Showing posts with label Ilmu Wacana. Show all posts
Showing posts with label Ilmu Wacana. Show all posts

Friday, December 15, 2017

Labu Kayu | Buah Maja | Khasiat dan Kegunaan

Buah Labu Kayu
Buah Labu Kayu, atau nama lainnya buah maja. Buah ini adalah buah yang banyak kegunaan dan khasiatnya. Cuma kita sahaja tak tahu. Orang Cina memang menggunakan buah ini untuk perubatan tradisional.

Buah ini boleh dibuat sebagai ubat kanser. Ramai yang mencari buah ini kerana khasiatnya ini. Kajian rasmi? Wallhualam tapi sudah ramai orang mencari dan bertanya kepada saya perihal buah labu kayu ini untuk kegunaan perubatan kanser. 

Khasiat lain, boleh membersihkan usus dalam perut. Ubat demam malaria, lemah tubuh badan, dan lain-lain. 

Cara makan: Rebus isi labu kayu tadi selama 1-2 jam. Kemudian minum air rebusan tadi. Rasa macam mana? Kalau ikut ayah aku, ada rasa "manis buah" gitu. Maknanya, tawar bagi orang yang suka manis, ada rasa sedikit manis bagi yang suka makan tawar.

Kegunaan lain:

Boleh buat ganti bola boling, boleh buat prank bola sepak, boleh buat helmet motosikal dan lain-lain mengikut kreativiti masing-masing.. he he. Gurau saje yer.. 

Yang saya tahu, memang boleh dibuat ubat. Mungkin boleh tanya orang cina, mereka sudah tahu pasal buah labu kayu ini.


Labu Kayu

Thursday, December 19, 2013

Berlawak Sambil Menimba Ilmu | Cara Dakwah Kepada Belia

Dari Google..

Sebenarnya kan....susah nak ajak golongan muda-mudi nie berkumpul dalam satu majlis ilmu agama.... Seriously....susah sangat... Sebab golongan belia nie teramat banyak cabang hiburan masa lapang dia sampaikan hidupnya terlampau busy dah...takde mase atau slot dah dalam jadual kehidupan seharian dia nak diselitkan majlis ilmu agama nie.... Kenapa? Mengapa? Bagaimana cara nak menarik balik minat belia nak belajar agama? Sebab tu timbul satu cara iaitu.... berlawak atau diselitkan unsur jenaka dalam menimba ilmu.... Menyelitkan sedikit unsur hiburan dalam berdakwah...

Mungkin ada yang cakap... mana boleh!!! Nak belajar ilmu agama mana boleh gelak-gelak...kena serius! Merendahkan martabat masjid katenyer... Cara salah...Khurafat!! (Fuiyyo... agak-agak la kan nak over pon..) Kena baca kitab sepatah demi sepatah tanpa ada sedikit pun humor.... Serius.. Ajar ilmu agama kene serius... Terbersin pon tak boleh!! Amboi... Timbul satu soklan ringkas...Salahkah?? Atau ada yang kata macam tu sebab dia tu sendiri tak pandai nak berlawak sambil memberikan ilmu yang bermanfaat?? Dengan erti kata...jeles?? Jeles tengok orang lain berjaya hangpa tak seberjaya macam tu?? Dengan kata lain.. kome tu sendiri tak reti nak berlawak sambil memberikan ilmu...kan? Cemburu buta...he he...

Hmmm...Kalau betullah cara tanpa selitkan sedikit hiburan dalam menyampaikan ilmu agama adalah cara yang korang yakini betul dan tepat dengan arus belia sekarang..... Silalah buat... korang try la buat cara tu... aku rasa komfem tak sampai sebaris pun datang dengar bebelan kome tu... Yang ada pun golongan berumur yang memang dah takde khoje kat umah... Golongan yang dah tak ambil port dah bab-bab duniawi nih.... Harapkan belia datang.. Hmmm... Cakap la sorang-sorang... Last-last tinggal kome dengan tiang masjid jer... Haa....

Kalau bebudak tu memang minat ilmu agama takpe... masalahnya dari seratus belia zaman sekarang... sorang je minat... 99 lagi? Minat K-Pop... Minat Rock.... Minat Zizan.. Minat shopping... Minat bola... Minat berfacebook.. Kan? Jadi... Macam mana nak menarik yang 99 tu supaya tertarik nak dengar biarlah sikit pun...tentang ilmu agama nih?? Atau...sudah cukup sekadar nak mengajor seorang dari seratus tu sampai lebam?? Takde unsur nak meramaikan jemaah ker? Takde usaha nak cuba convert kan yang 99 tu ker? Haaaa.... itu yang nak dibincangkan dan diusahakan nie...

Bagi aku... cara berdakwah sambil berjenaka ni adalah salah satu cara berdakwah sambil berhibur... hiburan yang ringan sambil tak nak bagi mata mengantuk...berdengkur tidur tak dengar apa-apa... Selain tu jugak... cara nie memang terbukti berjaya menarik lebih ramai golongan belia mendekati agama pada zaman sekarang nie....Sebab remaja a.k.a belia nie sukakan HIBURAN!

Ambek contoh... hiburan jenaka sekarang sangat popular...Sangat ramai peminatnya.. Maharaja Lawak... tu ler satu contoh rancangan hiburan bercirikan lawak jenaka yang sangat diminati ramai tak kira tua dan muda... Lawak Ke Der... Super Spontan... Semua tu ada elemen hiburan berjenaka....hiburan ringan yang boleh membuatkan orang bergumbira kejap...lari dari kesibukan keje di ofis..stress belajor..stress jem...dan segala jenis stress meres lagi... memang lumrah manusia .... sukakan hiburan... so...berdakwah sambil berjenaka adalah salah satu strategi yang sangat tepat dan berkesan!

Cuba tengok perubahan yang dibawa Ustaz Azhar Idrus... Tengok betapa ramai belia yang sekarang sanggup datang ke majlis ilmu bila dengar nama beliau... Tengok Ustaz Abdullah Khairi... Tengok Ustaz Kazim Elias.... Tengok Ustaz Bollywood.... Semuanya berjaya menarik golongan belia mendengar ceramah agama dengan cara berlawak dan berjenaka masing-masing.... Alhamdulillah.. Semakin ramai yang sedar dan berfikir betapa pentingnya ilmu agama dan semakin ramai yang amek tahu pasal agama.... Bukti cara dakwah nie adalah yang paling berjaya setakat nie kepada golongan belia yang sebenarnya amat dahagakan kesucian beragama nih!! Cuma sebelum nie.... belia anggap belajar ilmu agama nie suatu yang sangat boring...sangat tak best...dan sangat mengkremkan punggung masing-masing... Sekarang....learn with so much fun! Penuh keterujaan...Kan.....

Tapi kan..... adaaa jugak sesetengah golongan nie kata tak boleh... tak sesuai... tak patut gelak-gelak dalam masjid.. adohai... Pastu siap kutuk-kutuk ustaz-ustaz.. siap maki hamun lagi... Duk sibuk kata jangan fanatik...jangan percaya... Pastu sebar berita buruk yang entah betul ke tak.. Fitnah tak fitnah dah tak kesah...asalkan sampai hajat nak jatuhkan maruah depa.. Oi sedara sedari cikebum cikebum sekalian... Dari duk kutuk mereka yang banyak menyebarkan ilmu yang baik nie... Baik duk kutuk mereka-mereka yang sebarkan kebebasan bersosial yang melampau tu haaa.. Baik sindir golongan yang mempersendakan agama secara terang-terangan tu haaa... Sape? Sape? Ditujukan kat sape nie?

Artis kah? Menteri kah? Ahli politik kah? Blogger kah? Sape yang aku sedang tujukan nih? Ada unsur politik kah? ada unsur merendahkan martabat melayu kah? Ada unsur fata morgana kah? Fotosintesis kah? Foto kinetik kah? Atau... Fotografi kah? Sebenarnya soklan-soklan tu ditujukan kepada............ KITA SEMUA... DIRI SENDIRI! Ramai dari kita nie aurat sendiri tak jaga...tapi sibuk nak kutuk orang lain.... Ramai dari kita nie kutuk ustaz-ustaz tu... tapi sendiri bukannya tahu pun pasal agama... solat pun tak berapa betul... baca al-fatihah pun tak berapa nak kena... ada hati nak kutuk depa tu... Ramai dari kita suka sembang macam segala isi dunia nie dia tahu... Walhal nak suruh huraikan makna tersirat di sebalik syahadah pun tak mampu... Sibuk memperdajjalkan mereka yang cuba menyebarkan kebaikan... Padahal diri sendiri hampir sama buruk macam si Dajjal...

So..... shut your mouth.... istighfar bebanyak... dan pi dengaq apa ustaz tu kate.... belajar dan timba lah ilmu banyak-banyak... hormat depa tu macam hormat cikgu-cikgu....hormat orang tua.. bukannya kerana tinggi pangkat dan darjat baru nak hormat... Hormat kerana ilmu...bukan kerana harta dan pangkat... Belajar lah sambil beronok-ronok mendengar celoteh mereka... Jangan carik alasan duk kutuk.. Jangan jadi cam shetonirrojim.... Pi dengaq.. pi ketawa... balik rumah penuh ilmu di dada... Ada rugi? Tarak! Dapat pahala lagi..Buang yang keruh... ambil yang.... jernih... Pandai! =)

P/S: Ustaz..Mu Tunggu Aku Datang Masjid Pi Dengaq Ceramah Hang!! :)

Monday, November 5, 2012

10 Perkara Merosakkan Otak [FAKTA bukan AUTA]


Dalam sedar tak sedar, kita nie dah banyak buat benda yang merosakkan otak kita sendiri... Sebab tu sekarang dah makin banyak benda sewel dan tak masuk akal berlaku kat dunia nie... Benda yang tak sepatutnya terjadi, boleh terjadi sekarang nih.... Sebab dah ramai yang "short circuit" kat dalam otak tu... Nak tahu apakah perkara-perkara tu? Meh tinjau sat...

1) TAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI
Nie memang ramai... dengan tak sarapan pagi, boleh mengurangkan keaktifan otak pada hari tersebut dan banyak sel-sel otak mati... Cuba bayangkan kalau hari-hari tak sarapan... Dah berapa banyak sel otak yang dah mati.... Bila sel otak dah mati...macam mana mahu pikir guna otak? 
 
2) TERLEBIH MAKAN
Tak sarapan tak boleh, terlebih makan pun tak boleh.... Nie sebab banyak tenaga digunakan nak cernakan makanan dalam perut tu... kekurangan darah atau oksigen dialirkan ke otak... Pun jadi lembap jugak otak kita tu... Nie selalu kes berlaku untuk student Universiti... Nak save kan... makan "branch" terus... Breakfast+lunch..... Save money... but tak save otak...huhu
3) MEROKOK
Nie mesti ramai yang offense aku nanti.... Sebab ada yang cakap tak hisap, otak tak gerak.... Sebenarnya merokok melembapkan otak kita... Disebabkan pencemaran asap rokok tu yang masuk dari luar dan dalam. Anggapan korang boleh berfikir bila merokok sebenarnya banyak bergantung pada psikologi jer... Dan jugak psikomotor pergerakan badan..sama macam ada sesetengah orang kene bergedik kaki baru boleh fikir... kene pusing pen baru boleh fikir... korang sebenarnya kena pegang rokok..[Tanya saintis pasal benda nie kalau nak tahu lebih lanjut] Tapi hakikatnya, asap rokok memang melembapkan otak... Terima tak terima, itu FAKTA.

4) MENGAMBIL GULA BERLEBIHAN
 Bila gula banyak masuk dalam badan, sistem badan akan kurang ambik benda berkhasiat dari makanan [protein dan nutrisi]. Sebab gula lebih senang diserap dalam badan...dan gula jugak sukar nak digunakan oleh badan balik... Maka kekurangan penyerapan zat dan penggunaan tenaga berlebihan nak memproses gula menyebabkan kes yang sama macam makan berlebihan tadi... Kalau korang tak aktif, boleh mendatangkan kegemukan yang tak sihat! Kalau korang jenis banyak makan gula, aktifkan dirimu! 

5) MENGHIRUP UDARA TERCEMAR
Ni berkaitan dengan oksigen la kan... kurang oksigen, kurang effisien la otak kita... udara sekarang banyak karbon dioksida... memang tak boleh lari sangat dah pasal benda nie... Tapi boleh diusahakan penambah baikan... Kurangkan merokok juga dapat mengurangkan udara tercemar... Atau banyakkan menanam pokok di sekeliling rumah... Selalu bersihkan rumah...
6) TIDUR BERLEBIHAN
Tidur berlebihan memang diakui boleh melembapkan otak... Dan trend manusia sekarang memang banyak tidur.... Lagi-lagi pada waktu pagi lepas subuh...lepas asar... dan dekat maghrib... Semuanya waktu terlarang untuk ditidur... Kajian omputeh cakap...kita kene rehat [tidur] paling maksimum 8 jam je.. Tapi kena ingat...otak tak pernah tidur.. Otak tidur bila korang mati je.. Tidur nie cuma nak kembalikan tenaga badan je.. Bukan tenaga otak... Otak kita tak pernah penat... 

7) TIDUR DENGAN MENUTUP MUKA
Nie pun sebab oksigen dalam badan... dengan menutup muka, kurang la oksigen... Dan kita menyedut banyak gas karbon diosida hasil dari proses respirasi kita sendiri.... Jangan amal...
8) KURANG BERIMAGINASI
Berimaginasi tu penting untuk otak... Dalam pandangan terbaru, angan-angan Mat Jenin sebenarnya bagus.... Memang bagus... Cuma satu je kurang atau masalah Mat Jenin... takde USAHA... Kalau diusahakan sama kuat dengan angan-angannya... Mesti Mat Jenin dah berjaya...  Masalah kita nie... memang kuat berimaginasi... tapi berimaginasi benda lain je kan??

9) JARANG BERFIKIR
Otak nie macam otot dalam badan la... Jika selalu dilatih dan digunakan... makin kuat otot tu... Tengok atlit sukan kita... Training hari-hari.... Macam tu la otak pun... makin diguna, makin cergas la ia... Masalah kita nie... malas nak gunakan otak... Penat la...leceh nak fikir la... Bila dah berzaman tak guna otak... otak pun dah macam enjin keta buruk dah... bila dah masuk waktu nak guna otak... Mula la sakit sampai berdenyut-denyut kan.. So....selalu la berfikir.. 
10) TIDAK BACA AL-QURAN
Nie memang ramai yang tak buat...Kalau tahu pun ramai yang susah nak buat.... Bacaan ayat-ayat Quran memang berkesan nak merangsang otak kita untuk berfikir.... Amalkan bacaan quran kat anak-anak kita... Dari kecik lagi dah buat... Tengok apa kesannya... Ni kesilapan paling besar umat Islam di Malaysia nie... Kalau la dijadikan trend selalu melafazkan ayat Quran macam duk nyanyi lagu sambil buat kerja...sambil drive.. sambil kemas rumah... aku rasa tak lama lagi boleh la tengok anak Malaysia jadi seorang tokoh di dunia nie... 

P/S: Fakta nie aku dapat dari Facebook, tapi ulasan dari aku sendiri...

Thursday, September 6, 2012

Kepentingan Dan Rahsia Garam


Garam nie banyak rahsianya.... Sejak dari mula-mula manusia menapak di muka bumi nie....garam sudah lama wujud.... Sebijak mana pun manusia....rahsia garam pun masih belum diterokai sepenuhnya.... Banyak sebenarnya kepentingan dan rahsia di sebalik kehalusan garam nie....

Antara rahsia yang telah berjaya dicungkil ialah......sesungguhnya garam itu masin...he he he... Ok...ok....serius....serius.... Rasulullah s.a.w mengamalkan pengambilan secubit garam sebelum dan selepas makan....Jangan la banyak sangat... Secubit jer...sekadar rasa masin-masin sikit je.... Dah dibuktikan para pengkaji sains... ia dapat menambahkan keberkesanan perut menghadam makanan dan menghindar dari penyerapan racun.....

Dari Anas bin Malik, Nabi kita bersabda, "Penghulu segala lauk pauk ialah garam."

Garam juga banyak digunakan sebagai ubat alternatif bagi menyembuhkan beberapa penyakit seperti gout dan sebagainya.... Bahagian yang terkena gout itu ditimbus dalam pasir pantai selama 1 jam - 2 jam...Kemudian mandilah air laut... Dipercayai boleh menghilangkan penyakit gout itu.... Jika berjauhan dari pantai... gorengkan segenggam garam kasar sampai kekuningan...pastu tuamkan segenggam garam tadi dengan dibaluti secebis kain...

Bagi yang senang mabuk kalau naik kereta ker....bot ker... kapal terbang ker.... Caranya dengan meminum madu dengan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan.... Nak tahu berkesan ke tak....cuba la dulu.... Dari duk makan ubat penahan mabuk tu kan... Ada kesan negatif jangka masa panjang.....

Garam juga digunakan bagi mengubati penyakit cirit-birit.... Caranya senang jer... masukkan secubit garam dalam air suam....kacau dan minum... Jangan diletaknyer garam tu banyak sangat.... Darah tinggi korang nanti.... hu hu hu....

Garam juga digunakan bagi mengurangkan kesakitan sakit gigi atau ulser mulut... Caranya.....larutkan sedikit garam dalam air suam...kemudian kumur dengan air garam tu... yang nie aku pernah cuba.... Menjadi jugak la kadang-kadang.... 

Mengelakkan dari daging mentah busuk juga boleh guna garam.... Bagi sesape yang nak mengembara dalam hutan ker....mana-mana ker yang menggunakan masa yang lama....dan korang teringin nak bawa bekal daging... Boleh guna cara nie... Perapkan daging mentah dengan garam yang dicampur dengan serbuk kunyit tanpa dibasuh.... Sebab air boleh mempercepatkan pembusukan daging mentah.... Pastu letak dalam bekas tertutup... Insya Allah daging tu tak busuk...:)

Banyak lagi kegunaan dan rahsia garam nie... Sesungguhnya garam adalah perkara yang wajib digunakan dalam apa jua masakan.... Tiada garam... tiadalah rasa... Ceewah...dah macam Master Chef dah nie....ha ha ha... Tapi ingat yer... Garam-garam yang dinyatakan di atas seeloknya garam bukit... Atau garam yang dibuat sendiri.... Atau garam kasar...Sebab garam halus yang dalam paket di kedai tu sememangnya tak elok... Terlampau banyak bendasing (bahan kimia) yang dah dicampur..... Kalau betul-betul nak jaga kesihatan... gunalah garam bukit...Atau garam kasar...

Haaaa.....itu baru sikit... Banyak lagi rahsia garam nie... garam juga dipercayai salah satu medium perantara dengan alam ghaib... Kalau korang selalu tengok atau pernah guna khidmat ustaz-ustaz halau jin...mesti depa mintak garam..... Sebenarnya ada kisah di sebaliknya.... Aku pun tak berapa arif pasal tu... sesape yang tahu boleh tambah di ruangan komen...

Garam jugak boleh dijadikan senjata... Kalau dah terdesak sangat kan.... Boleh dibaling ke arah mata dan kesannya sama macam korang baling pasir.... Kot-kot la masa duk kat dapur....pencuri masuk kan... Dah takde benda sangat nak dibaling...baling la garam tu.... Kalau ada batu lesung...lebih baik dibalingnya batu lesung... Hambik ko...ha ha

Okeh....kalau aku listkan sumer jenis rahsia dan kepentingan garam nie....Tak habis entri aku nie... Sememangnya banyak dan tak terjangkau maksudnya.... Itulah keindahan ciptaan Allah... baru bincang pasal garam jer... Pun dah tak tercapai minda kita nak cungkil kesemuanya..... Itu baru bicang yang dah tahu...yang masih kekal rahsia.... Sesungguhnya amat kerdil kita nie disisi Allah....

P/S: Bagi yang dah ada penyakit...ikut la saranan doktor dalam pengambilan garam dalam makanan....:)



Wednesday, September 5, 2012

Cara-cara Atau Tips Mendidik Anak Dengan Betul


Anak kita adalah permata dalam sebuah keluarga.... Sememangnya anak adalah sesuatu yang sangat tidak ternilai harganya jika nak banding dengan duit atau semua perkara yang lain.... Semua pasangan yang berkahwin inginkan anak.... Tapi ramai yang tidak mendidik anak itu dengan cara yang betul.... Inilah sedikit sebanyak cara-cara atau tips untuk mendidik anak dengan sebetulnya mengikut kaedah Islam....

Rasulullah s.a.w telah menggariskan empat tahap dalam pendidikan anak-anak mengikut faktor umur dan masa.... Tahap pertama ialah ketika anak itu masih kecil...anak yang baru lahir... Hendaklah dibanyakkan bergurau senda dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang... Jika nak yang lebih elok... Banyakkan selawat dan bertahmid, bertahlil, bertakbir dan sebagainya dengan anak-anak itu... Biasakan diri mereka dengan kalimah-kalimah suci...Bukannya hiburan-hiburan terkini....Kekalkan kesucian anak kita semaksimum mungkin....

Pada tahap kedua, iaitu anak di sekitar umur 7 tahun hingga baligh (lingkungan 14 tahun)....Hendaklah dididik dengan arahan, disiplin dan tanggungjawab.... Kena lebih tegas berkenaan disiplin dalam semua perkara.... tutur bicara...adap sopan... solat dan sebagainya.... Ramai yang tertinggal bab solat dalam lingkungan umur nie... Anggap anak tu masih kecil... Sedangkan masa nie lah dimestikan mengajar bab solat dan ilmu-ilmu kedisplinan yang lain....Ingat...dalam Islam..dibolehkan merotan anak jika anak itu tak nak solat selepas umur 10 tahun dengan cara yang betul....

Pada tahap ketiga, iaitu pada umur 15 tahun hingga 21 tahun.... hendaklah dididik dengan cara lebih matang dan berbincang.... lebih kepada berkawan...bertukar pendapat dan menghormati pendapatnya selagi tidak melampaui batas dalam syariah.... Banyakkan berbincang dan memberi pendapat dengan cara yang lebih matang kepada anak-anak.... Sebab mereka sudah masuk ke tahap mendewasakan diri dari budak mentah kepada budak yang sudah ada kehidupannya yang tersendiri.... Tapi masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari ibu bapa.... Fikiran depa masih belum betul-betul matang dalam hal-hal yang memerlukan pengalaman dan yang lebih kompleks...

Pada tahap keempat, iaitu 21 tahun ke atas.... ibu bapa hanya berperanan sebagai penasihat sahaja.... Berikan mereka kebebasan memilih selagi tidak bertentangan dengan agama dan merosakkan kehidupan mereka... Sepatutnya anak-anak pada masa nie...sudah tahu yang mana buruk dan yang mana baik berlandaskan agama... Itupun jika anak-anak itu sudah melalui semua peringkat didikan dengan berkesan dan teratur... 

Jika ada tertinggal satu tahap pendidikan yang sepatutnya.... Mungkin anak-anak itu tidak matang atau tidak dapat berdikari dengan sebetulnya apabila sudah mencecah 21 tahun... Perlu ingat...segala didikan perlulah selari dengan tuntutan agama.... Tinggi melangit ilmu dunia...kalau rendah ilmu agamanya....Pun takkan jadi... Mungkin benda nie takkan dirasai ketika senang dan bahagia.... Tapi apabila timbul saja krisis atau masalah walaupun sedikit...Baru korang tahu betapa pentingnya ilmu agama.....

Jika inginkan kebahagiaan sehingga masuk ke usia tua... Jangan tinggalkan ilmu agama.. Didiklah anak kita tentang ilmu agama dan dunia dengan sama rata... Pada zaman kini....Bagi aku...Ilmu agama lebih penting dari ilmu keduniaan...Kerana cabaran dan dugaan persekitaran untuk anak-anak kita jauh lebih mencabar... Hiburan semakin berleluasa... Budaya kuning senang merebak ibarat air yang dicurah.... Negativiti menyelubungi seluruh dunia melebihi positiviti.... Hanya ilmu agama yang dapat selamatkan anak-anak kita...

Sesal kemudian tak berguna.... Itu jer ungkapan sesuai yang boleh dinyatakan di sini.... Sendiri buat...sendiri tanggung... Anak kita adalah permata yang perlu digilap dan dijaga dengan rapi.... Kalau tak dijaga... buruk padahnya.... Dan kena juga ingat.... jaga anak tak sama jaga haiwan peliharaan... Setakat bermain dan beri makan saja tak cukup... Perlukan bimbingan rohani dan jasmani....spiritual dan fizikal... barulah anak-anak itu kekal sebagai manusia yang boleh dipanggil khalifah di muka bumi nie.... Pesanan untuk aku juga... Insya Allah....;)

P/S: INGAT: Apa yang mak ayah dia buat...Itu ler yang ditirunya... Sopan kita...sopan la anak kita... Baik tutur bicara kita...baiklah mereka...Insya Allah..


Friday, August 10, 2012

Bagi Susu Ibu Ketinggalan Zaman ?? | Fakta Di Sebalik Susu Ibu


Aku hari nie nak nak bincang dengan para pembaca pasal susu ibu.... Aku dah ada buat entri pasal susu ibu nie dulu-dulu kat sini (LINK)... Tapi mungkin tak memberi kesan sangat...Sebab masih ada yang terdengar dari kalangan kita nie yang cakap.... ibu-ibu yang bagi susu badan nie adalah ketinggalan zaman!! Eeeh.....sedap mulut dia jer kan cakap gitu.... Yang cakap pulak bukannya orang sebarangan.... Geng-geng nurse jugaaak!! Ape kes....

Ada kepelikan kat sini.... padahal sepatutnya geng-geng nurse yang lebih arif pasal nie... Tapi itu la hakikatnya... Walaupun bukan semua...tapi tu pun dah mencemarkan nama sebahagian dari depa... Ada dari kalangan depa tu....cakap yang bagi susu badan nie ketinggalan zaman.... Zaman moden nie... orang tak bagi dah susu badan..SUSU FORMULA kan ada.....Susu ibu dikatakan menyebabkan budak jadi kurus... tak sihat... bla bla bla.... bermacam-macam alasan dan fitnah yang ditabur.... Ok... aku bagi dulu ilmu yang diambil dari Quran.... Bermaksud macam nie....

“Para ibu hendaklah menyusu anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya. Apabila kedua-duanya  ingin memberhentikan (sebelum cukup tempoh dua tahun) dengan kerelaan kedua-duanya dan melalui perbincangan, maka tidak ada dosa bagi kedua-duanya.” Surah Al-Baqarah ayat 233. 

Wait a minute............Kalau betul bagi susu ibu tak elok....Kenapa ia DISARANKAN DALAM QURAN? Bila ia disuruh dalam Quran.....maknanya benda itu tersangatlah elok.... Atau golongan si "cerdik pandai" tu lagi hebat sampai lebih hebat ilmunya dari ilmu dalam Quran? Bukan ke sepatutnya Quran dijadikan panduan hidup? Cuba faham ayat tu... untuk dapatkan PENYEMPURNAAN PENYUSUAN... hendaklah menyusu selama DUA TAHUN ! Aaaahaaa..... Satu tumbukan KNOCK OUT di situ bagi golongan yang tak sukakan susu ibu....:)

Sebenarnya kan.... SUSU TERBAIK untuk anak-anak kita ialah SUSU IBU.... Memang tiada tandingannya....Korang belilah susu cap apa pun....Susu cap junjung ke....cap ayam ker... harga sampai beratus-ratus ringgit sekotak pun...tetap takleh nak lawan kehebatan susu ibu... Sebab apa? Sebab susu ibu itu adalah susu yang sememangnya dicipta khas untuk anak itu... Penciptanya sapa? Allah s.w.t.... Bukannya dibuat di Penang atau di Sabak Bernam..... 

Setahu aku....untuk minggu-minggu awal kelahiran... Masa anak tu baru dilahirkan...masa tu lah paling penting... Sebab susu ibu masa tu bukan sahaja menghilangkan lapar dan dahaga si anak...tapi juga dibekalkan sistem imun khas untuk anak itu... Di mana takkan wujud di mana-mana susu buatan dalam kotak tu.... Anak yang minum susu ibu nie susah nak dapat penyakit.... Sebab imun depa tinggi... Sape tak nak kan anak yang sihat sejahtera kan....Ke ada yang tak nak kat sini.....

Ia juga berkaitan MENGERATKAN HUBUNGAN SI ANAK DAN SI IBU.... Sebab susu ibu bukan sahaja menyalurkan susu....Tapi EMOSI juga disalurkan.... Sebab tu ada pantang larang pasal mencari ibu susuan... Jangan dicarinya ibu susuan itu dari golongan penzina dan pelacur... Sebab susu ibu nie memainkan peranan dalam pembentukan emosi dan tingkah laku si anak itu... Jadi bagaimana pulak kalau sejak dari kecil lagi dah diberi susu lembu?? Adakah susu yang diproses dari lembu atau soya itu lebih baik dari susu yang diproses dalam badan ibu anak tu sendiri... Satu lagi pukulan KNOCK OUT di situ... dah dua kali tumbang... Mau bangun lagi? he he he...

Pernah dengar penyakit kolik ? Bagi yang tak tahu....boleh pi SINI (LINK) sat....Pasal kesihatan anak korang jugak.... Dengan susu ibu juga....mengurangkan risiko terkena kolik nie.... Kekuningan juga satu masalah biasa ketika awal kelahiran... Susu ibu juga dapat mengurangkan terkena risiko kekuningan yang teruk kepada bayi tersebut..... Korang boleh cuba rujuk kepada DOKTOR PAKAR pasal nie kalau tak percaya..... Jangan tanya kat nurse-nurse paranoid kat susu ibu pulak....

Ada jugak aku terdengar pasal salah satu tanda-tanda kecil kiamat.... Yang si ibu-ibu tidak lagi menyusukan anak-anaknya dengan susu badan.... Kalau ikut pemahaman aku.....Depa dah kurang nak bagi susu ibu berbanding susu formula yang berlambak di pasaran sekarang..... Lebih percayakan iklan dan maklumat di kotak berbanding maklumat dari Quran.... haih.... Zaman makin moden...tapi fikiran semakin ke belakang...

Ini kesimpulannya kelebihan bagi susu ibu
Aku tau la sikit sebanyak kenapa ada segelintir yang tak suka kepada susu ibu nie.... Ada yang bagi alasan sebab keje....takde masa.... ada yang bagi alasan susu tak keluar.... Padahal kalau si ibu tu dah set dalam kepala awal-awal nak bagi susu badan kat anaknya.....AUTOMATIK SUSU BADAN AKAN KELUAR...Cuma awal-awal tu sakit la sikit dekat puting tu... Lepas tu ok jer...

Sebab UTAMA ramai yang tak nak bagi susu ibu.... sebab faktor pengaruh BARAT... Faktor KECANTIKAN.... Dikatakan bagi susu badan... Aset badan dah tak cantik.... You are useless when you are not pretty anymore... Itu yang ditanam dalam minda depa..... Padahal korang lagi USELESS kalau berfikiran macam tu.... Kalau sebab keje... kan sekarang ada breast pump? Hendak seribu daya....TAK NAK SERIBU DALIH.....

Selain manfaat kat si anak....ada banyak manfaat jugak untuk si ibu kalau bagi susu badan....Ni aku listkan...
  • DIET terbaik... bagi sesape yang nak kurus lepas bersalin...sila bagi susu badan sekerap mungkin... Korang akan kurus....Insya Allah...
  • PENGECUTAN RAHIM LEBIH CEPAT SECARA NORMAL.... Ini aku dengar masa doktor nasihatkan wife aku dulu... Nak kecutkan rahim cepat...bagi breastfeeding...
  • MENGELAKKAN kanser payudara.... Nie aku dengar-dengar je...boleh cuba rujuk doktor berdekatan....
  • PIL PERANCANG KEHAMILAN YANG TERBAIK..... Sebab kalau korang amalkan bagi susu badan.... nak datang period pertama memang lambat... Allah dah buat elok dah... Tapi kalau korang berhenti je bagi susu badan....memang cepatla dapat anak lain...:)
  • MENAMBAHKAN KASIH SAYANG TERHADAP ANAK.... ye la...susu badan nie kene banyak sabar... Setiap kali bagi menyusu...korang peluk dan belai si anak tu... Lagi elok kalau masa tu korang nasihatkan anak tu... Si anak dapat mesej korang bukan saja dari telinga....tapi dari hati ke hati...

Haa.... itu ler sedikit sebanyak yang aku tahu...sebagai hanya seorang SUAMI kepada si ibu....cuba nak bagitau kat korang.... Kepada si ibu yang ada info lebih...boleh tambah informasi berguna di ruangan komen.... Dengan kecetekan ilmu nie... Apa salahnya ibu-ibu menambahkannya...ye dak? Lepas tu sebar-sebarkan supaya lebih ramai yang sedar akan kelebihan bagi susu badan nie.... Sama-sama besarkan generasi baru dengan cara terbaik...:)

P/S: Peranan suami pun memainkan banyak faktor dalam menjayakan pemberian susu ibu... Betul tak ibu-ibu sekalian...:)

Thursday, August 9, 2012

Nie Baru Imam Muda | Video Imam Kecil

Mulakan dengan ucapan salam.... Assalamualaikum para pembaca sekalian... Hari nie aku nak membebel pasal imam muda pulak... Bukan imam muda yang kat dalam Astro OASIS tu.... Tapi imam muda yang macam nie haa.... Cer tengok dulu video tu...


MasyaAllah.... baik.....apa yang aku nak sampaikan? Adakah nak bagitau yang nak jadi imam...kene baca sesedap nie ke? Atau nak jadi imam...kene pakai baju putih macam budak tu ker? Atau nak bagitau yang nak jadi imam kene budak-budak? 

Sebab ada yang salah faham.... ada yang cakap nie tanda-tanda akhir zaman....pentingkan kesedapan bacaan semata-mata.... Bukan tu maksud aku..... Lagipun dalam video nie...kita tak boleh nak memberi pengadilan yang betul pasal sape yang lebih berhak nak jadi imam.... Sebab kita tak tau keadaan di tempatnya... Korang tau kan syarat-syarat nak jadi imam? Macam mana hierarki susunannya sape yang lebih berhak nak jadi imam..... Korang tau kan? Mesti la tau kan.... Lagi-lagi yang komen pasal tanda-tanda akhir zaman tu....he he he....

Aku post video tu bukan nak citer pasal sape lagi berhak nak jadi imam.....Cuma aku terpesona dengan budak kecil tu.... Bacaannya bukan stakat sedap jer...Tapi betul bacaannya.... nahu dan tajwidnya lebih hebat dari sesetengah dari kita yang dah akil baligh nie.... Tak malu ke?

Maksud aku sebenarnya.... nak bagitau kat korang...DIDIKLAH ANAK-ANAK KITA BERTADARRUS SEJAK DARI KECIL LAGI..... Biar depa nie dah boleh baca Quran dah.... Kalau tak sehebat budak nie pun takpe....Budak nie dah siap hafal surah surah besar...Kita kalau boleh suruh anak kecil kita hafal surah-surah kecik pun dah ok dah.... Yang penting bacaannya betul dan fasih.. 

Ada yang cakap.... "Kesian kat budak tu...kecik-kecik dah kene hafal Quran....kecik-kecik time die main la..." Ada jugak yang cakap, "Mesti hidup budak tu penuh dengan kebosanan"... Atau "Kecik-kecik bagi tengok kartun la...bila besar baru suruh pi kelas fardhu ain..." Itu ler sesetengah pandangan masyarakat kita... Sangat jauh menyimpang... Kecik-kecik dah ajar sukakan hiburan...kan? :)

Segala-galanya bermula dari kecik... Kalau ye pun mak ayah dia tu agak sengkek ilmu agamanya.... Bagi la budak-budak tu tengok rancangan yang ke arah keagamaan sikit...terapkan nilai-nilai kesucian agama sejak dari kecil... terapkan minat.... Jangan menghalang.... Biar anak kita tu lebih baik dari kita.... Jangan disebabkan kita nie yang dah jahil....Nak jugak anak jadi jahil cam kita....

Bagi yang dah ada ilmu agama.... Jangan syok sendiri jer... Terapkan juga kat anak-anak... Jangan jadi alim sorang-sorang.... Iman bukannya boleh diwarisi.... Kene didik dan diajar sejak dari kecil lagi... Barulah generasi baru yang akan memimpin negara nie tidak sengkek ilmu agamanya......Kita mulakan dari rumah sendiri....Sama-sama kita ikhtiarkan caranya..... SHARE la kepada kawan-kawan...semoga semuanya ingin berubah ke arah yang lebih baik....:)

P/S: Nak ajar anak..bapak dan mak kena belajar dulu...Ye dak...hehe

Thursday, August 2, 2012

Bersin Pun Dapat Pahala Dalam Islam !


Aaaa....aaaa......aaaaaaachuuuummmm!!! Pernahkah korang bersin? Soalan yang boleh dicopkan agak kebangangan kan...ha ha ha.. Off course la semua orang pernah bersin dalam hidupnya... Tapi korang tau tak yang bersin tu boleh memberi pahala percuma kepada rakan-rakan di sebelah dan jugak si pembersin? Haaa.... Ni yang nak habaq mai nie.....

Sebelum diteruskan...nak bagitau....Ini bukan entri konspirasi...ha ha ha... Kena bagitau awal-awal sebab sekarang ramai tengah mood pasal tu... Kalau sape yang minat...boleh baca di entri aku yang INI (Link) pasal Sukan Olimpik di London dan yang NIE (Link) pasal kaitan segitiga dengan Illuminati... Entri yang nie takde kena mengena! Bukan semua benda tu ada kaitan dengan Illuminati...he he he.. Yang nie cuma nak bagitau kat korang....bersin pun boleh dijadikan pahala kalau korang ikut cara Islam sebenar... Senang giler dapat pahala kan...bersin pun dapat pahala jugak!

Sebelum tu nak tanya.....kalau kawan sebelah bersin...apa korang buat? Kipas laju-laju tak nak bau bersin datang? Atau terus tutup idung tak nak berjangkit kuman yang disemburkan tu? Atau terus lari jauh-jauh? He he he... Yang mana perkara pertama korang akan buat kalau rakan di sebelah bersin? Yang mana perkara memula sekali korang buat kalau korang sendiri bersin? Cakap,"excuse me" je ker.... Atau ambek kain sapu tangan pi sumbat dalam hidung dalam-dalam sebab hidung gatal...he he

Perkara pertama yang sepatutnya diamalkan ialah.... Bagi orang yang bersin....Terus ucap ALHAMDULILLAH..... Bersyukur yang kuman tu dikeluarkan dari badan.... Bagi yang duk sebelah... Perlu menjawab kembali ucapan tu...menandakan korang pun turut sama bersyukur.... Dan si pembersin tu menjawab kembali.... Cantiknya cara Islam nie kan..... Sama-sama mendoakan kesejahteraan...bukan mengutuk antara satu sama lain....

Doa bersin
Yang menjawab tu...dekat gambar tu aku rasa khas untuk si lelaki.... Kalau perempuan...dijawabnya "Yarhamkillah".... Maksudnya sama....tapi kalau ikut pesan orang tua aku....lebih baik sebab ikut cara penggunaan bahasa Arab yang betul... 

Senang je kan? Ucap Alhamdulillah...jawab balik dan dijawab balik.....Dah dapat pahala free.... Tapi kenapa ramai yang TAK AMALKAN dan ramai yang TAK TAHU ? Sebab kita sendiri tak suka atau tak mengambil berat akan cara kehidupan dalam Islam...Lebih suka cara orang barat...padahal cara Islam itu lah yang terbaik...

Dalam amalan bersin nie...Dah nampak apa yang cuba diterapkan dalam Islam.... iaitu SALING BERDOA UNTUK KESEJAHTERAAN SEMUA... BUKANNYA SALING MENGEJI DAN MENGUTUK... Diharapkan selepas korang baca entri dari blog tak seberapa nie...korang amalkan doa bersin nie.... Kita cuba perbaiki dari sekecil-kecil perbuatan yang mudah nie kepada sebesar-besar amalan ibadat.... Semoga hidup kita diberkati Allah....:)

P/S: Apa lagi...amalkan la..Senang je pun nie...

Sunday, July 8, 2012

Sedar Tak Sedar, Ramai yang Dah Ikut Cara Setan


Dalam kehidupan kita sekarang nie....ramai yang berbangga dengan apa yang orang lain bangga..... Berbangga tapi tak tau sebab musabab....meniru gaya orang sekadar meniru tanpa usul periksa akan kenapa dan mengapa.... Sedar tak sedar....ramai yang dah ikut cara Syaitan atau nama ringkasnya....SETAN!

Bukan nak mengata...bukan nak mengeji....tapi sekadar peringatan kepada aku sendiri dan jugak kat korang sumer yang selalu alpa dan lalai dengan kemewahan dan keasyikan dunia yang tak berapa realiti nie.... Penuh dengan tipu daya dan fitnah segala benda... Kali nie bukan nak cakap pasal benda besar sebesar bangunan KLCC tu....tapi benda kecik je.....sepadan dengan diri aku nie yang kerdil je di bumi Allah nie....pasal MAKAN...

Aku tengok sekarang nie.... Ramai yang berbangga dapat makan cara orang barat... lagi-lagi makan western food....guna pisau dan garpu... Dan kalau korang perasan... Makan guna pisau dan garpu nie diajar makan dengan tangan KIRI.... Sedangkan sunah Nabi adalah makan dengan tangan kanan.... Ramai yang sanggup jadi pembela kepada cara makan orang barat nie....Mengatakan yang itu cuma sunnah.... Benda tak wajib... Kenapa nak bising... 


Bukan nak bising...tapi segala sunnah Nabi ada maknanya.... dan segala apa yang dibuat oleh Nabi tu...ada maknanya.... Mengapa perlu bangga dengan cara bukan sunnah tu?? Lagipun makan dengan tangan kiri adalah menyerupai cara makan SETAN-SETAN... Maknanya korang sekarang meniru gaya SETAN makan! Nak bangga ker?? 

Aku ambik petikan hadis yang sememangnya jarang korang baca.... Duk asyik baca pasal gosip artis jer kan... Hadis memang TAK PERNAH BACA pun kan..... 

"Apabila kamu hendak makan, hendaklah kamu makan dengan tangan kanan, dan apabila hendak minum, minumlah dengan tangan kanan, kerana syaitan makan dengan tangan kiri dan minum dengan tangan kiri." SAHIH MUSLIM

Untuk mengetahui lebih lagi pasal kelebihan makan dengan tangan kanan nie.... Korang boleh ke link ini...


Kepada yang suka ikut cara Barat tu..... sila cuba kurangkan la yer... sememangnya cara Barat kebanyakannya tidak membawa sebarang kebaikan pun....baik dari segi cara makan.... cara pakaian.... cara sosial....semuanya menjurus ke arah cara SETAN..... Dan untuk pengetahuan korang jugak...makan dengan tangan pun sunnah... Lebih baik berbanding dengan sudu atau garpu...


Mungkin ada yang kata cara Barat tu....ada jugak yang baik.... Yes....aku tak nafikan ada yang baik.... Tapi yang baik tu SEMUANYA SELARI DENGAN CARA ISLAM..... Perlu ingat....TIDAK ADA SATU PUN CARA ISLAM SEBENAR MENJURUS KE ARAH YANG TIDAK BAIK.... Kalau ada muslim yang jahat tu.... Tu sebab dia sendiri...bukan ajaran Islam yang mengajar dia buat jahat..... So....Please belajar dan amalkan apa yang disuruh Islam..... 

Cara makan dalam Islam nie.... selain dengan tangan dan tangan kanan.... Elok dimulai dengan buah-buahan... bukan pencuci mulut... Makan dengan kuantiti sedikit....iaitu berhenti sebelum kenyang...  Makan sampai habis dulu baru minum air... pastikan makanan dikunyah sebaiknya baru ditelan.... Dan yang paling penting dan paling banyak yang TERLUPA..... baca BISMILLAH sebelum makan...dan baca ALHAMDULILLAH selepas makan..... Ada korang amalkan sumer nie?? Cuba tanya pakar doktor pemakanan.... Adakah sumer nie selari dengan cara pemakanan yang sihat yang disarankan jabatan kesihatan?

Sangat rugi kalau korang dah dilahirkan dalam agama Islam....tapi tak amalkan....tak praktikkan dalam kehidupan seharian....Korang dah diberi kelebihan dilahirkan dalam agama ISLAM...Kenapa sia-siakan peluang itu??? Ibarat kata.....

Kebanyakan orang Islam sekarang, Ibarat dihidangkan minuman kegemaran ketika dahaga di hadapannya, Diminumnya air longkang yang kotor di belakang... Malah berbangga dengan perbuatan itu...

P/S: Sesungguhnya beruntunglah bagi orang-orang yang beriman....dan amat rugi bagi orang yang tidak beriman... Quran dah bagitau awal-awal dah...:)

Monday, May 21, 2012

Tak Payah Solat Pun Takpe... Aku Masih Kaya, Dan Semakin Kaya!!


"Buat apa nak sembahyang banyak-banyak.... tengok aku nie... Tak solat pun lagi kaya dari ko! Bisnes aku makin maju... Bonus tiap-tiap tahun dapat... Ko dapat ker?"... Itula sesetengah ayat yang keluar dari si kaya dan si hartawan yang berasa dirinya sangat hebat walaupun tak mengerjakan solat... Memang ada kan? Yess.... ramai jer kat dunia nie..... Tapi kenapa? Tuhan tidak adil kah? 

Ok.... sesape yang fikir macam tu... baik korang mengucap banyak-banyak.... Allah itu Maha Adil... Jangan sesape berani menyangkal akan kebenaran Tuhan Pencipta kita yang Maha Berkuasa tu.... Tapi kenapa ada golongan yang mendapat kemewahan dunia yang melimpah ruah walaupun tak solat....minum arak... Buat dosa berguni-guni.... Tapi buat pahala satu haram jadah pun takde? 

Ada orang kata...kalau tak bayar zakat...rezeki semakin sempit.... Tapi golongan macam nie bayar ke zakat? Sah-sah tak bayar kan.... Tapi tetap kaya jugak.... Kenapa? Rumah banglo tiga tingkat.... gaji berpuluh-puluh ribu sebulan...bonus tiga empat kali gaji setahun.... Bisnes berjuta-juta.... Kalau buat majlis apa-apa... siap orang yang datang yang bagi hadiah...bukan dia yang bagi! Rezeki melimpah ruah... Kenapa? 


Itu adalah satu contoh ujian dari Allah yang dikenali sebagai ISTIDRAJ..... Tau tak apa itu istidraj? Istidraj nie adalah sesuatu perkara yang luar biasa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada hamba-Nya untuk membinasakannya! Macam mana dengan kekayaan boleh membinasakan? Ok....sebelum aku cuba terangkan....kita tengok firman Allah kat bawah nie....

Firman Allah SWT maksudnya: "Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit( ke jurang kebinasaaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya. (Surah Al-A'raaf : ayat 182) 

Nampak tak mendustakan ayat-ayat Kami?? Maknanya kepada sesape yang tak solat...kepada yang tak bayar zakat...tak puasa...kepada yang tak percaya Quran... kepada yang mengabaikan hukum-hukum yang dinyatakan dalam Quran...  mereka yang termasuk dalam golongan dalam ayat di atas.... 

Bila orang tu tak solat.... dapat kekayaan yang semakin melimpah-limpah... Maka Allah berikan kepadanya istidraj... Cuba korang bayangkan.... kalau dah tak solat tapi tetap kaya... Allah bagi lagi kaya kat orang tu....dia sedar ke tak? Mesti tak kan.... Mesti lagi rasa bangga diri dan bermegah-megah dengan pencapaiannya walaupun tak solat ataupun meninggalkan ibadat kepada Allah.... Sedangkan itu adalah satu jenis penghinaan kepadanya.... Penghinaan secara halus!

Pernah tak korang dengar.... kaya tapi rasa hati tak tenang... kaya tapi keluarga porak peranda... kaya tapi keliling hutang.... kaya tapi rasa tak cukup... itu semua menandakan something wrong dengan rezeki yang kita dapat... Bahaya kalau Allah berikan istidraj macam nie... Sebab sememangnya kalau kita sesat dari jalan-Nya....kita akan semakin sesat....bertambah sesat sehinggakan hati penuh dengan kegelapan... sampai la kita mati dalam kesesatan... Yess kita boleh bertepuk dada dengan kekayaan dunia nie.... tapi akhirat? Sah-sah kita masuk.................NERAKA! Nauzubillah....

Istidraj ni berlaku kepada empat golongan kalau tak silap.... kepada pengamal sihir/ilmu batin, kepada pemimpin [ tak kisah la pemimpin syarikat ker...negara ker], kepada orang yang berharta dan kekayaan, kepada orang berilmu... 


Orang beriman....ujiannya lain... biasanya lebih kepada susah daripada senang... Kerana ujian kesenangan dunia adalah UJIAN PALING BERAT di dunia nie... Ujian kesusahan ni biasanya akan menjurus seseorang itu lebih berusaha untuk beribadat kepada-Nya....Timbul rasa bersyukur jika mendapat sedikit kesenangan... Ujian kesenangan nie menjurus ke arah menjauhi segala suruhan-Nya! Semakin lalai...semakin senang hidupnya... Aku tak sanggup nak bayangkan.... Ngeri!!

So....kita jangan berasa kecil hati dan cemburu kepada golongan yang diuji istidraj nie.... kerana ujiannya ternyata lebih berat dari kita.... sebab kesenangan yang dikecapi adalah bertujuan membinasakan dirinya yang lalai dan alpa kepada Tuhan Penciptanya... Astaghfirullah.... Mintak jauh la....

Bagi aku senang jer... selagi rezeki yang dicari halal dan mendapat keberkatan dari-Nya... Dan cukup untuk kehidupan aku dan keluargaku.... Itu sudah memadai.... Jika dapat lebih...Alhamdulillah.... akan ku gunakan sepenuhnya untuk kebaikan dunia dan akhirat... Insya Allah...Harap kepada semua pembaca blog nie pun sama.... Sentiasa bersyukur kepada Allah dengan apa yang kita dapat....:)

P/S: Lepas nie kalau jumpa orang macam tu lagi.... kita tanamkan rasa bersyukur...yang kita tidak diuji dengan istidraj...




Tuesday, May 8, 2012

Masjid Pertama Di Dalam Air


Inilah yang dimaksudkan solat wajib ditunaikan walau dimana saja anda berada.... Tidak ada alasan untuk tidak melakukan solat... Pernah ke korang bertanya kenapa diwajibkan sampai sebegitu rupa? Apa rahsia di sebalik solat? :) Dari sebab kewajipan tu....maka terbina la masjid pertama di dalam air..

Di Jeddah, Sekumpulan penyelam persendirian Arab Saudi berjaya membina sebuah masjid baru-baru ini dan bersolat di dalamnya.... Ia dikatakan masjid pertama dibina di dalam air... Akhbar harian Almadina melaporkan, penyelam berkenaan menggunakan batang paip plastik besar yang berisi pasir untuk dijadikan masjid di kawasan perairan di barat laut Tabuk dan berhampiran sempadan Jordan.

Sumber : Berita Harian
Ia dikatakan sebagai simbolik kepada semua manusia di dunia ini tidak kira yang muslim atau non-muslim iaitu solat wajib dilakukan walau di mana saja anda berada... Seorang penyelam, Hamadan bin Salim Al Masoudi berkata, pembinaan masjid itu selesai ketika waktu zohor dan beliau bersama rakannya segera menunaikan solat Zohor berjemaah - Agensi


P/S: Kalau ikutkan cerita-cerita lama... Mungkin pada zaman Nabi Sulaiman kot... Masjid memang ada dibina di dalam air... Kaum Jin yang binakan.... Wallahualam....:)


Sunday, April 15, 2012

Tips Untuk Wanita Yang Gemuk


Imej tu penting... Tu la selalu diterapkan dalam kehidupan seorang korporat kan.... Apa jadi kalau wanita tu seorang yang gemuk? Jatuh ker imej dia? Atau self-confident jadi kurang ? Takde boyfren? Kena diet macam mane ek baru jadi slim macam model kurus kering tu yer...... Haaaa...ni ler sedikit tips dari aku.... Nak pakai ke tak nak....terserah kat korang....

Bagi aku tak salah pun kalau dah gemuk.... Dah nak buat macam mane kan.. Tak perlu diet berlebihan semata-mata nak jadi kurus kering macam model tu... yess korang perlukan diet.... Tak nafikan.... Tapi berpada-pada sudah ler.... Sekadar mengurangkan makanan berlemak dan berkalori tinggi... Makan la makanan yang berkhasiat lebih sikit.... Insya Allah....gemuk tu akan berkurangan tapi takde la jadi kurus kering...

Ramai yang jadi hilang dia punye self-confident disebabkan gemuk.... kenapa ek? Aku ada ramai kawan yang gemuk.... Depa yakin apa bercakap kat depan orang ramai.... Self-confident bukan datang kerana korang jadi kurus atau gemuk... Ia datang dari hati korang sendiri.... Hati manusia nie takde istilah gemuk atau kurus.... Ia cuma dinilai dari segi cekal, baik, jahat, dan lain-lain... So.....sesape yang gemuk tu... Jangan dijadikan alasan self-confident korang takde sebab gemuk! 


Susah nak dapatkan boyfren? Sebenarnya Allah sayang kat korang.... Tak nak bagi korang hidup dalam maksiat..... Tak perlu nak berkapel awal-awal... Bila sampai jodohnya..... kahwin jugak.... Tak percaye? Ramai kawan aku yang gemuk-gemuk kahwin lagi awal dari yang duk berkapel dari zaman remaja nie....Yang cantik dan berbadan cantik [kononnya] nie... Biasanya kahwin lambat... Sebab depa rasa depa nie ramai peminat...kemungkinan besar akan tersalah pilih jika tidak dibuat berdasarkan agama! So... kenape nak disakitkan kepala nak fikir benda kecik macam ni? Chill je la....

Marah bila diejek sebab gemuk? Biarkan..... Depa boleh ejek jer.. Pahala korang dapat free-free sebab depa duk ejek.... Dan korang akan dapat lagi banyak apabila korang sabar jer... Depa boleh setakat ejek jer... Lama-lama bila korang buat tak tau jer dengan ejekan tu... berhenti jugak... Depa pun malas nak ejek kalau tak beri kesan kat korang.... So... Buat dekkkkk jer bila diejek.... :)

Gemuk nie sebenarnya salah satu jenis kecantikan dalam kehidupan..... sebab kecantikan tu satu perkara yang subjektif.... Berubah mengikut pandangan setiap insan.....Cuma gemuk tu jangan la terlampau sangat... Nanti korang jugak yang tak sihat.... So..... bila dah terlampau tu.... Korang boleh slow-slow kurangkan kegemukan tu dengan buat senaman ringan.... Makan makanan berkhasiat... Berpuasa sunat... Sampai la gemuk tu jadi gemuk yang cantik.... 

Gemuk yang cantik?? He he..... ramai lelaki tak suka sangat gadis kurus kering nie.... Depa nak yang berisi sikit...Biasa nyer la.... So... Jangan risau bila korang tu dikelaskan dalam kategori gemuk.... Kalau baru lepas sikit je indeks berat badan tu.... Itu dikira bagus! Jangan melampau sudah.... Bukan aper... takut merbahayakan kesihatan diri korang pulak nanti..... :)

P/S: Gemuk nie lain yer dengan buncit....he he he

Friday, March 30, 2012

Nak Berak Pun Kena Baca Bismillah Ker?


Sebut pasal berak..... Sape tau apa itu berak? Soalan paling menduga iman kan...ha ha ha.... Ok......aku tau ler sumer penah berak.... Tapi berapa ramai yang sebut bimillah dulu sebelum berak? Dan persoalannya......Perlu ke baca bismillah?? 

Mesti ade yang kata..... " Eeeeee....berak nie benda kotor la.... tak perlu la baca bismillah"

Mesti ada jugak yang kata....."Baca dalam hati....nak baca secara lisan takut segan...hi hi hi"

Tapi sebenarnya macam mane yer? 

Aku takde la tau sangat kan.....tapi pendapat aku..... Perlu..... Tapi time nak baca bismillah tu..... Bukannya masa tahik dah nak terkeluar...Bukannya time korang dah bukak seluar tu..... Tapi masa korang nak masuk tandas lagi..... Sape ingat doa masuk tandas? Haaaa....... Yang tu ler..... 


Itu dah dikira baca bismillah...... Sebab mintak perlindungan dari Allah akan segala kekotoran yang ada dalam tandas tu...... Walaupun tandas tu dicuci 24 jam tanpa henti menggunakan antiseptik Dettol atau jenama lagi mahal sekalipun.... Tandas tetap tandas!

Dan bila korang dah puas membuang segala hajat di tandas..... Bila dah setel semua urusan uuk uuk korang tu.....Bila dah keluar dari tandas..... baca la doa keluar tandas...... Simple je kan... Tapi berapa kerat je yang buat? Semua duk pikir urusan dunia je kan.... Doa sepuluh saat nie pun tak mahu nak amalkan.... Apatah lagi nak solat dengan kusyuk selama 5 minit tu.... Setakat solat main-main....solat pikir nak tunjuk kat orang... lagi dibenci Allah ade ler...Sape ingat ayat Quran pasal nie? Haaa......berpesan-pesan la....

Dulu ustaz cakap....sesapa yang tak baca doa sebelum masuk tandas.... Setan akan tempek segala najis-najis korang tu di badan korang.... Maknanya...secara tak sedar... Badan korang selama nie dipenuhi tempekan najis! Cuma tak nampak dengan pandangan mata kita....Eeeeeee......kotoq giler!

P/S: Cuma amek masa sepuluh saat ajer..... Tak boleh jugak ker? Sibuk sangat ker? :)

Tuesday, March 13, 2012

Berwudhuk La Dengan Cara Yang Betul

Dalam ramai-ramai yang baca entri nie kan...berapa kerat je mengamalkan wudhuk dengan cara yang betul?? Jap...jap.....korang tau kan apa itu wudhuk? Bahasa kita nie.... air sembahyang... Mesti la tau kan..... Tapi masalahnya....betul ke cara yang korang duk buat tu sebenarnya?? 

Aku sendiri duk tengok....macam-macam jenis cara orang ambik wudhuk nie..... ada yang sampai bersembur sampai kena orang kat tepi la... ada yang pakai siram jer.... ada jugak yang buat laju giler....tah rata ke tak air tu dekat anggota wudhuk dia...... 

Dan dalam wudhuk bukannya alirkan air semata-mata... ada niat-niatnya.... Korang mesti tau kan time basuh muka ada niat tertentu kan.....Tau kan?? Kan? kan? Kalau boleh sepanjang berwudhuk tu mesti selalu niat ingin menyucikan anggota wudhuk kerana Allah Taala....bukannya berwudhuk sambil borak-borak gelak-gelak pastu habis macam tu jer.....

So.....kepada yang ingin tahu macam mana nak ambik wudhuk secara betul.... Korang boleh la bertanya kepada ustaz-ustaz yang betul-betul tau pasal ilmu agama.... atau pun korang boleh jer tengok video nie.... Saksikan dengan niat nak belajar ilmu......


Ok..... Jelas? Mesti ramai yang terfikir....."tak penah ku buat baca doa lepas ambik wudhuk".. atau "tak penah ku basuh kaki se detail tu"..... Atau pun..... "Macam nie ke sebenarnya? Jauh bebenor apa yang ku buat sebelum nie.."

So.....ubah jika ada yang salah...... perfectkan jika ada yang tertinggal.... Supaya kita tergolong dalam golongan yang cuba dengan sepenuh hati mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.... :) Sekadar perkongsian ilmu untuk semua.....Kalau nak share...silakan ajer....

P/S: Betulkan sikit-sikit.... Lama-lama insya Allah jadi antara golongan yang terbaik...

Sunday, March 11, 2012

Apa Pentingnya Populariti ??

Ermmm..... part nak start entri memang aku krem sikit.... Nak start macam ceramah agama....komfem ramai dah klik pangkah awal-awal dah..... Nak start macam surat rasmi.....komfem kene pangkah jugak.... Kalau pangkah mengundi takper....Nie pangkah window.... So.....inilah intro entri nyer....ha ha ha.... Aku nak tanya.....apa pentingnya populariti ?? 

Aku yakin ada dua puak... ada dua idea..... Sorang kata penting populariti...sorang lagi kata populariti tak penting..... Dan setiap jawapan yang keluar dari mulut korang tu.....kebanyakannya mesti melibatkan kepentingan masing-masing....kan? So..... macam biasa....dekat Wacanaku nie cuma mengajak membukak minda sahaja.....bukan bukak aurat yer.... So...be neutral dan baca entri nie....

Bagi aku la kan.... populariti nie penting....jika korang menggunakan populariti hang tu ke arah yang membina dan membantu masyarakat dalam perkembangan sosial atau ilmu.... Contohnya..... seorang blogger terkenal nie....Setiap kali tulis entri.... beribu datang pembaca blogger setianya..... Dengan pengaruh yang besar nie... Jika digunakan untuk mengutarakan idea-idea yang boleh membukak minda kan bagus..... Idea-idea yang menganjakkan diri ke arah paradigma baru tanpa meninggalkan ajaran agama yang hakiki... Pergh....pahala dapat.... Orang sekeliling pun dapat sesuatu yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.....

Dan populariti tu langsung tak boleh pakai jika korang guna populariti tu sekadar menaikkan batang hidung sendiri....atau mempergunakan populariti tu untuk kepentingan sendiri sahaja walau apa cara sekalipun....Atau menggunakan populariti untuk menyebarkan benda yang SALAH... Haaa....jenis macam nie la yang kejar entri-entri fitnah memfitnah nie......Jenis macam nie la tulis blog semata-mata nak dapat duit poket tanpa hiraukan dosa pahala.....Jenis macam nie la yang terhegeh-hegeh carik blogger femes masa nak naik lepas tu tendang sepak terajang balik semua blogger femes sebab dia pun dah femes.... 

Kita kene ingat.....POPULAR IS NOTHING..... FAMOUS IS NOTHING...  Tak boleh bawak ke kubur pun... Popular korang cuma di dunia korang jer... Kalau blogger....dalam kalangan blogger sahaja....atau yang suka baca blogger..... Orang lain tak kenal pun hang!! Sama macam artis.... Yang minat korang je kenal ko.... Yang tak suka...yang tak terlibat....ada jugak yang tak kenal ko.... So.... apa nak kecoh-kecoh?

Berpijak la di dunia yang nyata..... Tak salah kalau popular atau femes... tapi sila gunakan dengan sebaik mungkin..... Sebab diri korang akan diperhatikan... Segala entri korang akan diperhatikan... Segala tindak-tanduk akan diperhatikan..... Jangan depan media je nak jadi baik....belakang macam hantu... Tu hipokrit namanya.... 

Bila dah popular..... tanggungjawab semakin berat..... Sebab apa... Semua yang korang buat akan di usha... Kalau ada yang ikut perbuatan salah sebab korang yang ajar...Ye la...dah jadi idola kan..... korang yang tanggung dosa! Kalau sepuluh orang yang ikut?? Seratus...?? Seribu?? Tak pasal-pasal bekal bawak masa mati cuma dosa-dosa akibat dari populariti korang tu.... Dan bekalan dosa tu akan berkekalan sampai kat korang jika makin bertambah pengikut korang tu ikut cara salah korang tu..... Naye bang....naye kak.... Naye giler.....

So......BE WISE.... BE HUMBLE..... Aku tak risau sangat sebab aku tak popular... Berapa kerat je tau aku nie adalah Bro Wacana.... Kawan-kawan je kot.. Kepada yang popular... Sila jaga diri korang... Your responsibility is huge.... So..... penting tak populariti ? Jawapan aku...its up to you..... Kalau korang berniat nak bantu masyarakat.....Maka penting.....Kalau sekadar nak menghabiskan beras yang ditabur... Baik tak payah.... :)

P/S: Aku cuma ajak korang berfikir sejenak..... Aku dapat idea nie dari video si Mat Luthfi nie....he he..


Gunakan populariti macam Mat Luthfi...:D

Friday, March 9, 2012

Kenapa Remaja Sekarang Suka Cium-cium...Suka Peluk-peluk ??

Satu persoalan yang sememangnya dah jadi kenyataan kan.... Banyak yang dapat dilihat kalau korang join geng-geng yang meronda kawasan gelap-gelap di sekitar taman atau kawasan bandar KL nie... Tak payah meronda pun takpe.... Tengok dalam gambar-gambar Facebook je sekarang nie.... Remaja sekarang dah makin berani! Berani lawan setan ok jugak....ni berani cium-cium dan peluk-peluk di depan khalayak ramai..... Ape celop?? eh...silap term.... Ape kes??

Berani tunjuk satu hal.... berani defend lagi ganas! Bila ada yang bagi komen menasihat atau cuba memberi tazkirah sikit.... Mula melenting bagai dia yang betul dan perbuatan tu tak salah.... Dan jawapan yang paling popular...."Mulut aku...ikut suka aku nak buat apa...aku punye life... Ikut aku la nak buat apa...Jangan nak busybody! Ko bukannya alim sangat pon..."

Ewah... pandai cakap kan.... Tapi bila part gosip menggosip artis ke sape-sape yang popular ke.... Depa yang paling busybody kot.... Sumer nak tau.... Takde la pulak terfikir yang hidup si artis tu...hidup dia la..kenapa korang nak nyibok? Tapi bila ada sorang dua cuba nak bawak engkau ke jalan yang benar... melenting giler la pulak... Timbul pasal busybody...angkat bakul sendiri... Macam tak adil jer.. Kenapa jadi gini yer?

Ni la keadaan umum yang berlaku kat masyarakat kita nie... Slow-slow dah jadi macam orang puteh... Slow-slow sifat malu dan sopan orang melayu atau lebih tepat...sifat asal warga nusantara dah makin terhakis dan hilang.... Kalau awal-awal dulu....perkara pertama yang berubah ialah fesyen pakaian... Sekarang...bukan stakat pakaian...Tapi LIFESTYLE..... Senang je kan kita berubah dan folo orang punyer lifestyle..... Kita takde lifestyle asal ker nak folo orang punyer? Kita nie low-class sangat ke sampai nak guna orang lain punyer lifestyle? Hebat sangat ke lifestyle yang kononnya moden dan open-minded tu? Kenapa jadi gini yer?

Bagi aku la kan.... sumer nie senang je jadik sebab GLOBALISASI.... dunia tanpa sempadan... Memang banyak perkara positif pasal globalisasi nih....Tapi perkara di dunia ni kan tak sempurna.... Ada positif...mesti ada yang negatif.... Dan memang lumrah manusia cam kita nie...Senang serap perkara negatif dari positif... Kenapa jadi gini yer?

Dari globalisasi... maka makin laku la internet.... Penyebaran benda-benda senang berlaku.... bukan setakat benda.... idea-idea... muzik hiburan.. movie-movie.... Semua senang je nak tengok TANPA TAPISAN.... memang ada yang upload benda-benda yang baik.....Tapi ramai ke yang tengok benda baik gitu?? Kalau tengok statistik YOUTUBE.... video-video ke arah hiburan dan menggalakkan masalah sosial paling banyak ditengok...sampai berpuluh-puluh juta viewers!! Video baik-baik macam mengaji ke haper... ustaz mengajar ke...tak sampai sejuta pun.....Kenapa jadi gini yer?

Ok....ambik contoh pasal FESYEN.... Macam sekarang....popular dengan legging.....sapa yang bawak fesyen legging nie? K-POP?? Yang lelaki pulak banyak style...hip hop la.... baju kecik dan sendat la... dari mana korang folo nie? Citer STEP UP?  Atau senang citer dari rancangan TV omputeh? Kenapa suka lebih yang macam tu dari rancangan lain yang baik-baik kat TV ? Lifestyle suka pegi clubbing... duduk serumah (sehotel)  lelaki pompuan bukan muhrim... Seks bebas... Dari mana datangnye ajaran lifestyle nie? memang legasi nenek moyang kita ker?? Aku yakin tak... Kenapa senang sangat kita berubah sedangkan lifestyle kita lebih baik? Kenapa jadi gini yer?

Aku petik la satu kata-kata dari ulamak terkenal seluruh dunia...Sheikh Imran N.Hussein....

"When they colonized....a part of the world...they do not leave..they did not decolonized....until and unless... They put in place institution which will ensure the that society will continue to be ruled by them... and in the process... they seek to transform...the rest of mankind into carbon copy of themselves.. This never happen in history...if I'm not seek to understand what's happening here...then I've got PEANUTS IN MY HEAD!"

So....kepada yang masih tak faham apa yang berlaku di sekitar kita nie.... senang citernyer.... Korang tak berfikir.... Korang tak cuba memahami apa yang berlaku di sekitar korang... Dan korang hanyut dan terus hanyut... Sebab korang tak cuba gunakan otak fikiran yang dah Allah berikan tu.... Ibarat kata Sheikh Imran N.Hussein tu..... Korang takde otak...korang ada bijik kacang tanah jer kat dalam kepala..... Useless... Sebab korang tak sedar yang korang dah jadi PUPPET jer... Hidup takde pegangan yang sebenar-benar pegangan! Mengaku je Islam....tapi ajarannya langsung tak ikut! 

Macam kasar kan... tapi tu la hakikat... Jadi kepada sesape yang senang sangat folo molo apa yang ditunjukkan...apa yang cuba disebarkan kat korang oleh pihak omputeh tu.... Kepada yang dah suka peluk-peluk dan cium-cium walaupun tak kahwin...kepada yang suka pakai pakaian membukak aurat... kepada yang langsung tak endahkan suruhan agama.... Korang adalah golongan yang tergolong dalam kategori..."Don't have brain...but only got peanuts in your head!".... Kalau orang tu takde otak...ada kacang je dalam kepala dier.... Kategori apa ek jenis manusia nie? Kalau disebut...nanti jadi kes la pulak kan... Daaaaah jadi macam Ustaz azhar Idrus...he he he he... Tapi tu la realitinyer.... 

Sedar la kawan-kawan sekalian....masih belum terlewat.... Jangan la korang jadi puppet-puppet depa tu... Kita ada pegangan hidup sendiri.... Agama adalah pegangan hidup... Asas kehidupan bermula dari agama Islam... Guideline dah ada.... Kenapa nak folo jalan yang berliku sedangkan jalan yang lurus dah disediakan... Tak ke kurang ajaran tu namanya... Jom... Kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik... Sikit-sikit pun takpe...lama-lama jadi bukit kan...:)

P/S: Sebarkan jika anda menyokong apa yang dinyatakan dalam entri.... Sesungguhnya Islam itu indah jika diikuti...:)

Wednesday, March 7, 2012

Enam Soalan Imam Al-Ghazali Kepada Muridnya

6 Soalan Imam Al-Ghazali Kepada Muridnya..

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya..

1. Apa yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia?
.
2. Apa yang paling JAUH dari kita di dunia?
3. Apa yang paling BESAR di dunia?
4. Apa yang paling BERAT di dunia?
5. Apa yang paling RINGAN di dunia?
6. Apa yang paling TAJAM di dunia?


JAWAPAN:

1) Soalan yang pertama,
"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab "orang tua, guru, kawan, dan sahabatnya". Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

2) Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua..
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab "negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu
adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga
hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3) Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga..
"Apa yang paling besar di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawah "gunung, bumi dan matahari". Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

4) Pertanyaan keempat adalah,
"Apa yang paling berat di dunia ini?".
Ada yang menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang amanahnya.

5) Pertanyaan yang kelima adalah,
"Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "MENINGGALKAN SOLAT". Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan solat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan solat.

6) Dan pertanyaan keenam adalah,
"Apakah yang paling tajam di dunia ini?"
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA" Karena melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
P/S: Diambil dari emel aku... Sebar kerana ia adalah ilmu...:)

Monday, February 27, 2012

Kelantan Negeri Paling Miskin... ?? | Kupasan Fakta Depan Mata

Ok.... ramai duk kate Kelantan nie negeri yang paling miskin.... Negeri yang paling mundur... negeri yang tak membangun sejak bertahun-tahun... Pastu ada pulak digembar-gemburkan mengatakan dengan fakta-fakta yang Kelantan nie sememangnya negeri yang paling miskin di Malaysia nie! 

Tapi betul ker? Aku tak tau sangat pasal nie...Macam mana pengukuran kemiskinan sesebuah negeri tu diukur... Dari segi projek pembangunan infrastruktur ke? Dari segi pembangunan rumah flat ke? Atau dari segi kemewahan rakyat tu sendiri? Orang yang terlibat je tau ye dak? Tapi aku nie orang Kelantan... Aku selalu balik ke Kelantan...Dan aku tengok dengan mata aku sendiri KEADAAN SEBENAR orang-orang Kelantan.... Nak tau keadaan sebenar penduduk Kelantan? Ni la FAKTA....bukan AUTA!

Kat Kelantan sememangnya masih banyak perkampungan.... Kalau nak banding dengan negeri-negeri lain... Aku rasa Kelantan masih banyak kawasan kampung-kampung... Nampak mundur la di mata orang yang tak tau kan.... Tapi cuba tanya depa sendiri....  Berapa ekar tanah hak milik depa? Rumah yang depa duduk tu... rumah sewa ke rumah sendiri?? Walaupun nampak buruk di luar... cuba masuk dalam tengok.... Siap ada Home Theatre lagi...Lengkap astro dan kipas pakai remote lagi.... Sumernyer bayar cash! Cuba selidik kawasan korang... Umah cantik tersergam indah... tanah cukup-cukup untuk ruangan rumah jer...Umah sewa kaa sendiri??? Tanah berapa butir je hak milik sendiri? Barangan dalaman rumah dah habis bayar belum? Adakah kebanyakannya hasil dari bayaran bulanan? Courts mammoth? he he he...

Ok.... tu pasal rumah.... Skarang tengok dekat wanita-wanita pulak.... Kalau pegi pasar ker....pegi Kota Bharu dekat Pasar Siti Khadijah tu.... Makcik-makcik yang jual sayur tu.... Siap pakai gelang emas tu... Emas pulak bukannya nipis-nipis...tebal dan berat... Agak-agak berapa harga gelang tu? Korang boleh beli tak? Cincin lagi.... tiga empat jari penuh dengan cincin.... Jual sayur jer... bukannya jual insuran ke haper... 

Pastu cuba korang pusing-pusing Kelantan sendiri.... Bila nampak rumah banglo... Cuba pegi jap menyamar jadi pembanci rumah.... Cuba tengok sape yang duduk...Melayu ke Cina ke India..... Aku berani cakap... 90% rumah-rumah yang korang serbu tu.... kepunyaan melayu...orang tempatan.... Cuba korang buat dekat negeri korang....:) Agak-agak berapa peratus jer hak milik melayu....10%? 15%?

Bagi yang berpendapatan lebih kurang RM2000..... Cuba hidup kat Kelantan tengok.... Buat eksperimen selama tiga bulan ker... Cuba tengok boleh survive ke tak..... Aku jamin... Korang MEWAH dengan pendapatan RM2000 tu kalau di Kelantan..... Cuba korang compare dengan keadaan korang yang hidup di kotaraya nie.... RM2000 tu cukup tak? Ke kena ikat perut? Makan megi hari-hari? he he he...

Jadi dengan sedikit fakta-fakta depan mata nie..... Korang boleh pikir sendiri la kan..... Kalau la betul Kelantan nie negeri paling miskin... Tapi apa kepentingan kekayaan sesebuah negeri tu untuk RAKYATNYA?? Aku tengok rakyat Kelantan cukup mewah dengan kehidupannya... Kaya dengan tanah (harga tanah makin naik..tak penah turun..maknanya depa makin kaya!!!) Kaya dengan barangan kemas (emas pun tak penah turun harganya..Maknanya makin kaya!!!)... Masyarakat yang hidupnya cukup lengkap dengan kemudahan asas hak milik sendiri (rumah, kebun, barangan asas, dll) Bukan ker tu yang sepatutnya rakyat sesebuah negeri tu dapat? 

Aku tak tau pasal negeri mana paling miskin negeri mana yang paling kaya.... Tapi yang aku tau... Orang Kelantan ramai yang dah cukup mewah... Yang miskin pun tetap lebih kaya berbanding dengan kebanyakan masyarakat kita... Depa miskin duit... Tapi kaya... sebab rumah dan tanah depa ada.... Hutang pun takde.... Kita? Duit banyak...Tapi tanah tempat tinggal takde...rumah sewa jer... Segala-galanya bayar loan (HUTANG)... Perlu ke berdabik dada? 

Biarla orang nak kata kelantan negeri termiskin... Tapi rakyatnya kaya... Buat apa negeri kaya tapi penduduk setempat sebidang tanah pun takde... Macam dianak tirikan jer... Segala-galanya perlu disewa.... segala-galanya perlu berhutang.... nak jadi hak milik...kena bayar berlipat kali ganda mahalnya.... Hanya golongan kaya je mampu.... Golongan kebanyakan ? Yang dapat kecapi kemewahan negeri kebanyakannya orang-orang tertentu jer... Rakyat biasa macam aku nie? So...apa kepentingan skala kaya dan miskin sesebuah negeri? Apa yang lebih penting?? :)

P/S: Aku rasa banyak lagi FAKTA tu...tapi tak terfikir jer... Dan takut entri terlampau panjang... Contoh FAKTA lain.... Produktiviti pekerja...Rakyat negeri mana paling ramai bekerja di ibu kota? :)