Sunday, December 22, 2019

Sewa Portable Aircond Paling Murah | Tiada Outdoor Unit


Sewa Portable Aircond
Sedang mencari portable aircond untuk sewa tapi tempat susah nak install sebab ada outdoor unit? Susah nak sewa sebab piping panjang meningkatkan kos sewaan? Tidak perlu risau lagi. Ada satu portable aircond unit yang mudah dialih, tiada angin panas, dan tiada outdoor unit sesuai untuk indoor event atau outdoor event dalam khemah tertutup! Aircond yang boleh juga dijadikan sebagai aircooler!

Bukan aircooler, tapi aircond 0.5HP
Antara Kelebihan Portable Aircond ini ialah:
  • Tiada outdoor unit. Apabila tiada outdoor unit, anda tidak perlu risau di mana nak letak aircond ini. Tdak perlu serabut dengan cable dan piping nak sambung dengan outdoor unit. 
  • Mudah Alih. DIsebabkan hanya perlu sambung guna 3-pin plug biasa di rumah atau di mana-mana tempat, sangat senang untuk dialih ke mana sahaja.
  • Tiada hot air emission. Dengan teknologi terbaru direka khas untuk memudahkan anda, udara panas yang selalu perlu dikeluarkan diserap dan tidak menjadi masalah lagi. Menjadikan senang untuk letak di mana-mana sahaja.
  • Angin kuat. Akibat dari rekaan yang lebih kurang sama dengan aircooler, kelajuan angin juga sama dengan aircooler. Yang membezakan ialah, ciptaan built in aircond system di dalam membezakan dengan aircooler. Angin sama laju, tapi anginnya lebih sejuk, sama dengan kesejukan aircond!
  • Mempunyai dua saiz. Berkelajuan 6000 cfm dan 9000 cfm. Mengikut kesesuaian tempat.
Built in aircond system made in Malaysia

Portable Aircond
Portable aircond berkapasiti 0.5HP ini sangat sesuai untuk semua kategori majlis. Indoor atau outdoor event. Kesejukan boleh mencecah 22 darjah Celcius dengan kelajuan angin 9000 cfm. Lebih baik dari Portable Aircond 1.5 HP biasa bagi sesetengah situasi. 


Berminat untuk menyewa portable aircond baru ini? Boleh hubungi saya di nombor tertera. Kami juga menjual portable aircond unit ini jika sesiapa ingin membeli tidak kira individu atau syarikat. 

011-1697 4697

Cepat sebelum kehabisan stok sewaan. Portable aircond ini antara paling hangat disewa dan perlu di booking awal untuk tempahan sewaan.

Tuesday, November 12, 2019

Sewa Aircooler | Portable Aircond Seluruh Malaysia

Sedang cari supplier untuk sediakan sewa aircooler, mist fan, atau portable aircond di Malaysia? Boleh hubungi kami. Boleh membuat sewaan untuk perkahwinan, karnival, ekspo dan sebagainya. Harga sewaan bergantung kepada tempoh sewaan.

Sewa aircooler di dewan sekolah
Kami ada sediakan sewa aircooler bersaiz tangki 10L, mist fan, industrial fan, portable aircond 1.5HP, portable aircond 5HP. Perlu ingat, aircooler bukan aircond ye. Aircooler hanyalah kipas yang berkapasiti 9000-10000 cfm tapi mempunyai tangki air di bawah untuk menjadikan angin lebih sejuk berbanding kipas.   

Sewa Mist fan untuk marquee tent
Kelebihan aircooler berbanding mist fan ialah, tiada wap air keluar dan bunyinya lebih senyap. Anginnya juga lebih sejuk jika menggunakan air sejuk dalam tangki. Sangat sesuai untuk majlis yang diadakan di kawasan terbuka. 

Sewa Portable Aircond 1.5HP untuk bilik pengantin
Portable 1.5HP untuk makmal
Aircooler untuk marquee tent

Aircooler

5HP portable aircond
Jika memerlukan penyejukan berhawa dingin, boleh sewa portable aircond. Biasanya digunakan untuk VIP atau di kawasan tertutup seperti event di dalam dewan atau marquee tent tertutup. Kami boleh tolong kirakan kapasiti aircond yang perlu mengikut pengalaman kami.

Boleh hubungi nombor di tertera:

011-1697 4697 (Whatsapp/call)

Khidmat sewa untuk seluruh Malaysia. Transport charge bergantung kepada lokasi majlis anda. Hubungi sekarang untuk inkuiri dan booking.


Saturday, November 2, 2019

Cara Mudah Solat Jenazah | Panduan Ringkas


Cara Solat Jenazah
Apabila ada kematian, akan dilakukan solat jenazah untuk si mati. Solat jenazah ni adalah fardhu kifayah. Maknanya apabila ada kematian di sesuatu kawasan, sepatutnya kita sama-sama mengerjakan solat jenazah bagi si mati untuk meminta keampunan dari Allah swt, atas dasar saudara seagama. Ni juga cara kita bersedekah dan membuat amal kepada masyarakat setempat. 

Tapi tak ramai yang tahu cara mengerjakan solat jenazah dengan betul. Sehinggakan ia menjadi alasan untuk tidak melakukan solat jenazah. Ramai menganggap solat jenazah itu sangat rumit dan susah. Walhal ia senang sahaja untuk dilakukan. Di sini saya berkongsi cara mudah melakukan solat jenazah. 

Apabila ada imam umumkan akan dibuat solat jenazah, bangun dan dirikan saf rapat-rapat.. kalau tak tahu, folo je orang sebelah. Tak kenal jenazah? Jangan sombong.. dia saudara islam kita. Orang muslim. Kosongkan minda, niat nak dirikan solat mintak keampunan untuk dia dan diri sendiri. Dekatkan diri kita dengan kematian, baru timbul rasa insaf dalam jiwa.

PERTAMA: Niat solat jenazah dan Takbiratul Ihram

Untuk niat, perlu tahu jenazah itu lelaki atau perempuan. Biasanya imam akan memberitahu makmum jantina jenazah sebelum memulakan solat. Cara niat solat:

"Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki/perempuan ini empat takbir fardhu kifayah, makmum kerana Allah Taala"

Niat ketika angkat takbiratul ihram dalam hati. Kalau tahu lafaz niat, lafaz sebelum angkat takbir. Lafaz untuk tetapkan niat kita. Bukan wajib. Yang penting niat tu. Jangan time nak solat jenazah pegi niat solat Hari raya... Naya. 

Haa...tu je niatnya. Tak susah pun. Tak perlu nak niat sahaja aku solat jenazah nama sipulan bin sipulan yang aku kenal selama beberapa tahun atau tak kenal pun, bla bla bla.... Ringkas dan padat. Kalau jantina orang tu tengah-tengah macam mana ye?? Sebab tu dalam Islam melarang dari awal penukaran jantina. Banyak kemaslahatan timbul di kemudian hari. 

KEDUA: Baca Al-Fatihah

Takkan al-fatihah tak tahu kan? Jangan pula lepas takbiratul ihram tu, pegi baca " Al-faaaatihah". Baca surah Al-fatihah macam solat biasa. Lepas habis baca, angkat takbir kedua.. Allahuakbar

KETIGA: Selawat ke atas Nabi

Lepas angkat takbir kedua tadi, terus selawat ke atas nabi. Cara ringkas macam mana?

"Allahumma Solliala Saiyyidina Muhammad. Waala Aali Sayyidina Muhammad"

Dah. Simple kan? Jangan bantai nasyid selawat ke atas nabi, selawat ke atas rasul... Selawat biasa je. Cuma bagi yang ingat, boleh diteruskan dengan selawat Nabi Ibrahim yang selalu dibaca ketika tahiyyat akhir tu. 

Lepas selawat ke atas nabi, angkat takbir ketiga, Allahuakbar

KEEMPAT: Doa ke atas jenazah

Doa untuk jenazah bukannya doa nak kaya, nak cantik, nak kereta bagai.... Cuma doakan mintak keampunan dari Allah.

"Allahummaghfirlahu warhamhu Wa'aafihi wa'fu anhu" - Jenazah lelaki

"Allahummaghfirlaha warhamha Wa'aafiha Wa'fu anha" - Jenazah Perempuan

Maksudnya: "Ya Allah, ampunkan dosanya, rahmatilah dia, afiatkan dia, maafkan segala kesalahannya"

Dah. Habis baca tu, angkat takbir keempat. Allahuakbar.

Kalau nak lebih, baru belajar doa yang lagi panjang. Untuk ringkas peringkat awal, cukup setakat tu.

KELIMA: Doa selepas takbir keempat

Yang ni biasanya ramai tak tahu. Masa awal-awal dulu, ustaz ada bagitau, yang mana tak ingat doa ni, boleh sekadar diam sahaja. Tunggu imam bagi salam. Jika tahu, boleh baca doa ni:

"Allahumma La Tahrimna Ajrahu, Wala Taftinna ba'dahu, Waghfirlana walahu" - Jenazah lelaki

"Allahumma La Tahrimna Ajraha, Wala Taftinna ba'daha, Waghfirlana walaha" - Jenazah perempuan

Maksudnya: "Ya Allah, janganlah Engkau mencegah kami mendapatkan pahalanya, jangan Engkau datangkan keresahan kepada kami  sesudahnya, ampunilah kami dan si mati"

Habis baca tu, bagi salam kiri dan kanan. Tak perlu nak usap muka. Lepas tu baca doa sama-sama bersama imam. Simple? Memang mudah sahaja. Pahala mudah bagi seluruh masyarakat setempat.

Masalah kita ni, benda macam ni malas nak belajar. Senang dan bermanfaat. Ramai sanggup belajar benda yang susah dan lagha. Sanggup habiskan wang dan sanggup menghabiskan masa untuk sesuatu yang tak memberi manfaat kepada masyarakat. Solat jenazah ni sesuatu yang melibatkan masyarakat. Jika ada je kematian, walaupun kita tak kenal, jom ramaikan menjadi makmum untuk solat jenazahnya dan meminta keampunan si mati dan dosa kita sendiri.

Kita kena ingat, kita pun akan mati satu hari nanti. jadi buat apa nak sombong dan angkuh dengan kehidupan dunia. Sebelum jenazah ditanam di perkuburan, kan lebih baik kita sama-sama memberikan khidmat terakhir kepadanya.. Sama-sama jadi orang yang baik-baik.

Saturday, October 19, 2019

Panggung Wayang Family Friendly | MBO Kecil


Bagi mencari-cari mana nak layan movie di cinema tanpa perlu tinggalkan anak-anak, bolehlah melayan di panggung wayang family friendly yang disediakan di MBO Cinema nie.. Diberi nama MBO Kecil. Khusus untuk nak layan movie di panggung wayang family friendly. Selepas melayan movie di panggung wayang MBO Kecil, kesimpulan ringkas: Terbaik!

MBO Kecil
Dah lama nak merasa panggung wayang MBO.. Selalu pergi yang GSC dan TGV je sebelum ni. Apabila MBO ada sediakan satu tawaran menarik untuk cerita Maleficent: Mistress of Evil , apa lagi, peluang la nak cuba sambil dapat free gift. He he.

Kami cuba di MBO Atria Shopping Gallery dekat Petaling Jaya. Agak jauh dari rumah tapi sebab nak try kan, sekali sekala ok la drive jauh sikit ke sini. Lagipun tak pernah lagi sampai di Atria Shopping Gallery nie. Sambil layan movie di panggung, boleh jalan-jalan sekali.. 

Atria Shopping Gallery
Nak ringkaskan cerita, maka kami masukla ke panggung wayang MBO Kecil nie. MBO Kecil adalah khusus untuk panggung wayang family friendly. Untuk seat dalam panggung, selesa. Amat selesa kalau dapat yang sofabed tu. Ada juga seat yang macam biasa tapi alang-alang nak cuba kan, kami ambil yang sofabed. Fuhh.... memang selesa. 

Seat sofabed ni boleh untuk empat orang tau. Jadi kalau tengok harga tiket tu memang la mahal sikit. Tapi kalau untuk empat orang, berbaloi apa. Tak la mahal sangat. Bayi atau kanak-kanak bawah 100cm tak silap free je. Cuba tengok kat gambar tu, belah hujung.. siap bawak selimut tu boh! Oh... satu lagi, sebelum terlupa, yang mana bawak stroller tu kan, disediakan tempat simpan stroller untuk anda.

Seat sofabed
Tempat simpan stroller
Kebetulan masa pergi tu penuh sangat, anak-anak nak duduk seat depan. Sebabnya, kat depan ada playground! Senang nak main lepas tu nak tengok cerita. Biasalah, budak-budak, nak main sambil tengok cerita. Mana boleh duduk diam macam kita nie kan. 


Playground dalam cinema
Sound dia pun tak kuat sangat, pencahayaan pun tak gelap sangat, exit pun satu jalan je.. Jadi senang nak pantau anak-anak. Pop corn dia pun terbaik! Tapi popcorn panggung wayang semua sedap kan? Ha ha.

Dum dam dum dam... habis cerita. Masa tulah freegift diberi kepada yang mana hadir. Semua mak ayah dan anak-anak dapat sorang satu. Haa... kan berbaloi mencuba time nie. Dapat tengok cerita dengan satu family, semua happy, dapat freegift...Pergh... sempurna weh! 


Jadi, tak payah la nak tinggalkan anak-anak lepas ni kalau nak layan movie di panggung wayang. Bawak je sekali... Kat Malaysia ada banyak dah panggung wayang family friendly nie.. Carilah di lokasi terdekat. Nak yang terbaik, setakat ni MBO Kecil yang terbaik! 


Sunday, October 13, 2019

Sewa Sound Light, PA Sistem, LED Panel, Pentas

Sewa Sound Light, Pentas, Goal Truss
Dalam sesuatu event, kebanyakan mesti nak guna PA sistem. Jika ada melibatkan nyanyian, biasanya memerlukan sound system yang lebih power dan besar. Lighting juga kena ada bermacam-macam untuk memberikan pencahayaan yang lebih menarik. Jangan risau, kami ada sediakan sewaan sound lighting dan PA system untuk anda.


Jika anda inginkan pentas siap dengan goal truss, dan sistem lampu dengan sound yang lengkap seperti dalam konsert pun kami boleh sediakan. Bukan sahaja sound dan lampu, panel LED juga boleh kami sediakan untuk memeriahkan lagi persembahan event anda.

Jika inginkan pentas dan sound yang biasa sahaja pun kami bersedia untuk menerima tempahan sewaan. Pentas yang biasa dan PA sistem yang cukup sekadar memberi ceramah pun kami sediakan. Kami cover untuk semua jenis sewaan sound dan light.

Pentas dan PA Sistem yang simple

Pentas dengan Rostrum dan Sofa VIP

Kelengkapan PA Sistem
Harga? Boleh wasap dulu ke nombor di bawah dan berikan detail apa yang ingin disewa. Yang pasti, harga kami berbaloi untuk anda. 

011-1697 4697 

Sewaan bukan sahaja untuk event outdoor, tapi boleh juga untuk indoor di dalam dewan. Yang penting hubungi kami dulu, dan berbincang. Sewaan dibuka untuk seluruh Malaysia, terutama di kawasan Selangor dan negeri bersebelahan (Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Johor pun boleh je..takde hal)

Try dulu, baru tahu harga kami berbaloi ke tak.

Saturday, October 12, 2019

Kupasan Belanjawan 2020 | Ringkasan Bajet 2020


Belanjawan 2020 telah dibentangkan semalam dan macam biasa,ramai netizen yang memberikan komen masing-masing. Dan dari apa yang aku baca, semua komen berpandukan emosi aliran politik masing-masing. Apa salahnya kalau kita berfikir secara matang dan neutral? Bagi aku, belanjawan 2020 boleh dikatakan bagus dan berasaskan proses pemulihan ekonomi secara dalaman. 

Untuk part bumiputera, memang banyak diperuntukkan bajet kepada seluruh bumiputra. Dan macam biasalah komen netizen duk putar alam kritik dan kutuk tapi tak baca habis. Dikatakan banyak peruntukan kepada kaum Cina dan tidak adil, sedangkan peruntukan untuk bumiputra adalah sangat banyak cuma dipecahkan mengikut agensi-agensi yang terlibat. Agensi yang terlibat ialah TERAJU, SME, TEKUN, dan PUNB. Kemon la netizen... Jangan sampai memfitnah. Dosa free je dapat.

Bagi untuk masyarakat beragama Islam, banyak ada peningkatan. Ada bajet khusus untuk bahagian pentadbiran Islam, sekolah tahfiz, malah untuk sekolah pondok yang berdaftar. Jadi bagi sekolah pondok yang belum berdaftar, sila pergi daftar cepat. ada peruntukan untuk anda. Tak perlu lagi mengutamakan derma, peruntukan dah ada. Dapatkan peluang dan manfaatkan demi kelangsungan cendekiawan agama kita. Harap lepas ni kuranglah sindiket kutip derma di kedai-kedai makan sebab sekolah tahfiz dan pondok dah ada bantuan kerajaan.

Gaji cikgu KAFA dinaikkan, cadangan bantuan khas one off kepada imam, muazzin, tok siak dan guru takmir, dan banyak lagi. Disediakan peruntukan untuk JAKIM bagi mempromosikan Rahmatan Lil Alamin bagi membangunkan pemahaman Maqasid Syariah kepada semua masyarakat di Malaysia. Kepada pihak AJK masjid, manfaatkan dan gunalah peruntukan ini, buat aktiviti untuk masyarakat setempat. Masjid bukan sekadar untuk solat dan mengaji, tapi sepatutnya jadi tempat perkembangan sosio-budaya dan ekonomi Islam.

Pembangunan Digital juga dipergiat dengan perlaksanaan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara sepanjang lima tahun. Golongan nelayan dan petani juga banyak diberikan peningkatan peruntukan. Golongan wanita juga banyak disediakan peluang dan disediakan bajet khusus. 

Golongan penganggur juga disediakan inisiatif bagi menggalakkan mereka kembali bekerja. Kenapa ada inisiatif macam ni? Sebab ramai orang kita sekarang sanggup menganggur sahaja, akibat kena pecat, berhenti kerja sebab tak sanggup nak hadap stress kerja, nak bukak bisnes sendiri tapi tak cukup ilmu, dan lain-lain. Inisiatif disediakan untuk anda, manfaatkan. Bangun balik dari lena, usaha demi keluarga tercinta. 

Kerajaan juga menyediakan inisiatif kepada bumiputra untuk bekerja di sektor pengilangan dan pembuatan bagi menggantikan lambakan warga asing. Rajinkan diri untuk bekerja, anda masuk kerja, boleh inisiatif lagi, dan dengan itu juga warga asing ramai kena hantar pulang. Selalu dengar netizen komen dekat KL dah macam bandar orang Bangla kan? So, sahut cabaran nie. kita tengok ramai lagi tak warga asing di kota raya.

Banyak lagi inisiatif kerajaan disediakan bagi membantu rakyat Malaysia terutama golongan B40, supaya dapat bebas dari belenggu kos kehidupan. Ya, fokus kerajaan dalam bajet 2020 ni lebih tertumpu kepada golongan B40. Golongan M40 tidak banyak sangat boleh merasai perubahan. Tapi ok la kan? Bukan ke kita selalu duk sebut, jurang kaya dan miskin sangat besar dan jauh? Bukankah dengan membantu B40, jurang semakin dekat? 

Cuma dalam setiap belanjawan, pasti ada yang menjadi tanda tanya. Contoh untuk belanjawan 2020 ni, berkenaan penjualan rumah kepada warga asing. Harga untuk warga asing direndahkan dan inilah yang menjadi point utama pengkritik tegar. Mereka kata ini sebenarnya merugikan rakyat, membantu developer bina rumah lagi dan lagi dan lagi,mereka kaut untung.

Untuk bab rumah nie, mungkin boleh kita mintak penjelasan yang menyeluruh tentang konsep penjualan. Adakah hanya untuk rumah yang sudah siap dan sedang dibina sahaja untuk mengoptimumkan penjualan rumah yang sedia ada bagi mengelakkan kerugian atau macam mana. Jika tak dicampurkan dengan projek baru bermula 2020, bagi aku masih boleh diterima atas faktor ekonomi semasa. Walaupun begitu, yang ni aku tak berapa setuju. 

Walaupun begitu, ada peruntukan dan skim inisiatif bagi mereka yang baru nak dapatkan rumah pertama. Ada bermacam bantuan dan inisiatif. Jadi, dari duk kritik, baik manfaatkan segala inisiatif yang ada untuk tingkatkan bajet hidup kita. Betul tak?

Jika dilihat secara umum,sepatutnya belanjawan 2020 ni banyak membantu golongan B40. Dan itu sangat bagus dan kena pada masanya kerana jurang pendapatan mereka sangat jauh terpinggir. Bagi M40, mungkin disebabkan peruntukan untuk anda tak banyak, sebab tu mungkin golongan ni la yang ramai tak puas hati. Bagi golongan kaya, T20, korang dah kaya. Tak payah nak komen banyak. Bersyukurlah dengan nikmat Tuhan dah bagi tu. Nak harapkan bantuan ikhlas, berapa kerat je. 

Bagi aku, tak salah nak komen dan kritik. Tapi biarlah komen dan kritik itu untuk membina, bukan mengutuk mencari salah sekadar kerana tak sebulu. Yang bagus kita setuju dan sama-sama mengiyakan, yang buruk kita nasihatkan supaya diperbaiki. Yang penting, Malaysia adalah negara masyarakat majmuk, yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama. Perbezaan pendapat itu pasti ada, cuma kitalah yang patut menerangkan secara baik dan telus, supaya semua faham dan tahu batasnya.

Manfaatkan peluang yang ada. Bantuan dan inisiatif disediakan untuk bantu ekonomi anda. Bila anda maju dan berjaya, negara pun turut sama terkesan dan mendapat impak yang sama. Majunya sesuatu negara kerana maju rakyatnya. Jika hanya pandai mengkritik dan membawang, takat itu jugalah pemikiran kita. Bangunkan diri kita, usaha demi keluarga.. Kerajaan cuma sediakan jalan dan bantuan.. Kita yang perlu menggerakkan. Jadikan masyarakat Malaysia, masyarakat yang raji, maju dan sejahtera.

Sunday, September 29, 2019

Kandungan Dalam Jerebu | Fakta Bukan Auta


Tahukah anda bahawa di Malaysia, kita ada satu lagi musim iaitu musim jerebu? Yup.. Jerebu dah macam musim di Malaysia. Setiap tahun pasti ada datang musim jerebu akibat dari pembakaran hutan terbuka di negara jiran. Jerebu sangat merbahaya untuk kesihatan. Tahu tak kenapa? Jom kita selongkar apa yang ada dalam kandungan jerebu.

Jerebu ini juga dipanggil kabut asap di negara jiran. Dalam jerebu, ada habuk, debu, asap dan lain-lain zarah yang mencemarkan udara. Dengan lebih tepat, antara kandungan dalan asap jerebu ialah gas sulfur dioksida, karbon monoksida dan lain-lain. Zarah-zarah halus ini bertindak balas dengan udara dengan hasil tindak balas kimia kompleks menghasilkan titisan asid sulfurik. Titisan asid sulfurik inilah yang menghalang pandangan seakan kabus di udara. Tindak balas ini ditambah lagi dengan kehadiran cahaya matahari, dan tahap kelembapan udara (relative humidity).

Kesemua faktor menentukan tahap pengurangan pandangan kita, jadi ukuran semakin tebal seakan kabus, semakin kuat jerebu adalah tidak 100% tepat atas kebergantungan semua faktor tadi. tetapi, untuk ukuran mudah bagi kita orang biasa, ia boleh diguna pakai. 

Jerebu boleh meliputi sehingga beribu-ribu kilometer jauhnya dari sumber asal datangnya asap jerebu tersebut kerana saiz zarahnya yang lebih kecil berbanding zarah asap kenderaan atau asap kilang yang lebih besar saiznya. Saiz zarah jerebu diukur lebih kurang 2.5 mikron manakala zarah asap kenderaan atau kilang hanyalah 10 mikron. 

Bahayanya jerebu kerana zarahnya yang lebih kecil boleh diresapi oleh sistem pernafasan manusia, sekaligus membahayakan paru-paru dan kesihatan badan kita. Berbeza dengan asap kenderaan dan kilang, oleh kerana saiz zarahnya yang lebih besar, ia tidak mudah diserap ke dalam sistem pernafasan, selalunya berjaya dihalang oleh sistem perlindungan badan kita bermula dengan tapisan di hidung (bulu hidung).

Sebab itulah, semasa jerebu, kita dinasihatkan supaya memakai topeng udara yang boleh menapis udara dengan baik. Kepada mereka yang ada penyakit asma, dinasihatkan memaki topeng sentiasa jika berada di luar rumah kerana kecenderungan untuk mendapat asma adalah tinggi akibat dari zarah kecil yang ada pada jerebu itu. 

Elakkan aktiviti luar semasa musim jerebu, dan banyakkan minum air kosong supaya membantu tubuh badan mengeluarkan zarah tercemar yang memasuki badan kita. Banyakkan makan makanan yang berkhasiat bagi membantu sistem imunisasi badan melawan kehadiran zarah bendasing dan jika sakit berlarutan, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan sewajarnya.


Thursday, September 26, 2019

Sewa Industrial Chiller | Water Cooled Chiller

Sewa Chiller
Khidmat sewa Industrial Chiller untuk anda. Biasanya untuk sesuatu bangunan yang besar, ia menggunakan sistem chiller untuk pendinginan seluruh bangunan. Apabila ada masalah chiller, aircond tidak akan berfungsi dengan baik dan memberi kesan kepada seluruh bangunan. Jangan risau, anda boleh sewa chiller dengan kami.

Water Cooled Chiller
Chiller ada dua jenis iaitu Air Cooled Chiller dan Water Cooled Chiller. Kedua-duanya boleh disewa dan kami memang mempunyai stok yang banyak, terutama air cooled chiller. Untuk water cooled chiller, biasanya disertakan dengan cooling tower. Kami juga menyediakan khidmat sewa cooling tower jika diperlukan. 

Keistimewaan chiller kami ialah, sudah dipakejkan dengan kesemua fungsi. Hanya perlu sambung "hose" dan paip kepada tangki air dan pump air anda untuk disalurkan ke AHU. 


Untuk water chiller pula, sudah disertakan dengan "enclosure" yang membolehkan water cooled chiller kami diletakkan di luar bangunan,tanpa perlu diletakkan di dalam bilik chiller anda. Penyelesaian sementara anda untuk sistem pendinginan tanpa perlu mengalih chiller asal anda untuk dibaiki atau diservis. 

Apa tunggu lagi, hanya perlu menghubungi kami di talian:

019-243 8610 (Whatsapp atau Call )

Kami boleh menghantar sewa chiller kami ke seluruh Malaysia. Satu lagi keistimewaan chiller kami, kami mempunyai low temperature chiller juga.

Selain sewa chiller, kami juga mempunyai sewa AHU, sewa engine driven water pump dan sewa aircond packaged unit. 

Apa tunggu lagi? Hubungi sekarang dan kami akan selesaikan masalah sistem pendinginan bangunan anda untuk sementara waktu. Nak sewa setahun? Sangat dialu-alukan.

Tuesday, September 24, 2019

Tips Penting Sewa Khemah | Sewa Kanopi

Marquee 6m transparent
Ramai yang nak sewa khemah atau kanopi untuk kegunaan majlis seperti majlis kesyukuran, majlis perkahwinan, majlis perayaan dan lain-lain. Tapi ramai yang sekadar tanya dan dapatkan harga sahaja, kan? Di sini saya nak bagi tips bagi yang nak sewa kanopi atau khemah yang terbaik untuk anda.

Jenis Khemah
Ada pelbagai jenis khemah yang boleh disewa dan berbeza harga. Ada sesetengah pelanggan tu dalam kepala dia duk bayang khemah lain, tapi disebabkan salah guna nama khemah, diapun dapat harga mahal. Terus tak jadi beli. Pastikan saiz dan jenis khemah yang betul mengikut kesesuaian majlis anda. Ini beberapa nama khemah dan saiz yang perlu anda tahu.
  • Khemah Arabian 10 x 10 (3 meter x 3 meter)
  • Khemah Arabian 10 x 20 (3 meter x 6 meter)
  • Khemah Arabian 20 x 20 (6 meter x 6 meter)
  • Khemah Piramid (Bumbung berbentuk seakan piramid)
  • Marquee Tent (Khemah berbentuk A)
Marquee tent
Untuk marquee tent, selalunya harga lebih mahal berbanding khemah arabian atau piramid. Kelebihan marquee tent ni, ia boleh disambung-sambung mengikut saiz keluasan yang anda mahu. Kalau khemah arabian, kita boleh letak sebelah menyebelah tetapi bumbungnya lebih rendah dan jumlah kaki khemah yang banyak. Marquee tent lebih tinggi dan tiada kaki yang banyak, boleh disambung antara satu sama lain.

Saiz marquee tent ditentukan saiz lebarnya. Antara saiz yang ada ialah lebar 6m, 10m, 12m, 15m, 20m, dan lain-lain. Untuk panjangnya, setiap satu marquee tent panjangnya 5m, dipanggil blok. Contoh kalau anda nak saiz marquee 10m x 20m, jadi kami akan berikan marquee saiz 10m lebar dengan jumlah bloknya adalah 4 unit. 

Jenis tiang khemah pun ada perbezaan harga. Ada yang menggunakan tiang lebih halus yang biasanya diperbuat dari besi, dan ada juga menggunakan tiang aluminium yang lebih kukuh dan tebal. Biasanya untuk majlis kesyukuran dan keraian, khemah yang ditawarkan hanyalah khemah besi, untuk program yang lebih besar seperti Karnival Jom Heboh atau MAHA, khemah aluminium banyak digunakan. Harganya memang tak sama.

Scallop dan Underlayer
Ada pelanggan tu dia nak khemah kosong tetapi semasa dia dapatkan harga, kami berikan harga beserta scallop dan underlayer kerana tidak cukup info atau sudah terbiasa dengan harga pakej. Jika anda inginkan khemah kosong, sila nyatakan dengan jelas. Sama juga dengan marquee tent, jika tanpa scallop dan underlayer, harganya sangat berbeza kerana kain yang digunakan untuk membuat undelrayer sudah ditempah khas mengikut saiz khemah, bukan sekadar gantung siap.

Scallop dan pole liner (balut tiang)

Underlayer (cover bumbung)

Chandelier
Lampu chandelier selalu sudah dimasukkan dalam harga pakej tetapi kadang-kadang pelanggan tidak mahu lampu chandelier, nak yang biasa sahaja. Sila nyatakan dan harga akan berubah. Chandelier menampakkan gah dan prestij majlis anda. Tapi ada yang hanya sekadar nak khemah biasa sahaja. Kami senantiasa mahukan majlis anda nampak hebat, selalu diingati dan luar biasa. Jika anda nak yang biasa, baru kami berikan yang biasa saja.

Lampu chandelier

Kenapa A bagi murah, B mahal?
Ada sesetengah hanya memberikan khemah sekadar khemah. Jika anda mahukan yang itu, boleh daaptkan yang paling murah. Tapi jika anda mahukan khemah yang cantik, hiasan yang puas hati, cara pemasangan underlayer dan scallop yang kemas dan menarik, lampu chandelier yang cantik, menampakkan kekemasan dan hiasan menarik sesuai dengan kehebatan anda, itulah yang membezakan harga khemah. 

Ketebalan kanvas khemah juga berbeza. Jika yang lebih tebal, biasanya harga lebih mahal. Jika kanvas lebih tebal, rasa bahang panas yang menembusi kanvas kurang daripada kanvas yang nipis. Jadi, orang yang datang ke majlis anda akan rasa lebih selesa.

Dan antara faktor lain yang perlu anda ambil tahu ialah jenis kerusi, jenis lapik meja, jenis meja, dan bermacam lagi. Semuanya memainkan peranan. Pengusaha khemah selalu dah siapkan harga dalam pakej tetapi itu cuma panduan asas atau promosi dari mereka sahaja. Jika mahukan mengikut selera anda, boleh berbincang dulu, baru dapatkan harga yang lebih tepat.

Nampak tak betapa cantiknya
Jadi, untuk sewa khemah atau kanopi untuk majlis anda, pastikan anda sendiri tahu apa yang anda mahukan. Ini antara faktor penting sebelum anda menghubungi pengusaha khemah:
  • Bajet untuk majlis anda. Jika anda mempunyai bajet yang besar, pastikan memilih kekemasan dan kecantikan, harga sudah pasti bukan paling murah, tetapi tak semestinya paling mahal.
  • Jumlah jemputan. Pastikan jumlah jemputan dan berbincang dengan pengusaha khemah.
  • Ukuran keluasan kawasan majlis. Jika anda pandai mengukur kawasan untuk dipasangkan khemah nanti, ia lebih baik. Tapi jika anda tidak mahir, pengusaha boleh datang dan ukur kawasan tapak anda. Jangan risau. Kedatangan kami tiada caj. 
Kami selalu dapat inkuiri dari pelanggan, mereka mahukan sesuatu yang gah, meriah, besar dan nampak Grand, tetapi bajet sangat ciput dan tak masuk akal. Diharap dengan entri ni, dapat memberi sedikit gambaran tentang khemah dan kanopi. Yang mana nak sewa khemah, boleh la menghubungi saya di nombor ini.

011-1697 4697

Segala kelengkapan khemah, kerusi, mist fan, aircooler, boleh disediakan untuk anda.Hanya perlu wassap atau call ke nombor ini, kita bincang mengikut apa yang anda nak. Kami sudi menerima tidak kira dari individu, syarikat, restoran, masjid, atau mana-mana yang inginkan khidmat sewaan khemah atau kanopi. Yang pasti, servis kami mementingkan kekemasan, keluarbiasaan, dengan harga yang berpatutan.

Sunday, September 22, 2019

Low Temperature Chiller | Sewa Air Cooled Chiller | Water Cooled Chiller

Rujukan gambar : SINI
Tahukah anda bahawa jika syarikat anda atau bangunan tempat kerja anda jika ada masalah sistem penghawa dingin (aircond), boleh diselesaikan masalah tu dengan cara sementara dengan menyewa? Ada yang menawarkan khidmat sewaan aircond, atau semua jenis sistem penghawa dingin di Malaysia. Bukan sekadar sewa portable aircond ( Boleh klik di SINI jika berminat ), atau air cooled chiller biasa, tetapi juga chiller yang menghasilkan suhu negatif (low temperature chiller).

Ada sesetengah kes seperti di kilang chemical, atau dalam industri petrokimia, memerlukan air cooled chiller yang menghasilkan suhu negatif. Tidak banyak syarikat yang mampu memberikan sewaan Low Temp Chiller nie. Jika anda memerlukan sewaan jenis chiller seperti ini,boleh menghubungi ke nombor ini:

019-243 8610 (Call/ Whatsapp)

Mereka boleh menawarkan kapasiti chiller yang besar kerana mereka ada stok yang sangat banyak. Untuk sewaan apa jua jenis chiller termasuk water cooled chiller, pun boleh menghubungi nombor tertera. 

Jika ANDA berminat untuk membuat sewa khemah, sewa sound system, atau apa jua barang keperluan untuk kegunaan event syarikat atau peribadi, boleh ke link ni ---> KLIK SINI

Yang mana memerlukan sewaan genset, bermula dengan kapasiti 40kva dan ke atas, boleh klik ke link ni ---> KLIK SINI

Yang mana memerlukan sewaan engine driven water pump, terutama dalam bisnes perkapalan, maritim, pembinaan, dan pengairan & saliran, boleh klik ke link ni ---> KLIK SINI

Semua entri berbayar untuk tujuan pengiklanan peribadi atau produk anda, boleh menghubungi admin ke link ini ---> KLIK SINI

Saturday, September 21, 2019

Masjid, Ekonomi, dan Sosio Budaya | Projek BMF


Sekarang Malaysia berada dalam satu gelombang baru iaitu gelombang "Buy Muslim First", atau lebih dikenali dengan singkatan BMF. Satu gelombang yang menggalakkan membeli barangan buatan Muslim, iaitu bertepatan dengan apa yang disarankan oleh setiap umat Islam, untuk membeli barangan yang dikategorikan sebagai halalan toyyiban.

Bukan memboikot barangan buatan lain, cuma menggalakkan semua umat Islam di Malaysia untuk menyokong produk buatan Muslim. Muslim ni bukan bangsa. Ia cuma satu perkataan yang melambangkan satu kesamaan untuk semua bangsa, tidak kira Melayu, Cina, India, dan lain-lain yang memeluk agama Islam. Yang menyembah Tuhan yg Esa. Perlu faham konteks "Muslim".

Ramai yang mengatakan projek BMF ini sudah menampakkan bibit-bibit hasil kepada pengusaha produk Muslim. Banyak produk buatan yang sebelum ni agak sendu di pasaran, mula mendapat perhatian. Dengan wujudnya satu group di Facebook, yang sangat aktif, membuka mata ramai pihak yang sebenarnya wujud produk buatan Muslim untuk kategori produk yang sebelum ini tidak diketahui kewujudannya. 

Kurangnya "awareness" berkenaan produk itu mungkin kerana kekangan kewangan untuk memperbanyakkan "marketing", atau sebelum ni kita sendiri yang tidak cakna. Walau apa pun, peningkatan pencarian produk buatan Muslim sudah mula semakin meningkat. 

Tapi, saya merasakan projek BMF ini boleh dipertingkatkan jika adanya sokongan dari pihak masjid. Dengan adanya sokongan dari seluruh masjid di Malaysia, akan menambahkan lagi hasil dan kesan terhadap kedua-dua pihak iaitu penjual dan pembeli.

Masjid di Malaysia bukan beratus bang... Masjid di Malaysia ada berpuluh ribu, mungkin lebih lagi. Cuma tak sampai la 1 trillion. Kalau sampai 1 trillion tu, nampak sangat masjid lebih banyak dari jumlah penduduk manusia di Malaysia.

Dalam beribu masjid yang ada, sebahagian daripada masjid ini ada ruangan tanah yang besar di sekitar masjid. Masjid yang besar biasanya sememangnya ada ruangan yang boleh digunakan untuk tujuan projek BMF ini. Macam mana?

Sediakan satu ruangan tapak jualan khusus bagi produk muslim yang halalal toyyiban di ruangan masjid. Yang mana masjid yang ada dana yang banyak, boleh memulakan satu projek membuat MasjidMart (sebagai contoh), untuk dijadikan sebagai Halal Hub untuk penduduk sekitar.

Segala sewaan dan jualan setiap produk, pihak masjid akan dapat sebahagian keuntungan, untuk kegunaan pembangunan masjid. Pihak pengusaha produk muslim mempunyai tempat untuk menjual dan mempromosikan produknya. 

Bukan itu sahaja, di masjid juga boleh dibuat satu latihan, seminar, atau kursus percuma hasil dari keuntungan sewaan tapak atau bangunan tadi, bagi memberi pencerahan kepada semua pihak, penjual, pengusaha, dan pembeli tentang apa itu halalal toyyiban, bagaimana jual beli dalam islam, ekonomi islam dan lain-lain. Sudah tiba masanya Masjid membuat satu langkah ke hadapan sebagai pemacu perkembangan ekonomi Islam di kawasan serantaunya. Sedarkan apakah sebenarnya maksud makanan halal dan haram. Bukan adanya tertulis "No Pork", terus boleh masuk makan. Ceteknya ilmu anda tentang halal dan haram kalau itulah jadinya.

Ada beberapa contoh Masjid yang sudah membuat beberapa langkah dalam perkembangan ekonomi di kawasannya. Contoh paling ketara, di Masjid Al-Hasanah, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Satu masjid yang perlu dijadikan sebagai contoh. Selalu dihidupkan bukan sahaja untuk tujuan keagamaan biasa, tetapi juga menjadi pusat ekonomi di kawasan Bangi.

Satu lagi yang boleh dijadikan sebagai contoh ialah Masjid Darussalam, Kg. Pasir Bahru, Puchong. Di kawasan masjid ada dobi, dibuat aktiviti penanaman sayur, mempunyai kompleks untuk disewa, hanya menggunakan dana masjid, tidak ada bantuan dari mana-mana pihak. 

Cuba bayangkan, kalau kesemua masjid di seluruh Malaysia, cuba membantu dan mengimarahkan masjid dengan satu usaha untuk memperkembangkan ekonomi negara dengan menyediakan tempat kepada semua pengusaha produk Muslim, sudah pasti ia akan dapat membantu menjayakan projek BMF ini. 

Di zaman dulu, masjid adalah pusat ilmu, pusat pentadbiran, pusat ekonomi, dan pusat penyatuan seluruh umat. Kenapa kita tidak menggunakan masjid sebaiknya? Sambil meningkatkan ekonomi, tingkatkan juga iman semua pihak, menggalakkan sembahyang berjemaah di masjid. Galakkan semua anak muda datang ke masjid dengan aktiviti yang bermanfaat. 

Jom sebarkan dan bawakan agenda ini kepada seluruh Ahli Jawatankuasa masjid di kawasan anda... Bantu masyarakat, bantu ekonomi kita.. platform sudah ada.. ayuh! Bangkitlah!

Thursday, July 25, 2019

Sewa Aircond Malaysia | Aircond Rental Malaysia

Aircond Rental
Khidmat sewa aircond untuk segala jenis majlis anda. Ada pelbagai jenis aircond untuk disewa. Antaranya ialah:
  • Portable Aircond 1.5HP
  • 5HP Portable Aircond Floor Standing
  • 10 HP Self Contained Aircond
  • Aircooler
  • Dan lain-lain
Sewa aircond boleh digunakan untuk pelbagai majlis seperti majlis kahwin, event seperti ekspo, karnival, festival, dan banyak lagi kegunaannya. Bukan sahaja untuk majlis atau event sahaja, tetapi boleh juga untuk kegunaan sementara di pejabat, bilik server dan banyak lagi.

Sewa Aircond
Boleh hubungi nombor ini jika memerlukan khidmat sewaan aircond :

011-1697 4697 

Boleh wasap atau call terus untuk dapatkan sebutharga.

Selain sewa aircond, jika anda mahukan sewaan sistem aircond yang lebih besar seperti air cooled chiller, water cooled, atau self packaged unit untuk kegunaan industri seperti di kilang, bangunan, boleh juga menghubungi di nombor di atas.

Saturday, April 20, 2019

Sewa Pump | Engine Driven Pump | Diesel Water Pump | Pump Rental Malaysia


Pump Rental

Kami menyediakan khidmat pump rental untuk anda di seluruh Malaysia. Sewa pump sangat diperlukan untuk bidang pembinaan, oil & gas dan lain-lain untuk proses dewatering atau membuang air berlebihan di sesuatu tempat. Antara sebab kegunaan sewa pump ialah : temporary emergency solution, atau long-term project operation.

Sewaan boleh dibuat mengikut bilangan hari, minggu, bulan atau tahun, mengikut keperluan anda. Harga bergantung kepada jenis pump, lokasi untuk disewa, dan tempoh sewaan. Apa yang penting, kami akan pastikan khidmat yang terbaik untuk anda.
CD100 Type


Ada beberapa jenis pump untuk disewa yang kami sediakan. Antara jenisnya ialah:
  • Diesel Powered Pump
  • Electric Pump
  • High Head Pump
  • Submersible Pump
  • Wellpointing
  • Hydraulic Pump


Antara yang selalu memerlukan khidmat sewa pump (pump rental) ialah dalam bidang Construction, Marine, Shipyards, Mining & Quarries, Oil & Gas, dan banyak lagi. Penghantaran boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.




Jika berminat untuk sewa pump, boleh hubungi di nombor tertera:

019-243 8610 (Call @ Whatsapp)

Boleh call atau wassap untuk inkuiri, kami akan datang ke tempat anda untuk mendapatkan maklumat lanjut keadaan di site, (keadaan lokasi, panjang kabel, hose dll) dan kami akan berikan sebutharga yang terbaik untuk anda. Skop kami adalah: Deliver, mob demob, maintenance sepanjang tempoh sewaan. Anda boleh fokus kepada projek anda, berkenaan pump kami akan kendalikan.




Jika anda adalah kontraktor yang hanya memerlukan equipment untuk disewa, kami sangat alu-alukan. Kami bersedia untuk memberikan khidmat sewaan untuk projek anda, dan bekerjasama dengan anda. Sewaan Pump kami untuk ke seluruh Malaysia.


P/S: Ingin menyewa Air Cooled Chiller, Water Cooled Chiller, AHU unit, atau Portable Aircond? Boleh KLIK DI SINI

Ingin Menyewa Marquee Tent, Kanopi Untuk Event Anda? KLIK DI SINI

Ingin Menyewa Generator Set untuk Event, atau Emergency? KLIK DI SINI