Showing posts with label ramalan 2012. Show all posts
Showing posts with label ramalan 2012. Show all posts

Saturday, December 22, 2012

Kebenaran Kaum Mayan | Kalendar dan Ramalan


Kesian aku tengok kaum Mayan nie...asyik kene kutuk je dua tiga hari nie... ye la kan... semua rasa bongkak dan sombong bila ramalan si kaum Mayan yang kononnya 21 Disember 2012 adalah tarikh kiamat.... Pastu dengan takdir Allah pada tarikh tersebut memang takde benda ganjil pun berlaku... Yang ada cuma hujan lebat je...he he...

Yang memang tak percaya kiamat tu wujud memang kaw-kaw la kutuk kan..... Yang percaya pun kutuk jugak... atas sebab kiamat memang tak boleh diramal... Ermm.... Tapi kan.... aku terfikir jugak... kalau betul yang si "iman kuat" nie memang tak percaya pasal ramalan kaum Maya nie.... kenapa depa nak menyibuk jugak nak sebarkan?? He he...KANTOI...


Aku tak kutuk kaum Mayan.... Walaupun ramalan yang dikatakan tu memang tak betul... Tapi kebijakan dan kepintaran depa dalam ilmu astrologi nie memang tak boleh dipertikaikan.... Cuba bayangkan.... depa nie takde teleskop...takde teropong...takde kompas.... tapi depa boleh mencipta TIGA jenis kalendar yang berasingan untuk menandakan hari-hari perayaan, hari bercucuk tanam dan hari kitaran alam semesta! Kita? Nak suruh buat kalendar sebulan pun jangan harap mampu kan kalau takde alat canggih... Duk sibuk main angry bird jeee... Duk tweet tweeeeet... Duk Instagram je keje kan.....

Sebenarnya yang mempopularkan ramalan kiamat tu bukannya kaum Mayan... tapi si pengkaji omputeh yang dungu dan takde iman tu.... Memang niat nak menyesatkan kot... atau depa nie memang betul-betul percaya yang depa boleh meramal hari kiamat...Dan ditambah pulak dengan geng-geng yang suka bergosip.... macam sesetengah dari kita nie haa.... Baru dengar berita panas sikit....mula lah ada rantai gosip ke sana ke mari... Betul ke tak... belakang kira... Gosip dulu!!

Sebenarnya kaum Maya nie bukan peramal kiamat.... depa cuma pengkaji pergerakan bulan dan bintang yang mahir.... Berakhirnya kalendar depa pada 21 Disember 2012 adalah sekadar menunjukkan berakhirnya satu kitaran besar dunia.... Ada orang kata kitaran nie bersamaan kitaran matahari kita mengelilingi pusat galaksi... ada juga kata akan lengkap satu kitaran menyebabkan satu unjuran planet berada selari dengan matahari... Dan ada juga mengatakan ia adalah kitaran umur bumi... 26,920 tahun... 


Mengikut kitaran bumi tu.... ia dikaitkan dengan hilangnya Atlantis... berlaku banjir besar Nabi Nuh.... dan lain-lain... Ia adalah kitaran peredaran dari satu zaman ke satu zaman..... Haaa.... yang nie ler yang pakat duk kalut duk sebar kata kiamat akan berlaku.... Walhal jika benar pun...ia cuma satu peralihan zaman... Mungkin berbalik kepada zaman pedang dan panah kot....Paling teruk... mungkin berlaku banjir besar lagi seperti zaman Nabi Nuh a.s.... Semuanya dalam kuasa Allah... Semua ada kemungkinan...:)

Dan yang paling bes..... Dalam banyak-banyak ramalan dan tanggapan tu....TIADA SATU PUN tafsiran dan taksiran pengkaji nie diyakini 100% betul dan benar... Ha ha ha ha... Yang duk percaya sampai ada yang bunuh diri tu apesal? Yang paling keji....duk kutuk-kutuk kaum Mayan nie kononnya tak percaya....Depa tak bersalah pun dalam hal nie.....adoi.... 

Kalau korang nak tahu lebih pasal Mayan nie.... boleh la cuba tengok sendiri kehebatan senibina dan ilmu kaji bintang depa yang memang hebat... Walaupun hidup takde ipad dan iphone, takde laptop dan komputer... Tapi depa boleh menanam secara sistematik pada musim yang tepat dan binaan bangunan depa selari dengan kitaran matahari dan bintang di langit.... Dan salah satu kalendar depa adalah lebih kurang sama dengan kalendar moden yang kita guna sekarang nie... iaitu berjumlah 365 hari! 


Cuma mengikut kajian scholar Islam... Kalendar Mayan memang ada maksud tersirat yang patut diambil perhatian... Ia termasuk dalam ilmu Esketologi dalam Islam... Tahu tak ape tu ESKETOLOGI? Kalau tak tahu....baik jangan duk ikut sedap mulut nak kutuk dan keji orang... Dari duk buang masa mengutuk..baik korang sendiri kaji di masa lapang.... Lebih baik dari tidur di waktu asar dan lepak goyang kaki di kaki lima....ataupun bergosip di Facebook dan Twitter... Aku cuma bagi hint... kalendar Mayan nie ada persamaan dengan banyak kajian lain di seluruh dunia... Kajian Borobudur... kajian Piramid mesir... kajian Surah Ar-Rahman.... dan lain-lain...Ia adalah salah satu kajian SEJARAH yang patut diterokai dan difahami untuk menambah kesedaran diri... :)

Pasal apa yer? Pasal apa??? Haaaa...... yang penting bukan pasal kiamat.... Ia cuma satu kajian saintifik berkenaan kaitan kitaran bulan dan bintang di langit dengan kesannya pada kehidupan di dunia nie.... Ia juga mengandungi sejarah yang lebih kurang sama dengan kebanyakan kaum lain... Satu kebenaran yang masih terkambus dan cuba ditutup oleh sesetengah pihak... yang akan memberi kesan kepada seluruh manusia di dunia...Kesan yang mungkin tidak dirasai secara drastik tetapi dapat dirasai bagi yang ada ilmu dan inginkan kebenaran di dunia nie.... Bagi yang hanyut dan menjauhi Islam...Korang takkan rasa...tahu-tahu je mati katak... Tahu-tahu je dah dalam alam kubur... Masa tu baru nak menyesal... Takde guna...Wallahuallam....:)

P/S: Cepat mintak maaf kat Mayan...he he he...

Thursday, January 19, 2012

Peristiwa-peristiwa Yang Berkaitan Dengan 2012

Tahun 2012 nie antara tahun yang femes kot...... Dulu....tahun 2000 menjadi femes giler sebab berlaku masalah dan konflik berkenaan coding kan....[kalau tak silap la].... Tu yang timbul Y2K tuu..... Sekarang nie tahun 2012 pulak...Sebabnya....banyak sangat yang berkaitan dengan tahun 2012... Antaranya....


Ramalan Kaum Mayan
Mengikut kalendar kaum Maya... tahun 2012 adalah tahun berakhir nya kalendar kaum mayan... Masyarakat Barat menganggap ia adalah ramalan berakhirnya kehidupan kita semua iaitu KIAMAT.. Ermm.... Bagi sesetengah pihak... ini bukan menandakan hari kiamat.... Ini menandakan satu kitaran kehidupan lain atau fasa kehidupan yang baru bagi kitaran semulajadi yang berlaku setiap beribu tahun.... Ada yang mentafsirkan... akan ada seseorang yang TURUN DARI LANGIT..... Alien?? Ha ha ha.... Alien nie wujud ker? Bagi aku memang wujud!!!

Tapi kita semua dah tau alien tu sape.... Alien nie sebenarnya jin-jin yang selalu diberitahu dalam Quran tu... Haih.... Tapi berkenaan yang turun dari langit tu.... sesetengah scholar islam berpendapat... Ia adalah peristiwa turunnya Nabi Isa a.s ke bumi.... Hmm....Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.....


Ribut Solar
Pasal ribut solar nie.... korang boleh cek di entri aku yang lepas di SINI [link].... Aku dah bercerita panjang lebar pasal nie.... Sebab nie bukan berita palsu.... Siap ada kajian dari para pengkaji sains angkasa lagi.... Korang boelh jugak search di Internet berkenaan ribut solar nie dalam Youtube bertajuk Solar Storm 2012... Ia pernah berlaku dengan kesan yang minima di beberapa bandar di Eropah.... Tapi di tahun ini [2012]... diramal berlaku ribut solar yang boleh memberi kesan kepada seluruh penduduk dunia..... Wallahuallam...


Pergerakan Aturan Bumi
Ini pun masih dalam kajian para pengkaji dunia..... Ini bukannya gosip-gosip hangat tanpa apa-apa sumber yer.... Sebenarnya aku tak tau nak terjemah ke dalam bahasa melayu yang tepat pasal benda nie... Dalam BI nyer.....POLAR SHIFT.... Ini pun ada kaitan dengan tahun 2012.... Sebab......Mengikut sesetengah para pengkaji...... Polar Shift akan berlaku secara drastik pada tahun 2012..... Senang citernyer.... Kalau betul berlaku polar shift yang besar nie.... Benua takkan menjadi tujuh benua macam sekarang nie..... Mungkin akan bercantum antara satu sama lain dah lepas nie.... Dan jugak..... Gempa bumi besar akan berlaku....Tsunami akan bermaharajalela.... Dunia akan porak peranda.... Pergh.... Kalau la betul...memang sakit la kan..... Ada jugak yang mengaitkan polar shift nie dengan bunyi-bunyi aneh yang kedengaran hari tu.... Hmm....


Lintasan NIBIRU
Korang tau tak Nibiru tu aper? Nibiru nie adalah satu planet di luar dari sistem angkasa kita.... Dikenali sebagai PLANET X..... Dikatakan pada tahun 2012.....planet Nibiru nie akan melintas antara matahari dan bumi seakan-akan sebuah komet yang besar!.... Perkara nie berlaku pada setiap kitaran beberapa ribu tahun... Tau tak apa effect dia kalau betul? Kesannya sama macam kesan daya tarikan graviti bulan dan matahari kepada air pasang surut kita... Tapi kali nie tambah sebijik lagi....NIBIRU.... Akan ada daya tarikan graviti dari Nibiru nie yang akan memberi kesan kepada kitaran semulajadi bumi....Dan yang paling menakutkan apabila dikatakan kesannya boleh menyebabkan berlakunya letusan gunung berapi besar-besaran dan jugak peredaran bumi berhenti seketika selama tiga hari!! Erm...... Boleh cek sendiri yer....aku dah lama tak update pasal NIBIRU nie....


Penjajaran Seluruh Planet
Angkasa lagi...ha ha ha.... Kali nie penjajaran seluruh planet di dalam sistem angkasa kita..... Korang pernah tengok citer Tomb Rider? Tak ingat dah yang nombor dua ker....yang pertama punyer.... Dia ada cakap pasal ritual satu pertubuhan dengan penjajaran planet.... Mungkin tu dalam movie kan...ditokok tambah... Tapi berkenaan penjajaran tu dikaji akan berlaku sebenar-benarnya pada tahun 2012! Banyaknyer event yang akan berlaku di tahun 2012........ Tangan yang menaip nie pun dah gigil.....


Kajian Borobudur
Ni aku rasa tak berapa popular..... Tapi aku pernah jumpa berkenaan kajian beberapa pengkaji arkeologi menganggap.....Tahun 2012 nie jugak dipersetujui ada benarnya sama dengan kajian kaum Mayan mengikut rekaan struktur Borobudur di Indonesia.... korang boleh search di internet atau boleh jer tengok video dier di bawah nie... Tapi tetap bagi aku...bukan KIAMAT.... ia cuma pertukaran fasa kehidupan...




Surah Ar-Rahman
Ini baru kot..... ada orang mengkaji dan meramal berkenaan kaitan surah Ar-rahman dengan konsep nombor tujuh....Aku pun tak berapa faham.... Tapi korang boleh tengok beberapa link yang mengaitkan surah Ar-rahman nie dengan tahun 2012.... Kajian nie takdela direct kepada tahun 2012.....Tapi kaitannya dibuat berdasarkan tahun hijrah kita.... Dari apa yang aku dapat simpulkan... akan ada 31 peristiwa besar berlaku pada tahun 2012....iaitu sama banyaknya dengan ulangan satu ayat yang selalu diulang dalam surah Ar-rahman... Antaranya di link nie: 





Tahun Naga Dalam Kalendar Cina
Ada lagi....kali nie berkenaan tahun bangsa Cina pulak.... Pada tahun nie.... tahun Cina adalah TAHUN NAGA... bagi kaum Cina...tahun naga nie adalah satu tahun yang sangat istimewa kerana tahun naga adalah satu-satunya tahun daripada haiwan mitos..... Ada yang mengatakan... peristiwa besar selalu berlaku pada tahun naga.... Ada jugak terdengar yang naga adalah haiwan yang menjaga pulau yang diduduki Si Dajjal tu... Aku tak jumpa mana-mana sumber berkenaan hal nie.... Jadi ini cuma satu info tambahan.... 

Itulah sedikit sebanyak yang aku simpulkan berkenaan peristiwa-peristiwa yang diramal akan berlaku pada tahun 2012....KIAMAT? Jangan mudah kene tipu.... Dalam Islam sendiri menyatakan bahawa hanya ALLAH SAHAJA YANG TAHU AKAN HARI KIAMAT.... Ini bukan hari kiamat.... Mungkin ianya cuma satu persitiwa yang pernah diberitahu Rasulullah s.a.w: 

Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari rumahnya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah “, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.
Wallahuallam.... kita tengok je ler.... Nak tak nak kene hadapi jugak tahun 2012 nie kan.... Ajal maut di tangan Tuhan... Kalau dah tertulis akan nama kita dalam buku malaikat maut... Sembunyi mana-mana pun akan mati jugak kan..... Apa yang penting.... Sama-sama la tambah ilmu agama....tambah pahala... hafal la doa-doa atau mana-mana surah dalam Quran tu.... Udah-udah la tu hafal lirik sesaje... Membazir memori otak korang jer....

Semua ramalan tu tak semestinyer betul.... Tapi apa yang pasti..... KITA SEMEMANGNYA BERADA DI AKHIR ZAMAN..... Bukti dari hadis nabi sudah sangat nyata.... Semua petanda kehidupan akhir zaman.... dah pun terjadi hampir kesemuanya... Itu bukan ramalan....itu wahyu Allah yang diturunkan kepada nabi... Yang kat atas tu.... itu baru ler ramalan.... Tapi bukan ramalan kosong...ia berdasarkan kajian dan ilmu pengetahuan... 

P/S: Aku rasa ada lagi peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan 2012 nie.... nanti korang tambah la yer.....:) Salah satunya....PILIHAN RAYA...hihihi