Thursday, September 26, 2013

Kematian: Pengalaman Dari Sudut Orang Ketiga


Semalam, 25 September 2013, adalah tarikh pemergian seorang rakan sekerja aku, atau lebih tepat pengurus kolej aku di UPM nie... Seorang yang amat berdedikasi dalam kerjanya dan baik budi pekertinya.. Al-fatihah untuk arwah yang banyak berjasa kepada kolej dan masyarakat sekitar, kepada UPM amnya...

Kirenyer mungkin nie la pertama kali orang yang aku kenali secara rapat, meninggal dunia.. Atuk aku dulu meninggal masa aku kecik lagi... budak mentah..tak tau paper lagi... Ada sorang kawan aku kat Bachok meninggal sebab accident pun aku tak sempat nak ziarah... masa tu bawak kete pun tak pandai lagi... So.. sekadar dengar je la.. nak melihat sendiri memang tak de peluang... Kali nie aku berpeluang join sendiri bagaimana seorang rakan disolatkan dan dikebumikan.... Sangat berbeza pengalamannya...

Sebelum nie dah ada turut serta dalam kursus jenazah... Ditunjukkan cara solat jenazah, dimandikan jenazah dan dikafankan... Kemudian ditunjukkan juga bagaimana jenazah disemadikan dan dikebumikan... Tapi tu semua berlakon dan bukan real punyer jenazah... Kali nie kita tengok sendiri kawan kita...dikebumikan... Ya Allah.... Lain macam rasanya....

Timbul perasaan... masa angkat jenazah arwah diangkat dari van ke dalam masjid... "Jenazah yang aku angkat nie, jenazah yang sebelum nie seorang kawan yang bergelak ketawa, berlawan cakap semasa hidupnya... Seorang yang sebelum nie hidup seperti kita juga...kini di dalam keranda yang dibawa ke dalam masjid untuk disolatkan..." Timbul perasaan yang mengatakan kita juga akan mati suatu hari nanti..... 

Masa disolatkan.... terniat di hati... segala apa yang telah dibuat, berkasar bahasa... bergaduh lantang bersuara, bergurau senda, tu sumer nyer kenangan yang takkan berlaku lagi... Aku maafkan segala kesalahan yang telah kau lakukan secara sedar atau tak tersedar..dan maafkan lah juga aku... Serius weh... Ini jer terdetik masa tu...

Masa dikebumikan... diletakkan dalam liang lahad yang sempit tu.... Aku terdetik di hati... jasad yang ditanam ini bukan lagi jasad lakonan macam dalam kursus... Dia kawan aku! Pernah berbual dengan aku..Pernah berada dalam bilik mesyuarat yang sama dengan aku... Dia pernah berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan aku... Kini berada dalam kubur yang tak sape jangka secepat ini masanya.... Ya Allah... banyak perkara yang aku terfikir masa tu... Berada dalam keadaan percaya tak percaya... Bagaimana pula perasaan ahli keluarganya?

Cuba bayangkan kalau yang dikuburkan itu adalah kita..... Kita yang banyak dosa dan tak sempat untuk menebus dosa-dosa yang lalu.... Kita yang baru sahaja bergaduh,menengking mak bapak, meninggikan suara semasa hidupnya... Kita yang meninggalkan ibadat solat dan puasa secara sengaja tanpa rasa bersalah... Kita yang baru lepas minum arak dan melakukan maksiat dan kezaliman... Kita yang zalim dalam menimbang tara segala hak-hak orang lain dalam perniagaan dan pembahagian harta..... Cuba bayangkan... Matinya kita dalam keadaan yang hina seperti tu... Berkaca jugak mata aku masa tu...mengenangkan kalaulah aku mati hanya meninggalkan keburukan dan kecacatan dalam agamaku....Tidak meninggalkan satu habuk pun kebaikan kepada yang masih hidup... Allahu Robbi....Jauhkanlah Ya Allah....

Semasa tanah dikambus dan ditarik masuk ke dalam kubur... Terdetik lagi... Kita dijadikan dari tanah...dan ke tanah jua kita dikembalikan.... Apa jua pangkat dan darjat kita di dunia... Ke tanah juga kita dikembalikan... Segala apa pakaian mewah yang kita agung-agungkan... kain kafan juga pakaian mati kita.. Segala apa harta dan kekayaan yang kita kejar... rumah kubur juga kita disemadikan... Sehebat mana pun kita di dunia... Hanya amalan agama kita juga dijadikan bekalan.... Bersediakah kita ke alam kubur ini? Cuba tanya diri masing-masing... Sudah banyak kah amanah saham kita untuk ke kubur? 

Semasa dibaca talkil dan doa-doa di kubur... Aku lihat sanak saudara arwah bersedih meratapi pemergiannya... Aku terfikir... Jika aku yang berada dalam situasi tu... apa reaksi aku? Dan jika aku yang berada dalam kubur tu... apa reaksi keluarga ku? Ya Allah.... memang lain rasanya...Kita akan rasa kematian tu sangat dekat dengan kita.... Sebab tu kita dinasihatkan, jika ada kematian orang kenalan kita... Join lah sekali masa jenazah tu disolatkan dan dikebumikan... Kerana ia akan mengingatkan kita kepada kematian...

Jika kita takut nak join perkara macam nie... Takut nak berada dalam situasi ini... Mungkin maknanya kita sebenarnya belum bersedia untuk mati... Kita tahu kita jahil..kita tahu kita ni alpa dan lalai... Tapi ramai dari kita selesa dengan kelalaian tu.... Selesa dengan kejahilan yang dah lama bersemadi dalam kehidupan kita sejak bertahun-tahun... Cubalah berada dalam proses kematian nie... Mungkin ia dapat melembutkan hati kita yang keras dan ego sombong nie... Cuba lah hayati detik-detik kematian itu.. Ingat...YANG HIDUP PASTI AKAN MATI... Kerana MATI ITU PASTI.... Dan kita juga akan mati suatu hari nanti...

P/S: Semoga arwah berada dalam golongan orang-orang yang beriman...Aminn

3 comments:

lynndamya said...

salam. ya aku setuju dan kadang aku terfikir juga...harap2 kita mati dlm iman dan penuh dgn kebaikan..dan harap2 org2 yg sayang kita tak terlalu sedih bila kita mati, aku rasa pasti berat sangat2 hati utk tgk org yg kita syg menangis sbb kita nak 'pergi' tinggalkan dia utk selama-lamanya...
:(

aNNa said...

Jika kampung akhirat khusus untukmu di sisi Allah tanpa manusia yang lain, maka hendaklah kamu bercita-cita mati jika kamu orang yang benar. (Surah Al-Baqarah 2:94)

Admin said...

Kita perlu sentiasa sedia, dan hadiri pengebumian dan terlibat sama ddgn proses adalah sesuatu yang boleh bersihkan hati.