Showing posts with label Malaysia vs Singapura. Show all posts
Showing posts with label Malaysia vs Singapura. Show all posts

Monday, November 26, 2012

Ulasan Ringkas Malaysia vs Singapura | Piala AFF Suzuki 2012


Malaysia diundi bersama pasukan Singapura, Indonesia dan Laos dalam kempen Piala AFF Suzuki 2012 nie... Dan perlawanan pertama, menentang Singapura...Keputusan....sangat mengecewakan...kalah 0-3 di tangan negara jiran tu.... Kenapa??

Datuk K. Rajagopal duk salahkan GK Apek... Betul ke salah dia? Untuk gol kedua...memang salah dia... Boleh cakap silly mistake la dalam bahasa penjajah... Tapi overall...Apek ok jer... Tapi bagi aku yang paling teruk adalah bahagian tengah....

Tengah langsung tak hidup... Di mana hilangnya Amar Rohidan (??) yang dibangga-bangga Datuk Raja kita tu? Hilang posisi weh.... Aku geram jugak...sebab ramai lagi pemain tengah yang lebih berkaliber berbanding Amar Rohidan nie... 

Masa friendly Malaysia takde menang kan... Kira ok la masa tu masih lagi ber eksperimen... Aku tak salahkan Datuk Raja kalah di friendly...Tapi sepatutnya lepas buat beberapa eksperimen... Dah nampak dah yang si Amar Rohidan tu hilang sentuhan buat masa sekarang..... Tapi kenapa dia termasuk dalam pasukan Harimau Malaya? Dan lagi teruk....First Eleven negara masa lawan Singapura?? Pening weh..pening....

Nampak sangat kita tidak cukup kreatif dalam mengatur serangan... Enjin masuk air.. mana nak jalan... Safiq Rahim pulak out of form jugak.... Mana perginya Piya..antara midfield terbaik kat Malaysia buat masa sekarang? Nazmi Faiz pulak kenapa tak dipanggil? Bukan bias kat Kelantan...tapi pelik... pasukan yang paling perform dan paling konsisten...Tapi player yang dipanggil untuk wakil negara...dua orang je...Aik?? 

Aku memang serang bahagian tengah je... Walaupun ada yang salahkan defend... Tapi aku rasa kesalahan defend dapat dikurangkan kalau tengah tu hidup.... Nie tengah hancur..banyak serang guna kelebihan individu Norshahrul dengan Gunalan... Safee Sali penat duk tunggu hantaran cantik dari kawan... Tapi tak datang-datang... Camne nak menang? Ibarat kata coach aku... Kalau tengah mati...korang macam bawak kereta tanpa enjin...Camne nak menang race??

Bagi aku...rombak balik tengah....ataupun bagi kata-kata perangsang kat pemain tengah nie...Tampar sikit bagi tersedar dari tidur tu... Nampak sangat kekurangan.... Lepas nie lawan Laos...Sepatutnya kita boleh menang... Singapura mungkin on-par dengan kita...Tapi Laos....Takde alasan nak kalah game nie... Sebab kalau kalah....Kita OUT dari kempen Piala AFF nie....dan Pasukan Harimau Malaya kena buat rombakan besar-besaran dah... 

Player tambatan Datuk Raja sudah mula berpijak di awangan... Selesa berada di bangku pemain Harimau Malaya...Sedangkan ramai yang tidak layak...Ada yang lebih layak dari mereka....Cuma mungkin atas faktor-faktor tertentu yang sepatutnya tidak ada dalam konteks pemilihan pemain kebangsaan..... jangan pilih bulu weh....pilih yang betul-betul perform dan layak...Baru Malaysia terus maju ke hadapan...Kalau tak...camni la jadinya...

P/S: Sekadar pendapat peribadi.. Sayangkan Harimau Malaya...

Friday, July 29, 2011

Malaysia Tewas... Kenapa? | Sebab dan Faktor Dikaji Untuk Masa Depan

Malaysia dah buat yang terbaik.... Semangat juang Harimau Malaya sudah ada...cuma tidak mencukupi.... Tahniah buat pasukan Singapura sebab berjaya mengalahkan Malaysia melalui keputusan agregate 6-4. Tapi kenapa pasukan Malaysia tak mampu menang di gelanggang sendiri?

Ini sebabnya.... taktikal, supportive role takde... takde leader.... Ok...aku cuba leraikan satu persatu.. Pasal taktikal..... Singapura memang menang dari segi taktikal dalam perlawanan di Stadium Bukit Jalil... Taktikal depa ialah LENGAHKAN MASA dan counter bila dapat peluang.... Pasukan Singapura bermain dengan baik....berdisiplin dalam pertahanan....campur dengan taktik membazirkan sebanyak mungkin masa juga adalah salah satu taktikal bagi pasukan average macam Singapura nie..... Mentaliti pasukan Malaysia dipenatkan dengan psikologi nie.... memang susah nak bermain dengan baik lepas terkena serangan psikologi begini....

Supportive role.... memang kita amat terasa ketiadaan Nor Shahrul idlan dan jugak Syafiq Rahim... Ni adalah suuporting role yang boleh membantu Safee Sali.... Tadi Safee Sali berseorangan.... Dia yang hold bola...dia yang nak score....dia jugak yang nak create peluang.... kamon la kan.. Messi pun pening kalau nak buat semua.... We need backup players yang kreatif...ringankan beban Safee Sali.... Itu kelemahan dalam game tadi....

Dan terakhir...ketiadaan leader dalam pasukan... Datuk K. Rajagopal memang bagi arahan.... Tapi setau aku.... kalau game seperti tadi....hangat dan tegang...arahan dari coach hanya boleh diikuti pemain dalam 10 peratus sahaja.... Apa-apa arahan dari beliau perlu diarah juger oleh kapten pasukan yang berwibawa dan berkaliber.... Kita takde leader seperti tu..... Syafiq Rahim ada sedikit sebanyak role sebagai leader... Tapi malam ni dia takde.....Nampak sangat kucar-kacir pemain di atas padang tanpa arahan dari ketua pasukan....

Safee Sali pemain yang baik... tapi mungkin agak lacking dari segi leadership.... Kita perlukan leadership seperti Zainal Abidin Hassan.... bertindak mengikut arahan jurulatih dan kadang-kadang kreatif menentukan keputusan terbaik pasukan di atas padang......

P/S: Kuatkan keseluruhan.... bangkit dari kekalahan....

Thursday, July 28, 2011

Analisis dan Keputusan Akhir Malaysia vs Singapura | 28 Julai 2011


Malaysia akan menentang Singapura hari ini di Stadium Bukit Jalil bagi perebutan tempat untuk memasuki pusingan kelayakan piala dunia 2014 peringkat kumpulan asia.... Sebelum nie.... Malaysia atau Harimau Malaya telah pun tewas 3-5 kepada Singapura di Stadium Padang Besar.... Perlawanan kedua ini akan menentukan siapa yang lebih layak..

Malaysia masih ada peluang untuk melayakkan diri jika berjaya menewaskan Singapura dengan sekurang-kurangnya dua gol perlu dijaringkan.... perbezaan dua gol yang boleh membawa kemenangan berpihak kepada Malaysia ialah.... 2-0, 3-1, dan 4-2.... Lebih gol... memang sah la kita menang kan... Kurang gol....melepas la kita.....

Nampaknya Pasukan Malaysia menurunkan Khairul Fahmi sebagai keeper utama..... harap dia tidak terganggu.... Perlawanan dimulakan.... Permukaan padang sudah bukan alasan lagi..... Permainan Malaysia kurang menarik untuk awal-awal nie.... Khairul Fahmi dipaksa bekerja keras kerana kesilapan defender berulang-ulang.... Agak tenggelam permainan kita berbanding skuad Singapura untuk 15 minit pertama nie..

Pada minit ke 22.....Aidil Zafuan dikeluarkan akibat kecederaan...digantikan oleh Muhaimin.... Malaysia masih lagi tenggelam... Dan Singapura bermain masa...asyik injured jer pemain nya.... Taktikal psikolgi dilakukan.... Sabar Malaysia...sabar.....

Malaysia diasak dan Khairul Fahmi sememangnya tidak terganggu langsung dengan kisah gosipnya.... Memang menjadi hero untuk separuh masa pertama......Dan tamat separuh masa dengan keadaan yang sangat mengecewakan...... 0-0.

Separuh masa kedua bersambung..... Pasukan Malaysia tampak lebih bersemangat tetapi defend Malaysia masih lagi membuat kesilapan.....Dan Singapura pula masih lagi cedera dan cedera.... Memang sakit hati aku tengok! Ref!!! Bagi kad merah jelah kat semua pemain Singapura tu!!

Tetapi....harimau tidak mudah nak mengalah!!! SAFEE SALI berjaya menjaringkan gol untuk Malaysia pada minit ke 57.... Hantaran dibuat oleh pemain paling rajin dalam skuad Malaysia, Gunalan..... Kamon Malaysia!!

Dalam minit ke 72.....Malaysia ter SENTAP!! Singapura berjaya menjaringkan gol penyamaan.... Nampaknya Malaysia tertekan dengan masa hanya berbaki 18 minit sahaja.....Singapura sangat hebat pada malam nie.....Kerana SANGAT PANDAI BERLAKON!!! Malaysia cuba menyerang habis-habisan untuk mendapatkan gol.... tetapi taktik membuang masa Singapura memang menyakitkan hati... Dan akhirnya Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan selepas Fakri Saarani dilayangkan kad merah.... MERAH?? Hmm... layan je la...

Dan masa pun tamat dengan keputusan......MALAYSIA 1 - SINGAPURA 1...

Dan keputusan penuh...

MALAYSIA 4 - SINGAPURA 6

Walau bagaimanapun.... Syabas pasukan Malaysia kerana telah cuba sedaya upaya.... Dan syabas pasukan Singapura kerana pandai BERLAKON!! Semoga berbahagia la pasukan Singapura menjadi punching bag pasukan lain masa kelayakan nanti....he he he

Sunday, July 24, 2011

Faktor-faktor Malaysia Kecundang Di Singapura

Entri ni khas untuk nicangkan kenapa pasukan Malaysia tewas di tangan Singapura di Stadium Padang Besar 3-5 semalam... Apa yang aku komen di sini.... adalah dari pengalaman aku melihat dan menganalisis perlawanan sebelum nie... Hasil dari apa yang aku perhatikan.... Mungkin ni la faktor kekalahan pasukan negara kita....

Goalkeeper - Ni faktor terbesar... Aku tak tau la apa dah jadi dengan keeper Salbani nih... dia macam gugup atau gabra....atau mungkin jugak overconfident..... Macam keeper kebanyakan jer... Banyak buat mistake... Mistake pertama... Dia tak main peranan nak conduct defend.... Dan jugak nampak tidak selesa bermain di padang tiruan... Memang nampak ketara.... Tapi aku tau....dia dah cuba buat yang terbaik... Tapi untuk Khamis nie...aku harap Apek (Khairul Fahmi) yang akan bermain

Defender - Yang ni memang aku dah cakap masa analisa aku untuk Malaysia vs Liverpool tempoh hari.... Defend kita sangat rapuh.... bukan sebab movement pihak lawan....tapi defend kita sendiri mengundang bahaya dengan mistake yang ketara.... Mistake yang aku maksudkan nie.... Disiplin dalam organise line defend... memang tersangat jelas dan ni ler punca kekalahan kita di tangan Arsenal, Liverpool dan yang terbaru....Singapura.... Depa tak ada leader yang bagus nak conduct defend.... Defend Malaysia lawan Chelsea jauh lebih baik.... Sebab tu aku ada suggest... Nur Hafiz Zamani dan S. Subra lebih cemerlang buat masa sekarang berbanding defender skuad senior Malaysia sekarang...

Midfield - Nampak jelas dalam separuh masa pertama....midfield hilang tah ke mana.... Tak memainkan peranan sebagai enjin atau penggerak pasukan... nampak lebih membantu defender dari menyerang.... Ni akan membuatkan pasukan Singapura mengawal permainan dengan lebih senang dan rilek... Syafiq Rahim tenggelam malam nie... Separuh masa kedua baru menampakkan sedikit pergerakan.. Tu pun banyak hasil dari movement offball cantik dari Safee Sali.

Lagi satu masalah.... K. Rajagopal memasukkan Ismail Faruqi menggantikan Abdul Hadi dalam kesebelasan utama.....Who is this guy? Aku terkejut tengok mamat nie main untuk masa pertama... Aku tunggu la jugak kot-kot la menjadik percaturan K.Rajagopal nie... Tapi memang nampak ketumpulan jentera serangan berpunca dari dier.... Kesian Safee Sali...berusaha keras mengucar-kacirkan pertahanan Singapura... Tapi lack of finishing dari pemain lain menegecewakan semua orang... 

Aku sangat berharap entri nie dibaca skuad pasukan bola kita.... Aku nie takde la terer pun.... Cuma aku rasa analisis aku buat nie bukan sekadar analisis kosong... Tapi berpandukan sedikit ilmu aku dalam bola sepak... Apa yang perlu dibuat Datuk K. Rajagopal ialah.... Kuatkan pertahanan... dan carik gandingan mantap penyerang dengan Safee Sali selain Nurshahrul Idlan (injured), dan Zaquan adha (injured)... Sebab sekarang nie...Aku nampak Abdul Hadi je nampak serasi.... 

Midfield.... Panggil midfield yang bermain dengan Malaysia XI hari tu.... Shahrul Nizam dan jugak pemain Sabah tu...apa dah nama dier.... Depa nampak lebih berani mengatur permainan... Disebabkan Syafiq dah tak boleh main Khamis nie... Datuk K. Rajagopal perlu mencongak dari awal...

Saturday, July 23, 2011

Keputusan Dan Analisis Malaysia vs Singapura | Kelayakan Piala Dunia 2014


Malaysia menentang pasukan Singapura untuk menentukan siapakah yang akan layak bersaing untuk pusingan peringkat kumpulan untuk menentukan pasukan yang bakal bertanding di Piala Dunia 2014 nanti.... Pasukan kita dibarisi Safee Sali, Syafiq Rahim, dan lain-lain akan cuba melawan habis-habisan untuk menunjukkan semangat Harimau Malaya kita... Permainan pertama akan berlangsung di Padang Besar, Singapura...

Untuk separuh masa pertama, Malaysia dan Singapura saling menyerang antara satu sama lain.... Dengan padang tiruan.....nampaknya Malaysia agak kurang biasa dengan keadaan padang sebegitu.... Malaysia berjaya mendahului tetapi SIngapura pantas mendapat rentak kembali.... Dalam minit ke-21....Singapura mendapatkan free kick berdekatan gol Malaysia...Dan hasilnya, mereka berjaya mendahului Malaysia dengan jaringan cantik....Dalam minit-minit terakhir masa pertama....Singapura berjaya menambah dua lagi gol dalam 2 minit! Gol-gol itu bagi aku hasil dari kealpaan defend Malaysia..... Haih...Keputusan terkini... Malaysia 1 - Singapura 4..

Nampaknya defend pasukan senior kita tetap rapuh seperti lawan Arsenal dan Liverpool.... Mengharapkan tuah Safee Sali dan Syafiq Rahim sekarang nie.... Memang nampak Malaysia bermain dengan gugup dan di bawah prestasi sebenar.... Kalau berterusan macam nie... Memang teruk la kita....

Separuh masa kedua bersambung.... dan permainan sememangnya rancak dan saling tarik menarik.... tetapi Syafiq Rahim saje cari nahas dengan menerima kad merah pertama perlawanan.... nampak macam nasib makin tidak menyebelahi Malaysia.... Duk dalam 5 minit kemudian... Gunalan berjaya memaksa pemain defend Singapura membuat kesalahan dan menerima kad merah juga... Permainan bersambung dengan kedua-dua pasukan bermain dengan 10 pemain....

Nasib Malaysia nampaknya kembali bersinar..... Abdul Hadi berjaya merapatkan jurang dengan sepakan rendah di depan gol selepas mendapat hantaran lintang dari pemain bek kanan kita.... Daan...... Safee sali berjaya mendapatkan gol ketiga Malaysia dengan sepakan yang terkena pemain pertahanan Singapura...Dalam keghairahan mencari gol penyamaan....Defend buat hal lagi.... Depa melepaskan lagi satu gol untuk Singapura...

Malaysia 3 - Singapura 5

Syabas Safee Sali dan S. Gunalan kerana engkau la pemain Malaysia terbaik malam nie!!

Perlawanan timbal balik akan berlangsung di Stadium bukit Jalil pada 28 Julai 2011 nie!