Dalam bisnes, kena usaha, kena belajar, dan kena istiqamah, baru berjaya. Dalam agama pun sama kan? Tapi ramai yang tak sedar... Ramai yang tak sanggup nak buat demi agama, tapi sanggup untuk bisnesnya. Nak tengok perbandingan secara kasar?
Dalam bisnes, kita sanggup menghabiskan duit untuk belajar di seminar, di kursus, nak belajar demi mengejar kekayaan katanya. Tapi kenapa kita ramai yang tak sanggup nak "bayar" nak hadir ke kursus atau seminar, atau usrah agama? Bukan ke agama lebih penting? Kuliah free pun tak nak datang kan?
Dalam bisnes, orang kita sanggup bersengkang mata sampai 2.00 - 3.00 pagi untuk mengembangkan networking, berbincang untuk strategi bisnes dengan partner... Tak cukup tidur demi bisnes. Tapi kenapa ramai yang tak sanggup bersengkang mata nak hadap Ilahi pada waktu 2.00-3.00 pagi untuk bertahajjud?
Dalam bisnes, ramai di kalangan kita sanggup menghabiskan berpuluh ribu untuk marketing. Sanggup keluarkan sampai RM50,000 semata-mata nak "branding" kan bisnes kita. Tapi kenapa ramai tak sanggup nak keluarkan RM50,000 untuk bersedekah dan berwakaf? RM50 pun dah gigil tangan kan...
Dalam bisnes, ramai yang sanggup ke sana ke mari untuk mengejar ilmu bisnes. Sifu A dan Sifu B, sanggup turun dari utara ke KL semata-mata nak belajar ilmu bisnes. Tapi kenapa ramai yang tak sanggup nak turun dari utara ke KL semata-mata mencari ilmu agama? Surau depan rumah pun berat kaki nak melangkah kan?
Dalam bisnes, diajar supaya berfikiran positif. kekalkan momentum positif demi mengejar kejayaan dalam bisnes. Berlaku halangan, masih boleh berdiri.. Kuatkan semangat, cekalkan semangat. Tapi kenapa ramai yang tak boleh berfikiran positif untuk agama? Nak solat 5 waktu pun malas. Mana fikiran positif anda??? kalau berfikiran positif dalam agama, solat di bawah tangga pun sanggup, halangan kecil demi menegakkan agama. Kan?
Dalam bisnes dan agama.. mana lebih penting dalam hidup kita? Memang betul kita perlukan kewangan yang bagus untuk hidup dengan zaman yang penuh mencabar dari segi ekonomi, tapi jangan kita tinggalkan agama kerana dunia. Dunia semakin lari jika dikejar. Semakin banyak yang kita dapat, semakin banyak yang kita nak.
Sekadar coretan untuk kesedaran kita bersama. Jangan kita hanyut mengejar kekayaan seperti si Qarun. daripada seorang yang beriman, menjadi seorang yang dilaknat Allah kerana mengejar kekayaan.
No comments:
Post a Comment