Showing posts with label Lau kana bainana. Show all posts
Showing posts with label Lau kana bainana. Show all posts

Thursday, August 18, 2011

Jika Aku Diberi Masa Seminit Bersama Rasullulah S.A.W

Hasil daripada segmen aku yang ini ( LINK ) .... Maka ada empat peserta yang sudi berkongsi luahan hati jika diberi masa seminit bersama Rasulullah.... Dan aku dah agak penyertaan yang sedikit....sebab benda nie pasal agama....mane ade orang minat...:) Kalau jumpa artis.....berduyun-duyun datang... Astaghfirullah.... Sangat kronik pemikiran orang kita sekarang....

Maka... Aku memilih keempat-empat peserta sebagai entri pilihan.... Semuanya menyatakan tak cukup kalau diberi masa seminit.... Ye la.... memang la tak cukup kan... Tapi persoalannya bagaimana korang akan memanfaatkan seminit tu.... Itu yang aku nak sebenarnya...:)

Apa yang aku expect dari korang semua ialah.... seperti gadis nie.... Tak terungkap dengan kata-kata jika dapat bertemu Rasulullah..... Rasa teruja dan terharunya melebihi segala-galanya.... Bukan macam sesetengah golongan kiter....dapat jumpa Justin Bieber atau artis K-Pop...baru nak teruja....sampai histeria gamaknya..... 


Cuba renung dalam-dalam hati masing-masing.....Kalau aku tanya face-to-face kat korang soalan ni.....apa reaksi korang.....Sila jawab kepada diri sendiri secara ikhlas.....:)

Inilah luahan hati blogger yang ingin berjumpa nabi...
  1. http://ibugebu81080.blogspot.com/2011/08/wacana-jika-aku-diberi-masa-seminit.html
  2. http://farhana93.blogspot.com/2011/08/wacana-jika-aku-diberi-masa-seminit.html
  3. http://farra-laiyin5606.blogspot.com/2011/08/wacana-jika-aku-diberi-masa-seminit.html
  4. http://nuraisyahhasanah89.blogspot.com/2011/08/wacana-jika-aku-diberi-masa-seminit.html
Apa yang penting ialah.... entri segmen nie boleh dijadikan sebagai pengukur setakat mana orang muslim Malaysia nie betul-betul menghayati agama dan setakat mana sayangnya depa terhadap nabi.... Kesimpulan aku.... majoriti tak menghayatinya (Sebab tu tak ramai masuk segmen nie)... Majoritinya tidak betul-betul cintakan rasulullah (Tak rasa sesuatu istimewa seperti dapat jumpa VIP Kehormat) .... Hanya cukup meluahkan di mulut...bukan lahir dari hati masing-masing.... SYABAS bagi empat blogger di atas... Hanya korang sajer yag berani.... Semoga bertambah kuat iman kalian semua....Aminn...

Sebagai penutup.....layan la lagu nie.... Semoga terkesan di hati sesape yang tidak cintakan Rasulnya... Cuba hayati video klip nie.... Tak paham bahasa arab pun boleh paham apa nak disampaikan di video tu.... Cuma perlu pikir jer...


P/S: Aku layan Lau Kana Bainana ni masa sahur jer... Chanel 114 astro... Pukul 5.30 pagi... Selasa hingga Jumaat

Tuesday, August 16, 2011

WACANA (SEGMEN) : Jika Anda Berpeluang Berjumpa Nabi Selama Seminit....

Kali nie aku akan buat satu wacana terbaru.... Tak tau ade yang sudi join ke tak.... Wacana terbaru aku lebih kepada satu impian dan peluang.... Apa yang korang nak bualkan atau bertanya pada Rasulullah S.A.W jika diberi peluang berjumpa selama seminit.... Idea nie aku dapat dari rancangan Lau Kana Bainana ( LINK ) dari channel TV AL-HIJRAH....

Jika berminat ingin menyertai segmen (Wacana) ringkas aku nie....
  1. Buat satu entri bertajuk "WACANA: JIKA AKU DIBERI MASA SEMINIT BERJUMPA RASULULLAH S.A.W..."
  2. Letak header buruk aku dan linkkan ke entri nie...
  3. Korang bagitau la apa hasrat dan impian korang jika diberi masa seminit untuk berjumpa Rasulullah S.A.W.... 
  4. Dah siap....tinggalkan URL entri korang tu di ruangan komen di sini.... Yang terbaik akan aku upkan jadi entri pilihan... 
Tarikh tutup: Tengah malam  DILANJUTKAN KE TENGAH MALAM HARI NIE...

P/S: Semoga kita lebih mencintai Rasulullah dari sebelumnya...

Saturday, August 13, 2011

TV AL-HIJRAH | Review : Lau Kana Bainana dan Chef


Dalam menikmati hidangan sahur...aku selalu bukak astro channel 114....channel Al-Hijrah.... Dalam pukul 4.30 pagi....aku dan isteri bangun panaskan lauk pauk untuk santapan sahur..... Aku pulak... bukak TV..he he. Dalam mata duk mengantuk lagi nie.... Tetibe segar bila layan citer Chef...

Citer nie dari Iran kot.... Tapi memang layan... Dengan lawak sekali-sekalanya...citer nie mengisahkan sebuah restoran yang terkenal di Tehran yang dijalankan oleh pasangan suami isteri....Beberapa peristiwa dan konflik keluarganya buat aku tak ngantuk... Isteri aku pun dah melekat citer nie dah... Kalau ikutkan waktu tayangan sebenar...Isnin hingga Khamis jam 3 petang... Kirenye aku tengok ni ulangan jer... Biasa la kan...ASTRO kan selalu ulang citer sama...Bayaran nak naik je memanjang...

Lepas habis layan Chef....Ada satu lagi rancangan yang sekarang nie cuba ditiru oleh kita....Rancangan tu ialah Lau Kana Bainana.... memang tiptop dan marbeles la gua cakap lu.... Rancangan agama tapi dalam bentuk dua hala dengan orang ramai....Program berorentasikan 'candid camera' ini merangkumkan gelagat dan tindak balas orang ramai terhadap beberapa situasi.. adakah kita masih mengikut ajaran Rasulullah... Kita cuba meniru gaya rancangan nie....Ala...rancangan Ustaz Akhil Hayy yang tengah buat sekarang di channel Oasis tu....Kalau tak silap..tajuk rancangannya "Cubaan"...Tapi kurang syok... Ermm....kene kaji lagi tu...

Aku suka kalau rancangan cenggini jadi rancangan utama untuk penonton kita...Bukan sajer bagus... berguna untuk masyarakat....malah bebas dari wabak penyakit bawaan syaitan nie... Sepatutnya banyak yang macam ni la kan....Bukan ker agama rasmi kita agama Islam....:)

P/S: Ni baru berhibur sambil tambah ilmu....