Sunday, June 11, 2017

Apa Elemen Perlu Ada Untuk Menjadi Usahawan Berjaya | Bakal Founder Produk

Usahawan Berjaya
Apabila status diri kita bertukar kepada FOUNDER PRODUK, ramai yang rasa mereka akan terus jadi kaya kan? Mereka hebat kan? Yes, founder produk memang hebat... kerana keberaniannya dan kecekalannya menghadapi segala rintangan dan dugaan yang bakal dihadapi untuk menjayakan produknya. Pelbagai strategi dilakukan untuk menjayakan misi, tetapi pernahkah anda terfikir apakah elemen yang perlu ada untuk menjadi usahawan berjaya

Straight to the point, banyak elemen yang perlu ada untuk jadi seorang founder produk yang berjaya. Saya tak nak sebut pasal hati yang cekal, sabar menghadapi dugaan, berusaha terus berusaha...itu elemen yang wajib ada pada seorang usahawan. Sekarang kita bincang pasal teknikal dan taktikal strategi....

Fakta menakutkan ialah: Ramai orang kita suka jadi founder produk, tetapi gagal di separuh jalan kerana tidak faham tentang elemen-elemen ini. Untuk pembelajaran asas, boleh baca dulu entri nie sampai habis. Kenapa gagal, di mana silapnya, apakah solutionnya? Bagi yang nak tahu, teruskan membaca...

ELEMEN MANAGEMENT (PENGURUSAN)


Ramai usahawan kita FAIL dalam bab nie. Kebanyakan orang kita jenis malas nak menguruskan perniagaan sendiri itu dengan lebih teratur dan tersusun. Banyak yang jenis semberono jer. Duit masuk dan keluar tak rekod. Apa yang ada kat tangan dikira untung. Spesis nie selalu kalau saya tanya," Berapa anggaran untung sehari?". Dia akan jawab sekali dengan jualan, bukan untung bersih. Lepas tu bangga dapat ribu riban...sedangkan kos habis pun ribu riban. Tak sedar. Rekod pelanggan takde. Rekod penggunaan iklan dan gaji staf pun ikut rembat. Semuanya memainkan peranan.

Ini adalah ASAS untuk menjadi founder produk berjaya. Gagal mengurus, anda seolah-olah merancang untuk gagal dalam perjuangan bisnes anda. Sebab itulah ramai yang sanggup bayar ke seminar itu ini, sebab kurangnya ilmu pengurusan bisnes. Yang dah belajar di universiti pun belum tentu dapat khatam bab nie. Jangan memain.

Elemen ini dipecahkan pula kepada beberapa sub-elemen iaitu bab PERAKAUNAN, bab PENGURUSAN DATA, PENGURUSAN KEWANGAN SYARIKAT, PENGURUSAN STOK dan lain-lain.. Dekat sinilah nanti akan ada laporan UNTUNG-RUGI (Profit and loss). Dekat sinilah berlaku berapa TARGET SALE yang kita nak untuk sebulan, setahun sepaya breakeven dengan kos gaji staf, kos kita nak run bisnes... Bukan lagi nak capai ROI (Return of Investment) yang kita dah laburkan. 

Dekat sini jugalah kita dapat atur PEMBERIAN HARGA produk kita sama ada OK ke tidak. Ada sesetengah daripada kita bagi harga yang mencekik orang bawah sebab dia nak untung lebih... Dari pandangan noob dia memang boleh untung banyak, tapi itulah yang menjerut bisnes dia jadi lingkup habis. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
IKLAN STICKY POST :

NAK HILANGKAN KOTORAN DEGIL DI PAKAIAN, DI RUANG DAPUR ANDA, MALAH DI KERETA ANDA? 

GUNALAH SUPERMOM! HANYA SEMBUR, TUNGGU 5 MINIT (BOLEH BANCUH MAGGI SAMBIL MENUNGGU) KEMUDIAN LIHATLAH HASILNYA..... 

BERKILAT SEPERTI BARU... KLIK LINK INI UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


ELEMEN MARKETING

Ini satu hal. Kalau saya keluar bagi talk di seluruh negara baru-baru nie pasal "marketing", ramai yang taboo dan takut dengan word nie. Semua terus fikir MLM. Hadoi.... Marketing adalah NADI kepada bisnes. Manusia, tiada nadi, mati. Bisnes, tanpa marketing, bisnes lingkup. 

Apa itu marketing? Marketing nie definisi dia sangat luas. Dari cara kita berpakaian hinggalah penggunaan iklan. Cara kita bercakap, cara kita menyantuni pelanggan, cara kita memperkenalkan produk, semuanya itu marketing. 

Yang nie pun ramai orang kita gagal. Marketing ada yang percuma, ada yang murah dan ada yang menggunakan kos yang amat tinggi. Adakah apabila tinggi kos, menjamin laku keras sesuatu produk? TIDAK. Ada elemen lain lagi yang akan berkait rapat. 

Marketing pula ada pelbagai strategi... kebanyakan marketing adalah untuk meningkatkan awareness kepada pengguna di luar sana bahawa produk kita ada di pasaran. Bagaimana nak bersaing dengan produk yang dah ada di pasaran? Maka timbullah marketing strategi plan. 

Dalam marketing strategi plan nie lah ada unsur-unsur kreatif yang perlu ada pada founder produk. Berbalik kepada marketing, apa yang perlu anda buat? Banyakkan iklan produk... melalui TV, radio, Facebook, blog dan macam-macam, mengikut kemampuan kita sebagai owner produk. 

Contoh macam blog nie, ada buat review produk.. Itu juga salah satu marketing. Marketing yang tidak mahal dan untuk jangka masa panjang. Sebab apa? Sebab apabila blogger buat satu entri post pasal produknya, entri post tu akan melekat di carian Google.. dan akan berpanjangan sehingga blog tu sendiri di delete. Boleh dikatakan jarang orang delete blog dia.  Kalau nak free? Buat sendiri.

Nak tambahkan keberkesanan iklan? Itu yang kita kena study bab TARGET AUDIENS. Haaa...ambik kau... sape rasa macam banyak tak tahu, saya boleh bagi personal coaching. Sape yang dah tau, anda amalkan tak ilmu itu di dalam bisnes anda? Kalau tak, jangan salahkan orang lain. 

Dalam bab Marketing juga, ada sub-elemen lain iaitu DESIGN. Nak design apa? Design sticker, design logo kita di produk, design bunting, design poster, design gambar iklan, dan lain-lain. Itu juga marketing. Kalau produk kita hebat dari kandungan tapi gambar tak cantik, duduk sebelah produk yang kandungannya biasa-biasa, tapi gambarnya cun habis, ekspresi anda yang pertama nak beli yang mana?


ELEMEN SALE (JUALAN)
Selepas beriklan bagai, marketing sana marketing sini... Maka datanglah bakal customer yang orang bisnes selalu sebut PROSPEK. Adakah mereka terus datang dan beli? TIDAK SAMA SEKALI. Mereka akan approach kita, dan bertanya banyak soalan sebelum membeli.

Jadi, ini satu lagi elemen penting untuk berjaya iaitu elemen menukarkan prospek kepada pelanggan. Yang nie la yang selalu orang duk ajar "CLOSING". Yang nie pun ada seninya. Seni closing tahun 2010 tak sama dengan seni closing tahun 2017. Seni closing di kedai fizikal tak sama dengan seni closing dalam wassap. Kenapa? Kerana perubahan masyarakat. Perubahan zaman. Orang dulu banyak membeli di kedai fizikal, sekarang banyak membeli dari online. Orang dulu suka produk sihat, sekarang asal capai matlamat, semua ok. ContoOOooooh....

Salah closing, prospek lari. Salah closing, jualan tak jadi. Iklan dah habis beribu, tapi bila ada orang bertanya, tak melekat sorang pun. Ini semua akan berlaku nanti apabila kita melaluinya. 

*****************************************************************************

Cuba kita bayangkan kalau si founder produk nak buat semua tu sendiri... agak-agak boleh tak? Dan ramai orang kita suka buat sendiri. Dialah founder, dialah akauntan, dialah marketer, dialah saler... Dialah yang kacau adunan sabun, dialah yang nak pegi buat iklan, dialah yang nak pegi jual, dia jugak lah nak beli bahan asas nak buat sabun, dia jugak lah nak design kotak sabun... Lepas tu kata tak berjaya sebab jualan so-so ajer... Ye lah... tak boleh FOKUS kepada sesuatu benda. Itu kata kunci dia.

Ini adalah kebanyakan usahawan kita

Kenapa tak nak buat team? Kos meningkat? Sebab tu kena plan awal-awal. Cuba tengok usahawan yang dah berjaya, adakah mereka bergerak sendirian? Atau bergerak secara berkumpulan?  Salah satu contoh bentuk team yang cuba diketengahkan ialah Muslim Trade House.

Ada lagi elemen penting yang saya tidak ceritakan dalam entri nie..... Cuba teka elemen apa? Elemen itu perlu ada pada seorang founder produk yang nak berjaya. Kalau nak, komen di post entri nie dan share kan. He he.... 

Bagi sesape rasa nak belajar secara personal dengan saya tentang pengurusan bisnes secara asas, boleh hubungi saya. Saya ada buat personal coaching. Saya akan ajar lebih kepada pengurusan iaitu bagaimana nak kira kos yang betul, bagaimana nak kira untung rugi yang betul, bagaimana nak kembangkan bisnes melalui laporan tadi... Dan sedikit asas tentang marketing dan sale. Saya akan cuba bagi price yang terbaik.. Saya ajar asas sahaja... Untuk advance belum bersedia lagi. Jadi, jangan risau pasal harga, boleh berbincang.

No comments: