Showing posts with label Rasulullah. Show all posts
Showing posts with label Rasulullah. Show all posts

Thursday, August 18, 2011

Jika Aku Diberi Masa Seminit Bersama Rasullulah S.A.W

Hasil daripada segmen aku yang ini ( LINK ) .... Maka ada empat peserta yang sudi berkongsi luahan hati jika diberi masa seminit bersama Rasulullah.... Dan aku dah agak penyertaan yang sedikit....sebab benda nie pasal agama....mane ade orang minat...:) Kalau jumpa artis.....berduyun-duyun datang... Astaghfirullah.... Sangat kronik pemikiran orang kita sekarang....

Maka... Aku memilih keempat-empat peserta sebagai entri pilihan.... Semuanya menyatakan tak cukup kalau diberi masa seminit.... Ye la.... memang la tak cukup kan... Tapi persoalannya bagaimana korang akan memanfaatkan seminit tu.... Itu yang aku nak sebenarnya...:)

Apa yang aku expect dari korang semua ialah.... seperti gadis nie.... Tak terungkap dengan kata-kata jika dapat bertemu Rasulullah..... Rasa teruja dan terharunya melebihi segala-galanya.... Bukan macam sesetengah golongan kiter....dapat jumpa Justin Bieber atau artis K-Pop...baru nak teruja....sampai histeria gamaknya..... 


Cuba renung dalam-dalam hati masing-masing.....Kalau aku tanya face-to-face kat korang soalan ni.....apa reaksi korang.....Sila jawab kepada diri sendiri secara ikhlas.....:)

Inilah luahan hati blogger yang ingin berjumpa nabi...
  1. http://ibugebu81080.blogspot.com/2011/08/wacana-jika-aku-diberi-masa-seminit.html
  2. http://farhana93.blogspot.com/2011/08/wacana-jika-aku-diberi-masa-seminit.html
  3. http://farra-laiyin5606.blogspot.com/2011/08/wacana-jika-aku-diberi-masa-seminit.html
  4. http://nuraisyahhasanah89.blogspot.com/2011/08/wacana-jika-aku-diberi-masa-seminit.html
Apa yang penting ialah.... entri segmen nie boleh dijadikan sebagai pengukur setakat mana orang muslim Malaysia nie betul-betul menghayati agama dan setakat mana sayangnya depa terhadap nabi.... Kesimpulan aku.... majoriti tak menghayatinya (Sebab tu tak ramai masuk segmen nie)... Majoritinya tidak betul-betul cintakan rasulullah (Tak rasa sesuatu istimewa seperti dapat jumpa VIP Kehormat) .... Hanya cukup meluahkan di mulut...bukan lahir dari hati masing-masing.... SYABAS bagi empat blogger di atas... Hanya korang sajer yag berani.... Semoga bertambah kuat iman kalian semua....Aminn...

Sebagai penutup.....layan la lagu nie.... Semoga terkesan di hati sesape yang tidak cintakan Rasulnya... Cuba hayati video klip nie.... Tak paham bahasa arab pun boleh paham apa nak disampaikan di video tu.... Cuma perlu pikir jer...


P/S: Aku layan Lau Kana Bainana ni masa sahur jer... Chanel 114 astro... Pukul 5.30 pagi... Selasa hingga Jumaat

Tuesday, August 16, 2011

WACANA (SEGMEN) : Jika Anda Berpeluang Berjumpa Nabi Selama Seminit....

Kali nie aku akan buat satu wacana terbaru.... Tak tau ade yang sudi join ke tak.... Wacana terbaru aku lebih kepada satu impian dan peluang.... Apa yang korang nak bualkan atau bertanya pada Rasulullah S.A.W jika diberi peluang berjumpa selama seminit.... Idea nie aku dapat dari rancangan Lau Kana Bainana ( LINK ) dari channel TV AL-HIJRAH....

Jika berminat ingin menyertai segmen (Wacana) ringkas aku nie....
  1. Buat satu entri bertajuk "WACANA: JIKA AKU DIBERI MASA SEMINIT BERJUMPA RASULULLAH S.A.W..."
  2. Letak header buruk aku dan linkkan ke entri nie...
  3. Korang bagitau la apa hasrat dan impian korang jika diberi masa seminit untuk berjumpa Rasulullah S.A.W.... 
  4. Dah siap....tinggalkan URL entri korang tu di ruangan komen di sini.... Yang terbaik akan aku upkan jadi entri pilihan... 
Tarikh tutup: Tengah malam  DILANJUTKAN KE TENGAH MALAM HARI NIE...

P/S: Semoga kita lebih mencintai Rasulullah dari sebelumnya...