Thursday, November 17, 2016

Bagaimana Ingin Cepat Popular Dalam Blogging | Tips Ringkas Tingkatkan Trafik Blog

Blogging... Ramai yang ada blog sendiri kan... siap buat domain sendiri lagi.. Tapi dalam ramai ramai blogger, hanya segelintir sahaja yang jadi popular... So, bagaimana nak cepat popular dalam dunia blogging nie? Nak tau tips-tips bagaimana ingin cepat popular dalam blogging? Ok... baca entri nie...

Sebenarnya senang je.... Pertama... Korang kene up-to-date.. Selalu tahu berita semasa...berita viral... Lepas tu share la berita tu mengikut gaya penulisan korang... Sebab ramai yang Google benda-benda yang viral kan?

Gosip.... pergh.... kalau duk kedai kopi..duk kedai mamak... kalau ada kawan bukak cerita gosip... mesti melekat lama kan... Semua nak dengar kan.. sama je dengan blog... kalau citer gosip... komfem dapat trafik tinggi.....

Cerita artis... ini pun termasuk gosip... tapi gosip tak semestinya artis kan... Artis pulak.. kebanyakannya tak lari dari cerita gosip... Kalau bukak je cerita artis.... pelakon ke..penyanyi... even pak pacak pegang pasu bunga pun orang nak baca cerita dia kan... komfem dapat UV tinggi...

Lepas tu... campur dengan elemen di atas... main pulak SEO.. Nak dapatkan tempat paling atas dalam carian Google... bila dah cukup elemen tu... komfem cepat naik dalam blogging.. 

TAPI...........................................

Korang kene ingat tau.... kenapa korang berblog... tujuan apa korang berblog.... Nak popular? Nak duit sampingan? Nak berkongsi cerita? Apa pun tujuan kita.... kene ingat... Segala yang kita dapat tu sebaik-baiknya biarlah benda yang baik..benda yang suci dari segala dosa dan kejahatan.....

Bagi aku... aku berblog memang nak dapatkan duit sampingan sambil nak berkongsi pandangan dan cerita... tapi biarlah UV aku tak setinggi mana pon.... Kalau banyak alhamdulillah... kalau sedikit biarlah.. Asalkan apa yang aku kongsikan, apa yang aku masukkan dalam blog aku... biarlah benda yang memberi manfaat kepada masyarakat... 

Aku tahu kalau tulis bab gosip dan artis... komfem dapat trafik tinggi... Tapi aku tak mahu rezeki sampingan itu datang dari membuka keaiban atau cerita orang... Yang guna duit tu nanti kita... yang membaca blog kita adalah kamu semua... aku tak mahu makan dari sumber yang haram... aku tak mahu menyebarkan perkara negatif kepada korang... aku tak mahu menjadi racun dalam daging... Aku mahu menjadi penyebar benda positif... Biar menjadi sekuntum bunga di dalam taman yang luas..cuba mewangikan seluruh taman... Bukannya bangkai yang mereput membusuk di tengah jalan.

Jadi, nasihat aku kepada korang yang baru nak berblog dan sudah berblog... Cek blog masing-masing... Jangan blog kita menjadi platform menyebarkan fitnah dan perkara negatif... Kita kene ingat... apa yang kita kongsi dalam blog, selama-lamanya akan berada di dalam carian internet... Even kalau kita dah mati sekalipun... blog kita masih ada... Jangan kerana blog, saham akhirat kita dipenuhi dosa-dosa... Jadikan blog kita sebagai tempat untuk saham-saham pahala di akhirat kelak... Berkongsi ilmu adalah satu sedekah... berkongsi pendapat membina juga adalah satu amal jariah... Dan biarlah blog kita dikenali di langit, walaupun tidak dikenali di muka bumi ini...  

P/S: Ingin menambah pendapatan sambil belajar menjadi USAHAWAN? 
Jom ke link ini------> SEMINAR PERNIAGAAN MUSLIM

2 comments:

maszull said...

assalamualaikum Ahsan...perkongsian yang baik ni...betul tu tulislah apa yg baik dlm blog tu...saham utk kita juga..:)

At-Tarmizi said...

Semoga ada manfaatnya perkara yang saya tulis di blog saya :)