Showing posts with label live streaming. Show all posts
Showing posts with label live streaming. Show all posts

Monday, November 21, 2011

Malaysia vs Indonesia | Final Bola Sepak Sukan SEA 2011


Dup dap dup dap.... Malaysia sekali lagi akan berentap di perlawanan akhir dalam acara bola sepak di Sukan SEA... 2 tahun lepas... Kita telah berjaya memasuki ke perlawanan akhir dan memenanginya dengan penuh bergaya di bawah kendalian Datuk K. Rajagopal.. Kali ini pasukan kita akan berentap lagi... Kali ini di bawah kendalian Ong Kim Swee.. MALAYSIA VS INDONESIA

Tahun nie, kita lawan pasukan tuan rumah, Indonesia.... Dalam grouping....kita dah kalahkan pasukan Indon nie... 1-0. Tapi game tu berbeza dengan perlawanan akhir yang bakal berlangsung nie.... Kerana... ada beberapa sebab....

Game hari tu.... Indonesia tidak menurunkan barisan utamanya... Ada la beberapa pemain yang disimpan sebab pasukan depa dah komfem layak... Dan mungkin jugak...depa memandang rendah pasukan Harimau Muda kita nie.... So... game malam nie komfem depa akan menyenaraikan barisan yang utama... Ini akan mengubah sedikit sebanyak rentak perlawanan....

Yang keduanya... suasana perlawanan akhir tu sendiri.... Stadium komfem penuh dengan penyokong Indonesia... Dengar citer pulak penyokong Malaysia takleh nak masuk pun stadium Gelora Bung Karno tu walaupun ada tiket... Hmm... Komfem la depa conquer semua tempat duduk kan... memang bergelora la stadium tu nanti....

Apa-apa pun... aku yakin dengan pasukan Harimau Muda nie.... Walaupun jentera serangan dianggap agak tumpul...Tapi team kali nie sangat berdisiplin... Depa sangat jarang buat mistake pasal formasi permainan.... Maknanya depa ni well-trained dalam bab-bab formasi permainan dan jugak how to support dan defensive role....

Ramalan aku.... game kali nie... Malaysia menang 2-1.... Yang pastinya.... sengit dan menarik.... Malaysia akan banyak bertahan.... Kalau sempat serang pun... counter attack je... Harap Apek cemerlang la malam nie bersama barisan pemain pertahanan yang lain.... Korang la tunjang untuk kejayaan malam nie.... Ok guys... jangan lupa menyokong pasukan Harimau Muda malam nie... jam 8.00 malam!! 

P/S: Kalau menang malam nie.... Harap ada cuti esok...huhuhu

Saturday, July 23, 2011

Keputusan Dan Analisis Malaysia vs Singapura | Kelayakan Piala Dunia 2014


Malaysia menentang pasukan Singapura untuk menentukan siapakah yang akan layak bersaing untuk pusingan peringkat kumpulan untuk menentukan pasukan yang bakal bertanding di Piala Dunia 2014 nanti.... Pasukan kita dibarisi Safee Sali, Syafiq Rahim, dan lain-lain akan cuba melawan habis-habisan untuk menunjukkan semangat Harimau Malaya kita... Permainan pertama akan berlangsung di Padang Besar, Singapura...

Untuk separuh masa pertama, Malaysia dan Singapura saling menyerang antara satu sama lain.... Dengan padang tiruan.....nampaknya Malaysia agak kurang biasa dengan keadaan padang sebegitu.... Malaysia berjaya mendahului tetapi SIngapura pantas mendapat rentak kembali.... Dalam minit ke-21....Singapura mendapatkan free kick berdekatan gol Malaysia...Dan hasilnya, mereka berjaya mendahului Malaysia dengan jaringan cantik....Dalam minit-minit terakhir masa pertama....Singapura berjaya menambah dua lagi gol dalam 2 minit! Gol-gol itu bagi aku hasil dari kealpaan defend Malaysia..... Haih...Keputusan terkini... Malaysia 1 - Singapura 4..

Nampaknya defend pasukan senior kita tetap rapuh seperti lawan Arsenal dan Liverpool.... Mengharapkan tuah Safee Sali dan Syafiq Rahim sekarang nie.... Memang nampak Malaysia bermain dengan gugup dan di bawah prestasi sebenar.... Kalau berterusan macam nie... Memang teruk la kita....

Separuh masa kedua bersambung.... dan permainan sememangnya rancak dan saling tarik menarik.... tetapi Syafiq Rahim saje cari nahas dengan menerima kad merah pertama perlawanan.... nampak macam nasib makin tidak menyebelahi Malaysia.... Duk dalam 5 minit kemudian... Gunalan berjaya memaksa pemain defend Singapura membuat kesalahan dan menerima kad merah juga... Permainan bersambung dengan kedua-dua pasukan bermain dengan 10 pemain....

Nasib Malaysia nampaknya kembali bersinar..... Abdul Hadi berjaya merapatkan jurang dengan sepakan rendah di depan gol selepas mendapat hantaran lintang dari pemain bek kanan kita.... Daan...... Safee sali berjaya mendapatkan gol ketiga Malaysia dengan sepakan yang terkena pemain pertahanan Singapura...Dalam keghairahan mencari gol penyamaan....Defend buat hal lagi.... Depa melepaskan lagi satu gol untuk Singapura...

Malaysia 3 - Singapura 5

Syabas Safee Sali dan S. Gunalan kerana engkau la pemain Malaysia terbaik malam nie!!

Perlawanan timbal balik akan berlangsung di Stadium bukit Jalil pada 28 Julai 2011 nie!

Thursday, July 21, 2011

Keputusan Dan Analisa Malaysia vs Chelsea | Live Streaming | 21 Julai 2011


Hari ni Malaysia akan menentang Chelsea puler..... Skuad barisan pemain kita yang akan menentang Chelsea ni tak sama dengan skuad yang menentang Arsenal dan Liverpool..... Skuad nie di bawah kendalian Ong Kim Swee....Skuad Harimau Muda yang dicampur dengan sebilangan skuad senior kita.... Perlawanan akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil jam 8.45 mlm nie.....

Walaupun skuad yang akan menentang The Blues nie pasukan muda.....tetapi pasukan Malaysia akan diperkuatkan dengan kehadiran Hairuddin Omar, Amri Yahyah.... dan lain-lain termasuk pemain tengah Kelantan yang semakin dikenali corak permainannya, Piya.

Aku akan update detail perlawanan seperti yang aku dah buat untuk Malaysia vs Arsenal dan Malaysia vs Liverpool tempoh hari......

Separuh masa pertama menampakkan Chelsea dahagakan gol..... Permainan forward press yang ditunjukkan Chelsea menunjukkan depa tak main-main.... Pemain kita dipaksa bekerja keras bertahan dan bertahan sampai banyak kali membuat kesilapan.... nasib baik penjaga gol tangkas menangkis serangan.... Pemain Malaysia yang banyak dibarisi pemain pertahanan Kelantan berjaya mengekang serangan Chelsea.... Cuma Daudsu, pemain pertahanan kanan kita banyak buat silap...sampai Ong Kim Swee menukarkannya....

Jentera serangan Malaysia tak mampu mencabar penjaga gol Chelsea, Hilario... Jentera kita yang dibarisi Wan Zack haikal, Hairuddin Omar, dan Amri Yahyah langsung tenggelam... Pemain tengah pula...Badri Radzi (Piya), dan lain-lain terpaksa membantu benteng pertahanan kerana Chelsea menekan dari awal....

Aku cuma mampu cakap.... tahniah buat pasukan Malaysia kerana mampu mengikat Chelsea di separuh masa pertama dengan berkesudahan Malaysia 0 - Chelsea 0. Torres hilang sengat la derr....he he he..... Nantikan separuh masa kedua pula....Sudah pasti Chelsea akan menukarkan kesemua pemainnya..

Separuh masa kedua bermula....Chelsea sudah diduga memasukkan pemain utamanya seperti Terry, Drogba, Anelka, Zhirkov dan lain-lain.... Pemain Malaysia ditekan makin kuat.....Tapi nampaknya skuad Malaysia yang nie lebih berdisiplin dan berani.... Pemain Chelsea ditekan juga seperti pemain-pemain liga super Malaysia jer......Hebat!

Nurhafiz Zamani Misbah dan S. Subra memang patut diberi pujian... Dan mungkin sepatutnya boleh lagi menyarung jersi skuad Harimau Malaya....Lebih mantap membaca permainan...Cuma clearance jer agak kurang....Standing Ovation juger untuk penjaga gol Farizal..kerana cemerlang menahan asakan Drogba dan Sturridge sebelum dikeluarkan.....

Menarik! Menarik! dan jauh lebih menarik permainan pasukan Malaysia dari sebelum nie... tetapi akhirnya keutuhan benteng kita bocor juger dengan free kick Drogba yang sepatutnya tidak dikira kerana masih belum melepasi garisan gol.... Tapi takper....baru 1-0....hehehe.... Pasukan bawah 23 tahun negara nie....Pasukan muda....

Skuad Malaysia hampir-hampir mendapatkan gol penyamaan hasil cubaan S. Thamil Arasu.... Sikiiiit je lagi... Aku dah melompat dah.....Tapi sipi je melalui sebelah kanan gol.... Pucat kejap Turnbull... Pujian patut diberikan kepada Shahrul Azwarie kerana berani mencabar Ashley Cole one on one.... dan berjaya mengalahkan Ashley Cole! Kejadian ole mengole satu sama lain juga berlaku... Memang mantap la mentaliti pasukan bawah 23 tahun negara! 

Beza yang sangat ketara cuma fizikal kedua-dua pasukan.... kalau bukan kerana fizikal...aku rasa ada jugak cubaan menarik dari Malaysia .... dan kesudahannya......

MALAYSIA 0 - CHELSEA 1

Tahniah buat pasukan MALAYSIA!!! Memang hebat dan berani.... Inilah baru dipanggil HARIMAU MALAYA..... Mengaum dengan berani...Mencakar Chelsea walaupun Chelsea pakai baju besi.... he he.... SYABAS Ong Kim Swee!!! Syabas MALAYSIA!!
Jika internet korang laju....korang juga boleh tengok di Channel yang disediakan nie.... LIVE STREAMING untuk anda.... Video sama laju dengan ASTRO....dengan syarat....internet korang pun kene la laju....hehe




Sila refresh jika inginkan perkembangan terkini semasa perlawanan berlangsung....

Saturday, July 16, 2011

Keputusan Perlawanan Malaysia vs Liverpool | Analisa Perlawanan | 16 Julai 2011

Hari ini, 16 Julai 2011 iaitu pada pukul 5.45 petang waktu malaysia....akan berlangsung satu lagi perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Liverpool di Stadium Bukit Jalil. Skuad Malaysia yang sebelum ni tumpas di tangan Arsenal 4-0 akan cuba bangkit dari keputusan itu dan akan menghadapi satu lagi pasukan kelab gergasi dunia iaitu Liverpool...


Aku akan cuba update analisa perlawanan dari semasa ke semasa dengan ulasan yang mungkin boleh menyebabkan korang dapat la sedikit gambaran tentang game ini....

Permainan dimulakan dengan penuh debaran....Malaysia bermain dengan lebih baik pada perlawanan nie... Liverpool nampak pincang dengan ketiadaan pemain utamanya iaitu Luiz Suarez dan Steven Gerrard.. Permainan rancak dan Liverpool mendahului Malaysia dengan gol hasil dari sepakan penalti pada minit ke-21.. Jaringan dihasilkan oleh Charlie Adam...walaupun penalti tu kelihatan tidak sepatut diberi...

Malaysia cuba menambah sengat di jentera serangan dan usaha dilipat gandakan... Akhirnya mereka berjaya dapat gol penyamaan dengan sepakan percuma yang cantik dari Safiq Rahim pada minit ke-43.. Selepas gol tu..Malaysia seolah-olah sudah jadi team lain...Harimau sudah terjaga dari tidurnya... Permainan separuh masa pertama ditamatkan dengan kesudahan Malaysia 1- Liverpool 1... Go Malaysia Go!

Separuh masa kedua dimulakan dengan penuh rancak...Malaysia seolah-olah mendapat semangat baru untuk menambah gol.... Liverpool menukarkan beberapa pemain danmemasukkan nama-nama besar seperti Dirt Kuyt, Maxi Rodriguez, Aquilani, dan Ngog... Tapi hasil dari kesilapan pertahanan.....David Ngog dapat gol pendahuluan....Khairul Fahmi tak dapat buat apa-apa.... Duk dalam dua tiga minit... kesilapan pertahanan lagi menyebabkan David Ngog menambah jaringan dengan penuh bergaya...

Dalam pertahanan Malaysia masih dalam kucar-kacir.... Maxi Rodriguez menambah sengsara Malaysia selepas berjaya menyambar masuk gol keempat Liverpool... Aku dah stat kecewa dah nie... Tapi kemasukan Safee Sali merubah keadaan....sesuai dengan status namanya...

Safee Sali berjaya mendapatkan gol untuk malaysia dengan gol yangmenarik pada minit ke 79.... Dan selepas itu... Malaysia berjaya lagi menmabah gol dengan Safee Sali lagi pada minit ke-82... Malaysia kembali bangkit!

Tapi...... Liverpool menunjukkan taring nye yang sebenar dengan hasil jaringan Dirt Kuyt dan Maxi lagi.... Keputusan penuh..... 


MALAYSIA 3 - LIVERPOOL 6

Walaupun begitu...tahniah buat Malaysia kerana berjaya menjaringkan 3 gol!! Aku dah cukup bangga dengan rekod itu.... Malaysia menunjukkan permainan yang baik dan menarik!! Aku terharu bai...T_T Tapi...Datuk K. Rajagopal perlu memikirkan pasal pertahanan yang sangat rapuh... Walaupun pasukan yang ditentang ialah Liverpool....Tapi tak sepatutnya sebanyak itu.... Sememangnya pertahanan kita perlu dicongak kembali.... Masih banyak yang perlu dipelajari...

Dan jugak..Malaysia perlu mencari striker semantap Safee Sali lagi... perlu mencari pemain sehebat Safee Sali... Kerana dalam game high level macam nie... aku tengok ramai pemain kita tenggelam... Yang nampak boleh bermain di level nie...Safiq Rahim... Safee Sali...Amirul hadi... dan Gunalan... yang lain masih lemas dan perlu dipertingkatkan.....

P/S: Maaf lambat update sebab internet rumah tetibe takde!!! Hampeh.....