Showing posts with label halal haram. Show all posts
Showing posts with label halal haram. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

JAKIM Jawab Isu Simply Siti | Respon dan Ulasan


Nampaknya isu nie sudah sampai ke peringkat serius....ye la....Pasal halal haram tu...Mane tak serius kan.... Dan akhirnya pihak JAKIM sudah menjawab segala persoalan pasal isu Simplysiti dengan mengeluarkan kenyataan di akhbar Harian Metro...

Apa yang dikatakan ialah... Senarai tidak halal yang disebarkan adalah senarai lama.... Mengikut senarai baru....Simplysiti sudah dikategorikan sebagai halal... Ia berlaku selepas pelbagai proses dilakukan dan proses samak dibuat....akhirnya produk Simplysiti dijamin halal....

Apa yang menjadi persoalannya ialah.... Pada peringkat permulaan.... pihak JAKIM tidak menerangkan lebih lanjut berkenaan bulu pemerah pipi produk Simplysiti yang dikatakan dari bulu babi sebelum nie... Jika melalui proses samak sekalipun.... ia tetap bulu babi... Dan apa yang dimaksudkan pelbagai proses dilakukan?

Jika proses menukar jenis bulu....sila la nyatakan... Sebab kalau samak berpuluh-puluh kali pun bulu babi tu...tetap bulu babi kan? Ke macam mane ek... Adakah selepas samak...bulu babi bertukar menjadi bulu kambing? Oh tidak.....

Apa yang aku nak nyatakan.... JAKIM dah mengesahkan produk Simplysiti sebagai halal... Tapi bagi aku (Pendapat peribadi)....ia tetap dikategorikan syubhah...atau was-was.... sebab tidak dinyatakan kesahihan pertukaran jenis bulu tu.... Sekadar memberitahu secara umum sememangnya tidak meyakinkan aku....Aku bukannya memaksa korang mengikut pandangan aku nie...Kita kan pengguna....bebas memilih produk di luar sana.... Errr.....aku tak guna produk Siti okeh! Aku ni lelaki ! Ha ha ha... Jika nak tau lebih lanjut....boleh call pihak JAKIM yer...

P/S: Air wudhuk sah halal... Menambah an-nur lagi di wajah... Cantik diluar...cantik di dalam...

Friday, August 5, 2011

Datuk Siti dan Simplysiti | Halal ke Haram

Kecoh biler ada yang tunjuk senarai barangan yang tidak melepasi sijil halal JAKIM salah satunya adalah SIMPLYSITI kepunyaan Datuk Siti Nurhaliza..... Dikatakan SIMPLYSITI tidak mematuhi syarat piawaian kelulusan sijil halal dari segi bulu berusnya yang diperbuat daripada bulu babi..... 

Datuk Siti Nurhaliza dah cuba menjawab di twitter nya dengan mengatakan produk Simplysiti nyer adalah halal.... Beliau dah cuba sedaya upaya menjaga status halal produknya dan kecewa dengan sikap beberapa pihak yang cuba menidakkan kehalalan produknya......

Ok...itu komen dari kedua-dua pihak.... Komen aku pulak.... Jika benar produk Datuk Siti tu melepasi syarat pasal bulu berus tu... Sila nyatakan buktinya... Buat satu sidang akhbar mengatakan produknya adalah halal dan dengan bukti-bukti yang sememangnya solid dan tak boleh disangkal.....

Tu jer penyelesaian.... Aku tak nak cakap produk SIMPLYSITI adalah tidak halal.... Cuma banyak produk sekarang nie diragui status halalnya..... Sebab kebanyakan produk sekarang nie..... semua ada secret ingredient dier..... Ramuan rahsia yang tak dinyatakan apa ke bendenya benda yang ditaruk tu..... 

Ni yang aku tau la....produk minyak wangi.....sos-sos... pizza..... tepung ayam McD dan KFC.... Semuanya ada ramuan rahsia yang sememangnya pihak lain takkan tau..... Pasal citer bulu berus tu.... dah banyak yang aku dengar....dan kebanyakan produk dari luar sememangnya guna bulu babi.... Jadi jangan duk bangga sangat kalau guna produk dari negara luar yer.....

P/S: Perang akidah dah bermula... Korang di pihak mana? :)