Aku pernah cipta lirik lagu....acecece....angakt bakul sendiri ler pulak kan... Tak de la...aku just nak share dan nak letak kat blog...sebab ni pun hasil karya aku dalam penulisan jugak....Lagipun mesej tu ader.... Lirik ni aku buat untuk SIDRAT 2009... Pertandingan Dikir Barat Interkolej di UPM... Pasukan yang bawak lirik aku nih...tak lain dan tak bukan....pasukan dari Kolej 10. Not bad la kan....first time buat lirik dari A sampai Z... Sebab tu aku abadikan dalam blog nih.... Semoga memberi manfaat...
Rasuah Pemusnah Bangsa
Rasuah Pemusnah bangsa
Merosak jiwa, juga negara
Hancur semua, tua dan muda
Punah ranah hatiku tak terbela
Apa nak jadi pada bangsaku
Jika rasuah bertakhta di hati
Sifat insani bantu membantu
Semua hilang tak mungkin diganti
Gelap gelita masa depanku
Di mana sinar cebisan harapan
Ayuh semua berganding bahu
Menolak rasuah menuju wawasan
Itu lah ciptaan lirik aku untuk lagu Juara (Jogho) dalam pertandingan dikir barat.... Ada lagi ciptaan aku dalam lirik dikir barat nih.... nanti aku update kan dari semasa ke semasa..... Sebba lirik tu dah hilang....aku salin balik dari video jer ni...he he he.