Showing posts with label pelajar baru. Show all posts
Showing posts with label pelajar baru. Show all posts

Wednesday, September 7, 2011

Fakta Penting Perubahan Pelajar Baru Ke Universiti

Akhirnya aku dah selamat pulang ke Selangor.... Semalam baru sampai... sebagai permulaan tanda nak aktif balik..... ni la entri sempena budak-budak baru masuk universiti....semoga menjadi iktibar....Fakta penting perubahan pelajar baru bila dah masuk U... 

FAKTA NEGATIF:
  • Banyak pelajar bertudung berubah ke tidak bertudung masa di universiti... Mak bapak tak tau sebab bila balik ke kampung...imej bertudung kembali digunakan.... 
  • Ramai kapel start berputik masa di alam universiti.... Kapel saje ok lagi....tapi kebanyakan menuju ke arah kemaksiatan.... Check-in hotel sana sini.. Sebab utama: Terpengaruh kehidupan barat kot.....
  • Anak luar nikah jugak banyak terjadi kepada pelajar universiti.... Penyebaran berita dikurangkan demi menjaga maruah si mangsa... Penyelesaian: Sila jaga diri anda...bukan salah universiti
  • Ramai pelajar mula tinggal solat subuh semasa di universiti... Akibat berjaga malam....subuh habis tertinggal.... 
  • Perkataan mencarut semakin menjadi perkara biasa dalam percakapan...... Pengaruh kawan sekolej... 
  • CD lucah makin menjadi kegemaran.... tak kira lelaki atau perempuan... Mungkin terbawak-bawak dari alam persekolahan kot...
  • Kebanyakan ilmu agama pelajar berkurangan  kerana semakin diabaikan...yang dikejar hanyalah ilmu dalam silibus pengajian..
FAKTA POSITIF
  • Sesetengah pelajar mula  meningkatkan soft skill nyer... Lebih-lebih lagi dari segi pembentangan kertas kerja dan leadership skill.....
  • Pertuturan bahasa inggeris meningkat..Daya pemahaman pun meningkat...
  • Belajar berdikari dalam mencari penyelesaian masalah hidup.... 
  • Bagi yang aktif, dapat memanfaatkan kelebihan sebagai pelajar dengan menjoinkan diri dalam aktiviti kelab atau persatuan dengan benefit yang lebih..
  • Menambah kawan dan mematangkan diri...
Itu la sebahagian fakta-fakta menarik yang boleh dijadikan rujukan dan panduan buat semua pelajar universiti.... Fakta ni aku kupas berdasarkan pengalaman dan pemerhatian..... Kenapa banyak yang negatif? Erm...itula maknanya ramai yang takleh nak menyesuaikan diri di alam universiti.... Ramai yang terkandas dari segi pembentukan rohani dan keutuhan iman walaupun semuanya berjaya grad!! 

Sila jadikan fakta positif sebagai target korang bila nak grad.... dan cuba elakkan fakta negatif tu.... sebab aku tak nak nama korang terpahat di dalam list orang-orang yang GAGAL adapt untuk kehidupan baru di universiti... Rosak akhlak korang... rosak la generasi masa depan.... Dan negara pun akan semakin menuju ke arah kebinasaan...Sila aware benda nie...

P/S: Nak selesaikan masalah rasuah, sogokan, anak luar nikah.... semuanya berpunca dari awal.. DIRI ANDA SENDIRI

Friday, September 2, 2011

Persediaan Nak Masuk Universiti

Dalam 7hb September nie.... Semua pelajar baru universiti akan mendaftar masuk ke universiti.... Dunia baru bagi student baru nie....Bagi yang duk dekat-dekat tu....tak de masalah la kan... Tapi bagi yang duk jauh merantau.... Kekadang masalah jugak kalau tak buat preparation awal-awal...

So.....perkara pertama yang korang kene lakukan... Sila isi semua borang yang disediakan tu awal-awal.... Ni nak elak kalau ada permasalahan nanti....X-ray.... medical check-up... Yuran.... kalau boleh cuba setelkan awal-awal... Jangan bila masa nak daftar tu baru nak berkalut sumer tu.....Korang jugak pening nanti...

Ok....dah setel yang tu... yang keduanya.... korang listkan semua benda yang korang nak bawak.... LIST kan.... Jangan kata benda ni remeh... Keadaan jalan dan kedai kat kawasan universiti tak sama dengan kawasan kampung korang... Mungkin susah nak carik atau time tu jalan jem... Biler dah list....susah dah korang nak tertinggal barang masa datang ke universiti nanti.... 

Bagi yang datang jauh dari kawasan universiti...Biasanya depa tak biasa dengan jalan....tersesat la...ape la... So....nak elak perkara macam nie...Sekarang dah ada teknologi GPS... Setting awal-awal.... bagi yang takde GPS.... Cek awal-awal lokasi penginapan sementara korang ke tempat pendaftaran guna Google maps... Bagi yang takde internet kat umah....pegi ler Cybercafe kejap...amik pete....sekurang-kurangnya ada guideline...

Ok...yang kat atas tu preparation nak mendaftar.....Tapi ada satu lagi preparation korang patut buat lebih awal....preparation mental... Korang jangan anggap duk di Universiti nie sama dengan duk di sekolah atau di rumah.... Korang nanti akan hidup secara independent.....Belajar secara independent.... Maksudnya... Dah takde suapan dari cikgu-cikgu... Apa yang korang tak tau....korang kene carik sendiri.... Cara pembelajaran dah berubah.... 

Perkara yang paling penting untuk persediaan masuk universiti ialah.....Sila kuatkan iman sekuat-kuatnya... Pertambahkan amalan diri....sebab dugaan semakin kuat dan hebat....Takde dah larangan ibu bapa kalau dah masuk sini.... Kalau korang hanyut....hanyut la korang sampai ke tengah lautan... Tunggu masa je kene siat hidup-hidup dek burung seagull tu... Itu la cabaran paling hebat bila masuk ke alam universiti....

Jika rajin....korang boleh cuba baca apa-apa pengetahuan basic subjek sekolah dulu sebelum melangkah ke universiti... Sekurang-kurangnya ilmu basic dah ada.....Cuma nak tambah jer lagi.... Takde la lost sangat nanti... Tambahkan pengetahuan umum..... Cuba pertingkatkan self-esteem dalam diri.... sebab di alam universiti nie... Hanya orang yang berani ke depan je mampu betul-betul berjaya... Kalau tak...tenggelam la

P/S: Kalau nak tau fakta penting pasal perubahan pelajar bila masuk ke alam universiti.... Baca entri lepas nie...