Showing posts with label pilihanraya. Show all posts
Showing posts with label pilihanraya. Show all posts

Saturday, April 7, 2018

Hikayat Kedai Kopi - NAK PILIH CALON MANA? | PRU-14


Di satu kedai kopi di hujung kampung, maka tersebut la al kisah.... Al kisah sang buana sedang beceloteh hal Pilihanraya Malaysia yang ke-14. Selepas pembubaran parlimen... Maka rancaknya rakyat marhaen jadikan topik nak lepak lama-lama di kedai kopi... 

A: Ko sokong yg mana? 

B: Aku sokong orang, bukan parti.
A: Kalau parti cakduncak pilih calon rajin dan beriman, ko pangkah cakduncak ke? Tak pilih parti dumpissdum? 

B: ya.
A: Mana boleh macam tu.. Pilih la parti.. Parti yg memerintah negara nanti. Pilih calon gitu, kalau calon ko parti kalah, xde guna. 

B: Kalau mcm tu, parti menang tu tak jalankan kerja yg baik dari awal la.
A: Hah? 

B: Setiap gerak kerja sudah pasti ada strategi, ada pemilihan calon internal. Kalau awal-awal parti tu pilih calon malas, kerja bermusim, tak beriman, maknanya awal-awal dah salah gerak kerjanya. Kenapa aku nak pilih satu parti yang dah tak boleh bezakan calon bermutu dengan calon goyang kaki tunggu duit masuk je?
A: Ok, katelah calon yg ko pilih tu, parti dia tak menang. Semua tak jadi bro! 

B: Biar dia menang di DUN, atau PARLIMEN, tp partinya kalah pun takpe. Sebab dia yg akan mewakili kawasan kita, mewakili SUARA KITA di mesyuarat DUN, mesyuarat PARLIMEN. Dia yg memperjuangkan hak kita di sini. Kita nak tengok dia bekerja, bukan tunggu suap je.
A: No money no talk bro

B: Itu yg salah. Calon tu sepatutnya bukan harap duit bro. Dia dipilih oleh kita, maknanya dia memegang MANDAT dari kita. Dia perlu berusaha untuk memberikan sebaik mungkin kepada kita. Dia hanyalah WAKIL RAKYAT. bukan wakil pemungut hasil.
A: Pelik betul la ko nie

B: Apa yg pelik, itu teras demokrasi. Yang peliknya ko. Demokrasi adalah satu sistem yg memberikan KUASA kepada RAKYAT utk memilih. Dan kita mestilah pilih yang betul-betul bekerja untuk kebajikan kita.
A: Jadi nak pilih sape? 

B: Pilih calon yg berwibawa. Parti mana pun menang, kalau calon gred A yg masuk ke dalam kabinet, maka A la kerja dia. Kalau pilih yang kaki suap, kaki dangdut, kaki gaduh, kaki sembang, makan kaki la ko kena penyepak dia secara tak sedar. Nak tunggu lima tahun lagi, lama bro. Ubah mindset kita, pilih yg sanggup bekerja untuk RAKYAT.
A: macam mana nak tau? 

B: Kalau jenis nak PRU baru turun padang, tak payah pilih la. Kalau jenis nak dapatkan bantuan, kena bagi pengeras, tak payah la. Kalau jenis sombong ajak rumah minum kopi kat kedai tepi jalan pun tak nak, low class katanya, tak payah la. Pilih yang beriman dan beramal soleh bagi yg islam. Pilih yg komited bekerja dan humble bagi non muslim.
A: Mana ada yg betul-betul beriman sekarang bro jadi calon... 

B: Kalau takde, ADAKAN. Kalau tak wujud juga, cari yg rajin bekerja, integriti yg tinggi, dan tak banyak songeh. Orangnya humble, tak rasa RAJA sangat bila dah jadi YB.
A: Ermmm.... 


B: Yg membuat keputusan dalam kabinet, dalam dewan, bukan parti, tapi individu dalam dewan tu. Memang ada kaitan 2/3 keputusan ada kebergantungan rapat dengan parti majoriti, tapi sekurang-kurangnya, keputusan yg dibuat tidaklah bodoh dan tak masuk akal. Idea yang dilontarkan bernas dan diterima pakai, jika calon itu bijak, bertoleransi, berintegriti, ikhlas bekerja untuk RAKYAT. Bila semua idea bernas je dlm dewan, kita pun dapat kesenangan. Kalau idea yg caca marba sahaja dlm dewan, kita yg sakit hati. Sapa suruh pilih? Done sembang kopi ala orang eropah.

P/S: Share jika setuju... Komen jika ada idea lain.. :)

Wednesday, November 9, 2016

Pilihan Raya 2016 di US: Trump atau Clinton | Hala tuju ramalan Akhir Zaman

Pilihan raya 2016 di US bakal berakhir... dan ia akan menentukan siapakah yang akan menggantikan Barack Obama... antara Donald Trump dengan Hillary Clinton. Seriusly aku tak sokong kedua-duanya... tapi antara dua orang calon tu, aku pilih Clinton, sebab Trump secara terbuka menolak orang Islam dan menyokong secara total puak LGBT. 

Tapi kalau ikutkan perkembangan semasa sekarang, secara LIVE dari NBC News, Trump mengungguli undi dari rakyat US. Satu berita buruk bagi umat Islam seluruh dunia.

Kalau korang dengar dan saksikan ucapan dari si Trump nie... korang akan dengar ucapan yang racist dan abuse kepada muslim seluruh dunia... Dicopkan muslim adalah punca huru-hara dunia.. punca kejatuhan Amerika.. racun kepada kemodenan dan kemajuan Amerika. Clinton pula walaupun tidak radikal dan terbuka seperti Trump tapi aku yakin dia pun mempunyai polisi yang lebih kurang sama tetapi berlapik seperti Obama. 

Kalaulah si Trump menang di US, dipilih sebagai Presiden baru US...aku rasa kalau korang dengar dan ingat apa yang dijelaskan dan dikatakan dalam ucapannya.... Dunia akan kembali huru-hara... kembali ke zaman Bush... zaman muslim diperangi seperti di Iraq, di Afghanistan.. di utara benua Afrika... dan tidak mustahil... pencetus peperangan dunia ketiga akan bermula dari Trump... Harap apa yang aku katakan ini tidak benar...

Mesti dari kalangan rakyat Malaysia akan kata, "Apeeelah nak kecoh-kecoh dengan US..kat Malaysia pun pening... Biar la apa nak jadi kat sana..hak mereka!!"

Kalau ekonomi kita kukuh takpa... nie tak..ekonomi kita bergantung kepada perkembangan dunia.... perkembangan dunia bergantung banyak pada apa yang berlaku di negara yang mempunyai pengaruh besar seperti US... Dan perkembangan Amerika nie akan membentuk jalan mana yang akan dilalui masyarakat dunia termasuk kita di Malaysia... Kita kena ingat, kalau mereka membuat sekatan ekonomi kat kita... mampuih kita! Segala apa yang ada di sekeliling korang adalah barang import! Walaupun barang tu buatan Malaysa...tetap bahan asas dia barangan import!

 Jadi, ia perkara penting bagi aku... polisi Trump dan Clinton terhadap dunia berbeza... Dan dari apa yang aku dengar dan saksikan.... Clinton lebih baik berbanding Trump... Tapi sekarang di US mereka lebih memihak kepada Trump.... Semoga dunia masih aman selepas ini... Aku takut hasil dari keputusan ini, maka dunia semakin bergolak dan semakin nyatalah nanti ramalan akhir zaman yang selalu dikatakan oleh ustaz-ustaz sekarang.... Wallahualam..