Showing posts with label isu panas. Show all posts
Showing posts with label isu panas. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

Isu Murtad : Fahamilah dari semua sudut

Ni isu berat....bagi yang menghayati agama islam....Sememangnya isu nie menggugat jatidiri masyarakat islam sendiri.... Sesape yang merasakan isu nie ringan dan tak perlu diambil beratkan.....sila mengucap dua kalimah syahadah kembali dah hayati leklok apa yang korang dah ucapkan tu.... 

Sebelum aku bagitau lebih lanjut..... aku terangkan dulu pasal murtad...Murtad ada tiga kategori dan hukumnya..... 
  1. Murtad secara sembunyi-sembunyi
  2. Murtad secara terang-terangan
  3. Murtad secara terang-terangan dan menyerang agama Islam
 Nampak? Jadi.... Hukumnya juga berbeza..... Bagi golongan pertama iaitu murtad secara sembunyi... Balasannya hanya di akhirat....sebab kita tak tau depa ni murtad ke tak.... Bagi golongan murtad secara terang-terangan.... Dihukum bunuh setelah dipujuk dan dinasihati supaya bertaubat.... INGAT! Setelah dipujuk kembali.... Bukan suka-suka jer nak bunuh.... Islam itu indah...

Golongan ketiga.... Golongan yang terang-terangan murtad dan menyerang balik tak kisah la melalui apa pun... SMS ker.....blog ker.... ajak orang murtad sekali ker.... facebook ker..... WAJIB DIBUNUH SERTA-MERTA TANPA DIBERI TEMPOH BERTAUBAT...Pengecualian jika dia bertaubat sebelum ditangkap.... 

Nampak kejam? Mana ader..... Hukum nie berlandaskan sifat naluri manusia... Jika seorang didenda.... Maka yang lainnya perlu beringat dan berfikir sebelum buat sesuatu yang bodoh macam murtad nie... Cuba lihat perundangan moden... Depa pun meniru gaya islam... Hukuman mati mandatori jika kesalahan berat.... Semuanya berasal dari hukum hudud islam...

Apa yang terjadi sekarang pada golongan yang murtad? Ada ker hukuman bunuh dijalankan? Takde...... Hukuman tangkapan ISA? Pun takde... Jadi....tak pelik la kan semakin ramai yang berani mengaku murtad atau menganjurkan aktiviti mengajak 'saudara baru' murtad.... Dan yang paling penting.... kenapa jadi macam tu? Hanya golongan yang berfikir dan cakna (mengambil berat) sajer yang tau...

Mengikut hukum yang termaktub dalam Al-Quran.... kene bunuh jika pasti yang si dia tu murtad....Sape yang perlu membunuh dia? Aku? Korang? Sah-sah masuk penjara dan kene hukuman mati balik kan? Jadi saper yang perlu jalankan tanggungjawab nie? Pihak berkuasa.... Tapi kenapa tak leh buat? Hanya golongan berfikir sahajer yang tau....

Depa duk berlindung di bawah payung "Hak Asasi Manusia" ciptaan manusia.... Kononnya membawak keadilan kepada semua masyarakat.... Cuba tengok balik apa yang cuba diselamatkan dengan berlandaskan "Hak Asasi Manusia" nie.... Melindungi hak kebebasan manusia terhadap semua benda termasuk hukum agama! (Tengok beberapa isu murtad...korang akan paham ape aku nak cakap).. Betul ke tak tujuan utama itu? SALAH!! 

Hancur pegangan agama....hancur la kita... Berdiri teguhnya kita kerana PATUHKAN agama.... Aman damai dunia kerana PATUH kepada agama.... Berjaya dan berkat kehidupan kita kerana TAAT akan agama! Kalau agama ditinggalkan dan dibelakangkan.... Porak peranda la seluruh dunia.... Semuanya akan cuba melindungi hak masing-masing tanpa asas yang bersama! Sumer akan jadi mementingkan diri sendiri dan akhirnya.... Tengok apa dah jadi pada dunia sekarang? Hanya golongan yang berfikir sajer yang tau.... 

Bagi golongan yang malas berfikir...mungkin antaranya tergolong dalam golongan yang skip-skip jer entri nie.... Jangan duk buat bising pasal isu nie... Korang cuma akan membaling batu sambil sorok tangan sajer... Target pun tak tau saper... Sekadar bermain-main macam bebudak yang dungu dan berhingus.... Sila la berfikir....

P/S: Nak share....silakan... Aku hanya memberi pendapat peribadi... Segala hukum-hukum datang dari Allah... Kalau nak detail lagi pasal hukum....sila la ke sini ( LINK )

Saturday, May 14, 2011

Kes Simbah Asid | Mangsa Adalah Gadis dan Wanita Cantik

Sekarang ni banyak kita dengar tentang isu pasal simbah asid di sekitar Kuala Lumpur. Dikatakan orang yang membuatnya adalah seorang india yang menaiki motosikal. Modus operandinya adalah dengan mencari gadis-gadis atau wanita yang dikatakan cantik dan bergaya.. dan akan disimbah asid jika ada peluang terbuka...

Kes terbaru hari tu berlaku ke atas seorang perempuan yang menaiki kereta.... Dia disimbah selepas membuka tingkap keretanya! Nampaknya si mangsa sudah diperhatikan sebelum disimbah... Berhati-hatilah wanita sekalian. Inilah muka suspek yang menyimbah asid di sekitar Kuala Lumpur 


Dikatakan kawasan panas yang sudah berlaku kes simbah asid ini adalah di sekitar Brickfield, Jalan Pudu, Jalan Kia Peng, Jalan Tun Sambathan, Taman Bandaraya, The Mall dan Titiwangsa. Diharap wanita sekalian lebih berhati-hati di kawasan berkenaan.

Asid ni menghakis.... Bukan sahaja akan mencacatkan permukaan luarnya....malah jika terkena kulit...akan mencacatkan urat saraf di sekitar kawan yang terkena tu.... Kesannya sangat dalam dan mungkin akan ada kesan sampingan lain selain kecacatan kulit. Berhati-hatilah..

P/S: Wacana Aku Nak Kahwin masih lagi berjalan, nak join klik la SINI

Thursday, May 12, 2011

GULA-GULA Best la...Kenapa Nak Kutuk...

Betul.....best la.... kemanisan..... dan rupa bentuk memang tak leh nak lawan..... betul lah... Aku bercakap dalam erti kata nak membela nasib gula-gula nih.... kesian la kat gula-gula nie....asyik kene kutuk jer...

Kumpulan Gula-Gula

Ramai orang suka gula-gula nie......aku tau.....tapi tak berani bersuara jer.... kamon la... Bersuara la kan.... kita kena berpijak di bumi yang nyata.... jangan takut hendak bersuara jika kita di pihak yang benar..... he he he


Tapi bukan gula-gula yang kat atas tu la derr.....Kalau ada yang rasa aku nak sokong kumpulan gula-gula tu... memang silap la... aku tak sokong depa...aku sokong gula-gula nie..

Gula-gula ni yang bes..

Tara!! Kan dah kata....kemanisannya...rupa bentuk nya...memang sedap dikemam dan dikunyah... tapi kurang kan pengambilan okeh....nanti kena kencing manis.. Kepada adik-adik...dari nak tiru kumpulan gula-gula yang ala-ala K-Pop tu kan... baik adik minat je K-Pop terus... tak pun buat la kumpulan ala-ala Solehah dulu tu... kan bagus..... Ada jugak la lagu-lagu yang nak di pasang di tadika ataupun sekolah rendah kan....he he he

Adat yang baik...kekalkan.... jangan nak diubah nak tiru orang semata-mata kejar populariti... kesenangan dunia nie takkan kekal....lagi-lagi sekarang ni... aku terbaca akan trend music sekarang menghala ke arah penyembahan satanisme...jangan kita tiru ke arah tu la pulak kan... pastu tubuh kumpulan Cokelat Celup pulak... :D

P/S: Nak meniru pun agak-agak la kan....Biar sesuai dengan agama kita

Saturday, April 23, 2011

Takbir Jozan Jadi Isu..

Lawak Maharaja Lawak kembali menjadi topik kebanyakan bloggers.... aku usha-usha dan bace-bace jugak pasal nih.... nak tau pendapat dan pandangan sesetengah orang.... Sebab aku dah bagi sikit sebanyak pendapat aku pasal ni... Tapi tup tup.....tiba-tiba aku terbaca pasal lawak Jozan menyentuh isu sensitif....

Ni semua pasal Jozan yang buat lawak pasal takbir nak solat.... ermm.... ramai orang Malaysia anti-Jozan ke sekarang? Ke ade yang sebar spekulasi tak elok pasal diorang sampai buat takbir tu pun jadi isu? Ni semua gara-gara aku terbaca di komen entri bro Nara... ada yang marah pasal takbir tu.

Okeh.....setau aku.... dalam ceramah pun ader jugak buat takbir macam tu... untuk memeriahkan suasana....tak nak bagi pendengar mengantuk mase dengar ceramah... Macam Jozan buat hari tu.... aku rasa tak de la sensitip sangat.... sebab watak yang dimainkan pun memang pencurik. Bukannya watak seorang ustaz atau mufti.... Tu kira ok la kan pencuri pun tau nak solat... kalau realiti.....mau nyer nak solat?

Satu pasal citer geng Surau..ada betul jugak kata-kata salah sorang pengomen.... dia bandingkan isu ni dengan isu watak pak imam tapi sengal suka menyanyi-nyanyi dan memekak-mekak. Bagi aku yang itu lagi la sensitif...sebab citer tu ditujukan kepada budak-budak.... Bukan orang dewasa yang dah boleh fikir mane baik mane buruk. Dah awal-awal tanam dalam minda separa sedar kanak-kanak supaya minat menyanyi dan berhibur.

Bagi aku la kan.... jangan dibuat isu benda-benda yang remeh ni... baik buat isu pasal benda yang besar jer.... Macam isu pergaulan sekarang.... banyak bayi luar nikah... kalau la rasa nak naikkan isu sangat.... baik isu-isu yang boleh membantu tahap sosial masyarakat kita nih. Tak nak la pulak kan?

Bagi aku..lawak Jozan tu ok jer.... malah ada mesej tu.... salah satunyer nak bagitau yang masyarakat sekarang jarang pegi masjid.... kecurian tabung surau banyak berlaku...tapi tak heboh jer... galakkan menderma secara ikhlas.... bukannya derma kerana nak nama...... Derma banyak pun tak guna kalau tak ikhlas... Dan yang paling penting.....Pencuri takkan insaf kalau setakat hukuman penjara! Ni bukan aku reka-reka jer.....tapi ni la mesej yang aku dapat ambik dari sketsa dier..... Tak percaye? Try la tengok video dier ni....


P/S: Undian masih diperlukan..... Undila SAYA

Wednesday, April 20, 2011

Isu Panas - Blogger Bergaduh???

Ermm...baru je balik meeting...bace blog-blog....nampak ada satu adegan tikam menikam.... aku bace jer...tak cepat melenting....bace punyer baca.... nampak sangat ini kerana satu benda... satu perkara yang buat semua orang susah nak bersatu..... Fitnah melulu tanpa usul periksa.

Sori la yer....aku ni jenis yang mendengar semua pihak dulu....yang sorang ni buat entri nak pangkah giler-giler....yang sorang ni just nak fun.....tapi makin lama makin teruk dah jadinyer.... aku tak nak sokong mana-mana pihak. tapi kan....aku just nak tanya satu benda bagi sesape yang bace entri nih... Dalam Islam la kan.....bagaimana nak meletakkan kesalahan kepada seseorang? Adakah dengan memfitnah tanpa melihat sendiri keadaan itu? Ada saksi ker tak? Macam mana caranya..?

Sebelum menuduh bukan-bukan yang boleh mencerminkan sesuatu... baik ditanya elok-elok keadaan sebenar.... macam dekat gathering apa-apa... aku sangat terkejut dengan seorang blogger tu.... dia banyak mengomen benda...tapi tak penah join sekali... apa ke jadahnya?? Aku join gathering tu...aku tau apa yang berlaku.....dan aku perhatikan semuanya..... takde unsur-unsur mengaibkan dan boleh menjatuhkan agama Islam langsung.... Tapi yang dicanang-canangkan.....sangat berbeza... sangat la tak elok perbuatan dier...

Pasal suami isteri..... mesti diingatkan.... rumah tangga seseorang kita tak boleh campur.... unless kita tau perkara sebenar yang berlaku dalam keluarga tersebut. Segala apa yang kita nak cakap, kalau tak tau hujung pangkal...akan boleh memburukkan lagi keadaan atau boleh jadi pencetus perbalahan....hati-hati sedara.... Walaupun dengan satu entri....kalau ia jadi pencetus porak peranda keluarga seseorang.... dosa engkau akan dikira sejak sampai la ia setel....kalau tak setel...free-free la dapat dosa besar...siap ada bonus dosa lagi. Tanggung la sorang-sorang... Dosa ko takkan diampun selagi ko tak mintak ampun dengan orang tu sendiri...Ingat...dosa tu dosa korang dengan manusia dan Tuhan....Dengan tuhan boleh mintak ampun lepas solat.....dengan manusia?? Fikir-fikir la.....

Perkara ni jadi isu sebab ada yang jeles....jeles dengan blogger tu yang cepat naik nama.... ada jugak jeles sebab tak dapat join gathering tu sendiri...jangan la macam ni. Macam mana nak bersatu semua blogger kalau ada lagi sifat dengki mendengki macam ni.... Entri bukan main kononnya menegakkan syiar islam...tapi kalau hati tu tak ikhlas...sekadar nak naikkan traffic....itu ler jadinyer.... Aku tak kate sape-sape...tapi begitulah seakan-akan nya yang berlaku sekarang. Ada gathering jer.... mesti nak hentam.... apa masalah dengan gathering?

Aku cintakan agamaku...cintakan Islam... bagi aku...gathering seperti yang haritu sangat bermakna dan tak melanggar langsung hukum hakam Islam... sebab agendanya hanyalah merapatkan silaturrahim dan berkongsi ilmu... pasal solat tak solat.... itu terletak pada individu..... isu rumah tangga....terletak pada individu.... isu lain yang tak berkaitan...juga pada individu... jadi jangan la menghentam sesuka hati...

Dalam Islam.... jangan sesekali korang aibkan seseorang itu walaupun ianya benar.... Seelok-eloknya jangan diaibkan seseorang.... Cuma boleh dinasihat dan ditegur jika betul dia buat kesalahan...dan cara nak menegur bukannya secara umum...semua orang tau....tegur secara persendirian....  orang lain tak tau..... tu baru betul...

Bagi aku, sudah-sudahla perkara ni....jangan diperbesarkan lagi..... Kepada yang terlibat... aku rasa pembaca sekarang semuanya sudah ada intelektual tersendiri....mereka tak tertipu dengan agenda-agenda yang sengaja diadakan. Aku secara ikhlas.... cuba berfikir kembali sape salah sape betul...tapi bukan aku yang layak mengadili.....hanya Allah sahaja yang tahu. Aku harap semuanya kembali seperti sedia kala.....ingat...kita semua satu agama....satu perjuangan yang sama....jangan la kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Disebabkan perkara kecik tu...dah heboh satu komuniti blogger.....cukup-cukup la menghentam....sekarang masanya kita nak mengangkat satu sama lain....biar sama untung....