Showing posts with label UPM. Show all posts
Showing posts with label UPM. Show all posts

Wednesday, March 14, 2012

UPM Nombor Satu Di Malaysia !!


Siapa sangka......UPM yang dulunye dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia jer telah meneraju ilmu pendidikan di negara ini untuk tempoh yang terbaru mengikut laporan dari Melayukini.net.... Kedudukan ranking nie adalah berdasarkan Size, visibility, Research papers dan scholars.... Inilah ranking nyer untuk tahun 2012 nie....
  1. Universiti Putra Malaysia (UPM) (Rank dunia: 428)
  2. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (Rank dunia: 437)
  3. Universiti Sains Malaysia (USM) (Rank dunia: 464)
  4. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (Rank dunia: 523)
  5. Universiti Malaya (UM) (Rank dunia: 596)
  6. Universiti Teknologi MARA (UiTM) (Rank dunia: 626)
  7. Multimedia University (MMU) (Rank dunia: 891)
  8. Universiti Malaysia Sabah (Rank dunia: 1222)
  9. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) (Rank dunia: 1341)
  10. International Islamic University of Malaysia (UIA) (Rank dunia: 1411)
  11. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  12. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  13. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  14. Universiti Tunku Abdul Rahman
  15. Universiti Malaysia Terengganu
  16. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  17. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  18. Universiti Sains Islam Malaysia
  19. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  20. Universiti Pendidikan Sultan Idris
  21. Open University Malaysia
  22. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  23. International Medical University
  24. Taylor’s University College
  25. Tunku Abdul Rahman College
  26. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  27. University of Nottingam Malaysia
  28. UCSI University
  29. Monash University Malaysia
  30. Malaysia Theological Seminary
  31. Universiti Kuala Lumpur
  32. Curtin University of Technology Sarawak Campus
  33. Universiti Industri Selangor
  34. Selangor International Islamic University College
  35. Al Madinah International University
  36. Wawasan Open University
  37. University Tun Abdul Razak
  38. KDU College
  39. Universiti Malaysia Kelantan
  40. Asia Pasific Institute of Information Technology
  41. Help University College
  42. Sunway University College
  43. INSANIAH University College
  44. Universiti Sultan Zainal Abidin
  45. Segi College
  46. University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
  47. Majlis Peperiksaan Malaysia
  48. Malaysian Institute of Management
  49. Limkokwing University of Creative Technology
  50. Disted-Stamford College
Tapi tahun 2012 baru saje bermula.... Masih banyak usaha perlu dilakukan kalau nak kekal ranking nie.... Syabas dan Tahniah UPM yang sekarang dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia..... Semoga kekal maju dan ikhlas mendidik anak bangsa mencari ilmu pendidikan dunia mahupun akhirat....

P/S: Ranking cuma satu carta susunan prestasi umum... cemerlang atau tidak terletak pada diri korang sendiri sebagai pelajar....:)

Monday, December 5, 2011

LIMA Di Langkawi | Baru Kali Kedua Aku Nak Naik Flight !!

Korang ingat si Ujang je ker yang tak pernah naik flight..... Aku pun sama!! Ha ha ha.... Walaupun kitorang di bidang yang sama...bidang aeroangkasa.... Tapi kitorang baru jer merasa pasal naik kapal terbang nie.... Ujang ari tu pertama kali naik flight masa nak pegi Sarawak.... Aku pun sama lagi!! Cuma event je berbeza... Kali nie... Buat kali keduanya... Aku akan naik flight lagi... Kali nie ke Langkawi... LIMA (Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition) punyer pasal...


LIMA akan berlangsung selama 5 hari...6 Disember - 10 Disember 2011 .... Aku first time naik flight masa nak pegi konferens di Sarawak tahun lepas... World Engineering Congress (WEC). Haa.... masa tu ler aku baru la dapat merasa macam mane feel dier bila naik kapal terbang.... Masa tu naik MAS... Punyer la kecut perut... Sebab masa tu aku keseorangan!! Lone ranger beb!! Tapi nasib baik punyer pasal... Ada jugak seorang lecturer yang naik sama flight... Fuhh....Lega....

Kali nie aku nak pi Langkawi pulak... Pada asalnya aku jadi lone ranger lagi!! Tapi kan.... Nasib masih menyebelahi aku... Tetiba ada tiga lecturer naik sama flight... Lege lagi aku...hi hi hi... Nak bawak wife...tak boleh la pulak... Takut beb... Wife tengah pregnant dah nak masuk 8 bulan... Kalo tak, boleh honeymoon lagi sekali....keh keh keh..


Tapi ni kire first time jugak... First time naik Airasia... Orang kata Airasia nie flight dier agak tak smooth sikit berbanding MAS.... Tak pe la... Layan je la kan... Janji dua-dua flight aku dapat naik free atas dasar keje....Yuhuuu....

Kalau diikutkan jadual asal... aku akan naik flight jam 6.30 petang... Tapi tengah-tengah tulis entri nie.. Dikhabarkan flight delay la pulak... Haih.... Ni pun first time jugak nie... First time pengalaman flight aku kene delay..... Ha ha ha...

Sesape yang pegi LIMA tu... Boleh la kita berjumpa di sana yer.. Aku dan Ujang akan jaga booth UPM... atau lebih tepat lagi... Booth Jabatan Aeroangkasa UPM... Siap ada kapal terbang ringan hak milik UPM lagi... Haaa....sape yang tertarik dan nak tau lebih lanjut akan perkembangan aeroangkasa di UPM... Sila la singgah di booth kami yer... Kami akan cuba menerangkan secara detailnya......

P/S: Nak beli coklat banyak-banyak....muahahaha

Wednesday, June 22, 2011

Kejuruteraan Aeroangkasa | Ape ke Jadah Nyer??

Aku masih lagi pondering (tertanya-tanya).... Ramai lagi yang salah anggap pasal AEROANGKASA ni kan.... Ok ler..... Aku dah citer sebenarnya dekat entri dulu-dulu di SINI. Tapi tu secara kasar jer... Kali ni aku nak bagi detail sikit..... Nak bagi paham dan jelas....

Kalau berani...buat la jet nie...:)
Mula-mula....sesape yang nak masuk area nie..... Korang kene kukuh beberapa subjek sekolah dulu.... Paling penting....pandai mengeja...he he he... Ok....ok.... subjek yang perlu dikukuhkan dulu.....ialah Matematik... Sains Fizik.... dan bahasa Inggeris.... Matematik tu bukan setakat matematik moden....tapi yang tak moden pun kene paham....iaitu Matematik Tambahan.... Fizik memang kene solid giler.... dan BI memang kene cair...sekurang-kurangnyer bacaan....Speaking tu kalau jadi skipping pun ok lagi la.....huhu

CFD - Computational Fluid Dynamic.. Wajib belajar...
Tu keperluan.... Pointer nak masuk jurusan nie.... kene sekurang-kurang nyer 3.00 ke atas..... Tu kalau matrik la kan....Kalau STPM.... aku tak pasti.... Tapi kene dapatkan A untuk Math dan Fizik... Haaa.....selesai yang tu.... ape ke bendenya nanti korang belajar Aeroangkasa nie.... belajar pasal planet-planet ker? Ke pasal alien.... Jauh sama sekali....korang jumpa satu subjek jer betul-betul pasal angkasa...hehe

Struktur enjin...memang kena belajar nie.
Sebenarnya jurusan kejuruteraan aeroangkasa nie lebih kepada fundamental iaitu asas-asas pasal mekanik penerbangan secara teori..... Maknanya korang belajar pasal apa yang menyebabkan kapal terbang yang berat tu boleh terbang.... Macam mane struktur dier tak patah.... Dan jugak macam mane roket tu boleh terbang dan di kawal...macam mane satelit bergerak.... Dan yang paling menarik.... Apa yang perlu ada untuk korang buat kapal terbang atau satelit sendiri... Haaa....nampak dah kat situ?

Enjin test...
Korang akan memahami lebih detail kenapa Kapal terbang tu boleh terbang...kenapa korang tak boleh terbang.... Ape ke bendenyer UAV...Ape ke bendenyer MAV... Teknologi aircraft terbaru seperti Fly-By-Wire...Anti-Graviti.... Kenapa sesetengah aircraft tak dapat dikesan radar....Ape beza antara aircraft dengan roket...roket dengan satelit... Kenapa dikatakan tak logik kalau korang nak ke Planet Marikh.... Kenapa dikatakan tak logik kalau korang nak gune aircraft ke bulan.... Dan macam-macam benda yang menarik lagi..... :)

Kalau terer...buat ler gini...

Flight Simulation... Macam main game...:)
Tu la yang akan korang tempuhi kalau amik kejuruteraan aeroangkasa.... Tapi satu je yang perlu diingat.... Tak semestinyer biler dah habis belajar jurusan nie...korang hanya kene keje di bahagian aeroangkasa jer...sebab kebanyakan elemen pembelajaran korang menyentuh sebahagian bidang kejuruteraan lain.... termasuk la mekanikal.... struktural.... design pembuatan.... dan lain-lain... Jadi... Jangan risau... pekerjaan terjamin kalau korang grad...he he.

TERBARU !! Kejuruteraan Aeroangkasa UPM sudah ada OFFICIAL FB PAGE [KLIK SINI!!]

Monday, April 25, 2011

A350H - Kapal Terbang Jenis Baru Guna Cryogenic Hidrogen

Okeh....tajuk ni memang kena dengan bidang aku...bidang aeroangkasa. Dalam duk godek-godek website untuk Master aku.... sekali jumpa pasal ni..... Kapal terbang yang boleh berlepas secara menegak menggunakan bahan api Cryogenic Hydrogen.

Sebelum tu aku nak tanya la kan.... apa tu aeroangkasa? Bukan aeroangkasa ni ade kaitan dengan angkasa lepas? He he he.. Aerongkasa ni berkaitan dengan apa-apa yang ada kaitan dengan mekanik bendalir. Ape bende la pulak mekanik bendalir nih? Ha ha ha.....ok..aku bagi contoh simple kat korang yang nak tau.

Bendalir ni ada dua...cecair dan gas. Cecair ni macam air.... minyak.... laut.... Gas ni pulak udara.... dan segala jenis gas....gas kentut pun termasuk tau! Jadi... apa-apa benda yang berkaitan pergerakan dalam bendalir... semua tu termasuk dalam aeroangkasa. Jadi...pasal kapal....pasal kapal terbang...pasal basikal...pasal kereta... semua ada elemen aeroangkasa...Nampak?

Yang pasal kapal angkasa tu.... pasal vakum...itu termasuk jugak dalam aeroangkasa. Menarik kan? Kalau berminat nak belajar bab ni... pasal kejuruteraan aeroangkasa...daftar la di UPM... silap-silap dapat jumpa aku dan Ujang..ha ha.

Okeh...jauh menyimpang nih...pasal kapal terbang tadi....korang boleh ke LINK NI


Sape nak join segmen terbaru aku....KLIK SINI

P/S: Jangan Lupa UNDI saya untuk Blogger of The Year dan Top LoL (Humor) yer....:)