Saturday, July 23, 2011

Keputusan Dan Analisis Malaysia vs Singapura | Kelayakan Piala Dunia 2014


Malaysia menentang pasukan Singapura untuk menentukan siapakah yang akan layak bersaing untuk pusingan peringkat kumpulan untuk menentukan pasukan yang bakal bertanding di Piala Dunia 2014 nanti.... Pasukan kita dibarisi Safee Sali, Syafiq Rahim, dan lain-lain akan cuba melawan habis-habisan untuk menunjukkan semangat Harimau Malaya kita... Permainan pertama akan berlangsung di Padang Besar, Singapura...

Untuk separuh masa pertama, Malaysia dan Singapura saling menyerang antara satu sama lain.... Dengan padang tiruan.....nampaknya Malaysia agak kurang biasa dengan keadaan padang sebegitu.... Malaysia berjaya mendahului tetapi SIngapura pantas mendapat rentak kembali.... Dalam minit ke-21....Singapura mendapatkan free kick berdekatan gol Malaysia...Dan hasilnya, mereka berjaya mendahului Malaysia dengan jaringan cantik....Dalam minit-minit terakhir masa pertama....Singapura berjaya menambah dua lagi gol dalam 2 minit! Gol-gol itu bagi aku hasil dari kealpaan defend Malaysia..... Haih...Keputusan terkini... Malaysia 1 - Singapura 4..

Nampaknya defend pasukan senior kita tetap rapuh seperti lawan Arsenal dan Liverpool.... Mengharapkan tuah Safee Sali dan Syafiq Rahim sekarang nie.... Memang nampak Malaysia bermain dengan gugup dan di bawah prestasi sebenar.... Kalau berterusan macam nie... Memang teruk la kita....

Separuh masa kedua bersambung.... dan permainan sememangnya rancak dan saling tarik menarik.... tetapi Syafiq Rahim saje cari nahas dengan menerima kad merah pertama perlawanan.... nampak macam nasib makin tidak menyebelahi Malaysia.... Duk dalam 5 minit kemudian... Gunalan berjaya memaksa pemain defend Singapura membuat kesalahan dan menerima kad merah juga... Permainan bersambung dengan kedua-dua pasukan bermain dengan 10 pemain....

Nasib Malaysia nampaknya kembali bersinar..... Abdul Hadi berjaya merapatkan jurang dengan sepakan rendah di depan gol selepas mendapat hantaran lintang dari pemain bek kanan kita.... Daan...... Safee sali berjaya mendapatkan gol ketiga Malaysia dengan sepakan yang terkena pemain pertahanan Singapura...Dalam keghairahan mencari gol penyamaan....Defend buat hal lagi.... Depa melepaskan lagi satu gol untuk Singapura...

Malaysia 3 - Singapura 5

Syabas Safee Sali dan S. Gunalan kerana engkau la pemain Malaysia terbaik malam nie!!

Perlawanan timbal balik akan berlangsung di Stadium bukit Jalil pada 28 Julai 2011 nie!

4 comments:

Pn. Sheila said...

kesian team kita... byk perlu dibaiki...

||aLeaSaRa|| said...

apa2 pun kite bangga sebab team malaysia mmg lahir dan membesar di msia.bukanmacam singapura dok import je.puas cari muka tempatan singapore kat padang tu he3....

-✿Ayu✿- said...

huhuhu...xpe la... kalah pun..janji sume anak jati malaysia... bkn cm singapore.. import je yg rmi... mungkin ade kecacatan dgn defend n keeper... mghrpkan yg terbaik utk 28 july nt..huhu

Rozali said...

Assalamualaikum PW

kita balas di kl nanti
Insyaallah

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Wassalam