Saturday, February 4, 2012

Biodata Ustaz Dr. MAZA | Latar Belakang


Sebelum nie aku ada buat biodata Ustaz Azhar Idrus.... Biodata Ustaz Don.... Kali nie aku simpulkan biodata Ustaz Dr. MAZA pulak..... Sape yang tak kenal lagi.....mari lah kita berkenalan dengan ustaz-ustaz nie... Kita hafal nama-nama ustaz pulak....Selalu duk hafal nama artis je kan....:D

BIODATA Ustaz Dr. MAZA

NAMA: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
NAMA PANGGILAN : Dr. MAZA
TAHUN LAHIR: 1971
TEMPAT LAHIR: Bukit Mertajam, S. Perai, Pulau Pinang

PENDIDIKAN FORMAL:
  • Sek Men Agama Al-Irsyad, S. Perai, P.Pinang
  • Kolej Islam Klang
  1. B.A (hons) B. Arab/Syariah University Of Jordan
  2. M.A Pengajian Islam USM.
    Tajuk: Al-Sahabah: Kontradiksi Antara Nas-Nas Islam Dengan Riwayat Sejarah.
  3. Ph.D, Islamic Revealed Knowledge And Haritage (Al-Quran And Sunnah Studies), UIA (2003)
    Tajuk: Sabab Wurud al-Hadith: Dirasat Tahliliyyat Bi Tarkiz Khas ‘ala al-Dawabit wa al-Ma’ayir.
  4. IJAZAH HADITH: mendapat 5 ijazah sanad menerusi jalur ulama India (2001). 

JAWATAN:
  • Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, USM. (JAWATAN TETAP)
  • MUFTI KERAJAAN NEGERI PERLIS (dipinjam dari USM oleh Kerajaan Negeri Perlis bermula 1 Nov 2006 – 30 Nov 2008).
ANUGERAH:
  • Darjah Kebesaran Seri Sirajudin Perlis (SSP), Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Ke-62 DYMM Tuanku Raja Perlis.
  • Penerima Anugerah Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1427H.
  • Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Perlis Tahun 1429H
  • Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah USM Tahun 1430H
WEBSITE Dr. MAZA:

Kalau nak yang detail lagi...korang boleh la merujuk sendiri dari website Dr. MAZA tu.... Aku cuma cuba berkongsi sahaja... Usaha memperkenalkan nama-nama pendakwah supaya lebih dikenali di mata masyarakat.... Tidak ada unsur-unsur politik yer.... :)

P/S: Lepas nie sape pulak yer.....Hmmm.....

No comments: