Saturday, October 19, 2019

Panggung Wayang Family Friendly | MBO Kecil


Bagi mencari-cari mana nak layan movie di cinema tanpa perlu tinggalkan anak-anak, bolehlah melayan di panggung wayang family friendly yang disediakan di MBO Cinema nie.. Diberi nama MBO Kecil. Khusus untuk nak layan movie di panggung wayang family friendly. Selepas melayan movie di panggung wayang MBO Kecil, kesimpulan ringkas: Terbaik!

MBO Kecil
Dah lama nak merasa panggung wayang MBO.. Selalu pergi yang GSC dan TGV je sebelum ni. Apabila MBO ada sediakan satu tawaran menarik untuk cerita Maleficent: Mistress of Evil , apa lagi, peluang la nak cuba sambil dapat free gift. He he.

Kami cuba di MBO Atria Shopping Gallery dekat Petaling Jaya. Agak jauh dari rumah tapi sebab nak try kan, sekali sekala ok la drive jauh sikit ke sini. Lagipun tak pernah lagi sampai di Atria Shopping Gallery nie. Sambil layan movie di panggung, boleh jalan-jalan sekali.. 

Atria Shopping Gallery
Nak ringkaskan cerita, maka kami masukla ke panggung wayang MBO Kecil nie. MBO Kecil adalah khusus untuk panggung wayang family friendly. Untuk seat dalam panggung, selesa. Amat selesa kalau dapat yang sofabed tu. Ada juga seat yang macam biasa tapi alang-alang nak cuba kan, kami ambil yang sofabed. Fuhh.... memang selesa. 

Seat sofabed ni boleh untuk empat orang tau. Jadi kalau tengok harga tiket tu memang la mahal sikit. Tapi kalau untuk empat orang, berbaloi apa. Tak la mahal sangat. Bayi atau kanak-kanak bawah 100cm tak silap free je. Cuba tengok kat gambar tu, belah hujung.. siap bawak selimut tu boh! Oh... satu lagi, sebelum terlupa, yang mana bawak stroller tu kan, disediakan tempat simpan stroller untuk anda.

Seat sofabed
Tempat simpan stroller
Kebetulan masa pergi tu penuh sangat, anak-anak nak duduk seat depan. Sebabnya, kat depan ada playground! Senang nak main lepas tu nak tengok cerita. Biasalah, budak-budak, nak main sambil tengok cerita. Mana boleh duduk diam macam kita nie kan. 


Playground dalam cinema
Sound dia pun tak kuat sangat, pencahayaan pun tak gelap sangat, exit pun satu jalan je.. Jadi senang nak pantau anak-anak. Pop corn dia pun terbaik! Tapi popcorn panggung wayang semua sedap kan? Ha ha.

Dum dam dum dam... habis cerita. Masa tulah freegift diberi kepada yang mana hadir. Semua mak ayah dan anak-anak dapat sorang satu. Haa... kan berbaloi mencuba time nie. Dapat tengok cerita dengan satu family, semua happy, dapat freegift...Pergh... sempurna weh! 


Jadi, tak payah la nak tinggalkan anak-anak lepas ni kalau nak layan movie di panggung wayang. Bawak je sekali... Kat Malaysia ada banyak dah panggung wayang family friendly nie.. Carilah di lokasi terdekat. Nak yang terbaik, setakat ni MBO Kecil yang terbaik! 


Sunday, October 13, 2019

Sewa Sound Light, PA Sistem, LED Panel, Pentas

Sewa Sound Light, Pentas, Goal Truss
Dalam sesuatu event, kebanyakan mesti nak guna PA sistem. Jika ada melibatkan nyanyian, biasanya memerlukan sound system yang lebih power dan besar. Lighting juga kena ada bermacam-macam untuk memberikan pencahayaan yang lebih menarik. Jangan risau, kami ada sediakan sewaan sound lighting dan PA system untuk anda.


Jika anda inginkan pentas siap dengan goal truss, dan sistem lampu dengan sound yang lengkap seperti dalam konsert pun kami boleh sediakan. Bukan sahaja sound dan lampu, panel LED juga boleh kami sediakan untuk memeriahkan lagi persembahan event anda.

Jika inginkan pentas dan sound yang biasa sahaja pun kami bersedia untuk menerima tempahan sewaan. Pentas yang biasa dan PA sistem yang cukup sekadar memberi ceramah pun kami sediakan. Kami cover untuk semua jenis sewaan sound dan light.

Pentas dan PA Sistem yang simple

Pentas dengan Rostrum dan Sofa VIP

Kelengkapan PA Sistem
Harga? Boleh wasap dulu ke nombor di bawah dan berikan detail apa yang ingin disewa. Yang pasti, harga kami berbaloi untuk anda. 

011-1697 4697 

Sewaan bukan sahaja untuk event outdoor, tapi boleh juga untuk indoor di dalam dewan. Yang penting hubungi kami dulu, dan berbincang. Sewaan dibuka untuk seluruh Malaysia, terutama di kawasan Selangor dan negeri bersebelahan (Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Johor pun boleh je..takde hal)

Try dulu, baru tahu harga kami berbaloi ke tak.

Saturday, October 12, 2019

Kupasan Belanjawan 2020 | Ringkasan Bajet 2020


Belanjawan 2020 telah dibentangkan semalam dan macam biasa,ramai netizen yang memberikan komen masing-masing. Dan dari apa yang aku baca, semua komen berpandukan emosi aliran politik masing-masing. Apa salahnya kalau kita berfikir secara matang dan neutral? Bagi aku, belanjawan 2020 boleh dikatakan bagus dan berasaskan proses pemulihan ekonomi secara dalaman. 

Untuk part bumiputera, memang banyak diperuntukkan bajet kepada seluruh bumiputra. Dan macam biasalah komen netizen duk putar alam kritik dan kutuk tapi tak baca habis. Dikatakan banyak peruntukan kepada kaum Cina dan tidak adil, sedangkan peruntukan untuk bumiputra adalah sangat banyak cuma dipecahkan mengikut agensi-agensi yang terlibat. Agensi yang terlibat ialah TERAJU, SME, TEKUN, dan PUNB. Kemon la netizen... Jangan sampai memfitnah. Dosa free je dapat.

Bagi untuk masyarakat beragama Islam, banyak ada peningkatan. Ada bajet khusus untuk bahagian pentadbiran Islam, sekolah tahfiz, malah untuk sekolah pondok yang berdaftar. Jadi bagi sekolah pondok yang belum berdaftar, sila pergi daftar cepat. ada peruntukan untuk anda. Tak perlu lagi mengutamakan derma, peruntukan dah ada. Dapatkan peluang dan manfaatkan demi kelangsungan cendekiawan agama kita. Harap lepas ni kuranglah sindiket kutip derma di kedai-kedai makan sebab sekolah tahfiz dan pondok dah ada bantuan kerajaan.

Gaji cikgu KAFA dinaikkan, cadangan bantuan khas one off kepada imam, muazzin, tok siak dan guru takmir, dan banyak lagi. Disediakan peruntukan untuk JAKIM bagi mempromosikan Rahmatan Lil Alamin bagi membangunkan pemahaman Maqasid Syariah kepada semua masyarakat di Malaysia. Kepada pihak AJK masjid, manfaatkan dan gunalah peruntukan ini, buat aktiviti untuk masyarakat setempat. Masjid bukan sekadar untuk solat dan mengaji, tapi sepatutnya jadi tempat perkembangan sosio-budaya dan ekonomi Islam.

Pembangunan Digital juga dipergiat dengan perlaksanaan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara sepanjang lima tahun. Golongan nelayan dan petani juga banyak diberikan peningkatan peruntukan. Golongan wanita juga banyak disediakan peluang dan disediakan bajet khusus. 

Golongan penganggur juga disediakan inisiatif bagi menggalakkan mereka kembali bekerja. Kenapa ada inisiatif macam ni? Sebab ramai orang kita sekarang sanggup menganggur sahaja, akibat kena pecat, berhenti kerja sebab tak sanggup nak hadap stress kerja, nak bukak bisnes sendiri tapi tak cukup ilmu, dan lain-lain. Inisiatif disediakan untuk anda, manfaatkan. Bangun balik dari lena, usaha demi keluarga tercinta. 

Kerajaan juga menyediakan inisiatif kepada bumiputra untuk bekerja di sektor pengilangan dan pembuatan bagi menggantikan lambakan warga asing. Rajinkan diri untuk bekerja, anda masuk kerja, boleh inisiatif lagi, dan dengan itu juga warga asing ramai kena hantar pulang. Selalu dengar netizen komen dekat KL dah macam bandar orang Bangla kan? So, sahut cabaran nie. kita tengok ramai lagi tak warga asing di kota raya.

Banyak lagi inisiatif kerajaan disediakan bagi membantu rakyat Malaysia terutama golongan B40, supaya dapat bebas dari belenggu kos kehidupan. Ya, fokus kerajaan dalam bajet 2020 ni lebih tertumpu kepada golongan B40. Golongan M40 tidak banyak sangat boleh merasai perubahan. Tapi ok la kan? Bukan ke kita selalu duk sebut, jurang kaya dan miskin sangat besar dan jauh? Bukankah dengan membantu B40, jurang semakin dekat? 

Cuma dalam setiap belanjawan, pasti ada yang menjadi tanda tanya. Contoh untuk belanjawan 2020 ni, berkenaan penjualan rumah kepada warga asing. Harga untuk warga asing direndahkan dan inilah yang menjadi point utama pengkritik tegar. Mereka kata ini sebenarnya merugikan rakyat, membantu developer bina rumah lagi dan lagi dan lagi,mereka kaut untung.

Untuk bab rumah nie, mungkin boleh kita mintak penjelasan yang menyeluruh tentang konsep penjualan. Adakah hanya untuk rumah yang sudah siap dan sedang dibina sahaja untuk mengoptimumkan penjualan rumah yang sedia ada bagi mengelakkan kerugian atau macam mana. Jika tak dicampurkan dengan projek baru bermula 2020, bagi aku masih boleh diterima atas faktor ekonomi semasa. Walaupun begitu, yang ni aku tak berapa setuju. 

Walaupun begitu, ada peruntukan dan skim inisiatif bagi mereka yang baru nak dapatkan rumah pertama. Ada bermacam bantuan dan inisiatif. Jadi, dari duk kritik, baik manfaatkan segala inisiatif yang ada untuk tingkatkan bajet hidup kita. Betul tak?

Jika dilihat secara umum,sepatutnya belanjawan 2020 ni banyak membantu golongan B40. Dan itu sangat bagus dan kena pada masanya kerana jurang pendapatan mereka sangat jauh terpinggir. Bagi M40, mungkin disebabkan peruntukan untuk anda tak banyak, sebab tu mungkin golongan ni la yang ramai tak puas hati. Bagi golongan kaya, T20, korang dah kaya. Tak payah nak komen banyak. Bersyukurlah dengan nikmat Tuhan dah bagi tu. Nak harapkan bantuan ikhlas, berapa kerat je. 

Bagi aku, tak salah nak komen dan kritik. Tapi biarlah komen dan kritik itu untuk membina, bukan mengutuk mencari salah sekadar kerana tak sebulu. Yang bagus kita setuju dan sama-sama mengiyakan, yang buruk kita nasihatkan supaya diperbaiki. Yang penting, Malaysia adalah negara masyarakat majmuk, yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama. Perbezaan pendapat itu pasti ada, cuma kitalah yang patut menerangkan secara baik dan telus, supaya semua faham dan tahu batasnya.

Manfaatkan peluang yang ada. Bantuan dan inisiatif disediakan untuk bantu ekonomi anda. Bila anda maju dan berjaya, negara pun turut sama terkesan dan mendapat impak yang sama. Majunya sesuatu negara kerana maju rakyatnya. Jika hanya pandai mengkritik dan membawang, takat itu jugalah pemikiran kita. Bangunkan diri kita, usaha demi keluarga.. Kerajaan cuma sediakan jalan dan bantuan.. Kita yang perlu menggerakkan. Jadikan masyarakat Malaysia, masyarakat yang raji, maju dan sejahtera.