Berbisnes adalah satu langkah yang membolehkan anda menjadi kaya. Seorang usahawan menjadi kaya jika berjaya. Bagaimana ingin berjaya di dalam bisnes? Di sini saya kongsikan tips ringkas yang boleh dijadikan petua dan ringkasan untuk berjaya.
Ramai orang kita sekarang ingin berbisnes kerana keadaan ekonomi semakin gawat dan peluang pekerjaan makan gaji semakin banyak persaingan. Syarikat besar mula mengurangkan pekerja sekaligus membebankan pekerja yang masih ada kerana jumlah pekerja yang semakin kurang tetapi kerja tetap sama banyak.
Tetapi ramai yang berbisnes tetapi mengalami keperitan pendapatan yang sama ketika bekerja makan gaji. Ramai usahawan nampak "kaya" hanya di luaran, tetapi realiti sangat berbeza. Hutang keliling pinggang, hidup tak keruan, bekerja 24 jam mengejar jualan, dan lain-lain.
Bagaimana seseorang usahawan boleh berjaya? Ini adalah tips ringkas yang mungkin boleh dijadikan pedoman.
JADI BUSINESSMAN, BUKAN SELF-EMPLOYED
Ramai orang kita menganggap, apabila dah jadi usahawan, kita sudah jadi CEO, dah jadi bos, dah jadi founder. Maka, segala keuntungan kita nak kaut, nak ambil sebagai pendapatan. INI SALAH! Seorang usahawan perlu pandai menguruskan bisnesnya supaya apabila kita tak boleh bekerja (sakit, ada urusan lain), bisnes tetap berjalan. Itu barulah berbisnes.
Perlu pegang konsep ini: Fikirkan bagaimana nak kekalkan bisnes tetap berjalan walaupun kita bercuti. Itu baru betul. Langkah pertama: Bentuk satu pasukan, bukan berseorangan. Wujudkan satu carta organisasi pengurusan dalam bisnes.
Sebagai contoh, Muslim Trade House cuba membentuk satu pasukan usahawan yang saling bantu membantu..saling bekerjasama untuk meningkatkan bisnes masing-masing. Konsep ini orang kita masih ramai yang tidak boleh terima. Sebab itu ramai yang masih menjual di kaki lima. Sedangkan yang faham konsep ini, walaupun asalnya dia penjual di kaki lima, dia boleh memiliki satu bangunan syarikat perniagaannya sendiri.
AMALKAN KONSEP MAKAN GAJI (PENSYARIKATAN)
Jadi usahawan, sebenarnya perlu pegang konsep yang sama semasa anda bekerja makan gaji juga. Konsep yang sama seperti orang yang bekerja dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Mengapa sama? Kerana hampir semua organisasi syarikat atau tempat anda bekerja sebenarnya berasaskan perniagaan juga.
Apa yang berbeza? Anda bukan lagi orang bawahan, pekerja yang hanya menerima arahan dari pihak atasan. Tetapi sekarang, andalah yang memberi arahan dan memikirkan halatuju bisnes anda. Anda jadi bos! Tapi adakah bos tiada gaji?? ADA.
Berapa gaji yang anda nak letakkan? Sesuka hati ke? JANGAN! Itulah kebanyakan punca kejatuhan perniagaan orang kita. TIDAK AMANAH DALAM PENGURUSAN KEWANGAN. Aturkan pemberian gaji mengikut perkembangan bisnes. Peringkat awal, jangan lah sampai puluh ribu gajinya walaupun anda CEO... Berpada-padalah. Anda tentukan gaji anda sendiri, tetapi mengikut kiraan yang terbaik untuk syarikat anda.
Ingat, biarpun anda berniaga, berbisnes, anda tetap dapat gaji. Jadi bagaimana nak kaya? Hidupkan syarikat, banyakkan jualan, kurangkan kos, untungkan syarikat, barulah dapat memberikan bonus tahunan yang banyak. Barulah anda kaya.
SYARIKAT KAYA, ANDA BERJAYA
Ini satu konsep yang ramai tidak faham. Untuk berjaya dalam bisnes, apa yang paling penting adalah mengkayakan syarikat dahulu, bukan mengkayakan poket sendiri. Kenapa? Kerana apabila syarikat perniagaan anda sudah stabil, barulah anda dapat meluaskan lagi empayar perniagaan.
Kalau anda kaya, syarikat terhuyung hayang, anda mungkin kaya sekarang. Tapi untuk akan datang belum tentu kerana syarikat tidak stabil. Silap silap syarikat tutup dan anda terpaksa mula dari bawah lagi. Simpanan mula berkurang.
Tapi saya nak kaya cepat!!! Ramai yang berfikir macam nie. Nak kaya cepat, masuk skim cepat kayalah. He he he. Siapa kata berbisnes boleh cepat kaya. Kita kejar bisnes berjaya dahulu.. Kaya akan menyusul.
PENGURUSAN KEWANGAN YANG MANTAP
Sesiapa yang boros, suka guna kereta mewah, suka berfoya-foya.. Anda mungkin berjaya dan akan hilang seperti kapas. Uruskan duit jualan atau duit syarikat sebaik-baiknya. Jangan gunakan untuk urusan peribadi. Duit syarikat adalah duit syarikat, bukan duit individu.
Setiap duit jualan atau duit yang masuk ke syarikat bukan 100% untuk kegunaan kita. Perlu diagihkan kepada beberapa perkara seperti: kos pengurusan syarikat, kos modal, kos overhead dan lain-lain.
Perlu juga dimasukkan sekali kos yang masih belum berlaku, contoh kos penambahan pekerja, atau kos upgrade sistem. Kenapa? Untuk perkembangan syarikat. Inilah perbezaan usahawan yang mempunyai visi dan misi dengan usahawan yang hanya memandang untung dan kaya semata-mata.
Nak belajar tentang pengurusan kewangan? Boleh belajar asas dengan saya..he he.
JAGA PELANGGAN, JAGA PEKERJA, JAGA SYARIKAT
Ini satu lagi konsep ramai usahawan kita tak faham. Apabila dia dah dapat close sale, dia terus tinggal pelanggan tadi. Cari pelanggan baru nak dapatkan sale lagi. Pelanggan lama tidak dijaga dengan baik... Kesalahan yang sangat besar.
Anda CEO, Anda Founder. Jaga pekerja anda elok-elok. Anda berjaya bukan sebab anda seorang. Yang menggerakkan adalah pekerja anda. Jika mereka tak bergerak, sehebat mana pun produk anda, sehebat mana pun idea bisnes anda, anda tidak akan mampu pergi jauh. Hargai mereka.. Berikan sesuatu supaya mereka suka bekerja dengan anda.
Yang last, jaga nama syarikat. Sebab tu banyak syarikat suka amalkan 5S, amalkan konsep 10M, dan macam-macam lagi. Kerana apa? Untuk memberikan servis dan persekitaran syarikat yang baik dan membina. Syarikat ada etika dan undang-undang yang disukai pekerja.
Walaupun anda CEO... Tolong patuhi etika syarikat anda sendiri. Walaupun anda CEO, anda founder, anda tidak boleh masuk ke stor simpanan anda sesuka hati. Kenapa? Etika bekerja. Faham ke tak faham? Kalau tak faham, belajar.
Ingin berjaya dalam bisnes, perlu amalkan konsep KAYAKAN SYARIKAT DAHULU, BARULAH ANDA BOLEH JADI KAYA DAN BERJAYA. Pegang konsep bermuamalat cara Islam, insya Allah perniagaan anda diberkati.
IKLAN STICKY POST :
NAK HILANGKAN KOTORAN DEGIL DI PAKAIAN, DI RUANG DAPUR ANDA, MALAH DI KERETA ANDA?
GUNALAH SUPERMOM! HANYA SEMBUR, TUNGGU 5 MINIT (BOLEH BANCUH MAGGI SAMBIL MENUNGGU) KEMUDIAN LIHATLAH HASILNYA.....
BERKILAT SEPERTI BARU... KLIK LINK INI UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT
No comments:
Post a Comment