Showing posts with label bonus raya 2013. Show all posts
Showing posts with label bonus raya 2013. Show all posts

Wednesday, July 24, 2013

Kerajaan Selangor Umum Bonus 2013 Hari Raya Sebulan Gaji untuk Kakitangan Awam di negerinya

MalaysiaKini

Kerajaan Selangor telah mengumumkan pemberian bonus 2013 sebanyak sebulan gaji untuk kakitangan awam di Selangor.. Berita yang bertarikh 23 Julai 2013 ini disiarkan dalam MalaysiaKini. Pemberian bonus ini dapatlah menampung kerunsingan para kakitangan awam menjelang Hari Raya Aidilfitri 2013 ini...

Mengikut Menteri Besar Selangor lagi, kalau kerajaan pusat memberikan bonus raya 2013 ini sebanyak sebulan setengah gaji, maka kerajaan Selangor akan menambah setengah bulan gaji bonus lagi kepada para penjawat awam.... Durian runtuh la jawabnya.... Aminn ..he he

Mengikut desas-desus yang dikhabarkan sebelum ini pasal BONUS RAYA 2013 (link), kerajaan pusat cuma dikhabarkan akan memberikan saguhati RM500 sahaja seperti yang dilaporkan sebelum ini...Tapi itu cuma desas-desus....Tunggu sahaja pengumuman rasmi. Jika betul.. maka penjawat awam di Selangor sahaja yang akan mendapat bonus sebulan gaji.. 

Alhamdulillah... dapat jugak bonus.... semoga dibelanjakan sewajarnya demi kebahagiaan kita semua.. Kepada penjawat awam negeri lain... tunggu la berita dari kerajaan negeri masing-masing dan dari kerajaan pusat... Mungkin ada mungkin takde... Mungkin dari langkah yang diambil kerajaan Selangor ini, dapat memberi sedikit semangat untuk kerajaan pusat memikirkan semula tentang pemberian bonus raya 2013 ini... 

P/S: Kerajaan Selangor dapat bagi sebulan gaji bonus, takkan kerajaan pusat bagi sikit kan... takkan kalah dengan kerajaan negeri kan... he he he.

Tuesday, July 23, 2013

Bonus Raya 2013 : Saguhati RM500 Untuk Penjawat Kakitangan Awam ? Alhamdulillah..


Dalam duk mengira duit poket dan duit raya nak bagi kat anak-anak sedara nie... Tahun nie macam agak ketat je pengeluaran duit sebab dikatakan bonus raya 2013 semacam takde jer.... Tapi berita terbaru dikatakan kemungkinan akan dapat saguhati hari raya dari kerajaan untuk semua penjawat awam dan pesara awam....

Mengikut apa yang dikhabarkan.... Kemungkinan semua penjawat awam akan dapat wang saguhati RM500 dan pesara pula dapat RM250 untuk hari raya 2013... Untuk kesahihannya, tunggu la pengumuman yang akan dibuat Perdana Menteri nanti pada 24hb Julai atau 31hb Julai nanti berkenaan bonus.

Bagi aku...kalau dapat..tetap rasa bersyukur...sikit pun jadila...boleh la buat duit raya... Kalau tak dapat..maknanya takde la rezeki bonus tahun nie.. Pandai-pandai la kita uruskan duit yang mana ada kan... Segala pembaziran kita elakkan...segala perbelanjaan yang boleh dikurangkan...kita kurangkan... Belanja mengikut apa yang termampu...

Aku dalam dua tiga bulan nie memang banyak nak guna duit... Ada projek besar menanti...hu hu hu.... Sekali saguhati RM500 je kemungkinan dapat.... haih... Lagi la susah perancangan kewangan aku nie...Ingatkan dapatla lepas guna duit bonus... Ermmm.... terpaksa fikir jalan alternatif lain... Sape nak bagi advertorial...... Sapekah...... *krik krik...krik krik*... Ok....fine...

Untuk kepastian...tunggulah pengumuman rasmi nanti yer... Nak harap bonus setengah gaji tu.... aku rasa jangan duk harap la kot.. Maklum ler...baru lepas pilihan raya kan... Sekarang pulak ada PRK kecil kan Kuala Besut tu ha... Jadi...harapan saguhati je ler.... Sediakan jugak langkah kontingensi anda kalau tak dapat duit tu...Lagi selamat...:)

P/S: Brape yer duit raya nak bagi anak sedara... RM500 je dapat nih...he he he..