Showing posts with label tikus. Show all posts
Showing posts with label tikus. Show all posts

Sunday, August 7, 2011

Dah Terbukti La Siti.... Padan Muka!!

Wahai Cik SITI yang aku sememangnya tak berapa suka nie... Kan dah kata.....sepandai-pandai tupai melompat...akhirnya jatuh ke tanah juger...... Lagi-lagi Cik SITI nie yang tak berapa pandai melompat.....sah-sah jatuh nyer.... Tak payah la ko nak berdolak-dalih lagi....

Berbaloi jugak aku belanjakan RM12 untuk ko Cik SITI....akhirnya aku berjaya membuktikan yang ko tu bersalah! Dan sememangnya betul la cakap JAKIM..... HARAM! Lagi satu...bahaya jika dibiarkan.... sebab boleh membawa kepada kematian kalau salah langkah....

Aku dah berjaya menangkap Cik SITI yang memporak perandakan dapur aku semalam! Ha ha ha....Dengan umpan lebihan makanan berbuka... Aku letakkan dalam jerangkap samar....Dan Cik SITI nie tertewas jua.... Tapi oleh kerana orang kata pantang larang bile isteri mengandung tak boleh membunuh haiwan sesuka hati....maka aku lepaskan jer di dalam hutan berdekatan.....

Nak bagi kucing...Kucing yang pening...Kucing kat kawasan rumah aku nie kucing bandar..... Takut dengan tikus!! Ni la kalau tak diajar dari kecik... natural habit pun boleh hilang! Kucing takut dengan CIk SITI... 

Oh yer....bagi sesape yang tak berapa faham apa yang aku maksudkan dalam citer nie.... sila baca entri pasal Cik SITI nie dulu (LINK). Haram jika memakan Cik SITI...sebab kotor...hehehe.... Betul la kan?

P/S: SIMPLYSITI ( LINK ) takde kaitan dalam entri nie...hihihi