Exabyte

Thursday, January 5, 2012

Siapakah Ustaz Azhar Sebenarnya ? | Biodata Ustaz Azhar Idrus

Terlebih dahulu....ingin dinyatakan di sini.... Kepada sesiapa yang nak dengar gosip murahan....fitnah caci mencaci.... Carut mencarut... Bukan di blog nie yer.... kalau nak..korang pegi la blog-blog yang suka memfitnah dan mencarut....Di sini sekadar berkongsi pendapat secara santai dan menyampaikan mesej berguna kepada pembaca blog..... Sekarang kecoh pulak pasal Siapakah Ustaz Azhar idrus nih...... Apa latar belakang ustaz Azhar Idrus.... Dari mana asalnya ustaz Azhar Idrus.... Kerana ada gosip dan fitnah lagi ditabur pihak tertentu... Astaghfirullah...

Aku sangat terkejut kerana ada jugak yang sanggup menuduh dan memfitnah Ustaz Azhar Idrus nie.... Nak kata beliau nie suka kacau orang....takde kan.... Nak kata ustaz nie masuk bertanding wakil rakyat.... pun takde lagi stakat nie..... nak kata ustaz ada fitnah orang....pun takda.... Tapi kenapa beliau tetap jadi mangsa?? Inilah barangkali konsep kehidupan akhir zaman.... Sape perjuangkan agama... HIDUPNYA PASTI DITENTANG HABIS-HABISAN......

Pasal fitnah yang ditabur tu... tak kisah la parti mana kan... Aku cuba cari sumber sahih pasal kes tu..... Apa yang aku jumpa..... KOSONG.... TAKDA.... Apa yang sorang blogger tu duk bagitau... Takde bukti kukuh.... Cakap kosong duk tabur cerita panas... Kalau yer ada orang bagitau.... Boleh dipercayai ker si mamat pencerita kisah dongeng tu? Patut ditanya pasal biodata si mamat yang bercerita tu.... Pernah menipu ke tak....seorang yang soleh ke tak.... solat tak tinggal ke tak... Otak dia weng ke tak.... Kalau suka duk mencarut pun tak boleh pakai cerita nya.....

Yang kedua.... dalam ramai-ramai penduduk di Malaysia nie... Kenapa nak hentam seorang ustaz yang cuba menyebarkan ajaran agama Islam? Aku rasa ramai lagi orang kenamaan yang patut dijadikan tajuk cerita... Kisah yang terbukti ada bukti yang sahih.... Untuk dijadikan pengajaran...Bukannya tuduhan melulu tanpa segan silu..... Jangan la kerana parti politik korang sanggup membelakangkan ajaran agama! 

Kepada blogger yang rasa nak tahu akan siapakah Ustaz Azhar sebenarnya.... Korang boleh la menghadiri ceramah-ceramah agama atau kuliah agama beliau yang diadakan berdekatan dengan kawasan anda..... Tanya sendiri secara face to face.... Tengok sendiri apa karakter ustaz yang sebenar... Kepada siapakah yang selalu kene perkataan "BODOH" tu.... Kepada korang ke kepada orang-orang fasik dan kafir yang secara terang-terangan menentang Islam?

Inilah sedikit sebanyak latar belakang atau biodata Ustaz Azhar Idrus
  • Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
  • Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
  • Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
  • Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
  • Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.

Aku cukup terasa bila ulamak ditentang.... Kalau ulamak sesat ditentang takper.... Tapi ulamak yang mengajar ajaran mengikut kitab Quran dan Hadis yang dipersoal.... Aku ulang sekali lagi... JANGAN KERANA GILAKAN PARTI POLITIK, PERJUANGAN KORANG TERPESONG KE JALAN YANG SESAT.... Tak berbaloi.... Jangan dicuba tegakkan benang yang basah.... 

Bagi aku...UMNO, PAS, PKR hanyalah parti politik... Perjuangan asal yang cukup selari dengan perkembangan negara... tetapi sayang..Tak sama agendanya dengan pengikut-pengikutnya... MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA! Jangan kita pulak yang lebih-lebih tak tentu pasal... UMNO, PAS, PKR sepatutnya berada di bawah payung yang sama... ISLAM!! Jangan lupakan ajaran ISLAM semata-mata sayangkan parti ciptaan manusia tu.... TOLONG LA FAHAM...... Hentikan la segala fitnah.... Kalau betul sekalipun... Kita sebagai umat islam dilarang membuka aib orang semata-mata untuk kepentingan diri sendiri...apatah lagi kepentingan parti...

Ini video pasal ustaz

P/S: Umat akhir zaman: Ulamak dipancung! Musuh Agama Disanjung!

26 comments:

uchu said...

tanda2 dunia akhir zaman...ulama' dikecam...

Crew Fathi said...

Kesian ustaz,, Pasal politik dia kena jugak.. adoi.. Manusia-manusia... Tak pernah puas dengan kenikmatan yang Allah beri.. #Sedih...

suha said...

teruk kan?politik punya pasal,nak mengundi punya pasal,ustaz yg boleh bntu kita bg ilmu akhirat,ditentang..tnda2 kiamat..moga kita terlepas dr menjadi mnusia jahil camtu..insyAllah :)

Cik Emie said...

Takut sgt dgn aura ustaz azhar..akhir zaman, kemungkaran y disanjung

Sunah Sakura said...

alhamdulillah...bagus entri ni...

encik Cool said...

sedih sgt melihat masyarakat skrnag nie yg memandang rendah terhadap ustaz2!!

BeloG MTT said...

Tak kira lah dia dari parti mana asalkan apa yang di perjuangkan tak bertentangan agama kan. Dia bagus,banyak dapat menarik minat anak muda :')

Hanafiah said...

Salam kenal,

Dah tiga tahun kami duduk merantau, masa tinggalkan tanahair fenomena UAI takde lagi. Seronok dengar ceramah dan pendekatan beliau. Dan sedih sangat bila beliau dan Sham dihentam.

alla said...

dunia akhir zaman. kalau pasal rasuah yg terang2 tu boleh pulak diorg ttup mata.

Syafiq Affandi said...

Teruskan Usaha Mu Ustaz Azhar,,

Anonymous said...

PAS dan UMNO tak boleh bersatu kerana UMNO memisahkan politik dengan islam. UMNO guna dasar bangsa. Arab jahiliah dulu pun berjuang atas nama bangsa. Nabi Muhammad SAW datang, hapuskan perjuangan atas dasar bangsa.

Dr Hafiz said...

Assalamualaikum, lama tak singgah sini.. ulamak pewaris nabi.. Sokong ulama bererti sokong perjuangan nabi...

kerja kosong terengganu said...

Apa-apa pun, ianya a nice blog content!

asm said...

Assalamualaikum...
First time singgah sini.Tahniah atas blog ini.Sesungguhnya para ulamak yang benar itu tidak bersendirian dalam perjuangannya.Mereka bukan sahaja dikagumi kerana keilmuannya tetapi dikasihi,disayangi dan dimuliakan oleh mereka yang mukmin.Apabila mereka dimatikan oleh Allah,maka ia adalah satu bala besar bagi umat.

I'M SARAWAKIAN said...

Alhamdulillah kerana ada usaha mereka (anda) yang mempertahankan Islam dan ustaz. Teruskan perjuangan anda menyedarkan mereka yang lalai dan lupa akan ajaran agama kerana terlalu tkasub dengan parti2 politik.

ms. t.. said...

Kta patut bersyukur kerana d beri oleh Allah ulama2 yg bole.membimbing kta semoga kta tidak d dlm kesesatan insyaallah.. Kenapa mesti berdengki dan mengutuk seseorang yg membawa ke arah kebaikan dgn jalan Allah. mungkin hati mereka tlah hitam sampai tidak mahu tahu atau paham nilai ilmu dr ulama/ustaz. smoga Allah memberi petunjuk kepada mereka... Amin

Anonymous said...

Name pun dunia akhir zaman,.sesetgah manusia susah nk trime sesuatu yg bek..doa je sm0ge Allah bkakan pintu hti dorg..dan yg mash berada di jalan yg baik,kte kene teruskn!kte la pejuang agama kte!

jas said...

Segelintir aje yg xsuka moga Allah beri hidayah Kat dia

Umm'meca said...

Just remember when one is reaching out to ALLAH and heading towards a light of Iman in Islam there will surely be a moron out there who will go against it. This is life, as in arabic says al'mahaya..do not put ourself in the their level, I may not know Ustaz Azhar Idrus personally but deep inside my heart I have so much LOVE and RESPECT for him. Let people talk, the empty vessels make the most noise. Kalau orang bodoh dan gila, kalau kita layan kita tidak akan menang, kemungkinan pun kita jadi gila mcm mereka..our hand will not have any sound or impact if only one hand is pushing, it takes two hands to clap..or another words it takes two to tango...just let it be, ALLAH knows it all..I believe Ustaz Azhar Idrus have so much impact in my life,alhamdulellah and if I happen to be in Malaysia and with ALLAH's blessing I would love to attend his speech.insyallah.
.

Ayen... said...

kwn suka n sokong ustaz azhar idrus...

Azriff91 said...

ZAMAN SEKARANG KAN.KAHKAHKAH

maimunah azanoraini said...

good luck

Wan Kama Wan Musa said...

Syukur dgn adanye video uai... ianya telah banyak mengubah cara hidup ku dan keluarga. Video nye lah tempat kami sekeluarga membuat rujukan dalam menjalani kehidupan harian... syabas uai.. kami sekeluarga menyokongmu... alhamdulillah....

Anonymous said...

Bagus entry ni...truskan ustaz azhar idrus...

pesot azzallee said...

Good2..aku benci mereka yg hina islam..

pak aji said...

assalamualaikum,
Satu soalan, satu jawapan, satu ilmu,satu kemusykilan agama terlerai.....soalan pak aji,kenapalah Hamba ini difitnah kerana membawa manusia suka kpd agama Allah? Kalau kita semua mampu ayuh buat spt UAI, bia semua hiburan yg melalaikan muflis

Ping your blog