Showing posts with label Rohypnol. Show all posts
Showing posts with label Rohypnol. Show all posts

Monday, February 6, 2012

Dadah Progesterex Adalah Palsu ?? | Isu Rogol


Ok....sesape yang masih tak tau ape-ape pasal nie...Korang boleh baca dulu entri pasal Taktik Baru perogol di SINI (link)..... Aku ada buat entri pasal nie sebab dah dipersetujui oleh member aku yang jugak ada pengalaman dalam kes-kes polis..... Sekali ada sorang blogger yang belajar pasal benda nie dia cakap....dadah Progesterex itu adalah palsu sahaja!

Aku tak salahkan sape-sape....Dan mungkin benar dadah Progesterex itu hoax atau palsu.... Sebab aku pun dah terbaca pasal benda tu di internet..... Mungkin member aku tersilap....dan aku pun tersilap terus buat entri (in some of views... ada baik jugak...sebab boleh dijadikan amaran keras bagi yang suka bersosial)... Tapi pasal dadah yang satu lagi...Rohypnol....memang wujud... So...aku takkan delete entri tu...Aku akan edit sikit mengatakan dadah Progesterex adalah palsu sahaje....Ok kan? :)

Ada satu lagi jenis dadah..... GHB... Gamma Hydroxybutyrate yang berkait dengan isu rogol nie... Ia jugak dipanggil "ecstacy liquid"... Dan jangan bimbang....benda nie memang wujud...aku yakin! Sebab kali nie dari sumber yang boleh dipercayai..... 

Kesannya lebih kurang sama dengan ecstacy...tapi lebih teruk! Memang tak sedar pape kalau dah terkena dadah nie.... Tau-tau.....berdarah! Itu aje ler yang menjadi bukti korang dah terkena tipu daya sang perogol... Maknanya penggunaan dadah memang dah lama digunakan bagi sang perakus hawa nafsu nie....

Tapi wujud ke dadah yang boleh memberi kesan sampai langsung tak boleh mengandung sampai bila-bila?? Wallahuallam..... Aku cuba jugak cari maklumat pasal tu... Tapi setakat nie belum dijumpai... Selain Progesterex yang dikatakan hoax ini.... Tapi macam mane member aku yang terlibat dengan kes polis tu ada cakap benda tu memang pernah masuk report? Nanti aku double check... Mungkin ada tersilap dimana-mana....atau benda nie cuba ditutup oleh sesetengah pihak akibat kesannya yang sangat melampau.... Jangan ingat bila takde dalam buku-buku pengajian..benda tu tak wujud.... Ada banyak benda kat dunia nie yang wujud tetapi tidak diketahui umum....Mungkin dadah hoax nie salah satunyer....:)

Ok lah..... Sudah jelas la kan pasal isu Progesterex nie... Mengikut pengetahuan yang diajar dan dipelajari... Benda nie adalah palsu semata-mata.... Mungkin korang boleh check sendiri kat internet dengan menaip "Progesterex hoax"...atau "Progesterex" dekat Google... Bagi aku....biarkan ia sebagai amaran keras untuk gadis-gadis supaya berjaga-jaga.... Sebab kemungkinan wujud sesuatu benda yang tidak diketahui itu tetap ada....0.1%. Peratusan yang kecil tetapi mungkin ada...Contoh isu yang "tak wujud" tetapi "wujud" atau "wujud" tetapi dianggap "tak wujud" ialah.... SEJARAH dunia kita... :)

P/S: Kalau salah....siap member aku tu! ha ha ha... Maaf la yer...;)

Sunday, February 5, 2012

Isu Rogol !! | Taktik Baru Perogol


Sekarang nie banyak giler kes rogol... Awas kepada semua gadis-gadis di luar sana.... Kerana kes rogol bukan sahaje berlaku di bandar-bandar...Tapi di mana-mana sahaja! Taktik terbaru perogol zaman sekarang..... Rogol sampai "mati"! Atau merogol gadis tu sampai takkan mengandung sampai bila-bila!! 

Macam mane tu? Dah kena rogol..... Dah hilang dara dan maruah diri.... Ditambah pulak tak boleh mengandung sampai bila-bila??? Sangat tidak adil kan? Pastu kiranya berleluasa lah si perogol tu kan bebas menghirup udara segar tanpa dikesan? Takkan tak cam kot muka perogol tu kan.... Sememangnya taktik sekarang takkan cam!! Sebab korang dirogol dalam keadaan sedar tak sedar!

Nie kerana perogol sekarang guna kesan dadah sebelum merogol.... Depa guna dadah rohypnol dan progesterex... Khabarnya dadah progesterex dan rohypnol nie digunakan sebagai dadah "dating" dengan tujuan utamanya....merogol tanpa dikesan!

Rohypnol digunakan untuk tujuan supaya gadis tu tak sedar ape-ape sepanjang tempoh selepas dia terminum dadah tu.... Dadah nie senang larut... Mungkin dimasukkan dalam air minuman...Tak kire la air kotak ker...air teh tarik kedai mamak ker... Air mineral dalam botol sekalipun.... Sila berhati-hati! Lagi-lagi kalau korang dah terhidu teman lelaki korang tu suka bersosial!

Progesterex pulak digunakan untuk "mencuci" kesan-kesan yang ditinggalkan semasa dirogol.... Si gadis tu takkan mengandung walaupun air mani ditinggalkan banyak mana sekalipun di dalam faraj gadis tu! Aku tak tau macam mane kaedahnya.... Tapi dikatakan dicampur sekali dengan dadah Rohypnol tu.... Kesan dadah progesterex nie adalah berkekalan sepanjang hayat di dalam tubuh gadis tu.... Ape maknanya? Korang takkan mengandung sampai bila-bila!! 

Tau tak dadah Progesterex nie digunakan untuk apa pada asalnya? Ia digunakan untuk MEMANDULKAN KUDA! Korang tau kan kuda nie nafsunya macam mane...Nafsunya memang berlipat kali ganda lebih kuat dibandingkan nafsu manusia.... Tapi..... Kuda pun mandul terkena dadah nie... Kita? 

Aku harap entri disebarkan untuk keselamatan gadis-gadis.... Satu je pesan aku kat gadis-gadis di luar sana.... Jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu si lelaki.. Kalau boleh...hati-hati bila dibelanja air.. Kalau air kotak atau mineral kalau dah dibukak...Jangan diminum! Air yang di order pun kalau boleh jangan ditinggalkan terdedah tanpa pemerhatian korang.... Sila berhati-hati...

Benda nie bila dah terkena....kesannya bukannya sekejap.... Kesannya selama-lamanya.... Jangan korang menyesal dek kerana sifat mentah korang nak mengejar kebebasan bersosial... Jangan korbankan hidup korang berpuluh tahun kerana kejarkan kebahagiaan sementara... Tak berbaloi beb... Sila tapis boyfriend anda.... kerana tak semesti teman lelaki sahaja....kawan biasa pun mungkin boleh terjadi... Sayangilah diri korang sendiri yer.... Caranya.... hidup lah berlandaskan agama.... Elakkan dari menjadi mangsa rogol!

Aku rasa lepas nie...penjualan dadah-dadah nie hendaklah dikawal rapi.... Hanya individu tertentu sahaje yang dibenarkan membeli dadah nie.... Jangan dijual kepada orang awam! Kepada gadis-gadis... Kalau boleh simpan lah dara korang untuk lelaki yang bernama suami.... Bakal suami pun jangan! Tunang lagi la...MASIH HARAM!Bila dah selesai akad nikah... barula dihalalkan...

P/S: Cegah lebih baik...Bila dah terkena...Sesal sepanjang hayat

BETUL KER DADAH PROGESTEREX PALSU SEMATA-MATA ??? klik sini