Showing posts with label gila seks. Show all posts
Showing posts with label gila seks. Show all posts

Tuesday, June 21, 2011

Nafsu | Seks, Syahwat, Buas Jer Ker?

Nafsu tu ape ek? yang korang selalu duk sebut "Selalu ikut nafsu" tu......atau "Nafsu Syahwat tol!".... atau macam-macam lagi ungkapan atau sebutan spontan dari korang tu..... Salah ke bernafsu? Kalau aku cakap nafsu buas tu  macam mane pulak ek.....he he he... baru tersedar ke tak tau sangat pasal perkataan nafsu tu.....Meh aku bagitau....sebelum tu....duduk-duduk la dulu sambil makan pisang goreng... :)

Haa.....kali ni aku mencedok dari ilmu yang aku baca dari soal jawab Dr. Salam... Aku ni suka berblogwalking...tapi sekarang susah sikit...sebab macam masa dah tak mengizinkan aku berblogwalking banyak-banyak.... Sebab aku dah stat keje balik...keje sambil sambung belajar....penat beb... Tapi sempat lagi nak berblogwalking ke blog ilmiah macam Dr. Salam nie... Dari blog tu.....dia bagitau nafsu ni takkan boleh ditiadakan langsung dalam diri kita......

Dalam Islam, nafsu termasuk dalam unsur ghaib atau rohani yang ada dalam diri manusia. Manusia itu ada unsur rohani dan jasmani. Termasuk dalam rohani ialah jiwa (roh), akal (aql), hati (qalb) dan nafsu (nafs).Jiwa berfungsi menghidup, menumbuh dan membiak. Akal yang menduduki tempat tertinggi di dalam diri manusia mengandungi kekuatan untuk berfikir, menimbang dan mengingat.
http://familiazam.com
Hati mengandungi unsur keinginan dan kehendak. Tumbuh darinya sifat terpuji seperti penyayang, pemaaf dan lemah lembut di samping sifat tercela seperti takbur, sombong, dengki dan khianat.Nafsu menduduki tempat terendah dalam diri manusia. la mengandungi unsur kemahuan, kesukaan dan hasrat. Antara sifat nafsu ialah tak tahu malu, tamak, perampas, malas, marah dan sebagainya (Dusuki Ahmad, 1988: 286).Al-Quran membahagikan nafsu kepada tiga jenis, iaitu nafsu mutma'innah (al-Fajr (89): 27), nafsu lawwamah (al-Qiyamah (75): 2) dan nafsu ammarah bi al-su'(Yusuf(12):53).

Nafsu mutma'innah merujuk kepada jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan yang baik dalam agama manakala nafsu lawwamah ialah jiwa yang sentiasa menegur dan menempelak diri sendiri ketika berbuat baik atau jahat.Ketika berbuat baik, ia menempelak kerana tidak membuatnya lebih banyak dan ketika berbuat jahat menempelak diri kerana sesal. Nafsu ammarah bi al-su' ialah nafsu yang menyuruh manusia melakukan kejahatan dan maksiat.

Jadi, kalau takleh nak buang....macam mane nak membendung nafsu nie? Jawapannya adalah puasa. Tujuan puasa adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan membanyakkan bacaan al-Quran, berzikir, bersolat sunat dan sebagainya. Mengawal dan mendisiplinkan nafsu sebahagian daripada ajaran Islam terutama ketika menjalani ibadat puasa. Islam tidak mengajar supaya nafsu ditiadakan langsung. Islam cuba mendisiplinkan nafsu supaya manusia tidak hanya mengikut nafsu semata-mata.

Paham dah kan.....jadinyer..... kalau ada yang tanya korang mase lepak-lepak kedai kopi tu.... itulah jawapan untuk nafsu.....Selamat meminum kopi....he he he...;) 

Sumber asal ilmu - Soal Jawab Dr. Salam... Aku olah mengikut cara blog nie....isi tak ubah..:)

 JOM JOIN GA YANG BEST NIE!!....DI SINI

Saturday, June 18, 2011

Lawak Seks Dalam Tandas

Dalam kelas satu sekolah yang tah ape namanyer.... Sedang berlangsung kelas tulisan Jawi.... Cikgu Belawok meminta pelajar menghuraikan pendapat dan pandangan masing-masing mengenai tajuk "Kenapa Remaja Melakukan Maksiat Dalam Tandas Awam"

Fizo : Pada pendapat saye la kan, remaja yang sanggup melakukan maksiat dalam tandas ni sebab diorang tak mampu bayar bilik hotel...

Syamsul : Gua tak setuju ar der... sebab ada jugak di antara diorang tu datang dari golongan berkemampuan tapi buat kat tandas gak....

Siti : Menurut firasat saya lepas masuk askar Wataniah ni... remaja yang buat tu kelam kabut kot.... Tak sempat cari hotel. Dan sebab utama yang lain, mereka buta tentang agama...Bukan buta huruf tau...sebab depa boleh pulak eja perkataan tandas tu..

Usop : Mengarut bebenor...Saya tak setuju pasal pelajar tu buta pasal agama.. Doirang mesti lebih arif lagi....

Yusof : Apehal pulak? bukanke yang buat benda-benda gini tak tau agama?

Cikgu Belawok : ( bertanya kepada Usop) Mengapa kamu tidak bersetuju dengan pendapat Siti?

Usop : Sebenarnya depa tu terer dengan agama. Sebab depa tahu yang malaikat TIDAK akan masuk dalam tandas. Oleh itu, kalau depa buat projek dalam tandas, malaikat tak dapat tulis amalan buruk yang depa buat... Sapa setuju...angkat tangan macam saye...


Siti, Syamsul, Fizo : (tengah angkat tangan macam Usop)

Cikgu Belawok : ?!!

Wednesday, May 25, 2011

Gila Seks Punya Pasal | Budak Hampir Jadi Mangsa

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun nyaris menjadi mangsa rogol selepas diculik lebih satu jam oleh seorang lelaki dari kawasan sekolahnya berhampiran Jalan Semarak, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, suspek dipercayai gila seks menculik mangsa dengan tujuan merogolnya, namun mangsa terselamat apabila penjenayah terbabit melarikan diri selepas menyedari beberapa orang awam melalui kawasan semak tempat dia melarikan kanak-kanak berkenaan.

Sumber polis memberitahu, sebelum kejadian mangsa dilaporkan keluar dari kelasnya untuk ke tandas sebelum disapa suspek yang berada di luar pagar sekolah berkenaan.

“Apabila mangsa menghampiri suspek, lelaki dipercayai berusia 30-an itu segera memegang tangan mangsa dengan kuat. Dia melilit badan mangsa menggunakan kain pelekat sebelum mengangkat mangsa keluar melepasi pagar sekolah.


“Ketika itu, mangsa menjerit ketakutan, namun tidak didengari sesiapa. Suspek kemudian meletakkan mangsa di atas motosikalnya dan membawa kanak-kanak itu ke satu kawasan semak di Jalan Semarak, kira-kira dua kilometer dari sekolah,” katanya.

Sumber : Harian Metro