Showing posts with label rokok. Show all posts
Showing posts with label rokok. Show all posts

Thursday, June 15, 2017

REVIEW PRODUK POST : Produk NicoZu | Berhenti Merokok Dalam Masa 7 Hari !




Sesiapa yang rasa nak berhenti merokok dalam masa 7 hari, eloklah cuba produk NicoZu ini, Produk yang sangat berkesan untuk anda bebas dari merokok. Sayangilah isteri anda, sayangilah anak-anak anda, sayangilah suami tersayang anda dengan belanja sebotol nicozu supaya bebas dari rokok. 

Merokok sudah difatwakan HARAM kerana kesannya terhadap diri perokok dan juga orang sekitar... Kesan yang menghidu asap rokok lebih merbahaya daripada orang yang merokok. Apabila banyak kemudaratan daripada kebaikan, maka difatwakan haram. Tapi kenapa ramai yang masih merokok? Kerana ketagihan. NicoZu dapat mengatasi masalah ketagihan anda!

Produk Nicozu

Konsep ketagihan nie lah menjadi satu masalah besar nak berhenti merokok. Sama macam penagih dadah, penghisap candu, dan lain-lain. Kerana ketagihan, susah nak tinggal. Niat tu dah ada, ramai yang dah pasang niat nak berhenti merokok, tapi kerana ketagihan, tak boleh tinggal jugak. Jadi, produk NicoZu nie dapat mengatasi masalah ketagihan hanya dengan beberapa semburan di dalam mulut anda.

Hanya perlu ada dua perkara supaya dapat berhenti merokok iaitu:

1) Memang dah ada niat nak berhenti merokok
2) Kena ada support dari keluarga terdekat

Bab support tu lah produk Nicozu nie ambil bahagian. Produk NicoZu nie adalah berasaskan bahan organik, tiada campuran kimia merbahaya. Ekstrak semulajadi dari kayu manis dan cengkih... Dapat menghilangkan ketagihan anda untuk merokok dan juga mewangikan bau mulut anda! Faedah 2 dalam 1 yang sangat bermanfaat. Tiada masalah mulut berbau, dan ketagihan merokok pun hilang.

Saiznya kecil, sesuai nak dibawa ke mana-mana dalam poket
Perasa Pudina yang mengharumkan bau mulut anda

Cara penggunaan: Hanya perlu sembur NicoZu di bawah lidah ketika rasa hendak merokok. Setiap kali rasa nak merokok, sembur nicoZu... Insya Allah lama-lama proses ketagihan merokok akan hilang dari semasa ke semasa, dan jika diambil secara berterusan, dapat berhenti terus dari merokok.

********************************************************************************
IKLAN STICKY POST :

NAK HILANGKAN KOTORAN DEGIL DI PAKAIAN, DI RUANG DAPUR ANDA, MALAH DI KERETA ANDA? 

GUNALAH SUPERMOM! HANYA SEMBUR, TUNGGU 5 MINIT (BOLEH BANCUH MAGGI SAMBIL MENUNGGU) KEMUDIAN LIHATLAH HASILNYA..... 

BERKILAT SEPERTI BARU... KLIK LINK INI UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT

********************************************************************************

Apa kebaikan apabila sudah berhenti merokok:

Bebas Kewangan: Rokok sekarang dah mahal. Kalau jenis habis sekotak sehari, atau sekotak dua hari... cuba kira secara mudah, Contoh pengiraan:  Sekotak rokok dalam dua hari bermakna dalam sebulan, 1 kotak x 30 hari/2 hari = 15 kotak sebulan. Kos sekotak berapa? Didarab dengan 15 kotak. Itulah kos sebulan perokok. Banyak tuu.... Kalau jumlah penjimatan selepas berhenti merokok tu, dikumpulkan sehingga 3-4 bulan, boleh topup dekat gelang emas isteri dah kan? Atau dah boleh tukar kepada rim kereta sport dah tu... 

Teladan Anak-anak: Sape mak ayah yang nak tengok anaknya merokok, angkat tangan? Takde kan? Jadi kenapa perlu kita sendiri merokok? Anak-anak belajar banyak dari mak ayah... 80% pembelajaran secara tak langsung dari mak ayahnya...Jika kita merokok, jangan marahkan si anak jika dia merokok juga satu hari nanti. Kalau kita sendiri tak merokok, insya Allah anak-anak pun tak nak merokok.

Hidup tanpa rokok, keluarga bahagia

Kesihatan Keluarga: Asap rokok sangat bahaya untuk kesihatan. Ramai orang kita sekarang mengalami masalah jantung, paru-paru kerana berpunca dari asap rokok. Kita nak ke anak-anak sakit disebabkan kita sendiri? Kita selalu minta doa supaya anak kita sihat walafiat kan? Tapi kalau kita sendiri menyebabkan anak tak sihat kerana asap rokok? Ibarat meminta belas kasihan Tuhan supaya sihatkan anak kita sambil kita sedang mencucuk anak kita dengan jarum beracun... Sorry to say.


Testimoni Nicozu:

Ramai yang dah menggunakan nicoZu dan berpuas hati. Boleh lihat sendiri antara testimoni pelanggan yang dah menggunakannya.. Ingat, perlu disertakan niat nak berhenti barulah menjadi.. Kalau tuan badan tu sendiri tak nak berhenti, sambil sembur nicoZu tu pun boleh hisap rokok! 




Kepada yang berminat, boleh contact saya sebagai stokis Selangor produk NicoZu:

EMAIL: ahsannurmubarak@gmail.com

AGENT MASIH DIPERLUKAN  !!

Yang duk jauh seperti Perak, Perlis, Johor, Kelantan atau pun Sabah Sarawak, pun boleh order dari saya. Jangan risau, saya boleh poskan.. :)

 P/S: Sesiapa berminat untuk saya review produknya, boleh terus emel saya atau wassap saya ke link ini: PENGIKLANAN

Friday, June 17, 2011

Sedapnya Hisap....

Semalam...aku pegi layan X-Men First Class dekat Jusco...... Alang-alang hantar barang bisnes wife aku....pegi la layan wayang dengan duit untung tu kan....he he he. Citer dier memang bes.....dari out of ten...aku bagi 8....

Tapi apa yang aku nak citer bukan pasal citer X-Men tu.... Aku nak citer lepas tengok citer tu..... Macam biase la kan...lepas habis wayang....maka ramaila yang keluar sebab nak balik.... Takkan nak duduk situ jer tak balik-balik kan... Tengah-tengah kalut nak keluar....sampai je dekat luar pintu exit wayang tu... Ternampak sekelompok wanita....bukan....budak pempuan sedang hisap!!

Hisap aper.....hisap rokok la der... Selamba rock jer hisap di lorong keluar tu.... Tengok muka... bukan Cina....dan sah-sah bukan India....sebab kulit agak cerah... Muka sebijik melayu....Malu beb.....malu.... Kalau dah berumur tu ok la jugak.....ni anak-anak gadis der...

Kalau yer pun nak hisap rokok.....hisap la tempat yang sepatutnyer....ni habis berjerebu jalan nak keluar tu.... Ramai la pulak tu...dalam 4 atau 5 orang..... sumer ada rokok kat tangan.... hadoi.... Ni ker dikatakan belia benci dadah ek.... Aiyoyo...amma...

Terdetik kat hati aku..... Kenapa la nak dihisap rokok tu.... Dah la pempuan... kemungkinan besar anak yang dikandung diorang nanti ada effect... kalau jadi X-men ok lagi.....masalahnyer....dalam dunia realiti....berlaku mutasi jugak sebab rokok...tapi mutasi cacat! Bukannya ada kuasa macam movie... Nak sangat ke dapat anak cacat? Astaghfirullah...

Aku mintak jauh la seluruh keturunan aku nanti bab-bab hisap rokok.....lagi-lagi pempuan.... Ingat satu jer...pencipta rokok pun tak hisap rokok.... Sebab depa tau apa yang depa taruk dalam rokok tu.....dan apa gunanya yang sebenar....

Pasal senarai skandal Bro Wacana...aku akan listkan nanti..... korang kena alert tau....sebab aku akan randomkan siapa skandal korang nanti...dan korang la kena bagitau skandal masing-masing tu....hehe.

 GA aku tu jangan lupa join ek... klik SINI...

Tuesday, May 31, 2011

AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA !

Nak join klik SINI
Kenapa aku tak merokok....
  1. Sebab aku tak kaya, so aku tak nak membazir hisap rokok...
  2. Aku nak jaga kesihatan aku, kesihatan wife aku, dan semua ahli keluarga aku..Tak nak tanggung dosa sebab aku takut keluarga aku mati berpunca dari asap rokok aku....
  3. Aku sayangkan dunia....bukan akhirat jer.... Tak nak cemarkan alam sekitar... Dahla aku gune kereta... dah cemarkan alam sekitar dah...tak nak tambah dah....
  4. Sebab aku ni manusia....manusia tak makan asap.
  5. Sebab aku tak nak ditipu orang Yahudi... atau lebih tepat Israel. Depa tak hisap pun rokok, tapi depa jual. Saja nak bagi kita lemah....
  6. Sebab tak kenyang pun.... Baik aku makan buah-buahan.....Beli buah seringgit dalam satu plastik kecik....Lagi berkhasiat....
  7. Tak nak pening-pening pikir pasal halal haram merokok....  baik jangan terus...
  8. Aku nak jadi role model kat anak-anak aku..So, aku tak merokok dari awal.