Wednesday, November 30, 2016

Dugaan dan Cubaan

Aku menulis entri ini..selepas aku menerima satu berita yang amat pedih dan perit... satu ujian yang datang bertimpa-timpa... Selepas satu..satu lagi datang... dan masih berterusan sehingga menerima satu berita pada hari nie... di mana berita itu adalah yang paling aku tak mahu dengar dan risau.... Dan ianya berlaku....

Sesungguhnya segala dugaan dan cubaan itu datang dari Allah untuk makhlukNya... adalah untuk kebaikan hambaNya.... tetapi apabila kita terkena cubaan itu...sungguh perit untuk ditelan... Ya... memang senang jika dugaan itu kena pada kawan kita...sahabat kita... kita pergi ucapkan sabar...sabar.. sabar... itu semua dugaan dan ujian dari Allah... tapi bila terkena pada diri kita sendiri... Mampukah kita?

Kisah satu pasukan kelab bola di Brazil... di mana pasukan itu berjaya melangkah ke pusingan akhir dalam satu kejohanan yang boleh dianggap sebagai European League di Amerika Selatan... Kejohanan yang kedua terulung di benua Amerika Selatan... Mereka bersorak gembira di dalam loker room... meraikan kejayaan buat julung kali dalam sejarah mereka.... Bernyanyi dan bertepuk sakan...

Tiba-tiba selepas lima hari... semua mati...hanya tinggal beberapa orang pemain sahaja yang hidup... mati kerana kapal terbang mereka terhempas... Anda salah seorang yang hidup... berada di bilik loker yang sebelumnya penuh dan bising dengan riuh rendah rakan seperjuangan... kini senyap sunyi.... Apa rasa anda...

Kisah satu keluarga yang kaya dan mewah.... hidup di satu banglo mewah... kehidupan yang sempurna... jutawan dan rupawan... Segala yang diinginkan hanya petik jari sahaja... semua boleh beli... duit banyak... setakat jatuh rm50 sekeping pun tidak terasa dan dihalalkan begitu sahaja.... Mewahnya mereka..

Tiba-tiba didatangi sakit kronik...lumpuh seluruh anggota badan.... segala harta dirompak dan dicuri perompak penyamun.. semua rakan lari dan membiarkan dirinya yang sudah tidak ada gunanya lagi.. terkontang-kanting bersendirian... rumah banglo sekadar rumah sunyi tanpa gelak ketawa... Jika itu adalah anda... apa rasa anda...

Seorang orang biasa yang hidup aman dan bahagia bersama keluarga.... tidak kaya dan tidak miskin... sekadar hidup sederhana dengan makan gaji.... tidak mengapa asalkan tidak berhutang... hidup bahagia bersama keluarga tercinta...

Tiba-tiba diberhentikan kerjanya... mata pencarian keluarga hilang serta merta.... anak-anaknya baru hendak memulakan persekolahan... rumah masih disewa... kereta masih belum habis bayar... hidup jadi tidak tenteram kerana memikirkan pasal wang pencarian yang sudah tiada... Stress dan tertekan... Nak cari kerja baru bukannya senang... sepanjang pencarian kerja...apa hendak dimakan dan diminum..untuk diri dan keluarga?? Jika itu diri anda... apa rasa anda...

Seorang pendosa... sebelum ini hidupnya penuh dengan dosa... tapi hidupnya senang dan selesa... dibua pintu hidayah menjadi orang soleh... meninggalkan dosa-dosanya.. berubah kepada kebaikan dunia dan akhirat...

Tiba-tiba hidupnya menjadi sukar... tidak lagi senang dan selesa... hidupnya penuh dengan cabaran dan rintangan... nak dapatkan rm10 sehari pun sangat susah... disantau...disihir... difitnah oleh masyarakat sekeliling..... Jika itu adalah anda... apa rasa anda... apa yang akan anda lakukan..

Hidup ini sememangnya tidak adil... Kadang-kadang hidup kita penuh dengan dosa...tapi senang... kadang-kadang hidup kita ikhlas perjuangkan kebenaran...tapi hidup dengan kesusahan dan kemiskinan... 

Dugaan dan cubaan datang silih berganti.... semuanya ujian... ada ujian kesenangan...ada ujian kepayahan... ada ujian kesihatan...ada juga ujian emosi hati dan perasaan... Bagi yang menuju ke arah kebaikan... ujian itu datang kerana Allah ingin menguji keimanan... kadang-kadang ia sangat sukar ditelan... tetapi semakin sukar ujian..semakin hebat iman kita jka menang dengan ujian...

Kadang-kadang...ujian datang bertimpa-timpa... kesusahan demi kesusahan dilalui... dalam keadaan susah itu...kita diuji lagi dengan kesusahan... diuji lagi dengan kesempitan... diuji lagi dengan keperitan... sehingga kadang-kadang kita tertanya-tanya... Kenapa Ya Allah...kenapa Ya Allah...

Dan dalam keperitan menerima ujian yang berat itu... dibebani lagi dengan ahli keluarga...rakan-rakan dan kawan-kawan yang menyindir kita...yang mengutuk kita...yang memburukkan kita.... walhal mereka hanya tahu secebis ais di atas permukaan iceberg yang besar... Tidak adilnya dunia ini... Jika ada satu microfon yang boleh kita gunakan untuk sampaikan apa yang terkandung di dalam hati... akan ku luahkan semuanya... tetapi apa gunanya...tahu atau tidak tahu...mereka tidak peduli.. bahkan sambung mengeji dan menghina..

Ibarat sepuluh makanan diberikan kepada satu keluarga... sembilannya elok...satu sahaja kurang elok...sudah pasti yang akan diperkatakan adalah yang satu itu...bukan yang sembilan itu.. Itulah dunia... Bertahun kita jadi baik... kerana sehari boleh mengubah segalanya... Bertahun kita ikhlas berkhidmat... kerana sehari boleh hilang jawatan... bertahun kita mengerah keringat..kerana sehari boleh dilupakan seperti debu ditiup angin...

Yang pasti... segala ujian itu untuk mematangkan diri kita... untuk meningkatkan keimanan kita... untuk memastikan diri kita mendapat orang sekeliling yang ikhlas dengan kita... segala ujian akan ada hikmahnya... antara yang zahir...atau yang batil... yang kita sedari atau yang tidak sedar... yang kita nampak secara dekat atau untuk kebaikan kita di masa akan datang... tetaplah bersabar... dan teguhkan iman kita...tingkatkan usaha dan bertawakal kepadaNya..... Insya Allah... kita tergolong dalam golongan yang benar dan soleh... 

Friday, November 25, 2016

Israel Terbakar | Dianggap Serangan "Terrorist"


Kebakaran di Israel 2016
Tu la bila dah paranoid sangat kan... Israel sekarang sedang menghadapi bencana kebakaran di beberapa kawasan seperti Haifa dan Shuafat.. Boleh dikatakan hampir seluruh kawasan tanah Israel terbakar.... Bencana dari Allah kepada mereka...

Tapi yang kelakar nya diorang ingat diorang diserang oleh "terrorist"... Semua penduduk yang terkena kesan kebakaran lari untuk selamatkan diri dan kebanyakan mereka ingat mereka diserang oleh orang Palestin... Haa...tau takut jugak rupanya... Paranoid...


Diorang ingat diorang la yang paling mulia di dunia nie... Diorang hina semua manusia yang lain.... Bila jadi macam nie... duk tuduh sabotaj dari luar... serangan terrorist... Ek eleh... kalut takde pasal... Dah rasa hebat sangat...selesaikanlah ujian yang sedikit dari Allah nie.. Allah bagi kebakaran sikit pun dah kalut... tu belum serangan tentera Al mahdi...

P/S: Ingin menambah pendapatan sambil belajar menjadi USAHAWAN? Ingin TINGKATKAN EKONOMI KITA SENDIRI SAMBIL MEMBANTU MENINGKATKAN EKONOMI MUSLIM??
Jom ke link ini------> SEMINAR PERNIAGAAN MUSLIM

Friday, November 18, 2016

Dunia Akhir Zaman | Ramalan Semakin Menjadi Kenyataan

Sekarang kita berbalik kepada isu dunia akhir zaman... di mana banyak hadis-hadis nabi menceritakan keadaan akhir zaman yang akan kita hadapi nanti... Daripada perkembangan dunia semasa... Daripada corak kehidupan kita... kita akan cuba cantumkan satu persatu bagaimana halatuju dunia kita sekarang ini.... Yang penting... apa yang diceritakan dalam hadis, semakin menunjukkan kebenaran.... Semakin menjadi kenyataan.

Aku bukan pakar hadis... Kalau nak tahu pasal hadis, boleh lah ke masjid untuk mendengar sendiri dari ustaz-ustaz bertauliah dan yakin dengan sanad-sanadnya... Atau yang malas pergi masjid... boleh la cuba sertai majlis-majlis ilmu.... atau bukak youtube... masuk la ke zon kuliah ke.. Abu Khadijah Channel ke... boleh dengar dari ustaz sendiri apa yang sudah dan bakal berlaku...

Bagi yang rasa tak nak pegi ke tempat tu... haa... bacalah blog nie.. Sebagai permulaan... aku nak citer pasal Donald Trump. Donald Trump nie bukanlah adik beradik Donald Duck atau McDonald... Walaupun agenda mereka ada berkait rapat.... tapi sah bukan adik beradik.. Donald Trump terkenal dengan business nye... Tetapi sesape yang ikut kempen politiknya sebelum menjadi Presiden US aritu... Dia membawa pendekatan yang sangat ekstrem.. Bencikan Islam.. Bencikan orang yang bukan berkulit putih.. dan sebagainya.. Dan dia menang! Menang dengan jayanya... Memang ada yang membantah (itu lumrah).. tetapi pokok pangkalnya...Dia menang! Maknanya rakyat Amerika sendiri menyokong agendanya... Scary~~~~

Dikatakan si Hillary menang dalam undian populariti...tetapi kalah mengikut kawasan yang ditetapkan.. Kalau kita... macam hasil undian seluruh rakyat menang...tapi kalah mengikut kawasan Parlimen... Macam pernah dengar kan? Macam pernah berlaku kan? Sistem mereka... lakonan semata... 

Perkembangan di Asia Barat... Di Syria, Palestin... di Iraq.. di Yaman... Ikutilah perkembangan dari sana... kerana di situlah paksi perubahan dan tanda akhir zaman yang akan banyak muncul... Peperangan demi peperangan berlaku di sana... Aku menantikan apakah dasar yang akan dibuat oleh si Donald Trump nanti untuk peperangan di Asia Barat itu... Dalam salah satu ucapannya pernah berkata, dia akan kembalikan Jerusalem sebagai tampuk pemerintahan Yahudi.. Terang dan jelas.. 

Baik.... kita pergi kepada keadaan cuaca dunia.... Jika dilihat dengan lebih luas... Perkembangan cuaca dunia sekarang semakin ekstrem... Kemarau panjang di banyak negara termasuk Pakistan, India, Vietnam... Kebanyakan sungai kering kontang.... Dan sesetengah negara lain mengalami yang sebaliknya... Tsunami dan banjir.... Melimpah ruah airnya... tetapi membantu ke tak? tidak... Ia seakan ujian bala menimpa... Dan perubahan cuaca dunia bukan kerana secara tiba-tiba tetapi kerana dikawal oleh sesetengah pihak... Seperti kemarau di Vietnam, ada berkait rapat dengan pembinaan empangan baru di China... Sama juga di Pakistan dan India... Tsunami.... juga ada yang menceritakan kerana akibat dari kekejaman manusia menggunakan teknologi HAARP.. iaitu secara panjangnya ialah High Frequency Active Auroral Research Programme. Bagaimana cuaca di Malaysia?

Dah habis dengan cuaca... kita fokus ke arah pandangan masyarakat dunia... Sekarang dunia didoktrinkan mindanya untuk membenci ISIS... Islamic State... Kenapa dinamakan ISLAMIC STATE.. Bukan ISLAMIC GROUP ke... ISLAMIC REGIME ke.... Tapi digunakan ISLAMIC STATE.... Nampak tak permainan di situ... Ramai yang bencikan ISIS kerana kekejamannya... semua sumber dari media mana? Media barat... Nak masuk sendiri ke sana lapor berita... tak bagi masuk dan tak dibenarkan... Media control.... Bagaimana media massa di negara kita?

Ok... kita ke negara sendiri la pulak...asyik kalau citer pasal dunia akhir zaman..kita cerita dunia kan... kita ke negara sendiri... Malaysia.. Dalam salah satu contoh perkembangan akhir zaman.. akan ada ramai orang Islam yang akan sokong golongan yang menyokong Dajjal... Baik... Sokongan kepada puak Dajjal ada berbagai konsep dan jenis.... Antaranya ialah menyokong sistem Dajjal.. menyokong bisnes dan ekonomi Dajjal... menyokong fahaman dan cara hidup Dajjal... dan lain-lain... 

Dalam banyak contoh yang aku bagi.. semuanya diamalkan oleh masyarakat kita... SEMUANYA... Menyokong sistem dajjal.... Semua jenis sistem... sistem pendidikan..sistem ekonomi... sistem pemerintahan negara... semuanya berlandaskan ajaran barat... Sistem riba diamalkan.. sistem hierarki walaupun yang atas tak buat keje pon... (dalam kerajaan)..  Sistem parti politik... semuanya adalah ajaran mereka... Sampaikan umat Islam terdiri dari beberapa parti politik... dan golongan parti hanya akan tolong menolong jika sama parti.. APA NIE?? Bukan ke ini sudah termasuk dakyah orang barat masa penjajahan dulu iaitu DIVIDE AND CONQUER? Fahami dan hayati....

Menyokong bisnes dan ekonomi... Cuba korang lihat dan tengok apa yang korang beli dan pakai... Keluaran sape? Rokok.. ada tak di kotak rokok tu kata "Rokok Patuh Syariah".. Ada tak? Pakaian... makanan.... segala benda yang kita guna dan pakai.... adakah dari keluaran dari muslim atau menjana ekonomi orang islam? Atau...memberi keuntungan mepada mereka? Menyalurkan duit untuk membeli senjata api yang membedil dan membunuh rakyat Palestin dan Umat islam seluruhnya?? Setidak-tidaknya pun.. duit kita menjana kekayaan ekonomi mereka sehinggakan kita dilenyek dan ditindas dalam negara sendiri... Sedar tak kita bahawa jika mereka membuat sekatan ekonomi terhadap kita, kita akan MATI KERING DALAM NEGARA SENDIRI?? Jangan hanyut dengan drama sinetron cerekarama Suamiku Encik Hanyut dan Isteriku Cik Angau...

Menyokong fahaman dan cara hidup Dajjal.... Ni paling banyak kat negara kita... yang paling atas..yang guna bomoh dan sihir... Tak payah cakap kat aku solat tak tinggal.. aku pegi haji 14 kali... tapi kalau percaya kepada bomoh dan sihir.... KOSONG. Sebab korang mensyirikkan Allah... Yang kelas bawah sikit... jenis ikut cara kehidupan Dajjal.. Berhibur sampai lewat malam... minum arak.. berjudi... tu nyata sangat kan... Tak buat kan.. siap baca entri nie sambil geleng-geleng kepala tuu..

Yang tak nyata sikit... Yang jenis perangai sombong, angkuh... tak hormat orang tua.. suka mengumpat.. mulut laser.. suka cakap benda tak elok... tu semua tu... sebenarnya ciri-ciri pengikut Dajjal... Tak payah la cakap "Aku...kalau Dajjal keluar, aku akan lawan dia!".. Kalau sifat dalam diri tu dah ada unsur-unsur sifat keDajjalan tu... korang akan terpengaruh dan akan ikut Dajjal...Contoh paling kecik dan dekat macam nie lah... Cuba tanya jujur dalam diri masing-masing... Di rumah anda.. dalam 24 jam sehari... Dari pagi nak bekerja sehingga balik tidur pada waktu malam... Berapa saat anda luangkan masa untuk baca Quran? Atau untuk mendalami ilmu agama.. Jika takde langsung... maknanya anda sudah berlagak sombong, angkuh, tak sedar diri dan berlagak dengan Allah sedangkan Dia yang memberikan rezeki kepada kamu..menghidupkan kamu dari pagi sampai ke malam.. 

"Ehhh....aku dah solat 5 waktu tak tinggal kot". Ok...bagus..Alhamdulillah.... Dah bagus tu... Cuma kalau kita bekerja... nak naik pangkat... adakah mencukupi dengan membuat kerja-kerja biasa sahaja? Atau kita perlu buat ekstra untuk menaikkan pangkat kita (Darjat).. Dan selepas dah naik pangkat, adakah kerja kita masih lagi key in data depan komputer sahaja? Konsep yang sama.... Cuma kita yang tak nampak... Nampak yang dapat duit je... Dapat pahala tak nampak... Quran dapat membentuk jiwa kita.. Hindari dari sifat-sifat di atas... Cuba praktikkan.. Tak reti baca.. pegi kelas... Duit kan dah banyak keje dari pagi sampai malam... Takkan takleh spend sikit untuk kebaikan diri... Spend untuk fesyen diri boleh plak..he he...

Baik....start dari kisah Donald Trump sampailah ke perkembangan dalam negara kita... agak-agak dunia ke arah keamanan ke...ke arah kedajjalan.... Ekstremist dijadikan pemimpin... Cuaca semakin dahsyat... Iman kita semakin nipis... Pengetahuan agama kita berada di tapak kaki walaupun pengetahuan dunia kita setinggi gunung... Agak-agak dajjal akan keluar ke tak untuk jadi 'The False Messiah" atau dengan kata lainnya menjadi "Penyelamat Dunia" konon-kononnya.. 

Aku bagi satu contoh ringkas kat korang.... Katelah kita ditimpa bala yang dahsyat... kene tsunami.. lepas tu tinggal sehelai sepinggang.. duit takde sebab habis buat belanja itu ini.. ekonomi kita kan dah teruk... Barang mahal...Nak bagi anak isteri makan apa? Datangla bantuan dari US (contoh ok)... hulurkan makanan dan minuman.. lepas tu US tolong negara kita pulihkan keadaan... Korang terhutang budi tak? Orang berniaga aku nak tanya... bila orang tolong kita dapat untung... dia nak komisyen tak? Mesti nak kan... Sama la macam konsep tolong dari US nanti (Kejujuran tolong kerana Allah agak-agak ade tak dari Donald Trump?)... Kita bila dah pulih..sambung bergaduh balik kan berebut harta sendiri.. Maka jadilah... Menang sorak kampung tergadai... 

P/S: Ingin menambah pendapatan sambil belajar menjadi USAHAWAN? Ingin TINGKATKAN EKONOMI KITA SENDIRI SAMBIL MEMBANTU MENINGKATKAN EKONOMI MUSLIM??
Jom ke link ini------> SEMINAR PERNIAGAAN MUSLIM

Thursday, November 17, 2016

Bagaimana Ingin Cepat Popular Dalam Blogging | Tips Ringkas Tingkatkan Trafik Blog

Blogging... Ramai yang ada blog sendiri kan... siap buat domain sendiri lagi.. Tapi dalam ramai ramai blogger, hanya segelintir sahaja yang jadi popular... So, bagaimana nak cepat popular dalam dunia blogging nie? Nak tau tips-tips bagaimana ingin cepat popular dalam blogging? Ok... baca entri nie...

Sebenarnya senang je.... Pertama... Korang kene up-to-date.. Selalu tahu berita semasa...berita viral... Lepas tu share la berita tu mengikut gaya penulisan korang... Sebab ramai yang Google benda-benda yang viral kan?

Gosip.... pergh.... kalau duk kedai kopi..duk kedai mamak... kalau ada kawan bukak cerita gosip... mesti melekat lama kan... Semua nak dengar kan.. sama je dengan blog... kalau citer gosip... komfem dapat trafik tinggi.....

Cerita artis... ini pun termasuk gosip... tapi gosip tak semestinya artis kan... Artis pulak.. kebanyakannya tak lari dari cerita gosip... Kalau bukak je cerita artis.... pelakon ke..penyanyi... even pak pacak pegang pasu bunga pun orang nak baca cerita dia kan... komfem dapat UV tinggi...

Lepas tu... campur dengan elemen di atas... main pulak SEO.. Nak dapatkan tempat paling atas dalam carian Google... bila dah cukup elemen tu... komfem cepat naik dalam blogging.. 

TAPI...........................................

Korang kene ingat tau.... kenapa korang berblog... tujuan apa korang berblog.... Nak popular? Nak duit sampingan? Nak berkongsi cerita? Apa pun tujuan kita.... kene ingat... Segala yang kita dapat tu sebaik-baiknya biarlah benda yang baik..benda yang suci dari segala dosa dan kejahatan.....

Bagi aku... aku berblog memang nak dapatkan duit sampingan sambil nak berkongsi pandangan dan cerita... tapi biarlah UV aku tak setinggi mana pon.... Kalau banyak alhamdulillah... kalau sedikit biarlah.. Asalkan apa yang aku kongsikan, apa yang aku masukkan dalam blog aku... biarlah benda yang memberi manfaat kepada masyarakat... 

Aku tahu kalau tulis bab gosip dan artis... komfem dapat trafik tinggi... Tapi aku tak mahu rezeki sampingan itu datang dari membuka keaiban atau cerita orang... Yang guna duit tu nanti kita... yang membaca blog kita adalah kamu semua... aku tak mahu makan dari sumber yang haram... aku tak mahu menyebarkan perkara negatif kepada korang... aku tak mahu menjadi racun dalam daging... Aku mahu menjadi penyebar benda positif... Biar menjadi sekuntum bunga di dalam taman yang luas..cuba mewangikan seluruh taman... Bukannya bangkai yang mereput membusuk di tengah jalan.

Jadi, nasihat aku kepada korang yang baru nak berblog dan sudah berblog... Cek blog masing-masing... Jangan blog kita menjadi platform menyebarkan fitnah dan perkara negatif... Kita kene ingat... apa yang kita kongsi dalam blog, selama-lamanya akan berada di dalam carian internet... Even kalau kita dah mati sekalipun... blog kita masih ada... Jangan kerana blog, saham akhirat kita dipenuhi dosa-dosa... Jadikan blog kita sebagai tempat untuk saham-saham pahala di akhirat kelak... Berkongsi ilmu adalah satu sedekah... berkongsi pendapat membina juga adalah satu amal jariah... Dan biarlah blog kita dikenali di langit, walaupun tidak dikenali di muka bumi ini...  

P/S: Ingin menambah pendapatan sambil belajar menjadi USAHAWAN? 
Jom ke link ini------> SEMINAR PERNIAGAAN MUSLIM

Monday, November 14, 2016

Perbezaan Malaysia Dengan UK Siri 1: Bas dan Keretapi

Sebelum nie aku dah janji dengan korang...nak citer berkenaan apa yang aku belajar sepanjang duduk di UK... Selain daripada belajar pasal akademik... sempatla tengok masyarakat sana, suasana kat sana... cuaca... dan lain-lain.... Sebagai permulaan.. nak kongsikan berkenaan sikap kita dan mereka apabila menaiki bas dan keretapi... 

Dalam bas dan keretapi, kan ada ruangan khas untuk golongan kurang upaya (OKU), golongan perempuan mengandung, orang tua, golongan yang ada anak tolak guna stroller... kalau keretapi, ada coach khas untuk perempuan kan.... Kalau di UK, golongan muda-mudi di sana, secara TANPA DIMINTA, akan berebut untuk bagi seat untuk golongan khas itu kalau mereka duduk di tempat yang telah dikhaskan itu... Jika tempat itu dah penuh, akan ada yang bangun dan mempelawa seat mereka untuk golongan yang diutamakan itu...

Ni bukan orang cerita kat aku... aku sendiri tengok dan alami... Semasa aku nak naik bas dengan isteri... aku tolak anak aku dalam stroller, naik la bas... masa tu bas dah penuh... aku naik dengan stroller, terus dua orang omputeh kapel bagi seat kat aku dan anak dalam stroller tu... belakang aku sorang makcik... pun sorang lelaki siap berkot, bagi seat tanpa diminta... seat dah takde...dia berdiri kat belakang... makcik tu siap cakap "That's ok, you can seat. My stop is just 5 minutes from here". Dan si lelaki tu cakap balik sambil senyum " No no no... that's ok. I insist to give the seat to you mam." Pastu makcik tu jawab balik, "Owwwhh... how nice of you.. Thank you". Aku dengar... pergh... sayu je rasa bila teringat layanan kalau di negara kita...

Kenapa diutamakan? sebab.... HORMAT... BUDI BAHASA... NILAI MURNI.... orang tua kita patut hormat... kalau diorang kurang ajar pun kita kene hormat... lepas bagi tak ucap terima kasih... Pun takpe! Kita yang nak buat baik..kan? perempuan mengandung pulak... diorang tak larat... nak bawak bayi dalam kandungan bukan senang... cuba korang letak satu sarung bantal yang berisi tujuh kilo minyak dalam tu (lebih kurang la kot berat air ketuban+bayi), dan ikatkan di perut korang... cuba jalan, cuba berdiri lama-lama kat dalam bas tu...

Ingat ek... di Malaysia nie... majoriti nya terdiri dari orang Islam.. muslim... Apa yang diajar dalam Islam kepada kita? Ada yang boleh jawab tak? Mestila boleh kan... semua kan dah pandai-pandai belaka... tuisyen sana sini... sekolah sampai petang... segala ilmu dalam internet... Haa... apa jawapan dia?

Islam ajar supaya kita sentiasa berbuat baik dan menyuburkan sikap nilai-nilai murni... Sentiasa membantu dan tolong-menolong... kadang-kadang kita kene berkorban sikit... Korbankan seat untuk mereka yang lebih memerlukan... Amal jariah tuu.... Masalhnya ramai yang salah anggap jugak pasal KORBAN nie... PENGORBANAN selalu disalah anggap dengan SELFISHNESS ... Pentingkan diri sendiri... Nanti aku buat entri khas untuk tajuk tu...

Baik..... cuba perhatikan masyarakat kita pulak.... macam mana masyarakat kita lakukan bila ada orang tua, perempuan mengandung naik bas atau keretapi... susah nak bagi seat kan? Kalau bagi pun bila diorang mintak dulu.. "Dik, boleh pakcik duduk sini? Pakcik tak larat".. Baruuuuuu bagi.. tu pun mulut potpetpotpet... Cakap dalam hati... "Pakcik oi...kalau tau dah tak larat....takyah la keluar.. duk je umah..." Lebih kurang la kan....

Kekadang kita selalu lupa... yang perkara kecik macam nie... akan berikan impak besar dalam sikap masyarakat kita.... Contoh la eh... Pakcik tu berdiri... korang tak bagi seat pun..buat tak tau main henset.. anak-anak kecik tengok je kat apa yang berlaku... bila korang dah tua... nanti si anak-anak kecik ni pulak takkan bagi seat kat korang... PADAN MUKA

Bagaimana nak berubah..... UBAH BERMULA DENGAN DIRI KITA... sesape yang baca nie... cuba ubah... Ubah kepada yang lebih baik.... sebab Tuhan nie Maha adil... kalau kita buat baik kat orang.... kita akan dibalas dengan benda baik... Mana tahu... dengan hanya kita sedekahkan seat kita kepada yang memerlukan... kita sudah mengubah minda separa sedar beberapa anak-anak kecil, orang sekeliling yang tengok apa yang kita buat itu... pandangan pakcik tadi kepada golongan muda-mudi sekarang.. dan mereka cuba buat jugak untuk orang lain kerana kita yang mulakan... pakcik tadi pulak.. ceritakan kejadian itu kepada cucu-cucunya... Secara tak langsung.... perkara yang baik tersebar kepada masyarakat... perkara positif merebak melangkaui sempadan bangsa dan umur... 

Kalaulah kita tidak berubah.... kita tetap dengan sikap lama masyarakat kini..tak bagi seat... duk main henset dengar lagu guna headset sampai terpekik terlolong gegendang telinga sebab nak pecah pasang kuat sangat demi tak mahu dengar permintaan pakcik makcik nak minta seat.... Dah berapa banyak perkara negatif yang kita sebarkan kepada orang sekeliling, anak-anak kecil... dan pandangan pakcik makcik tu kat kita... Secara tak langsung, perkara negatif kita dah sebarkan kepada masyarakat... Kerana kita.....kerana kita bang oi..kerana kita adik manis oi... bukan Najib, bukan menteri... kita!

Jadi, bermula dengan bas dan keretapi.... kita ambil contoh yang baik dari masyarakat UK.... kita belajar korbankan seat kita untuk mereka yang memerlukan... Semoga sesape yang cuba dan telah buat... agar dirahmati Allah dalam hidupnya... aminn...

Thursday, November 10, 2016

Tariff Eletrik dan Air Terkini | Petua Nak Jimatkan Bil

Ramai dari kita nie suka guna je tanpa tahu berapa tariff terkini eletrik dan air kan? Sape yang kat sini akan cek tariff terkini sebelum nak guna banyak mana letrik dan air... sila klik like dan share!! He he.. Ok... sini aku akan bagi senarai tariff terkini bil air dan letrik supaya kita tahu banyak mana nak guna..senang nak bajetkan penggunaan letrik dan air.

Ok.. letrik... Penggunaan mengikut per kilowatt... Tariff terkini yang dikemaskini untuk penggunaan domestik (Tariff A). Boleh cek di laman web rasmi TNB :

Untuk permulaan 0 - 200 kWh                        :       0.218 sen per kiloWatt
Untuk 100kWh seterusnya (201 - 300 kWh)  :        0.334 sen per kiloWatt
Untuk 300kWh seterusnya (301 - 600 kWh)  :        0.516 sen per kiloWatt
Untuk 300kWh seterusnya (601 - 900 kWh)  :        0.546 sen per kiloWatt
Untuk selepas dari itu (901 kWh dan ke atas) :        0.571 sen per kiloWatt


Untuk air pulak.... tariff dia berdasarkan berapa meter padu (m3) yang kita gunakan sebulan... Untuk domestik juga. Sumber dari laman web SYABAS:

Untuk 0 - 20 m3           :    RM 0.57 per m3
Untuk 21 - 35 m3         :    RM 1.03 per m3
Untuk 35 - seterusnya  :    RM 2.00 per m3


Jadi.. gunalah secara bijaksana... kadar bil macam tu... so, kalau nak jimat, pandai-pandailah gunakan letrik tu... Contohnya bil letrik.... kadar permulaan dari 0 - 200 kWh kan murah lagi... so, gunakan sepenuhnya kelebihan itu sebaiknya... gosoklah baju korang banyak-banyak setiap awal bulan selepas dapat bil bulan lepas... akhir bulan kurangkan penggunaan alat eletrik yang banyak guna letrik... dan sebagainya...

Sebenarnya kita boleh bajet bil letrik dan air kita... daripada kadar tariff nie lah... Boleh bajet berapa kWh sehari kita guna (purata) dan cuba darab untuk sebulan... simple math...terus dapat anggaran bil kita bulan-bulan... rasa nak jimatkan lagi.. cuba kurangkan mana-mana yang tak patut... Contohnya...macam setkan timer untuk aircond ketika tidur... takdela pasang aircond sampai bangun pagi baru tutup.. tu kalau bangun... kalau jenis kelawar.. tidur sampai tengah hari... kan sejuuuk ada aircond.. tak perasan terlajak sampai tengah hari... average aircond guna letrik 1kWh setiap jam.. Jadi... gunalah matematik..

Bil korang, korang yang bayar... tapi oleh kerana dengan keadaan ekonomi kita sekarang... mesti ramai yang nak berjimat cermat kan... Salah satunya... berjimat cermat la dalam penggunaan letrik dan air kita... Mana tahu, dari penjimatan tu, korang boleh beli hadiah anniversary setiap tahun.. :) 

P/S: Kalau entri nie membantu, sila klik LIKE dan SHARE kepada kawan-kawan! Thanks!

Wednesday, November 9, 2016

Pilihan Raya 2016 di US: Trump atau Clinton | Hala tuju ramalan Akhir Zaman

Pilihan raya 2016 di US bakal berakhir... dan ia akan menentukan siapakah yang akan menggantikan Barack Obama... antara Donald Trump dengan Hillary Clinton. Seriusly aku tak sokong kedua-duanya... tapi antara dua orang calon tu, aku pilih Clinton, sebab Trump secara terbuka menolak orang Islam dan menyokong secara total puak LGBT. 

Tapi kalau ikutkan perkembangan semasa sekarang, secara LIVE dari NBC News, Trump mengungguli undi dari rakyat US. Satu berita buruk bagi umat Islam seluruh dunia.

Kalau korang dengar dan saksikan ucapan dari si Trump nie... korang akan dengar ucapan yang racist dan abuse kepada muslim seluruh dunia... Dicopkan muslim adalah punca huru-hara dunia.. punca kejatuhan Amerika.. racun kepada kemodenan dan kemajuan Amerika. Clinton pula walaupun tidak radikal dan terbuka seperti Trump tapi aku yakin dia pun mempunyai polisi yang lebih kurang sama tetapi berlapik seperti Obama. 

Kalaulah si Trump menang di US, dipilih sebagai Presiden baru US...aku rasa kalau korang dengar dan ingat apa yang dijelaskan dan dikatakan dalam ucapannya.... Dunia akan kembali huru-hara... kembali ke zaman Bush... zaman muslim diperangi seperti di Iraq, di Afghanistan.. di utara benua Afrika... dan tidak mustahil... pencetus peperangan dunia ketiga akan bermula dari Trump... Harap apa yang aku katakan ini tidak benar...

Mesti dari kalangan rakyat Malaysia akan kata, "Apeeelah nak kecoh-kecoh dengan US..kat Malaysia pun pening... Biar la apa nak jadi kat sana..hak mereka!!"

Kalau ekonomi kita kukuh takpa... nie tak..ekonomi kita bergantung kepada perkembangan dunia.... perkembangan dunia bergantung banyak pada apa yang berlaku di negara yang mempunyai pengaruh besar seperti US... Dan perkembangan Amerika nie akan membentuk jalan mana yang akan dilalui masyarakat dunia termasuk kita di Malaysia... Kita kena ingat, kalau mereka membuat sekatan ekonomi kat kita... mampuih kita! Segala apa yang ada di sekeliling korang adalah barang import! Walaupun barang tu buatan Malaysa...tetap bahan asas dia barangan import!

 Jadi, ia perkara penting bagi aku... polisi Trump dan Clinton terhadap dunia berbeza... Dan dari apa yang aku dengar dan saksikan.... Clinton lebih baik berbanding Trump... Tapi sekarang di US mereka lebih memihak kepada Trump.... Semoga dunia masih aman selepas ini... Aku takut hasil dari keputusan ini, maka dunia semakin bergolak dan semakin nyatalah nanti ramalan akhir zaman yang selalu dikatakan oleh ustaz-ustaz sekarang.... Wallahualam..