Showing posts with label Siti. Show all posts
Showing posts with label Siti. Show all posts

Thursday, October 13, 2011

Kebaikan Yang Ada Pada Siti

Datuk Siti Nurhaliza
Siti yang dimaksudkan nie...bukannya Cik Siti yang aku bagi kat entri NIE (KLIK SINI) ok!... Ini betul-betul punyer Siti.... Siti nie sangat la popular di kalangan masyarakat kita... Cuma bagi yang betul-betul tau je perasan akan kebaikan yang ada pada Siti nie.....

Apa yang aku nak bagitau kat sini... Bukannya saje-saje nak bodek pun... Tapi sememangnya betul dan benar... yang baik..kita jadikan la sebagai teladan kan... yang buruk..dijadikan sempadan... yang tengah-tengah? he he he.... Mane ader... baik dan buruk tu takde tengah-tengah.... Ok... Inila Siti yang boleh dijadikan contoh kita... 

1) Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah

Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3) Siti Aishah
Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum...di situlah beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).


5) Siti Mariam

Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah
Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah

Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8) Siti Muti'ah 
Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah

Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan sebagai kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

Siti-Siti ini adalah petikan daripada kata-kata Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dalam rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Agak-agaknya la kan.... Siti-Siti yang ada sekarang nie...sama tak dengan depa semua nie? Bukan setakat Siti la.... semua wanita yang ada sekarang nie.... Boleh tak mencontohi depa semua nie? 

P/S: Siti-Siti ni ler sepatutnya dibuat role model oleh setiap wanita...:)

Sunday, August 7, 2011

Dah Terbukti La Siti.... Padan Muka!!

Wahai Cik SITI yang aku sememangnya tak berapa suka nie... Kan dah kata.....sepandai-pandai tupai melompat...akhirnya jatuh ke tanah juger...... Lagi-lagi Cik SITI nie yang tak berapa pandai melompat.....sah-sah jatuh nyer.... Tak payah la ko nak berdolak-dalih lagi....

Berbaloi jugak aku belanjakan RM12 untuk ko Cik SITI....akhirnya aku berjaya membuktikan yang ko tu bersalah! Dan sememangnya betul la cakap JAKIM..... HARAM! Lagi satu...bahaya jika dibiarkan.... sebab boleh membawa kepada kematian kalau salah langkah....

Aku dah berjaya menangkap Cik SITI yang memporak perandakan dapur aku semalam! Ha ha ha....Dengan umpan lebihan makanan berbuka... Aku letakkan dalam jerangkap samar....Dan Cik SITI nie tertewas jua.... Tapi oleh kerana orang kata pantang larang bile isteri mengandung tak boleh membunuh haiwan sesuka hati....maka aku lepaskan jer di dalam hutan berdekatan.....

Nak bagi kucing...Kucing yang pening...Kucing kat kawasan rumah aku nie kucing bandar..... Takut dengan tikus!! Ni la kalau tak diajar dari kecik... natural habit pun boleh hilang! Kucing takut dengan CIk SITI... 

Oh yer....bagi sesape yang tak berapa faham apa yang aku maksudkan dalam citer nie.... sila baca entri pasal Cik SITI nie dulu (LINK). Haram jika memakan Cik SITI...sebab kotor...hehehe.... Betul la kan?

P/S: SIMPLYSITI ( LINK ) takde kaitan dalam entri nie...hihihi

Friday, August 5, 2011

Pengakuan berani mati | Aku Benci Siti!!!

Ni statement berani mati nie.... Aku BENCI giler kat SITI yang popular giler tu!! Sebut je SITI....komfem sumer kenal kan? Siti kan ramai peminat setia... Banyak giler benda yang aku tak puas hati dengan SITI nih.... Walaupun bulan puasa nie sepatutnya kita bersabar....Tapi aku dah betul-betul hilang sabar dengan cik SITI nie.....

Pertamanya..... Suka PAU.... Suka-suka dier jer ambik maggie aku.... Dah la ambik tak bagitau aku..... Kalau yer pun nak PAU orang punyer.....makan la sampai habis....Ni tak... Makan sikit jer....pastu die tinggalkan sisa tu....Membazir!! 

Aku tak tau la macam maner cik SITI nie tau apa yang aku beli... Sumer dier nak sapu.... Bukan setakat maggie aku yang di PAU... Roti aku pun di PAU jugak!! Pastu curik tepung gandum aku!! What the ikan weh! Agak-agak la kan kalau nak PAU..... 

Ni la orang kata habis madu sepah tak habis-habis nie..... Aku siap belikan rumah lagi... Lepas tu aku bagi lagi makanan "FREE" di rumah tu.... Tapi ko tetap jugak buat selambar badak ko tu... Makanan ko ambik...Tapi rumah yang aku bagi tu ko buat endah tak endah jer.....Sakit hati aku! Tau la dah popular seantero dunia....

Wife aku lagi la sakit hati dengan ko.... Mengacau rumah tangga orang.... Aku dah tak tau dah nak buat macam mane...Aku ingat cukup setakat hari nie jela kesabaran aku dekat ko SITI..... Aku akan cuba buang ko dari kamus hidup aku...... 

Jaga la ko SI TIKUS!!!!

P/S: Mangsa terbaru... Chachos aku!! Grrrrr......