Saturday, October 12, 2019

Kupasan Belanjawan 2020 | Ringkasan Bajet 2020


Belanjawan 2020 telah dibentangkan semalam dan macam biasa,ramai netizen yang memberikan komen masing-masing. Dan dari apa yang aku baca, semua komen berpandukan emosi aliran politik masing-masing. Apa salahnya kalau kita berfikir secara matang dan neutral? Bagi aku, belanjawan 2020 boleh dikatakan bagus dan berasaskan proses pemulihan ekonomi secara dalaman. 

Untuk part bumiputera, memang banyak diperuntukkan bajet kepada seluruh bumiputra. Dan macam biasalah komen netizen duk putar alam kritik dan kutuk tapi tak baca habis. Dikatakan banyak peruntukan kepada kaum Cina dan tidak adil, sedangkan peruntukan untuk bumiputra adalah sangat banyak cuma dipecahkan mengikut agensi-agensi yang terlibat. Agensi yang terlibat ialah TERAJU, SME, TEKUN, dan PUNB. Kemon la netizen... Jangan sampai memfitnah. Dosa free je dapat.

Bagi untuk masyarakat beragama Islam, banyak ada peningkatan. Ada bajet khusus untuk bahagian pentadbiran Islam, sekolah tahfiz, malah untuk sekolah pondok yang berdaftar. Jadi bagi sekolah pondok yang belum berdaftar, sila pergi daftar cepat. ada peruntukan untuk anda. Tak perlu lagi mengutamakan derma, peruntukan dah ada. Dapatkan peluang dan manfaatkan demi kelangsungan cendekiawan agama kita. Harap lepas ni kuranglah sindiket kutip derma di kedai-kedai makan sebab sekolah tahfiz dan pondok dah ada bantuan kerajaan.

Gaji cikgu KAFA dinaikkan, cadangan bantuan khas one off kepada imam, muazzin, tok siak dan guru takmir, dan banyak lagi. Disediakan peruntukan untuk JAKIM bagi mempromosikan Rahmatan Lil Alamin bagi membangunkan pemahaman Maqasid Syariah kepada semua masyarakat di Malaysia. Kepada pihak AJK masjid, manfaatkan dan gunalah peruntukan ini, buat aktiviti untuk masyarakat setempat. Masjid bukan sekadar untuk solat dan mengaji, tapi sepatutnya jadi tempat perkembangan sosio-budaya dan ekonomi Islam.

Pembangunan Digital juga dipergiat dengan perlaksanaan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara sepanjang lima tahun. Golongan nelayan dan petani juga banyak diberikan peningkatan peruntukan. Golongan wanita juga banyak disediakan peluang dan disediakan bajet khusus. 

Golongan penganggur juga disediakan inisiatif bagi menggalakkan mereka kembali bekerja. Kenapa ada inisiatif macam ni? Sebab ramai orang kita sekarang sanggup menganggur sahaja, akibat kena pecat, berhenti kerja sebab tak sanggup nak hadap stress kerja, nak bukak bisnes sendiri tapi tak cukup ilmu, dan lain-lain. Inisiatif disediakan untuk anda, manfaatkan. Bangun balik dari lena, usaha demi keluarga tercinta. 

Kerajaan juga menyediakan inisiatif kepada bumiputra untuk bekerja di sektor pengilangan dan pembuatan bagi menggantikan lambakan warga asing. Rajinkan diri untuk bekerja, anda masuk kerja, boleh inisiatif lagi, dan dengan itu juga warga asing ramai kena hantar pulang. Selalu dengar netizen komen dekat KL dah macam bandar orang Bangla kan? So, sahut cabaran nie. kita tengok ramai lagi tak warga asing di kota raya.

Banyak lagi inisiatif kerajaan disediakan bagi membantu rakyat Malaysia terutama golongan B40, supaya dapat bebas dari belenggu kos kehidupan. Ya, fokus kerajaan dalam bajet 2020 ni lebih tertumpu kepada golongan B40. Golongan M40 tidak banyak sangat boleh merasai perubahan. Tapi ok la kan? Bukan ke kita selalu duk sebut, jurang kaya dan miskin sangat besar dan jauh? Bukankah dengan membantu B40, jurang semakin dekat? 

Cuma dalam setiap belanjawan, pasti ada yang menjadi tanda tanya. Contoh untuk belanjawan 2020 ni, berkenaan penjualan rumah kepada warga asing. Harga untuk warga asing direndahkan dan inilah yang menjadi point utama pengkritik tegar. Mereka kata ini sebenarnya merugikan rakyat, membantu developer bina rumah lagi dan lagi dan lagi,mereka kaut untung.

Untuk bab rumah nie, mungkin boleh kita mintak penjelasan yang menyeluruh tentang konsep penjualan. Adakah hanya untuk rumah yang sudah siap dan sedang dibina sahaja untuk mengoptimumkan penjualan rumah yang sedia ada bagi mengelakkan kerugian atau macam mana. Jika tak dicampurkan dengan projek baru bermula 2020, bagi aku masih boleh diterima atas faktor ekonomi semasa. Walaupun begitu, yang ni aku tak berapa setuju. 

Walaupun begitu, ada peruntukan dan skim inisiatif bagi mereka yang baru nak dapatkan rumah pertama. Ada bermacam bantuan dan inisiatif. Jadi, dari duk kritik, baik manfaatkan segala inisiatif yang ada untuk tingkatkan bajet hidup kita. Betul tak?

Jika dilihat secara umum,sepatutnya belanjawan 2020 ni banyak membantu golongan B40. Dan itu sangat bagus dan kena pada masanya kerana jurang pendapatan mereka sangat jauh terpinggir. Bagi M40, mungkin disebabkan peruntukan untuk anda tak banyak, sebab tu mungkin golongan ni la yang ramai tak puas hati. Bagi golongan kaya, T20, korang dah kaya. Tak payah nak komen banyak. Bersyukurlah dengan nikmat Tuhan dah bagi tu. Nak harapkan bantuan ikhlas, berapa kerat je. 

Bagi aku, tak salah nak komen dan kritik. Tapi biarlah komen dan kritik itu untuk membina, bukan mengutuk mencari salah sekadar kerana tak sebulu. Yang bagus kita setuju dan sama-sama mengiyakan, yang buruk kita nasihatkan supaya diperbaiki. Yang penting, Malaysia adalah negara masyarakat majmuk, yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama. Perbezaan pendapat itu pasti ada, cuma kitalah yang patut menerangkan secara baik dan telus, supaya semua faham dan tahu batasnya.

Manfaatkan peluang yang ada. Bantuan dan inisiatif disediakan untuk bantu ekonomi anda. Bila anda maju dan berjaya, negara pun turut sama terkesan dan mendapat impak yang sama. Majunya sesuatu negara kerana maju rakyatnya. Jika hanya pandai mengkritik dan membawang, takat itu jugalah pemikiran kita. Bangunkan diri kita, usaha demi keluarga.. Kerajaan cuma sediakan jalan dan bantuan.. Kita yang perlu menggerakkan. Jadikan masyarakat Malaysia, masyarakat yang raji, maju dan sejahtera.

No comments: