Trending mengupload video live di facebook semakin menjadi-jadi. Semua nak buat video LIVE. Dari usahawan, hinggalah artis. Dari budak sekolah hinggalah pakcik makcik. Semua nak video LIVE. Zaman tiada garisan sempadan sudah mula tiada bantahan. Semua tentang anda, akan dipaparkan di laman sosial!
Bagi usahawan, ramai sifu-sifu memberikan maklumat yang cara video LIVE adalah satu strategi pemasaran yang popular dan berjaya pada masa ini. Maka ramailah mengupload video LIVE. Ada yang buat tutorial make-up.. Ada yang mengupload pasal contest produk... Ada yang saja buat tawaran istimewa melalui video live tersebut.
Ada juga yang cuba mempopularkan diri. Ada yang buat review makan-makan... Ada yang buat review tempat jalan-jalan... Ada juga yang nak tunjuk bakat terpendam. Nyanyi sana nyanyi sini...
Tapi trending video LIVE nie diburukkan dan dibusukkan oleh satu jenis kaum yang terikut-ikut dengan pemasaran tak elok. Bad marketing. Sanggup memperbodohkan diri, sanggup merendahkan martabat diri... Sanggup menonjolkan aset demi populariti. Apekah?
Kemudahan laman sosial banyak kegunaan positif. Tapi banyak juga kegunaan negatif. Salah satunya yang nie lah. Menabur dosa percuma dengan hanya duduk depan kamera dan upload video LIVE. Ada juga cuba jadi "pakar" atau "Doktor" dengan memberi hujah ke laut dan penerangan "sila mereput" yang tak masuk akal atau langsung tidak kena. Nak nasihat tentang penjagaan anak sebagai contoh, tapi si penasihat tu takde anak, masih bujang, nak tukar pampers bila anak berak pun tak pasti pandai ke tak.
Ada yang nak jadi ustazah, tapi pakaian pun tak tutup aurat. Tutup pun macam balut nangka gitu.. Baca al fatihah pun tak tahu mana Qaf mana kaf. Hentam semberono macam dia ingat agama ni buat main-main. Pakai tudung pun jenis yang zuk zuk gitu.. ehh!
Ada juga yang nak viral. Orang menari, dia pun nak menari. Ala panama gitu. Eh cepat pulak ko ikut kan benda macam nie. Masa viral budak 6 tahun boleh hafaz Quran, takde pulak nak video live baca Quran. Ohok ohok... Pakcik batuk la.. Kannn.
Ada yang makan-makan... Tapi tak baca bismillah. Nampak pelahap. nampak tak senonoh. Eh takpelah.. Aku popular kot! Haa...lantak kau la labu! Popular tapi keji buat apa. Takde maknanye luar jahat dalam baik. Dari hati mencerminkan luaran yer. Kalau luaran perangai cam hantu, hati nauzubillah.
Ramai yang tak faham tentang "Rezeki yang berkat". Kena tanya dulu, kena faham dulu. Apa itu berkat? Apa itu rezeki? Fahamkan dan hadamkan. nak faham macam mana? Tengok video live ceramah agama masjid-masjid.. Haa..baru ok nak tengok video live.
Nak buat video LIVE takde masalah. Kalau video yang penuh nasihat, video untuk pemasaran, tanpa melanggar batas-batas agama... Ok je. Buat lawak pun ok. Jangan melampau sudah. Jangan mengejar kebodohan kerana dunia. Baik kejar kebaikan sambil kejar dunia... kan bagus.
1 comment:
It's going to be ending of mine day, however before ending I am reading this wonderful
paragraph to increase my experience.
Post a Comment