Showing posts with label pesanan. Show all posts
Showing posts with label pesanan. Show all posts

Wednesday, February 8, 2012

Pesan Ku Kepada Seluruh Lelaki Di Dunia Nie Yang Faham Bahasa Melayu

Aku baru saje menyambut kelahiran anak aku semalam (7 februari 2012) di hospital Serdang... Tak sempat nak buat ikut planning di Hospital An-Nur kerana urgent sangat dah..... Kire hantar ke tempat yang terdekat ajer... Dan dari situ....aku dapat la sedikit lagi pengalaman hidup yang sangat berguna untuk semua lelaki...terutamanya seorang suami..... Dan sekarang aku nak kongsi dengan korang....

Entri nie takde gambar anak aku lagi.... Nanti aku buat entri khas untuk anak aku tu.... Taruk gambar banyak-banyak... he he he. Entri kali nie cuma nak menyarankan kepada semua lelaki terutama yang bakal nak jadi suami orang nih.... Atau pun yang dah jadi suami....Boleh jugak... Saje nak berpesan dari pengalaman yang sedikit nie..... 

Pertamanya..... Kepada semua lelaki... Kalau isteri korang dah dimasukkan ke dalam labour room..Elok korang teman la bersama... Bukan sebab si isteri nak bermanja ke haper yer.... Tapi bagi korang tengok dengan mata sendiri camner si isteri tu menahan sakit.... Teman la si isteri tu masa dia menahan sakit...jangan lari pulak! Duduk je di sisi..selama mana isteri tu menahan sakit menunggu terbukak jalan untuk baby keluar...selama tu lah korang teman..... 

Boring? Takde keje duk berconggok ajer tanpa ada laptop atau surat khabar nak bace? Tak boleh merokok? Tu semua perkara kecik jer kalau nak dibandingkan dengan kesakitan si isteri tu.... Jangan kita nie jadi si lelaki yang pentingkan diri jer... Tengok la sendiri apa yang si isteri terpaksa alami nak lahirkan bayi korang tu.... Dari situ....korang akan tau dan rasa sangat bersyukur dengan usaha dan kesabaran isteri korang untuk lahirkan anak korang tu.... 

Ok..... Satu lagi proses penting untuk si lelaki yang bakal bergelar suami nie.... Teman la isteri korang semasa proses nak bersalin..... Mabuk darah?? Tak boleh tengok penderitaan isteri? Tak cukup lelaki la namanya... hu hu hu..... Sentiasa lah berada di sisi isteri masa proses bersalin... Bagi kata-kata semangat....  Tengok sendiri macam mane bayi tu keluar dari rahim isteri korang..... Dengar sendiri laungan atau pekikan isteri... Tengok sendiri keadaan anak korang tu semasa baru keluar dari rahim tu..... WAJIB KORANG TENGOK DENGAN MATA KORANG SENDIRI!!

Lepas tu... azan dan qamat la kat anak korang.... Bagi dia dengar kata-kata seruan Ilahi dulu sebelum nak dengar yang lain... Azan di telinga kanan...qamat di telinga kiri... Tak payah nak azan macam kat TV tu... Azan sekadar didengari oleh si bayi sudah.... Kalau boleh...tambah la lagi dengan bacaan surah-surah yang korang ingat....selawat ke atas nabi dan bertahmid dan bertasbih tanda bersyukur dengan kehadiran orang baru dalam keluarga korang tu....

Selesai menyambut bayi.... Satu lagi kerja yang patut si lelaki buat ialah....tanam uri. Macam mane nak tanam uri? Secara ringkasnya.... tanam seperti biasa ajer... Cuma.....Basuh la dulu uri tu... Lebih baik si lelaki bergelar suami yang basuh sendiri.... Tengok sendiri uri yang berada di rahim si isteri tu... Ketulan darah yang berada pada si isteri korang suatu masa dulu... Basuh la dengan tangan korang sendiri...Basuh sampai betul-betul bersih... Ada orang kata....dari situ korang tau berapa orang anak korang mungkin akan dapat....Wallahuallam...:)

Lepas selesai basuh.... letak atas kain...ada yang kata kain putih... Dan kalau mengikut adat...campur sekali dengan garam dan asam keping...Nie untuk percepatkan proses pereputan kot... Tak pun untuk tak nak bagi bau kuat sangat bila dah reput nanti....Nak elakkan binatang buas makan.... Bila dah siap campur tu.... Ikat ketat-ketat dan tanam la di mana-mana tempat yang tak menjadi pijakan atau laluan orang... Tanam la sedalam mungkin dengan disertakan bacaan-bacaan memuji Allah...

Dari semua yang korang alami tu.... Aku rasa WAJIB DIBUAT BAGI SEMUA LELAKI.... Sebab apa? Dari situ lah korang menghargai pengorbanan isteri korang... Dari situ korang akan menghargai setiap ciptaan Allah terutama sekali anak sendiri.... Dari situ korang sendiri tau macam mane proses nak lahirkan anak korang tu secara detailnya!.... Jangan tau nak anak ajer....Jangan tau nak buat seks jer!!...  Jangan perlekehkan penderitaan si isteri masa nak bersalin...kerana kesakitan bersalin adalah nombor kedua tahap kesakitannya..Hanya kalah dengan sakit kematian! Dari situ jugak....akan rasa tanggungjawab korang yang bakal korang tempuhi untuk jaga anak korang tu.... 

Dan aku rasa... pihak hospital patut mewajibkan si suami menemani si isteri masa di labour room dan waktu nak bersalin...Sebab aku dengar ada jugak sesetengah hospital tak bagi suami masuk... Sebab dari proses yang singkat nie lah....dapat menambahkan lagi sifat rasa syukur dan tanggungjawab si suami kepada keluarganya dan jugak menghasilkan ketua keluarga yang memahami pengorbanan si isteri tu... 

P/S: Aku boleh pesan gini sebab segala-galanya aku dah buat......dan aku dapat rasa sesuatu yang berbeza lepas alami semua nie.... Setiap apa yang Allah lakukan....pasti ada hikmahnya....:)

Friday, January 13, 2012

PreciousWords For My Jumaat - 25 Pesanan Luqman Hakim

Korang tau kan sape itu Luqman Hakim? Seorang yang disebut dalam Quran (sesetengah cakap, beliau salah sorang nabi)... bukan saje disebut... tapi ada Surah khas yang dinamakan atas nama beliau... Surah Luqman.... Elok dibaca bagi perempuan yang mengandung kerana dikatakan khasiatnya untuk mendapatkan anak yang cerdik dan pintar akal fikirannya...... Ini adalah 25 pesanan Luqman Hakim kepada anak-anaknya....

01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 – orang – orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 – Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 – Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.

11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 – janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.

13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 – selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.

19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.

20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 – Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.

24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

P/S: Share la kalau ingin pesan-berpesan...:)

Tuesday, May 10, 2011

Pesanan Untuk Blogger Baru....

Okeh....semalam aku ada cakap nak cakap sesuatu kepada blogger baru.... ok.... Hari ni aku kotakan janji tu.... Semalam aku penat....tak sempat buat entri...pagi ni aku baru sempat buat entri nih...

Ok....kepada blogger baru....jangan segan dan jangan rase berat hati nak promote kan blog orang lain.... Aku tengok geng blogger baru ni susah sikit nak tolong promote rakan-rakan..... sebab takut nanti diri sendiri akan ketinggalan....

Tak.....dengan cara itu....korang akan menambah kawan..... kene pulak yang di backlink tu seangkatan jer dengan korang.... memang akan jadi kawan..... Kata lah korang buat dialog ker...ape ker... Masukkan link depa dengan keizinan.... Buat satu gurauan dan tolong promote mempromote.... dengan cara itu...korang pun daapt untung....si kawan korang tu pun dapat untung...

Dalam dunia blogging nih.....jangan rasa kedekut nak tolong blogger lain.... Tak elok dan memupuk sifat dengki mendengki nanti.....tak elok tu..... Cuba selalu backlink kan kepada kawan-kawan.... Kalau aku la kan.... aku lagi suka di backlink kan dalam apa-apa entri..contoh di backlink suker-suker....korang boleh tengok di entri INI.

Jadi.... selalulah tkar-tukar backlink dengan kawan-kawan.... kepada yang dah kenal aku..... backlink jer aku ni...aku tak kisah dan mungkin aku akan backlink balik blog korang nanti.... Kita berkawan dan bersahabat okeh......;)