![]() |
| Pinjam dari Blog Ni |
Aku dapat idea nak buat entri ni dari komen-komen sahabat blogger aku.... he he. itulah salah satu kelebihan komen nih..... Ada yang bertanya pasal baju kurung... bukan pasal design lah! Tapi pasal sesetengah lelaki kata pakai baju kurung ni seksi..... Seksi ke seksa? huhuhu
Bagi aku la kan....aku suka sangat-sangat orang pempuan pakai baju kurung.... sebab nampak ayu dan jelita... nampak keistimewaan kaum perempuan dan nampak sangat terserlah kelembutan seorang perempuan.... Mungkin yang dimaksudkan seksi tu kerana menyerlahkan keayuan seorang wanita melayu..... Bukan serlahkan bentuk badan okeh!
Ayu di sini bermaksud sopan dan anggun.... lemah lembut dan sopan. Kalau yang pakai baju kurung dan tak kenakan kaler tudung sesuai pun tak jadik! Nampak janggal dan nak tergelak..he he. Sepatutnya pempuan lebih arif pasal nie.... :)
Kalau ada cuba bandingkan pempuan yang pakai seksi dengan pakai baju kurung.... bagi aku....yang seksi tu sememangnya seksi.....dari segi mengghairahkan nafsu lelaki.... tetapi yang pakai baju kurung ni seksi juger... tapi dari segi kesopanan dan keanggunan.... Yang mana korang nak...seksi yang menggalakkan korang diraba ker....seksi menggalakkan hati lelaki terpikat kerana kesopanan dan keanggunan....:)
Aku sangat menghormati seorang wanita yang selalu menutup auratnya tanpa dipaksa... Memakai baju kurung adalah salah satu darinya.... Bertudung ke tak.....tak termasuk dalam topik entri ni okeh.... nak tau pasal tudung....pegi SINI. Dekat sini pasal baju kurung jer.......he he he.
