.Pusat operasi syarikat pengeluar rokok utama dunia ini ialah di Henrico County, Virginia, Amerika Syarikat.

Pengurusan Philip Morris diketuai oleh Michael Szymanczyk, juga seorang Yahudi dari Philip Morris Amerika Syarikat (AS). Kaitan Zionis dan bisnes rokok semakin akrab dan melibatkan rangkaian pelobian yang sangat kukuh. Setiap kali pilihan raya presiden AS, kita didedahkan kaitan calon presiden dengan pelobi-pelobi Yahudi. Siapakah pelobi-pelobi itu?

Center for Public Integrity, AS mendedahkan bahawa Atria Group [nama baru Phillip Morris yang ditukarkan pada tahun 2003] membelanjakan hampir US$101 juta untuk melobi kerajaan AS dari 1998 hingga 2004, menjadikannya organisasi kedua paling aktif melobi di negara itu.