Showing posts with label hukum. Show all posts
Showing posts with label hukum. Show all posts

Wednesday, January 4, 2012

Hukum Main Alat Muzik Dalam Islam | Gitar

Tak sangka la pulak.... isu ustaz main gitar menjadi satu isu besar dalam dunia blog.... Dan yang paling pelik... sampai menyentuh isu politik...ha ha ha...Jauh bebenor menyimpang nyer.... Ok...sebelum membuat apa-apa entri berkaitan hukum.... Elok la diselidik secara terperinci... Bukannya search dalam Google...pastu ambik link yang paling atas...jadikan rujukan terus tanpa usul periksa.... SALAH TU!

Sebab apa salah? Sebab Google bukannya susun link tu mengikut kebenaran dan fakta... Depa susun ikut populariti link tu jer... Lagi satu pasal pagerank website tu... Dan lain-lain lagi la yang memeningkan kepala otak orang cam aku nie.... yang penting.... bukan pasal kebenaran dan kesahihan hukum tu... 

Ok.... perkara pertama nak cek hukum nie betul ke tak.... Kena tengok kesahihan hujah yang nak diambil tu... dan benda yang boleh dibuat hujah paling popular ialah Quran dan Hadis.... Dalam quran tak boleh sangkal dah... yang menjadi masalah biasanya dari hadis... Sebab ramai yang tak faham akan hadis yang mana patut dibuat hujah... 

Hadis nie ada jenis-jenisnya.....hadis sahih, hadis makbul, hadis hasan, dan hadis dhaif... Kalau tak tau jenis-jenis nie...JANGAN SUKA-SUKA NAK BUAT HUKUM SENDIRI.... Hadis nie asalnya datang dari kata-kata Rasulullah....bukannya kata-kata orang lain! Jangan pulak korang cakap, Ini hadis dari mak bapak aku!!... Tampor kang....Puuuii!! [Alamak...terikut gaya video POPULAR (link) tu la pulak] He he he

Faham tu dulu baru boleh mengkaji lebih mendalam.... Masuk pasal hukum main alat muzik... dipecahkan banyak kategori pulak.... alat muzik ketukan, alat muzik petik, alat muzik tiupan.... Oleh sebab isu pasal gitar... Kita masuk terus bab alat muzik petikan... 

Kategori alat muzik dipetik nie seperti biola, gambus, gitar, rebab, kecapi dan piano... So...kalau ada orang HARAM kan gitar...maka haramla semua di atas....he he he... Ok..ok...kita kaji dulu... Pendapat ulamak untuk alat muzik bertali amat la rumit dan bercampur baur.... Sangat complicated.... Apa sebabnya? Sebab pemahaman ulamak-ulamak berbeza bagi hadis nie....

Hadis Riwayat Bukhari dari Abu Malik r.a:"Akan ada dari kalangan umatku yang menghalalkan zina, sutera, arak dan al-maazif (alat nyanyian)".

Status Hadis nie: 
Walaupun ia adalah sahih Bukhari, tapi ia mudhtarib (bersimpang siur rawinya) dan mu'allaq (sanadnya terputus). Ahli hadis yang berpendapat demikian ialah Imam Ahmad, Abu Daud, Ibn Hazm, Abu Hatim, al Hafeedz azZahabi dan al Hafeedz Ibn Hajar Asqalani. Kalimah al-maazif dalam hadis di atas tidak disepakati sebagai yang dimaksud alat muzik.

Pemahaman yang mengHARAMkannya: 
Sama ada digunakan semasa upacara perkahwinan atau sebagainya. Ia adalah pendapat Ibnu Abbas RA, fuqaha’ Hanafi, fuqaha’ Syafie, fuqaha’ Hanbali dan pendapat yang rajih (terpilih) dalam mazhab Maliki. Ibnu hajar Al-Haitami pula menafikan wujudnya khilaf ulamak di dalam pengharamannya. Sementara Abul Abbas Al-Qurtubi dan Salim Ar-Razi menyatakan berlaku ijmak ulamak di dalam pengharamannya.

Pemahaman yang mengHARUSkannya: 
  1. Abdullah bin Jaafar, Abdullah bin Zubair, Abdullah bin Umar, Muawiyah bin Abi Sufian, Amru bin Al-‘Aas, Hassan bin Thabit, Abdul Rahman bin Hassan dan Kharijah bin Zaid.
  2. Said bin Musayyab, Ata’ , Sya’bi, Az-Zuhri dan kebanyakan fuqaha’ Madinah.
  3. Ibnu Thahir menyatakan, “...ia adalah ijmak Ahli Madinah” (dakwaan ijmak ini ditentang sekeras-kerasnya oleh Ibnu Hajar Al- Haitami di dalam kitabnya Kaffur Ri’aa’.
  4. Sebahagian fuqaha’ Maliki, tetapi mereka menghadkan pengharusan tersebut untuk upacara perkahwinan sahaja.
  5. Al-Mawardi meriwayatkan keharusan penggunaan kecapi (Al-Aud) di sisi sebahagian ulamak Syafie.
  6. Ibnu Hazm, Abdul Ghani An-Nablusi, As-Syazili At-Tunisi dan Idfawi mengharuskannya dengan syarat-syarat berikut: 
  • Niat yang betul dan tidak bertentangan dengan syara’
  • Tujuan yang tidak melanggar batas-batas syara’.
Sumber dari SINI (link dalam pdf) 


Apa yang aku nak bagitau.... hukum main gitar nie masih samar-samar.... Segala hujah mereka kebanyakannya datang dari hadis yang sama....  kalau mengikut hujah mereka.... pengHARAMan tu berlaku sebab dikaitkan dengan LALAI.... Dan pengHARUSan tu disebabkan dalil TUJUAN...

Aku sokong kedua-duanya..HARAM dan HARUS.... kenapa? Bagi aku MENGIKUT KEADAAN ALAT MUZIK TU DIGUNAKAN UNTUK APA.... Ulamak mengatakan HARAM kerana alat muzik tu akan buat kita cenderung ke arah LALAI.... bukan sebab bunyi atau gitar tu sendiri...Dan HARUS atas sebab berhibur dengan tujuan membina... bukan juga sebab bunyi atau gitar tu sendiri... Korang boleh baca sumber lain pasal alat muzik nie di SINI (link)

Sekarang nie...isu yang timbul kerana seorang ustaz telah bermain gitar di satu majlis ilmu...Dan sorang blogger telah menuduh ustaz nie agen iblis (melampau kan ) kerana dia main gitar tu... Korang boleh tengok videonya di SINI (link). Kalau nak tau lebih lanjut pasal majlis tu....korang boleh tengok di SINI (link) dan di SINI (link).... Ok...dah bukak blum link tu? Kena bukak dulu baru tau kisah sebenar.... Baru boleh buat keputusan yang ADIL.... Bukan sebab baca tajuk jer dah nak komen pompang pompang! :D

Sekarang.... korang rasa lebih ke arah HARAM ke HARUS bagi kes ustaz tu? Bagi aku HARUS.... Sebab time tu bukannya termasuk dalam kes LALAI.... Betul tak? Lain la kalau majlis tu sendiri cenderung ke arah maksiat a.k.a LALAI.... Seriusly sila mengadili secara adil dan saksama... Bukannya mengadili kerana PARTI POLITIK dan EMOSI.... Bagi aku PAS dan UMNO takde kaitan dalam kes nie.... Ini hal agama.... Jangan dibuat main-main... 

Yang menjadi persoalan besar ialah.... Kenapa isu kecik nie jadi besar ek? Adakah kerana berlainan parti? Adakah kerana jealous sebab ustaz nie semakin mendapat nama oleh masyarakat Malaysia? Atau kerana asyik kene atas batang hidung dia setiap kali ustaz tu cakap "BODO" kepada golongan tertentu? He he he.... Tepuk dada tanya iman masing-masing la kan.... Kalau yer pun nak ludah...Jangan la ludah ke langit... Nanti sendiri kena ludah tu...:) 

P/S: Kalau ilmu panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga...:)

Wednesday, August 17, 2011

Isu Murtad : Fahamilah dari semua sudut

Ni isu berat....bagi yang menghayati agama islam....Sememangnya isu nie menggugat jatidiri masyarakat islam sendiri.... Sesape yang merasakan isu nie ringan dan tak perlu diambil beratkan.....sila mengucap dua kalimah syahadah kembali dah hayati leklok apa yang korang dah ucapkan tu.... 

Sebelum aku bagitau lebih lanjut..... aku terangkan dulu pasal murtad...Murtad ada tiga kategori dan hukumnya..... 
  1. Murtad secara sembunyi-sembunyi
  2. Murtad secara terang-terangan
  3. Murtad secara terang-terangan dan menyerang agama Islam
 Nampak? Jadi.... Hukumnya juga berbeza..... Bagi golongan pertama iaitu murtad secara sembunyi... Balasannya hanya di akhirat....sebab kita tak tau depa ni murtad ke tak.... Bagi golongan murtad secara terang-terangan.... Dihukum bunuh setelah dipujuk dan dinasihati supaya bertaubat.... INGAT! Setelah dipujuk kembali.... Bukan suka-suka jer nak bunuh.... Islam itu indah...

Golongan ketiga.... Golongan yang terang-terangan murtad dan menyerang balik tak kisah la melalui apa pun... SMS ker.....blog ker.... ajak orang murtad sekali ker.... facebook ker..... WAJIB DIBUNUH SERTA-MERTA TANPA DIBERI TEMPOH BERTAUBAT...Pengecualian jika dia bertaubat sebelum ditangkap.... 

Nampak kejam? Mana ader..... Hukum nie berlandaskan sifat naluri manusia... Jika seorang didenda.... Maka yang lainnya perlu beringat dan berfikir sebelum buat sesuatu yang bodoh macam murtad nie... Cuba lihat perundangan moden... Depa pun meniru gaya islam... Hukuman mati mandatori jika kesalahan berat.... Semuanya berasal dari hukum hudud islam...

Apa yang terjadi sekarang pada golongan yang murtad? Ada ker hukuman bunuh dijalankan? Takde...... Hukuman tangkapan ISA? Pun takde... Jadi....tak pelik la kan semakin ramai yang berani mengaku murtad atau menganjurkan aktiviti mengajak 'saudara baru' murtad.... Dan yang paling penting.... kenapa jadi macam tu? Hanya golongan yang berfikir dan cakna (mengambil berat) sajer yang tau...

Mengikut hukum yang termaktub dalam Al-Quran.... kene bunuh jika pasti yang si dia tu murtad....Sape yang perlu membunuh dia? Aku? Korang? Sah-sah masuk penjara dan kene hukuman mati balik kan? Jadi saper yang perlu jalankan tanggungjawab nie? Pihak berkuasa.... Tapi kenapa tak leh buat? Hanya golongan berfikir sahajer yang tau....

Depa duk berlindung di bawah payung "Hak Asasi Manusia" ciptaan manusia.... Kononnya membawak keadilan kepada semua masyarakat.... Cuba tengok balik apa yang cuba diselamatkan dengan berlandaskan "Hak Asasi Manusia" nie.... Melindungi hak kebebasan manusia terhadap semua benda termasuk hukum agama! (Tengok beberapa isu murtad...korang akan paham ape aku nak cakap).. Betul ke tak tujuan utama itu? SALAH!! 

Hancur pegangan agama....hancur la kita... Berdiri teguhnya kita kerana PATUHKAN agama.... Aman damai dunia kerana PATUH kepada agama.... Berjaya dan berkat kehidupan kita kerana TAAT akan agama! Kalau agama ditinggalkan dan dibelakangkan.... Porak peranda la seluruh dunia.... Semuanya akan cuba melindungi hak masing-masing tanpa asas yang bersama! Sumer akan jadi mementingkan diri sendiri dan akhirnya.... Tengok apa dah jadi pada dunia sekarang? Hanya golongan yang berfikir sajer yang tau.... 

Bagi golongan yang malas berfikir...mungkin antaranya tergolong dalam golongan yang skip-skip jer entri nie.... Jangan duk buat bising pasal isu nie... Korang cuma akan membaling batu sambil sorok tangan sajer... Target pun tak tau saper... Sekadar bermain-main macam bebudak yang dungu dan berhingus.... Sila la berfikir....

P/S: Nak share....silakan... Aku hanya memberi pendapat peribadi... Segala hukum-hukum datang dari Allah... Kalau nak detail lagi pasal hukum....sila la ke sini ( LINK )

Saturday, August 6, 2011

Persoalan Dalam Berpuasa | Soalan yang Menarik dan Jawapannya

Ni aku kumpul pertanyaan yang mungkin bermain di minda korang pasal puasa.... Segala-galanya ada jawapan dari Ustaz Azhar Idrus.... Aku ambik terus dari wall facebook beliau...... Dan itu la jawapan dari beliau...

Bermanja-manja dengan isteri ketika berpuasa sampai keluar air mazi - Makruh, keluar mani jadi haram

Berbuka dengan makwe/pakwe (bukan mahram) - Sah, tapi berkurang pahala sekadar mana saling melihat atau berbual

Korek Hidung ketika berpuasa - Batal jika korek hidung sambil makan (Tak batal la tu..haha)

Hukum orang perempuan memakai minyak wangi (perfume) di bulan puasa - Haram memakai bauan yang dapat dihidu oleh lelaki ajnabi tidak kire bulan puasa atau bulan lain.... Kalau muslimin....makruh di bulan puasa...

Tidur sampai tengah hari akibat keje syif malam - Tak batal dan tak makruh puasanya.... Tidur sepanjang hari tu makruh...

Hukum beli di bazar yang penjualnya tak tutup aurat - Sah jual beli tetapi haram kalau sengaja tengok auratnya...

Selalu meludah ketika berpuasa - Makruh, Harus ditelan jer air liur tu... 

Gosok gigi dalam waktu berpuasa - Makruh mengikut pendapat yang muktamad selepas waktu zohor dan harus sampai bila menurut pendapat Imam Nawawi R.A

Kalau secebis makanan terlekat di halkum, patut telan ke keluarkan - Bila berada sama tengah antara zahir dan batin, boleh telan dan boleh keluarkan balik..

Makan pil penahan haid sebab nak penuhkan puasa - Makruh

Mandi dekat dengan waktu berbuka puasa - harus, dan jika berlebihan jadi makruh

Keluar kahak dari anak tengkuk - Batal puasa kalau telan balik

Sah ke tak puasa kalau dedahkan aurat di khalayak ramai - Sah puasa tapi dapat dosa

Kalau menangis, batal tak puasa - Tak batal walaupun sebulan menangis...

Batal ke tak orang accident yang keluar banyak darah - Tak batal darah keluar dari luka kecuali haid dan nifas

Mimpi keluar mani dalam bulan pose - Takde mimpi yang membatalkan puasa

Haaa....tu la aku kumpulkan persoalan dan jawapan dari wall Ustaz Azhar Idrus.... kalau korang nak tau sangat atau ada persoalan yang tak tau nak tanya kat mana....Tanye je la kat situ.... Aku baca sebagai menambahkan ilmu dan jugak hiburan.....sebab kelakor jugak la sesetengah soalan tu... he he he... 

P/S: Malu bertanya sesat jalan, Rajin bertanya cerah masa depan...