Merdeka! Merdeka! Merdeka! Ramai rakyat Malaysia menyahut seruan ini bila diseru sebegitu rupa... Semua menyahut dengan penuh semangat.... Tapi apa itu merdeka? Apa yang dimaksudkan dengan kemerdekaan tu.... Aku saje jer tanya orang itu ini pasal merdeka... Dan kebanyakannya ada definisi tersendiri.... Dan kebanyakannya.... akan bertanya balik kat aku.... Merdeka tu apa yer?
Ok..... apa yang korang faham akan kemerdekaan..... Adakah merdeka nie adalah kejayaan negara kita membebaskan diri dari belenggu penjajah British? Kita tanya balik.... Apa itu bebas? Apakah konsep penjajahan.... Dan cuba kaitkan dengan definisi merdeka yang lebih mendalam.... Kita tanya balik..... Merdeka ker kita?
Adakah merdeka nie adalah satu jenis alasan untuk dijadikan satu hari sambutan besar-besaran..... Satu jenis cara untuk dijadikan platform untuk menyanyi dan berhibur beramai-ramai.... Berkumpul dan bersorak ceria bersama-sama sahabat handai dan rakan taulan? Adakah itu yang dinamakan merdeka?
Adakah merdeka ini adalah satu lagi alasan kepada muda-mudi untuk membebaskan nafsu serakahnya bersama pasangan di tempat-tempat gelap atau hotel-hotel bajet.... Memerdekakan sperma dan ovumnya tanpa hubungan halal iaitu yang dinamakan perkahwinan.... Adakah itu yang dinamakan merdeka?
Adakah merdeka itu.... Satu hari khas untuk memancarkan bunga-bunga api di langit...berdentam-dentum mewarnai langit dengan berbagai-bagai corak dan variasi dentuman dan warna.... Semua berkumpul nak tengok warna-warni bunga api itu... Adakah itu dinamakan merdeka?
Adakah merdeka itu sekadar menunggu waktu dan masa....Tanggal 31 Ogos.... Bila tiba masanya.....pakat bersorak dan melaungkan MERDEKA....MERDEKA..... sekuat hati? Adakah hanya sekejap itu sahaja erti merdeka yang diperjuangkan selama berbelas tahun itu?
Adakah konsep merdeka ini.....Tidak wujud pada zaman sebelum penjajahan ? Tidak wujud jika tidak datangnya koloni-koloni British.....Tidak datangnya koloni-koloni Portugis.... Tidak datangnya koloni-koloni Jepun? Adakah pada zaman itu negara kita tidak merdeka?
Adakah merdeka itu sekadar satu perjanjian di atas kertas.... Menyatakan kebebasan sesuatu negara mendirikan kerajaannya sendiri tanpa campur tangan pihak luar.... Tetapi apabila cuba diubah rang undang-undang yang telah disediakan pihak penjahah.... Ditentang habis-habisan oleh pihak luar? Ironik nya....Pihak luar itu adalah si penjajah itu sendiri.... Adakah itu yang dikatakan merdeka?
Adakah apabila negara kita cuba mengembalikan era kegemilangan satu negara yang berdaulat... Cuba menaikkan semangat Tanah Melayu.... Untuk merealisasikan ideologi keamanan sejagat tanpa ada sedikit pun pergaduhan dan penentangan.....Ditentang oleh pihak luar? Ironiknya....dari bekas penjajah kita juga? Adakah itu yang dikatakan merdeka?
Adakah merdeka itu..... satu perubahan ideologi pemikiran individu.... satu perubahan imej individu...di mana perubahan itu menyerupai ideologi sesuatu bangsa asing....menyerupai imej bangsa asing.... menyerupai budaya bangsa asing....? Di mana ironiknya ialah.....bangsa asing itu adalah bangsa penjajah kita? Adakah itu yang dikatakan merdeka?
Adakah merdeka itu....suatu ideologi supaya mengagung-agungkan sesuatu negara atau bangsa luar... Atau suatu konsep pemikiran di mana apa yang dilakukan suatu bangsa itu adalah hebat dan bergaya? Walhal apa yang ada di negara sendiri adalah lebih baik jika dimanfaatkan sepenuhnya? Ironiknya lagi sekali....bangsa asing itu adalah bekas penjajah kita juga?
Aku tanya lagi sekali kepada semua pembaca? Apa itu merdeka? Apakah sebenarnya erti kemerdekaan yang dilaung-laungkan tu? Adakah sekadar perjuangan peperangan menentang penjajah? Adakah sekadar satu sambutan? Adakah sekadar alasan untuk berfoya-foya? Atau....sekadar satu perkataan dalam bahasa melayu yang dinamakan MERDEKA?
Di mana terletaknya moral dan penghayatan MERDEKA itu? Adakah kita sudah faham? Adakah kita tahu dan faham.... Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan merdeka itu? Adakah kita semua....masih tergolong dalam golongan yang betul-betul merdeka? Dan yang lebih penting....Betul ker kita secara individualnya.... merdeka ? Atau...Merdeka itu hanya satu perjanjian negara.... Tapi kita masih dijajah dan semakin jauh menyimpang dari kemerdekaan itu? Pakat-pakat la bermuhasabah diri....
P/S: Share jika anda sayangkan negara kita... Golongan muda...Adalah bakal peneraju negara...