Sunday, October 18, 2020

Trip Kami Ke Bukit Merah Laketown Resort | Water Park di Malaysia


Siapa pernah pergi ke Bukit Merah Laketown Resort? Bagi yang belum pernah sampai ke situ, boleh la start plan nak ke sana. Memang seronok! Dengan syarat korang suka main air la. He he..

Peta Bukit Merah Laketown Resort

Dekat Bukit Merah Laketown Resort, ada bermacam aktiviti korang boleh buat. Bukan sekadar nak main air je, aktiviti lasak pun ada, aktiviti santai, sightseeing, dan bermacam-macam lagi. 


Tapi kalai korang hantu main air macam aku, memang akan luangkan masa sehari di water park dia. Seronok dan sangat luas. 


Aku pergi dua hari satu malam kat sana. Bergerak pagi dari Selangor, sampai di Bukit Merah dalam pukul 3.00 ptg sebab kebetulan masa tu hujan lebat, terpaksa bawa kereta dengan berhati-hati. Kiranya hari pertama tu sekadar check-in hotel, lepas tu jalan-jalan kawasan sekitar je. 


Snap sana snap sini gambar... nak join aktiviti, hujan lebat. Terpaksa la tangguh aktiviti lain demi kesihatan anak-anak. Tapi tujuan kami sampai ke Bukit Merah pun sebab nak main water park dia je sebenarnya. So, memang tak kisah la kan.


Hari kedua tu, pagi-pagi lagi dah siap-siap nak pergi mandi. Water park start buka dalam pukul 10.00 pagi. So dari pukul 10.30 pagi lebih kurang, kitorang main dekat water park sampai hampir pukul 6.00 petang! 


Dalam tu jangan risau, ada surau, ada kedai makan.. So, memang lepak dalam tu je. Anak-anak memang puas la main air duk dalam tu. Ada gazebo untuk rehat kalau rasa dah kecut duk lama sangat dalam air. 





Untuk water park pun aku tak sempat nak cover habis.. Sebab kena main yang sesuai bersama anak-anak. Yang ekstrem tak sempat nak explore. Nak tengok aktiviti korang masa dekat waterpark Bukit Merah tu? Meh tengok video youtube kami ni. 


Kalau rasa video tu OK, boleh la tekan subscribe Channel Youtube kami yer... Amatur lagi.. hehe

No comments: