Tuesday, September 24, 2019

Tips Penting Sewa Khemah | Sewa Kanopi

Marquee 6m transparent
Ramai yang nak sewa khemah atau kanopi untuk kegunaan majlis seperti majlis kesyukuran, majlis perkahwinan, majlis perayaan dan lain-lain. Tapi ramai yang sekadar tanya dan dapatkan harga sahaja, kan? Di sini saya nak bagi tips bagi yang nak sewa kanopi atau khemah yang terbaik untuk anda.

Jenis Khemah
Ada pelbagai jenis khemah yang boleh disewa dan berbeza harga. Ada sesetengah pelanggan tu dalam kepala dia duk bayang khemah lain, tapi disebabkan salah guna nama khemah, diapun dapat harga mahal. Terus tak jadi beli. Pastikan saiz dan jenis khemah yang betul mengikut kesesuaian majlis anda. Ini beberapa nama khemah dan saiz yang perlu anda tahu.
  • Khemah Arabian 10 x 10 (3 meter x 3 meter)
  • Khemah Arabian 10 x 20 (3 meter x 6 meter)
  • Khemah Arabian 20 x 20 (6 meter x 6 meter)
  • Khemah Piramid (Bumbung berbentuk seakan piramid)
  • Marquee Tent (Khemah berbentuk A)
Marquee tent
Untuk marquee tent, selalunya harga lebih mahal berbanding khemah arabian atau piramid. Kelebihan marquee tent ni, ia boleh disambung-sambung mengikut saiz keluasan yang anda mahu. Kalau khemah arabian, kita boleh letak sebelah menyebelah tetapi bumbungnya lebih rendah dan jumlah kaki khemah yang banyak. Marquee tent lebih tinggi dan tiada kaki yang banyak, boleh disambung antara satu sama lain.

Saiz marquee tent ditentukan saiz lebarnya. Antara saiz yang ada ialah lebar 6m, 10m, 12m, 15m, 20m, dan lain-lain. Untuk panjangnya, setiap satu marquee tent panjangnya 5m, dipanggil blok. Contoh kalau anda nak saiz marquee 10m x 20m, jadi kami akan berikan marquee saiz 10m lebar dengan jumlah bloknya adalah 4 unit. 

Jenis tiang khemah pun ada perbezaan harga. Ada yang menggunakan tiang lebih halus yang biasanya diperbuat dari besi, dan ada juga menggunakan tiang aluminium yang lebih kukuh dan tebal. Biasanya untuk majlis kesyukuran dan keraian, khemah yang ditawarkan hanyalah khemah besi, untuk program yang lebih besar seperti Karnival Jom Heboh atau MAHA, khemah aluminium banyak digunakan. Harganya memang tak sama.

Scallop dan Underlayer
Ada pelanggan tu dia nak khemah kosong tetapi semasa dia dapatkan harga, kami berikan harga beserta scallop dan underlayer kerana tidak cukup info atau sudah terbiasa dengan harga pakej. Jika anda inginkan khemah kosong, sila nyatakan dengan jelas. Sama juga dengan marquee tent, jika tanpa scallop dan underlayer, harganya sangat berbeza kerana kain yang digunakan untuk membuat undelrayer sudah ditempah khas mengikut saiz khemah, bukan sekadar gantung siap.

Scallop dan pole liner (balut tiang)

Underlayer (cover bumbung)

Chandelier
Lampu chandelier selalu sudah dimasukkan dalam harga pakej tetapi kadang-kadang pelanggan tidak mahu lampu chandelier, nak yang biasa sahaja. Sila nyatakan dan harga akan berubah. Chandelier menampakkan gah dan prestij majlis anda. Tapi ada yang hanya sekadar nak khemah biasa sahaja. Kami senantiasa mahukan majlis anda nampak hebat, selalu diingati dan luar biasa. Jika anda nak yang biasa, baru kami berikan yang biasa saja.

Lampu chandelier

Kenapa A bagi murah, B mahal?
Ada sesetengah hanya memberikan khemah sekadar khemah. Jika anda mahukan yang itu, boleh daaptkan yang paling murah. Tapi jika anda mahukan khemah yang cantik, hiasan yang puas hati, cara pemasangan underlayer dan scallop yang kemas dan menarik, lampu chandelier yang cantik, menampakkan kekemasan dan hiasan menarik sesuai dengan kehebatan anda, itulah yang membezakan harga khemah. 

Ketebalan kanvas khemah juga berbeza. Jika yang lebih tebal, biasanya harga lebih mahal. Jika kanvas lebih tebal, rasa bahang panas yang menembusi kanvas kurang daripada kanvas yang nipis. Jadi, orang yang datang ke majlis anda akan rasa lebih selesa.

Dan antara faktor lain yang perlu anda ambil tahu ialah jenis kerusi, jenis lapik meja, jenis meja, dan bermacam lagi. Semuanya memainkan peranan. Pengusaha khemah selalu dah siapkan harga dalam pakej tetapi itu cuma panduan asas atau promosi dari mereka sahaja. Jika mahukan mengikut selera anda, boleh berbincang dulu, baru dapatkan harga yang lebih tepat.

Nampak tak betapa cantiknya
Jadi, untuk sewa khemah atau kanopi untuk majlis anda, pastikan anda sendiri tahu apa yang anda mahukan. Ini antara faktor penting sebelum anda menghubungi pengusaha khemah:
  • Bajet untuk majlis anda. Jika anda mempunyai bajet yang besar, pastikan memilih kekemasan dan kecantikan, harga sudah pasti bukan paling murah, tetapi tak semestinya paling mahal.
  • Jumlah jemputan. Pastikan jumlah jemputan dan berbincang dengan pengusaha khemah.
  • Ukuran keluasan kawasan majlis. Jika anda pandai mengukur kawasan untuk dipasangkan khemah nanti, ia lebih baik. Tapi jika anda tidak mahir, pengusaha boleh datang dan ukur kawasan tapak anda. Jangan risau. Kedatangan kami tiada caj. 
Kami selalu dapat inkuiri dari pelanggan, mereka mahukan sesuatu yang gah, meriah, besar dan nampak Grand, tetapi bajet sangat ciput dan tak masuk akal. Diharap dengan entri ni, dapat memberi sedikit gambaran tentang khemah dan kanopi. Yang mana nak sewa khemah, boleh la menghubungi saya di nombor ini.

011-1697 4697

Segala kelengkapan khemah, kerusi, mist fan, aircooler, boleh disediakan untuk anda.Hanya perlu wassap atau call ke nombor ini, kita bincang mengikut apa yang anda nak. Kami sudi menerima tidak kira dari individu, syarikat, restoran, masjid, atau mana-mana yang inginkan khidmat sewaan khemah atau kanopi. Yang pasti, servis kami mementingkan kekemasan, keluarbiasaan, dengan harga yang berpatutan.

No comments: