Alhamdulillah lagi sekali... aku dah berjaya lepas Master Sains nie... Segala penat lelah dan rintangan aku dah citer kan secara tersirat dalam entri yang nie ( ENTRI MASTER)... Kali nie aku cuma nak terangkan kepada yang nak tahu...berkenaan apa yang aku buat untuk Master Sains nie... Lebih tepat lagi.. Master (Full with Thesis) nie....
Ok... Master dengan tesis nie memang berbeza... Sebab perjalanan pengajian bukan terikat pada jadual waktu pembelajaran macam peringkat ijazah atau Master tanpa tesis... Ok...sebagai permulaan.. Tempoh asal diberi cuma 2 - 3 tahun sahaja... Dalam tempoh tu.. korang cuma kena ambek 9 jam kredit subjek pembelajaran je... Subjek nyer bebas mengikut kesesuaian tesis (Sekarang dah tak wajib rasanya)... Pandai-pandaila korang uruskan masa sepanjang 2 tahun tu untuk isikan subjek 9 jam kredit tu (biasanya satu subjek 3 kredit).
Macam senang je kan... 2 tahun belajar.. 3 subjek je... Piece of cake je la!! he he he... Anda pasti? Yang part barunya berbeza dengan peringkat ijazah.... korang kene buat satu projek penyelidikan... Projek penyelidikan nie bukan senang-senang je korang dapat dari lecturer yer... Takde dah eat with spoon... makan suap-suap nie dah takde dah... (Olololo manja manja gituuu)... Korang kene cari sendiri! Mungkin ada yang pensyarah akan tolong...tapi kebanyakannya... korang yang kene fikir sendiri apa benda yang korang nak buat.... Dari skop besar...ke skop kecil... Dari A... to Z... Dan yang paling penting.... Keaslian projek tu... originality projek tu... Projek yang masih belum dibuat orang! It's totally new projek!
So...no copy paste... takdenyer rujukan 100% sebijik sama... Nak pakai ingat buta-buta tanpa faham teori dah tak wujud... Nak ingat rumus matematik tanpa tahu asal-usul dah tak boleh pakai... U must know everything bermula dari basic! Tak kisah la sejarahnya... teori asasnya... rujukan paling awalnya... Proses perkembangannya... Semuanya kene tahu... Cuma levelnya takde la setinggi PhD... PhD kene ada novelty yang sangat solid...Originality yang sangat kuat untuk dipertahankan masa disoal dalam satu sesi dialog dengan beberapa Profesor.. Kirenye Master dengan tesis nie sebagai persediaan ke arah level tu... Dan seriously.. kalau korang yang kene cari sendiri topik apa yang nak dibuat... Pecah kepala beb!
Contoh... nak design bentuk kereta baru... Sebab minat kereta kan... Skop besarnya...design body kereta... Ok... kene selidik dulu...part mana yang banyak bagi masalah.... Bukan pakai teka dan ramal je... Rujuk bahan bacaan rasmi kajian akademik.... Cari sampai jumpa! Lepas tu katalah korang dah jumpa bahagian belakang (ada 5 rujukan kata benda yang sama)... Ok... diperincikan lagi bahagian belakang mana yang paling teruk dan kenapa? Apa sebabnya? Apa teori di sebalik kekurangan tu? Mana buktinya? Sapa cakap? Bagaimana nak improve kan nya berdasarkan teori-teori yang ada? Macam mana nak implement kan teori tu? Pakai rujukan mana? Apa signifikan dia in terms of costing dan sebagainya? Komfem ker takde orang buat lagi? Ke idea celop jer? Apa dia punya scope of limitation? he he he... tu baru nak cari topik kan...bukan start buat projek lagi....:)
Satu lagi... projek penyelidikan dalam akademik nie mementingkan keasliannya berdasarkan rujukan-rujukan kajian yang disahkan benar, berdasarkan teori-teori dan kaedah-kaedah yang diakui tepat dan benar... dan korang kene buktikan yang ianya belum dlbuat oleh sesiapa pun.... DI SELURUH DUNIA.... bukan setakat kat Malaysia je yer... di dunia... Contoh la korang dah jumpa satu idea bernas... lepas tu korang dah buat dah separuh jalan...tetiba korang terjumpa di rujukan mana-mana bahagian di dunia nie yang idea tu dah dibuat... Korang TERPAKSA cari idea lain atau mengubahnya untuk mengekalkan ketulenan topik itu..walaupun benda tu dah separuh jalan.. Sakit hati? Tak adil? Itulah dia master dengan tesis...he he
Dalam proses penyelidikan nie... memang tak dibenarkan sama sekali menyalin bulat-bulat apa yang telah ditulis... No copy and paste! Walaupun korang dah bagi nama rujukan mana-mana... Korang kene olah sendiri ayat tu dengan ubah cara penyampaian tapi tidak mengubah maksud yang cuba disampaikan dalam rujukan tersebut.... Even nak guna gambar sahaja pon kene tulis rujukan mana! Ala... takdenye pensyarah rajin nak cek.... Ye ker gitu? Jangan risau...pensyarah ada cara mengesan penipuan menyalin nie... Lagi pun depa nie expert dalam bahagian depa... Korang menipu...tunggu je ler akibatnya... muahahaha
Macam mana proses nak buat projek penyelidikan nie? Prosesnya kebiasaan macam nie... semester pertama.. penghasilan kertas kerja penyelidikan... Proposal untuk dibentangkan kepada pensyarah...Jika setuju....Ok...senang la citernye... Kalau tak setuju....proses penulisan kertas kerja terpaksa dimulakan semula... Lumrah pembelajaran master... Bila proposal dah lulus.. baru ke proses seterusnya... Mencari rujukan tambahan dan mereka atur bagaimana proses penyelidikan nak dibuat... Lepas tu prose mencari bahan dan alat... Proses set-up alat (kalau melibatkan eksperimen)... Proses mengambil data dan menganalis data.. dan kemudian proses penulisan... Percaya atau tidak... ramai yang paling malas di bahagian penulisan.. he he...
Rujukan pulak kenelah rujukan yang sahih...macam korang nak gunakan hadis-hadis...Pastikan jangan digunakan hadis dhaif sebagai rujukan... Macam tu la proses buat tesis nie... Rujukan kenelah sahih benar dan dipersetujui oleh scholar dunia yang lain... Kebiasaan... jurnal dan konferens... Surat khabar dan risalah majalah...tidak digalakkan kerana sekarang banyak yang tak betul... Sebagai rujukan tak rasmi...ok..tapi untuk tesis penyelidikan...Baik jangan...nanti korang yang akan bermasalah... Untuk sepanjang pengajian tu.. korang kena jugak buat satu jurnal dan dihantar, dan diterima ke mana-mana yang dicadangkan.. Jurnal tu hasil dari projek penyelidikan korang la kan.... Tak semua penulisan jurnal kita diterima yer... Banyak kene buat balik... Syarat nak grad master nih.....
Dah nampak kan sikit-sikit proses dia? Ok...tambah lagi sikit... Proses penyelidikan juga melibatkan orang ketiga... Contohnya kalau korang guna kelengkapan makmal...kenelah bergantung juga kepada staf makmal..keadaan alat kelengkapan atau bahan spesimen tu sendiri... Kalau alat atau bahan spesimen tu selalu rosak atau tak capai tahap piawaian..akan mengundang masalah jugak...ambil masa nak repair... kalau rosak lagi.. kene tunggu lagi... ada juga bergantung kepada orang luar bila melibatkan pembelian alat... Lambat prosesnya...lambat lah kita.. sebab nak tak nak...kene tunggu....Nak push.... korang dibenci...lagi lah tak jalan proses tu... Kalau langsung tak push... langsung tak gerak! Cam mana tu...he he he
So...kesimpulannya... belajar master dengan tesis bukan belajar dalam kelas jer... Bukan setakat teori je... Hafal dan luahkan dalam exam...Pastu nak hubungkan dengan realiti...tak tahu ape ke bende pon! Taaakk.... Banyak proses belajarnya... belajar berdikari...belajar menguruskan masa... belajar berkomunikasi dengan pelbagai jenis ragam manusia... belajar cara penulisan akademik... belajar menghubungkaitkan teori dalam buku dengan keadaan sebenar dalam eksperimen yang korang je tahu keadaan dan masalahnya.. Belajar bagaimana menyelesaikan masalah berdasarkan rujukan teori dan adaptasi pembacaan ilmu... belajar berinteraksi dengan orang luar negara.. Macam-macam.... Seronok....tapi memenatkan...hu hu..
Bukan nak menakut-nakutkan... Tapi itulah realitinya... Kepada mereka yang bersedia saja mampu mengharunginya tak kira kejap atau lama... Sepanjang aku dalam dunia master aritu... Ramai jugak yang kecundang separuh jalan... Nak kata tak bijak...Ramai dari mereka tu genius... Masa ijazah dapat First class kot... SPM tak yah cakap la... Setakat stret A tu tak pandang dah... Kalau tanya sifir tu..belum sempat kelip mata dah jawab dah.. Tapi kenapa??
Sebab pembelajaran master dengan tesis bukan seratus peratus bergantung kepada kecerdikan dan kepandaian.... Tapi separuh daripadanya adalah datang dari semangat dan usaha yang mantap meneruskan proses pembelajaran yang pelbagai.... Kerajinan dan istiqamah sangat penting dalam pembelajaran peringkat master dan PhD... Genius itu cuma bonus... Semangat waja itu yang utama...Sesape rasa nak test semangat dia level mana... cubalah ambek master dengan tesis atau PhD nie..hehehe. Alhamdulillah dah lepas Master... Rehat kejap... penat bai... Sangat penat... Keadaan aku sekarang seperti bawak kereta dan berehat sebentar di RnR... Jap lagi nak start enjin lagi... hihihi~~
P/S: PhD..... I'm coming ! Tunggulah entri nya nanti...:)
1 comment:
salam.. perghh, dah master..? kita baru nk buat fyp tahun ni.
makin lama, mkin susah r, sbb journal student tahun lpas sudah di add d website.. jd pratus utk plagiarisme tu makin bnyak r.. ayat kena ubah kaw-kaw r., smpai jd ayat tamil.. luahan senior sy tahun lpas.
Post a Comment