Sekarang duk sibuk pasal boikot McD kan.... Tapi ada satu lagi yang sepatutnya kita boikot seboikot-boikotnya.... iaitu COCA-COLA... Sape kat sini suka minum coca-cola....sila berhenti beli dan minum.... Kenapa? Sebab korang lah antara penyumbang terbesar tentera Zionis Israel membedil masyarakat di Palestin....
Ok....ini antara maklumat yang aku dapat dari sumber-sumber yang diberitahu oleh rakan-rakan di Facebook dan juga rakan seperjuangan memperjuangkan Islam tentang COKE nie...
- Syarikat Coca-Cola menyokong Israel sejak tahun 1966.
- Pada tahun 1997, Government of Israel Economic Mission menganugerah syarikat Coca-Cola selepas lebih 30 tahun mereka (Coca-Cola) menyokong Israel.
- Presiden/Chairman Coca-Cola Israel (Central Bottling Company) iaitu Moshe Wertheim adalah ahli Israel-America Chamber of Commerce (Sumber : http://www.amcham.co.il/
chambermembers/details/7/80). Beliau juga adalah bekas Presiden pertubuhan berkenaan (Sumber : http://www.amcham.co.il/about/ executive-committee). - Salah satu misi Israel-America Chamber of Commerce ialah meningkatkan
dan mengukuhkan hubungan ekonomi di antara Amerika dan Israel.
Misi-misi lain boleh dibaca di http://www.amcham.co.il/about/
missionstatement. - Syarikat Coca-Cola secara tidak langsung menyokong usaha-usaha lobi
Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika-Israel @ AIPAC (The American Israel
Public Affairs Committee) apabila menjadi Gold Sponsor "The Eagle Star
Awards" kali ke-8 yang dianjurkan oleh American-Israel Chamber of
Commerce yang mana AIPAC dianugerahkan "Community Partner Award" (Sumber
: http://www.eaglestargala.com/
2009 dan http://www.eaglestargala.com/ 2009/sponsors.html). - Di antara misi utama AIPAC ialah memastikan Amerika terus menyokong
Israel, begitu juga menyokong ketenteraan Israel dalam menentang
'keganasan' Hamas dan Hezbollah. AIPAC secara terang-terangan
menggunakan perkataan terrorist dan terrorism di laman web mereka.
(Sumber : http://www.aipac.org/
about_AIPAC/default.asp). - Mempunyai kandungan alkohol ! Kalau macam tu, HARAM la kan? Ke caner ek... (Sumber: http://newsfeed.time.com/2011/02/15/is-this-the-real-thing-coca-colas-secret-formula-discovered/ )
Siap bukti-bukti lagi tu.... Susah ke nak berhenti beli air coca-cola nie? Tak susah kot... sebab bermacam-macam air lagi ada di Malaysia nie... Air susu...air sirap bandung...air teh o limau... bermacam jenis lagi....Setakat boikot satu jenama...apalah sangat kan?
Baik...apa pula kata Ustaz Azhar Idrus? Nie videonya.....
Ok....Ribena pun termasuk tu... Aku rasa Fanta pun termasuk...tapi tak
pasti... Tapi Coca-cola memang pasti...ingat tak isu coca-cola
menterbalikkan "Allah" dulu-dulu... Sememangnya dah banyak konfrontasi
yang dibuat oleh Coca-cola nie terhadap Islam... Tapi kita je dungu dan
kelu masih beli produk depa... Depa duk bagi duit sembelih sedara
kita...kita duk kaya-rayakan depa... BIJAK nyer kita kan...:)
Kepada yang sebelum ni sokong Ustaz Azhar Idrus....Itu yang diberitahu...Nak sokong tak? Ke nak sokong separuh-separuh je... Ke ada hujah nak dibentangkan mempertahankan Coca-cola yang disayangi lagi disukai tu... Sama macam McD... Baik berhenti beli... sebab satunya pemakanan tak sihat...yang kedua berjuang dan bantulah perjuangan Palestin tu... We r unite bukan?
P/S: Kalau ada promosi percuma...ambil je..pastu buat cuci mangkuk tandas!! Komfem bersih tandas..:D
3 comments:
hihi...boikot sana sini..sekejap je bro.. lepas tu, beli semula..mentaliti dan dah dibiasakan dgn semua ni ..sebab tu tak leh lari dari brg2 mereka
@Syaifuddin Alias: Sekejap tu maknanya tidak berjuang demi menegakkan Islam... itu sekadar trendy... Kalau kita tak mulakan..sape yg nak? Please be positif..:)
rata2 ramai yang boikot bermusim je. hmm
Post a Comment