Friday, December 30, 2011

Drama Pilihan : Tanah Kubur


Sekarang semua duk sembang pasal ending citer Tentang Dhia kan? Kesedihan ending bila dua-dua mati.... Citer tu memang bes... Tapi tak berapa setuju dengan waktu siaran... pukul 7.00 malam.... Haih... Citer Tentang Dhia tu molek ditayangkan pukul 9.00 kan? Barulah semua dapat tengok.... Pukul 7.00 tu ramai Pakcik makcik nak pi surau.... anak-anak muda nak balik mandi sebelum solat maghrib... kan? he he he...Tapi aku bukannya nak citer pasal Tentang Dhia.... Drama pilihan aku ialah Tanah Kubur...

Tentang Dhia memang takleh nak banding dengan drama Tanah Kubur nie.... Sebab drama Dhia tu bersambung-sambung...Tanah Kubur tak...Setiap episod tak bersambung..... Cuma aku memilih Tanah Kubur sebagai drama pilihan kerana maksud yang cuba disampaikan jauh lebih bermakna dan membina...

Sape yang baca nie suka tengok Tanah Kubur? Maknanya korang memanfaatkan kelebihan ada TV di rumah sebaiknya.... Ops....tidak lupa juga Astro... Sebab Tanah Kubur nie hanya di saluran 106 Astro OASIS..... 

Citer dia penuh dengan kisah kematian.... Setiap yang hidup pasti akan mati kan.... Tapi dalam citer nie penuh dengan kisah pengajaran kepada sesape yang lalai dalam hidupnya sebelum mati.... Hukuman dari Tuhan sebelum diseksa di alam kubur... 

Antara episod yang sangat kena dengan masyarakat kita ialah.... makcik yang guna pelaris nak bagi makanan kedainya laku...Pempuan DEDAH AURAT.... lelaki makan rasuah hasil dari projek-projek yang ditandatanganinya... dan lain-lain.... Sape yang ada Astro tu....patut sangat la tengok citer nie.... Memang terbaik.... 

Aku cuma terkilan....kenapa rancangan macam nie tak ditayangkan di saluran umum.... TV3 ker... TV1 ke... 8TV ker.... Baru la semua masyarakat kita dapat tengok.... Kenapa perlu hanya di Astro OASIS? Rugi la citer bes macam nie tak dapat ditonton semua golongan.... Tengok citer Tentang Dhia tu....  gelombang drama dah tersebar dekat orang-orang kampung yang takde Astro tu... Kan elok kalau gelombang drama dekat semua kawasan sebab citer macam Tanah Kubur nie ni pulak..:)

Ok lah... aku nak layan citer Tanah Kubur nie lagi.... Semoga yang buat benda syirik dan yang berkaitan dalam citer nie akan menyesal dan bertaubat lepas tengok citer nie.... Pakat-pakat la cegah kemungkaran sebelum bala datang... Korang boleh tengok salah satu episod Tanah Kubur di sini....


P/S: Special entri setiap Jumaat.... PreciousWord for My Jumaat

PreciousWords for My Jumaat : Semulia Manusia


Aku mulakan hari Jumaat nie dengan kata-kata hikmah dari seorang khalifah yang bernama Khalifah Abdul Malik Marwan... Mungkin ramai yang tak kenal sapekah beliau.... Ye la.... duk kenal artis-artis je kan... tokoh-tokoh pemimpin nie kurang pulak didengari ye dak....:) Inilah kata-kata dari beliau...

“Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.”

Ringkas tapi penuh mesej kan... Selari dengan ajaran agama kita.... Semoga menjadi pegangan bagi setiap yang membaca entri nie....:)
P/S: Jom sama-sama kita hidupkan hari Jumaat dengan berkongsi kata-kata hikmat/pujangga.... Boleh selidik di SINI (link)

Thursday, December 29, 2011

PreciousWords for My Jumaat : Jom Blogger Sekalian!!


Aku rasa nak cadangkan satu benda la kat dunia blog nie.... Itu pun kalau korang rasa idea aku nie diterima atau menarik..... Sebab aku rasa sudah tiba masanya blogger-blogger lebih berani dan menonjol ke depan untuk menjadi perintis atau pemula bagi menjadi salah sebuha tunjang kekuatan dalam menyokong keamanan dan kesejahteraan sejagat.... Idea aku diberi nama... PRECIOUSWORDS FOR MY JUMAAT atau PRECIOUSWORDS FOR MY FRIDAY...

Nama tu bukan isu besar pon... aku tak kisah jer... cuma kalau disamakan lagi baik kot... Lebih proper orang kata.... Tujuan aku sebenarnya nak korang kongsi-kongsikan pada hari setiap hari Jumaat dengan entri yang mempunyai kata-kata hikmat atau hadis... atau kata-kata puitis dari pemimpin agung dunia yang korang rasa patut diketahui oleh semua blogger.... Tak kisah la apa jenis bahasa pon... Just sharing the words..... 

Contohnya..... aku buat entri bertajuk "PreciousWords For My Jumaatku: Bapaku Tunjang Hidupku".. Dan entri aku memetik satu hadis contohnya macam nie....

Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasululah s.a.w.."Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian, Sesiapa yang membencinya bereti ia kafir"...

Kalau ada huraian...sila sertakan huraian... janji jangan korang yang goreng sendiri! Ataupun korang boleh jugak buat cam nie.... Tajuk "PreciousWords For My Friday: Words From William Shakespears".. Dan entrinyer berbunyi begini.....

Tiga kunci kejayaan.... Tahu lebih banyak dari orang lain, Berusaha lebih keras dari orang lain, Berharap lebih sedikit dari orang lain.... 

Dan huraiannya....bla bla bla.... Kalau takde takpe... Janji kita berkongsi kata-kata hikmat dari mereka yang hebat sejarahnya di dunia nie.....SETIAP HARI JUMAAT....amacam.... ok tak? Yelah... sebelum nie dah ada orang letak segmen setiap jumaat...ape tah nama dier.... Tapi aku nak naikkan hari Jumaat jugak..

Macam nie pun boleh...:)
Sebab apa? Sebab hari Jumaat nie penghulu segala hari... Jumaat nie lebih gah berbanding hari-hari yang lain... Jadi aku nak naikkan taraf hari Jumaat bersama kalian dengan berkongsi ilmu dengan kata-kata hikmat dari pemimpin agung dunia atau sesape yang korang rasa hebat sungguh kata-katanya.... Even kata-kata tu datangnya dari seorang pemimpin yang tidak dikenali.... 

Sape sokong... sila la sharekan entri nie.... Aku bukannya nak nama... Takde pun nama Bro Wacana dalam tajuk tu kan... ini cuma pendapat ikhlas dari aku... nak blogger sekalian dapat berkongsi ilmu sedikit sebanyak dalam entri masing-masing.... Lagipun banyak giler kata-kata motivasi...kata-kata pencetus minda... yang pernah dilafazkan pemimpin dunia nie.... Time nie la nak share dan berkongsi....kan? Dan masa nie la kita muliakan hari jumaat...dimulakan dengan entri bernas dan padat macam nie.... :)


P/S: Kalau tak faham....boleh ajukan soalan kat saya di ruangan komen.... :)

Petua Elak Saman Polis Terbaik Untuk Penunggang Motorsikal

Hiasan jer..
Sape yang tak penah kene saman dengan polis? Sila la naik laju-laju di jalan sekarang juger!! Biar kene speed trap... he he he... Tak pun tak payah pakai seat belt... Tak pun tak pakai topi keledar bagi penunggang motorsikal... Tapi ada satu petua nak elak saman polis khas untuk penunggang motorsikal yang tak pakai helmet...

Cara nie aku pun tak penah buat lagi... Tapi nampaknya hasil gurauan seorang ustaz.. ada jugak yang berani buat betul-betul! Dan yang paling best... Tak kene saman beb!!! Caranya.... bila korang ditahan polis sebab tak pakai helmet... Sila azan kuat-kuat!! Tak percaya?? Cer bace nie....

Siap jawab balik tuu..haha
Haa.... sape cakap polis nie jahil.... Polis ada jugak yang beriman... Dengar azan terus tak jadi nak bagi saman.... Hati cair der!! :p. Nampak sangat polis yang terlibat tu seorang yang cintakan Islam...huhuhu. Tapi kalau kene saman jugak tu... Komfem korang azan tak betul! Jangan salahkan polis tu...ha ha ha...

Kalau korang ada kemusykilan pasal agama.... Boleh la bertanya di wall facebook ustaz nie... Namanya Ustaz Azhar Idrus... NO POLITICS okay! Tanya isu agama yang korang musykil jer... Jangan malu bertanya... Kejar la ilmu untuk amalan diri....bukan nak meninggi diri...:)

P/S: Nak tanya pasal petua elak saman pun boleh....ha ha ha... Ops.. jangan SPAM yer...

Wednesday, December 28, 2011

Lawak : Polis dan Perompak Bersiri


Di suatu bandar yang penuh dengan cahaya lampu lip lap lip lap...  Ada sekumpulan perompak bersiri yang hebat lagi macho... Erk.... tah la macho ke tak... Sebab depa nie pakai topeng... Topeng pulak beli kat pasar malam je kot... Nak tau kenela tanya diorang sendiri nanti yer..... Wokeh...sambung citer... Pada malam Jumaat... Diorang merancang satu rompakan besar-besaran ala-ala citer Ocean 11 gitu... Diorang nak rompak bank yang bernama Junebank! [Bukan Maybank okay...]

Maka merompak la diorang malam tu... Segala plan berjalan lancar bak air mengalir di dalam longkang Kajang... Sekali sekala tersekat sebab ada sampah dan rumput rampai... Kesimpulannya.... tak la lancar sangat! So... nak dijadikan cerita.... Pak guard bank sempat tekan loceng kecemasan! Maka kelam kabut la si perompak sekalian....

Tapi plan merompak masih diteruskan.... Semua yang ada diugut akan ditembak kalau cuba bangun dari tempat asal... Kecuali yang nak terberak atau terkencing... Diizinkan sekejap menunaikan hajat sambil pintu terbuka.... Eiii....yekkk! Pervert! Puii.... Puii..... Alamak.... mengarut lagi! Okay.....sambung citer balik..... 

Tengah diorang cuba nak bukak pintu besi... Maka datang la segerombolan polis...mengepung bank tu... Dan macam biasa la kan.... keluar la dialog stereotaip...."Sila menyerah diri jika anda mahu selamat..." Dan macam biasanya perompak-perompak nie takkan menyerah punyer..... Ala.... stenderd la kan.... Tak brutal la kalau menyerah diri....

Lepas puas dipujuk... maka pihak polis cuba menyelinap masuk ke dalam bank.... Depa merancang ingin masuk melalui cara MI.... Apakah cara MI..?? MI tu singkatan bagi movie Mission Impossible.... he he he... Oleh sebab si polis nie dah terpengaruh dengan movie jugak.... Maka nak ler dicuba di dunia realiti.... Nak masuk ikut saluran dari atas bangunan guna tali!! Pergh..... layan je ok....huhu


Maka dicuba la bagi yang berani dan die hard fan bagi citer MI tu.... Dalam sepuluh polis yang cuba masuk... 3 jer yang berjaya.... 7 masuk spital besar HUKM.... Erk..... Don't try this at home ok.. Movie tak sama dengan realiti.... yang berjaya hanya yang kurus keding jer.... yang terlebih makan fast food...semuanya stuck dekat saluran! tak pun mati kelemasan dalam tu sebab sendat sangat.....kesian..........

Yang tiga orang polis nie pun cuba mengesan perompak-perompak tadi....kali nie cuba bayangkan citer Die Hard pulak... Tak kisah la yang mana... janji Die Hard.... Bila dah terjumpa dengan geng-geng perompak tu... Tembak menembak berlaku.... Siap baling-baling bom lagi.... Maka matilah konco-konco perompak.... yang tinggal cuma bos dier jer.... bos dia nie korang bayangkan macam Joker dalam citer Batman.... baru nampak brutal kan.... 


Sekali polis buat berjaya mengepung ketua prompak nie.... Dan semua mengacu pistol kontot depa ke arah dia... yang bersenjatakan senapang patah... Bukan senapang yang patah ok!! Senapang tu namanya senapang patah.... Sekali polis tu bagi amaran...

"Jangan bergerak! Kalau bergerak kami tembak!"

dan si ketua perompak nie terpaksala menyerah diri.... Di kala nak meletakkan senapangnya dan mengangkat tangan tanda menyerah...... 

"BANG!!!! BANG!!!" 

Seorang polis telah menembak ketua perompak tu di kaki....

"Penipu punyer polis.... aku dah nak serah diri....asal tembak bangang??" kata ketua perompak nie...

"Entahnyer....asal ko tembak der?" Tanya ketua unit polis....

"Errr.....sebab dia bergerak....saya tembak la chief.... " jawab polis nerd tu...

SEKIAN

P/S: Rekaan semata-mata.... Kredit to Bro Wacana...hahaha

Tuesday, December 27, 2011

Cinta Muka Buku (Versi Islamik)

Lagu dikredit kat Najwa Latiff..... Penyanyi kredit kepada yang menyanyi....Yang pasti.. bukan AKU!! :D



Like? Klik la like kat bawah tu....share-share kan la yer.....hehehe

P/S: Suka ayat last..... be a man, don't approach her.... approach her wali first.. :)

Elakkan Kejahatan Dunia Internet | Cara-cara Mengatasi


Srooot....Srooot.... demam selsema menyerang....Mood nak buat keje pun jadi separuh jer... Jadi aku luangkan masa ketiadaan mood nie dengan tulis blog... Dalam duk bermalas-malasan nie... Aku terlintas pasal jenayah siber yang berleluasa sekarang nie.... Jadi, kita sebagai pengguna internet nie mesti cuba elakkan perkara yang tidak diingini terkena kat kita semua....

Dunia sekarang nie...internet nie dah macam asam garam... Hampir semua manusia di dunia nie dipenuhi dengan kehidupan duk depan PC jer... Banyak duk habiskan masa main internet....Facebook la....Twitter la... Blog la... Sikit je guna internet untuk menambah ilmu.... kan? Dalam duk mengadap internet hampir 24 jam tu...adakalanya kena beringat dan berhati-hati jugak.... Takut jadi mangsa jenayah internet....Terutama WANITA....


Jadi, nak elakkan perkara nie berlaku....elok la kalau aku cuba kongsikan apa yang aku rasa boleh membantu korang dengan berkongsi sikit pendapat dan nasihat bagaimana nak elak jenayah siber atau cyber crime nie....

JANGAN KONGSI PASSWORD
Ni penting.... lagi-lagi laman sosial... Sebab ada antara kita nie berkongsi password dengan kawan-kawan... GF atau BF.... Kononnya tak nak ada rahsia antara pasangan.... Bagi aku jangan la der... Selagi tak kahwin.... Sepatutnya ada jurang dan rahsia antara korang tu... Time duk cinta berputik ok la kot... Bila tiba masa gaduh kaw-kaw.... Macam-macam boleh jadik.... Tah-tah kene troll dengan pakwe sendiri... Hati-hati.... 

JANGAN BALAS E-MAIL YANG TAK DIKENALI
Aku rasa aku pernah buat entri pasal benda nie.... Sebab aku dah banyak kali dapat e-mal yang tidak dikenali..... Walau apa pun dia cakap....jangan balas.... Selagi korang tak kenal dia... jangan di balas.... Korang boleh baca kisah aku dapat e-mail yang tak dikenali di SINI >> link .

JAGA-JAGA PHOTO YANG DI UPLOAD
Ni perkara paling penting kalau korang betul-betul nak jaga diri dan cuba elak dari jenayah siber.... Gambar korang! Nak upload tu cuba fikir dulu.... Sebab dengan teknologi canggih sekarang nie.... Gambar yang berbaju pun boleh diedit menjadi bogel! So....nak upload gambar... cuba fikir masak-masak dulu.... kalau nak upload gambar cute-cute pun... Pikir balik.. Nie tak.... Main upload jer.... tau-tau gambar tu dah jadi tampalan kat dinding lelaki gatal! BEWARE!


ELAKKAN BUKAK E-MAIL ATAU INTERNET BANKING DI TEMPAT UMUM
Ni antara yang selalu terjadi.... Terutama yang menggunakan internet banking seperti Maybank2U atau CIMBClick.... Jangan la bukak internet banking di tempat umum macam di Cybercafe atau kat mana-mana komputer yang menjadi tempat orang ramai online... Kalau boleh cuba elakkan.... Kalau terpaksa jugak... Cuba delete segala maklumat yang direkodkan semasa korang guna tu.... Pastikan korang SIGN OUT! 

PASTIKAN PASSWORD YANG KUAT
Haaa..... ni sebagai basic nak selamatkan e-mail atau akaun korang.... pastikan password tu susah orang nak hack... Contoh la kan.... ni password lemah : akucintakamu.... Nie pulak contoh password kuat : aKu654enSeM.... Selalu cuba gabungkan huruf dengan nombor...

SELALU UBAH PASSWORD
Kalau korang ada ingatan yang kuat.....ubah la banyak-banyak kali pun takper.... janji korang ingat password tu.... Kalau tak... memadai kalau korang dah buat password yang betul-betul kuat... Janji jangan bagi kat orang lain! kalau tak... sila ubah... dan rahsiakan....

Itu la yang aku tau sedikit sebanyak kalau korang nak elak dari terjebak menjadi mangsa jenayah siber.... Semoga bermanfaat.... Aku dapat info nie pun dari pembacaan jugak... Cuma ingat tak ingat jer... Saje nak share kat blog.... Tambah pahala...he he he...

P/S: Semoga kita selamat dari jenayah siber...;)

TV LED Semuanya Tipu Belaka

Sekadar hiasan...

Hari nie macam biasalah aku buat rutin seperti biasa..... Permulaan nak kerja nie dimulakan dengan bukak emel... Sekali ada emel yang post pasal TV LED di Malaysia hanyalah penipuan semata-mata.... Betul ker? Aku terus la bukak emel tu.... Baca dan baca dengan tekunnya... Ermm... Kenapa aku tak tau??

Kemudian aku try kaji balik guna Google.... Kot-kot la berita nie cuma khabar angin la kan.... Sekali hambik kau..... UTUSAN dah ada berita pasal nie.... Bulan Mei 2011 lagi.... Adehhh...-_-" Ni petikannya...

TELEVISYEN diod pemancar cahaya (LED) tetapi bukan LED yang sebenarnya.
Walaupun sukar mempercayainya tetapi hakikatnya semua televisyen LED yang berada di pasaran tempatan pada masa ini bukan televisyen LED dalam erti kata yang sebenar.

Menurut Pengurus Kanan Kejuruteraan dan Servis, Toshiba Sales & Services Sdn. Bhd., Liew Ah Yoong, semua produk itu merupakan televisyen paparan cecair kristal (LCD) yang menggunakan cahaya belakang LED.

Namun, katanya, semua syarikat pengeluar memasarkannya sebagai televisyen LED mungkin kerana strategi pemasaran.

''Sehingga hari ini, hanya Sony mengeluarkan televisyen LED sebenar atau diod pemancar cahaya organik (OLED), itu pun hanya satu dua model dan mungkin hanya ada di Jepun.

''Saya sendiri tidak tahu bagaimana rupa televisyen LED kerana tidak pernah melihatnya,'' katanya pada prosiding Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Ipoh, Perak, baru-baru ini.

Haaa......sumbernyer aku ambik dari arkib UTUSAN di sini >>> LINK
Oooo.....rupa-rupanya TV LED yang berlambak di pasaran kita tu semuanya tipu la ek...Nasib baik aku beli TV LCD jer ari tu.... Takde la kene tipu kan....Kalau tak...membazir ribu-riban jugak la... Tapi betul ke masih takde lagi TV LED di Malaysia nie sekarang? Konfius pulak aku...

Aku buat entri nie sekadar nak bagi info jer... dan jugak nak tau perkembangan semasa...Kot-kot la sekarang nie dah ada TV LED yang betul kat Malaysia nie..... Sebab TV 3D memang dah ada kan? Ke memang TV 3D tu pun guna LCD jugak? Konfius betul la dengan strategi pemasaran yang selalu menipu customer nih.... Contohnya jualan murah....Cuba korang kaji sikit....Betul ke murah? He he he....

P/S: Beli je TV apa-apa pun...janji ada kabel HDMI kan....hihihi

Monday, December 26, 2011

Korang Sayang Mak Ayah Korang Tak??


Dunia sekarang dah makin pelik... Makin menjadi-jadi... makin berpecah-pecah..... Tapi dalam banyak dunia-dunia korang nie... Dunia artis.... Dunia peragawati... Dunia fesyen... Dunia pelajar... Dunia BLOGGER... Semuanya mesti ingat yang korang nie tak wujud kalau takde mak bapak korang.... Dunia apa korang pilih... bukan sebab ibu bapa yang memilih...tapi korang sendiri... Tapi..... apa yang korang dah jadi... Mak bapak korang la yang banyak berjasa mendidik sejak dari kecil.... Persoalan.....KORANG SAYANG TAK MAK BAPAK KORANG??


Mesti ramai yang cakap sayang kan.... Saaaaayaaaaaang sangat-sangat.... Tapi kan.... betul ker korang sayang? Ker sayang sebab kebendaan jer... Sebab mak ayah bagi hadiah tiap-tiap tahun... bagi kereta.... bagi laptop yang korang guna untuk taip BLOG korang tu.... Bagi henset iphone atau gadget mahal-mahal untuk korang masuk facebook dan twitter tu.... Kalau semua tu mak ayah korang tak bagi korang still sayang tak......Ke siap lari dari rumah?

Atau pun korang sayang mak ayah sebab selalu setuju dengan apa yang korang buat... Korang nak pergi lawatan sekolah....mak ayah kasi... Korang nak keluar malam-malam lepak-lepak dengan kengkawan pun depa bagi jer... Korang nak gayut lama-lama pun depa sanggup bayarkan..... Ataupun korang nak jadi gay atau lesbian....Kalau tak bagi semua tu macam mane? Benci sampai tak contact depa balik?

Ataupun sebab depa jaga korang..... Korang lapar...mak ayah suapkan.... korang sakit walaupun sikit...depa tolong hantar ke klinik.... Even korang rasa sedih pun depa sanggup jadi peneman.... Tak kira mak ayah tengah sakit ke sihat... Depa tetap di sisi korang.... Kalau semua tu takde macam mane yer?

Nak tau korang sayang ke tak mak ayah korang.... Ni ler cara dier.... Yang pertama.... KORANG MESTILAH BERDOA AKAN KESEJAHTERAAN HIDUP MAK AYAH KORANG TIAP-TIAP HARI.. Lepas solat tu... korang spend la masa beberapa minit berdoa dekat Tuhan...Sekurang-kurangnya macam nie... "Ampunilah dosa kedua ibu bapa ku...dan dosaku..." Sekurang-kurangnya berdoa untuk mereka... Cara nie korang boleh buat sejak dari kecik lagi...sampai la besar... Tak kisah la korang dah masuk dunia mana pun.... Korang tak reti doa arab pun booleh jer... takde hal lah... Takde alasan....Melainkan korang memang tak solat!! Itupun kalau korang rasa SAYANG kat mak bapak korang la kan..... kalau tak buat tu.... Maknanya korang nie jenis kacang lupakan kulit la tu....
Yang kedua.... TOLONG LA MAK AYAH KETIKA KORANG ADA DI RUMAH... Ni aku tengok ramai yang tak buat.... ramai yang goyang kaki jer... Mak ayah dah macam orang gaji je aku tengok... Tolong-tolong la sikit... apa la sangat kalau nak banding dengan mak korang yang mengandungkan korang sembilan bulan.... apa la sangat kalau nak banding ayah korang mencari rezeki nak bagi korang makan... Be a responsible child ok... Jangan tau nak merungut jer...


Yang ketiga... Kalau korang dah bekerja tu....HULUR-HULURKAN LA SEDIKIT DUIT GAJI KORANG KAT MAK AYAH TU.... Lagi-lagi yang hidup susah kat kampung tu.... yang bekerja sebagai petani...pekebun... Walaupun mak ayah cakap tak nak... Sebenarnya depa cuma tak nak menyusahkan korang jer... Korang sebagai anak patut bagi sedikit dari hasil korang sebagai membalas jasa.... Gaji tak cukup? Cukup jer..... korang tu jer yang kedekut... Takkan tiap-tiap bulan tak cukup kan....Beli barang branded boleh la pulak... belanja GF/BF boleh la pulak....he he he

Yang keempat... JANGAN BERCAKAP KASAR DENGAN MAK AYAH.... Ni aku tengok paling ramai yang buat.... siap Woi Woi lagi dengan mak ayah dia.....Siap mencarut lagi!! Pergh... Cakap dengan berhemah dan penuh adab sopan la yer.... Mak ayah tu dah jaga korang dari tengkuk korang longlai lagi...sampai la korang keje... Kalau Tuhan terbalikkan hukum alam nie.... Korang yang kene jaga mak ayah korang berpuluh-puluh tahun.... Agak-agak korang mampu ke tak? Jadi.... please behave....

Yang kelima.... JAGALAH MAK AYAH KETIKA MEREKA SAKIT... Depa boleh jaga korang ketika sakit dulu.... Korang takkan tak boleh kot.... MANJA gila korang nie... Sikit-sikit nak hantar ke rumah orang tua.... Depa boleh jaga korang dulu-dulu yang duk merengek lebih-lebih..... Takkan korang tak boleh jaga mak ayah yang jarang-jarang mengaku sakit... Masa tua-tua jer depa baru mengadu...Masa sihat takde nyer nak mintak tolong korang... Yang korang... time sihat-sihat pun banyak kali mintak tolong kan....sakit sikit ngadu.. gaduh dengan rumet nak ngadu... jiran sebelah bising sikit nak ngadu... tayar motor pancit nak ngadu... ape kes!! So...pikir-pikirkan la....


Aku bagi point jer....Korang yang menentukan korang SAYANG ke tak mak ayah korang... Kalau setakat cakap mulut perkataan sayang tu.... semua boleh buat... Tapi korang betul ke sayang mak ayah korang?? Jangan time depa nak bagi surat wasiat baru nak sayang balik.... Ataupun depa dah masuk kubur baru nak menyesal meraung menangis sob-sob... Dah terlambat...... 

So....sementara mereka masih hidup.... Buat la apa yang aku bagitau kat atas tu... Buat semua lagi baik... Dapat buat yang first tu pun dah kira ok.... Semuanya terserah kat diri korang masing-masing.... Cuba korang renung balik....KORANG DAH BUAT SEMUA TU? Kalau tak.... boleh bermula lepas baca entri nie.... 

P/S: Orang selalu kutuk kalau korang cuba berubah ke arah yang lebih baik... So... jangan termakan hasutan geng-geng setan tu... Lumrah dunia akhir zaman...

Saturday, December 24, 2011

Yusry dan Lisa Surihani Akan Berkahwin !!

Tahniah!!
Kali nie wacana hujung minggu akan berkisar isu semasa pasal artis.... Yang paling terbaru... Pasal Yusry dan Lisa Surihani... Hari nie...24 Disember 2011...Depa telah buat satu majlis sederhana tapi sangat istimewa - Pengumuman Istimewa Yusry & Lisa di Marriot Putrajaya & Spa.... Dan pada masa tu juga lah tarikh perkahwinan depa diumumkan....

Mereka akan berkahwin pada 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan di Putrajaya... Dan Majlis Resepsi akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari 2012....Sebelum tu... keluarga Yusry telah pergi ke rumah Lisa pada malam semalam sebagai tanda meminang Lisa Surihani untuk menjadi teman hidup Yusry sepanjang hayat..

Semoga mereka berbahagia dan kekal sepanjang hayat.... Yang menarik pasal Yusry dan Lisa ialah.... Depa nie takde pun gosip-gosip liar macam sesetengah artis yang lain.... Takde kontroversi....Takde kes-kes sosial yang berlaku antara mereka.... Patut dicontohi artis-artis yang lain.... GOSIP BUKAN CARA NAK POPULAR.... Bakat dan usaha tu penting... Tahniah sekali lagi kepada Yusry dan Lisa dari Bro Wacana...

P/S: Lisa Surihani dah sah akan jadi Lisa Surirumah.... Berkat gurauan kot...hihihi

Friday, December 23, 2011

Indahnya Bahasa, Indahnya Budaya, Indahnya Hidup Berbagai Bangsa


Pada Rabu yang lepas... Aku menghadiri satu aktiviti yang melibatkan sebilangan pelajar antarabangsa dari beberapa buah negara.... Aktiviti tu dinamakan WUPID 2011, World Universities Peace International Debate 2011.... Tengok nama tu pun dah tau kan... Semuanya pasal debat.... Dan kebanyakan dari kita akan terbayang....BOOORRIIIIINGG.....he he he


Bagi aku WUPID nie bagus..... sebab ia banyak berkisar pasal topik-topik yang berkaitan ke arah keamanan sejagat.... Time aku pegi malam tu.... cuma GRAND FINALE jer... sebelum tu dah ada pusingan awal...Tapi aku tak pegi.... yang dapat masuk final ialah dari Victoria University of Wellington dari New Zealand, Oxford University, Ateneo De Manila, dan jugak Cambridge University.... Wakil Malaysia... ermm... paham-paham je la...hihihi Dan kebanyakan yang hadir pun.... pelajar antarabangsa... Mungkin wakil-wakil dari peserta pertandingan yang lain.... sebab ada lebih kurang berbelas-belas dari universiti antarabangsa yang lain turut sama bertanding....mungkin ada jugak dari pelajar antarabangsa yang belajar di UPM nie.... Tapi main point dier... dah macam dekat oversea dah malam tu...


Tajuk masa final.... CAPITALISM... atau bahasa melayunyer.... kapitalis.... Bagi aku sangat menarik tajuk nie... Depa membahaskan satu isu yang sememangnya salah satu punca kenapa dunia sekarang nie terbentuk politiknya macam yang ada sekarang nie..... Ok....ok.... ramai yang dah start boring nie agaknya... he he he.. Aku bukannye nak citer pasal WUPID nie... tapi event selepas tu....
Dalam event WUPID tu....duk berdebat jela kan.... Debat dalam bahasa inggeris... Bapak laju diorang cakap.... susah nak tangkap.... ye ler... sorang guna sleng Harry Potter... sorang gune sleng Arroyo... sorang tu sleng Aussie... sorang lagi sleng BI chinese... Tak fokus kejap jer.... terus tak dapat tangkap..huhuhu

Lepas habis depa berdebat.. Maka ada la persembahan salingan.... Dan masa tu ler aku tetiba berasa bangga dengan BUDAYA ASAL AKU....BUDAYA MELAYU. Kenapa yer? Haaa...... sebab malam tu UPM sediakan persembahan tarian zapin.... Kalau tak silap...budaya tarian nie sinonim dengan Johor kan... Time tu... semua pelajar antarabangsa semuanya excited giler nak tengok.... Siap ambik gambar lagi... Pastu kekadang teruja sampai bagi tepukan gemuruh tengah-tengah persembahan.... Aku yang ternampak gelagat depa nie....terfikir... INDAHNYA PERBEZAAN BUDAYA DAN BAHASA.....Atau lebih tepat.. INDAHNYA BUDAYA BANGSAKU...

Terharu beb..
Diorang lebih excited tengok tarian zapin dari persembahan nyanyian lagu omputeh yang dipersembahkan lepas tu.. Aku terbayang masa kehidupan sebelum era globalisasi nie... Sebelum semua nya nak pakai baju kot... sebelum adanya MTV.... sebelum adanya K-POP... sebelum semua penduduk dunia nie pakai baju white collar... Sebelum semuanya nak pakai legging! Sebelum wujudnye fesyen yang sama seluruh dunia......

Apa yang aku terbayang nie? Aku terbayang masa zaman budaya yang masih tak bercampur macam sekarang.... Melayu dengan budaya melayunyer.... Cina dengan budaya cinanya.... India dengan budaya indianya.... Omputeh dengan budaya omputehnyer..... Timbul satu perasaan keterujaan..... Timbul satu perasaan yang korang rasa macam nak meluaskan pandangan dan ingin merantau dan melihat sendiri budaya bangsa lain....yang unik dan menarik.... Wujud satu imej di mana kita dapat kenal sesuatu bangsa dengan budayanya.... Dan yang menariknya.... masa tu semua fesyen bangsa takde yang singkat giler cam sekarang!


Masa time pelajar antarabangsa tengah excited tuu...aku pun turut sama excited.... Time tu la aku rasa sangat bangga dengan BUDAYA ASAL kita.... Bangga yang aku dilahirkan sebagai seorang melayu.... Walaupun masa tu tarian zapin guna lagu arab mane tah.... Tapi depa tak pandang kita sebagai TERRORIST ke haper... depa pandang kita sebagai satu bangsa yang ada tarian yang unik dan penuh adab kesopanan..... Seolah-olah depa ingin tahu dan tertarik akan keunikan tarian kita tu...Indahnya aturan Ilahi....:')


Sebab tu aku kekadang pelik dengan anak muda sekarang..... Bangga dengan budaya luar.... Bangga bila dapat pakai legging.... bangga dengan short pants nyer.... bangga dengan baju ala-ala nak pegi kelab malam.... Bangga dengan baju kot.... bangga dengan pakaian barat.... Bangga dengan imej fesyen K-POP.... Di mana itu semua bukan imej asal kita.... Bahayanya globalisasi....

Mungkin ada pembaca yang tak tercapai dek akalmu kot.... Mungkin awal-awal dah reject pandangan ikhlas nie... Entri nie agak berat dan ilmiah.... Satu pandangan peribadi berkaitan budaya dan bahasa.... Aku bukannya halang perubahan yang berlaku sekarang nie... Bukannya tak suka... Suka kalau perubahan itu ke arah yang lebih baik.... Tapi masalahnya anak muda sekarang nie lebih ke arah ERA KEBARATAN DAN KE K-POP AN YANG MELAMPAU... Ekstrem sesangat.... sampai terlupa yang kita nie ada agama... ada adab sopan bangsa... Tu belum cakap imej GOTHIC la.....imej PUNK la.... Kalau ikut imej SERBAN takpe.... imej BERTUDUNG ker... Selari dengan agama... Betul tak?

P/S: Apa kata kalau meeting Parlimen nanti pakai baju kebangsaan masing-masing... Kan menarik tu... Tak pun masa Malam Anugerah apa-apa.... Pakai baju kebangsaan...Pergh..... Dunia luar pun tertarik nak tengok kita kan.....:)

Thursday, December 22, 2011

Ariff Alfian Rosli Kekal Jadi Muslim Sepanjang Hayatnya | Apa Komen Bro Wacana?

Siapa tak kenal....lelaki gay melayu paling popular tahun 2011....Ariff Alfian Rosli... Kenapa dia terkenal? Sebab isu perkahwinan sesama gay tempoh hari... Yang dikatakan berkahwin di Dublin, Ireland.... Dan disahkan dengan gambar-gambar yang ternyata tak boleh disangkal lagi kebenarannya... Dan kali ini....dia buat kenyataan dalam akhbar...

“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya kepada media tersebut hari ini.

Reaksi aku selepas baca nie....... "WHAAAAAAAATTTTTTTTTT??????!!!! ARE YOU KIDDING ME??? BERGURAU KE HAPER MAMAT NIE? "

Inilah yang berlaku kalau ilmu agama setakat ciput jer..... Setakat air di tapak kaki jer.... Sedih aku baca statement nie... Mungkin bagi yang gay-gay tu komfem la sokong geng korang kan... Tapi aku sangat la tak setuju dengan statement nie.... Kenapa yer? Sebab aku ni manusia NORMAL!! Ok....aku bagi hujah satu persatu..... Oh yer....NO GAMBAR ARIFF....sebab aku rasa korang dah kenal dah....aku bukan nak mengaibkan...aku nak bagi sebab kenapa aku tak sokong statement giler dier tu....

Pertama kalinya..... sebab apa yang aku quote dari mynewshub nie.... 

Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia sudah beberapa tahun tidak menghubungi ibubapanya di Malaysia ekoran satu perselisihan faham antara mereka, namun mengaku kerap menghubungi adik beradiknya yang lain.

“Saya ada sedikit salah faham dengan ayah saya pada tahun 2009…sehingga saya dilaporkan hilang, saya masih tidak berhubung dengannya, tapi saya sering berhubung dengan anggota keluarga yang lain,” katanya lagi.

Ok.... Dia gaduh ngan bapak dier.... dan dia dengan tak rasa bersalahnya tak balik umah sesuka hati.... Pergh.... Muslim taik kucing ni namanya....Ops...Maaf cakap la der.... Korang tau tak apa itu muslim? Muslim nie orang islam... Orang yang mengamalkan ajaran Islam.... Dengan kata lain.... BERIMAN kepada ajaran Islam.... Apa itu beriman? Kalau bahasanya..... PERCAYA.... Atau lebih tepat....percaya dan amalkan.. Soalan pertama aku..... ADA KER AJARAN ISLAM SURUH TINGGAL BAPAK SENDIRI TANPA BERITA LEPAS GADUH?? Bagi aku.....kategori si Ariff nie.....DERHAKA KEPADA IBU BAPA! 
Apa dalilnya? Kita bukak Quran.... cer tengok ler dalam Surah Al-Ankabut, ayat 8... Jangan nak malas-malas.... Bukak dan baca sendiri....Dalam nie aku tak bagi ayat terjemahan dia.... Sebab nak bagi korang bukak dan baca Quran yang korang simpan dalam almari tuu.... Kesian Quran tu...dah berhabuk dah... he he he.... Ok....Back to topic! Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam DOSA BESAR.... Apakah si Ariff tak tau? Wallahualam...

Ok.....isu kedua....kahwin sejenis.... gay sama gay..... Astaghfirullah.... yang nie aku bagi satu kisah yang sangat popular diceritakan dalam Al-Quran..... Kaum Luth.... Allah bagi malapetaka yang dahsyat dekat kaum Luth sebab kes gay-gay cenggini ler..... Cuba bukak kitab lagi....Kali nie surah Hud ayat 82 kalau tak silap.... Cer baca...Cer baca.....Jangan tak baca.... Sebab tak baca la ramai yang terseleweng ajarannya macam si Ariff nie!

Dan melakukan hubungan sejenis nie pun dikategorikan DOSA BESAR la der...... Dua dosa besar selamba badak je dier buat depan orang ramai.... MUSLIM ke nie??? Bagi aku si Ariff nie tak sepatutnya buat statement tu... JANGAN MEMPERLEKEHKAN IMEJ DAN PERIBADI SEORANG YANG DIGELAR MUSLIM......

Kalau betul dia nak jadi MUSLIM..... BE A MUSLIM!! Jangan memperbodohkan diri.... Muslim tak join gay-gay nie.... Muslim tak derhaka kepada mak bapaknya.... Kalau mak bapak salah sekalipun....kita tetap kena hormati dan TAK PATUT lari dari rumah.... JANGAN NAK TUNJUK IMEJ KOTOR macam nie....

Pada pendapat korang...... Adakah si Ariff nie muslim?? Tepuk debu kat Quran tu dan tanya iman masing-masing...Terserah kat korang la nak bagi jawapan apa pun... Korang ada ilmu ... ada hujah tersendiri....Aku dah bagi aku punyer.... Dah ada effort... Sekurang-kurangnya ADA walaupun dengan blog tak seberapa macam nie.... Korang?

P/S: Nak sebarkan....tekan like...add comment... Perjuangkan yang benar...

Wednesday, December 21, 2011

Bagaimana Nak Pilih Calon Suami Siri 2 - Pembuka Bicara

Dulu aku pernah buat entri pasal nie....Pasal bagaimana nak pilih calon suami a.k.a menantu... Dah lama dah.... Korang boleh tengok dekat SINI ( link ). Nie petua secara santai... Korang boleh buat sambil dating....boleh buat sambil makan kuaci sebelah mak ayah... he he he.. Entri yang nie... cuma tambahan sahaja.... Entri dulu-dulu aku memang banyak versi.... versi kelakar... versi nasihat santai.... versi mengarut... sumer ada.... Godek-godek la kalau ada masa yer....

Siapakah bakal suami anda....
Ok.....sebagai tambahan dari entri yang dulu tu.... Lepas korang dah cuba cara-cara yang aku bagitau yang dulu tu... Korang boleh la tambah-tambah sikit cara-cara yang aku nak bagitau kat sini.... Aku menggelarkan cara nie sebagai....PEMBUKA BICARA.... Haaaa....kepada lelaki-lelaki yang nak jadi suami tu...jaga-jaga yer.... Habis la korang.....he he he..

Kata la korang keluar berdating hujung minggu.... Contohnya....pegi Midvalley... Ni ler port paling popular bagi yang nak berdating dan nak tengok wayang bagi kapel-kapel yang duk kawasan KL.... Tak pegi Midvalley...Tak sah kapelnyer.....ha ha ha.... Konon-kononnya macam tu ler..... Bagi aku baik pi masjid... Wajibkan sepasang kapel tu pegi masjid yang berdekatan dulu...Tak pi masjid...tak payah kapel! Boleh gitu? Haa.....mesti korang rasa macam tak berapa kena kan..... hihihi

Ok.....berbalik kepada point yang asal... Korang keluar berdating.... Katalah tengah naik komuter....Erk....ade lagi ker kapel naik komuter? Aku rasa banyak anak muda sekarang nie dah ada kereta sendiri kot..... Takpela....What eva la kan... Masa tengah on the way nak pi Midvalley tu.... Korang mesti berborak kosong kan? Ke ade berborak pasal study? Pergh.......respek la gua sama lu...:)

Masa borak-borak tu... Cuba korang keluarkan soalan-soalan yang ke arah makan jiwa sikit... he he he... Contohnya soalah macam nie.....
"U selalu lepak surau mane ek? Tak pernah nampak pun"...
"U ker yang selalu azan kat surau kolej tu? Sedap la suara dia.... Tenang hati I"

Time jalan-jalan gini pun boleh bukak topik macam tu...Kalau la korang sudiii..

Haaa..... saje jer bukak topik cam tu... ye la kan.... berdua dalam kereta tu...tak elok... jadi...nak buang sikit perasaan yang setan duk cucuk tu... Baik korang berbual pasal keagamaan kan... Dia nak tipu tu memang tak boleh buat apa la kan... Tapi......kalau soalan macam nie memang sah takleh tipu.....
"U tolong I ajar caner nak baca Al-fatihah dengan betul boleh tak? I rasa macam ada salah la"
"Yang...caner doa naik kenderaan?"
"I lupa baca tahiyyat awal la solat subuh pagi tadi....batal ke tak?"

Pergh.....soalan gini kalau tak boleh jawab.... memang malu beb.... asas tu.... Bukan apa.... bakal suami nie kan bakal memimpin korang... Kalau jahil si dia tu... Korang pun turut sama jahil... Ye la...Yang dok pilih si jahil tu buat apa kalau korang tu tak jahil? Kasar ker aku bagi jahil? Tak de la....jahil tu maknanya TAK TAU je... Cuma bunyi arab je...he he he...

Time balik berdating pun korang boleh tanya soalan-soalan gini.... kalau si dia rasa serabut dengan soalan-soalan nie.... maknanya si dia TAK TAU ler tuuu.... Maluuuuu ler tuuuu.... Tercabar keegoan seorang lelaki ler tuuu.... Kalau si dia kata, "Potong mood betul la soklan cenggini..." Haaa......tu maknanya si dia tu ada niat lain ler tu masa berdating... Mungkin ada mood nak pegang-pegang....nak berenti tempat gelap... tak pun bawak kete slow-slow sebab nak berdua-duaan lama-lama dalam kete malam-malam...Cett!! nak buat MAKSIAT ler tuuu.... Maksud aku maksiat besar-besaran..... Sebab keluar berdua-duaan tapi tak kahwin nie pun maksiat sebenarnya....hehehe. Ok...ok......think positif... haaaaa.......sempuuut...

Nak elak benda cam nie ler....
Tu cara yang sangat simple tapi makan dalam beb... Ye la... kene pulak korang dapat pakwe yang ilmu agama cetek.... dan pulak memang tak suka dan tak berminat langsung pasal ilmu agama... Memang sah dia tak suka dengar soklan-soklan gitu.... Ye la...sebab TAK BOLEH NAK JAWAB! har har har... Biar ler....padan muka sebab jahil agama sangat! 

Korang pakai baju yang ada gambor gini...mesti terasa si pakwe tu kan? hihihi

Penting weh dapat suami yang ada agama....walaupun sikit....tipis imannya.... tapi tu pun dah jauh membezakan kehidupan korang berpuluh-puluh tahun akan datang... Kaya tak semestinya bahagia... miskin tak semestinya merana... Hidup tak berkat... tak disinari sinar agama.... hati tak tenteram beb... Mungkin korang tak nampak time muda-muda nie... Bila dah hidup berumah tangga.... cari rezeki sendiri... dah tua kerepot...baru menyesal... Time tu nak tangis darah pun tak guna la der.....huhuhu. Kalau ada idea lagi aku sambung balik topik nie....;)


P/S: Dalam hidup nie kene ada empat asas.... IMAN, ILMU, AMAL, IKHLAS... Baru la kukuh kehidupan kita...:)

Tuesday, December 20, 2011

Antara Agama, Bangsa, Negara, dan Kepentingan Diri....


Ok....sebelum nie aku duk share video je kan... berkongsi apa-apa video yang aku rasa ada mesej yang tersendiri untuk kebaikan kita semua.... Kali nie aku nak timbulkan satu persoalan kat korang sumer.... Dalam isu-isu berbangkit pasal politik... pasal kes-kes hangat.... Dalam semua yang telah dan mungkin akan berlaku... yang mana lagi penting buat masyarakat kita sekarang....AGAMA....BANGSA...NEGARA....atau KEPENTINGAN DIRI...

Contohnya pasal isu bendera Datuk Seri Najib diturunkan mahasiswa baru-baru nie.... kecoh habis semua panglima turun nak tumbuk dan nak ludah si pelajar tu..... Sampai tahap tu sekali yer.... Tapi Datuk Seri Najib rilek jer.... Kenapa yer? 

Ok...isu gay melayu kahwin.... kecoh jugak.... semua duk maki si gay tu... Maki sana...maki sini.... Siap bakar gambar si gay tu lagi... Ok... DONE... isu video HINA HUDUD.... kata HUDUD nie tak sesuai.... bla...bla...bla...... Nak tumbuk? Takde pulak aku dengar.... nak bakar gambar si director? Takde jugak... Mungkin tak sepanas isu-isu lain kot... Macam-macam lagi isu yang timbul... Semuanya isu yang menyentuh aspek penting dalam pembentukan jatidiri masyarakat kita.... AGAMA...BANGSA....dan NEGARA..... Tapi yang mana lagi penting bagi yang membela? 

Kita kupas satu-satu isu.... mula-mula isu gay kahwin tu.... Aku tak tau la kenapa yang nie begitu popular...Sebab aku rasa sebelum nie aku ada terdengar yang isu gay berkahwin dengan sama jantina di Malaysia!! Kesahihan berita tu aku tak dapat pastikan... cuma PERNAH TERDENGAR....tapi tak popular.... Sebab berlaku kat Malaysia ker? Atau sebab bukan melayu? Ermmm.... Entah ler Labuuuu.....


Bagi isu tu.... patut dikecam dan dibantah... Sebab apa... sebab melanggar agama....bangsa.. dan etika negara... Dah menentang ketiga-tiga tonggak kesatuan negara.... Kecam saje ker? Tak....patut dikenakan undang-undang....baru gay-gay lain takut nak buat jugak....Kalau setakat kecam mulut bla bla bla.... TAK JADI! macam mane nak hukum budak tu? Ada ker jenis hukuman di bawah akta yang sedia ada? Ada kot....Kalau takde....kene wujudkan...

Ok.....isu HINA HUDUD.... yang nie menghina hukum Allah....maknanya menghina agama... agama je ker? Bagi aku.... menghina agama dan bangsa... Negara tak lagi...sebab negara kita TAK AMAL kan hukum hudud... Kalau negara Arab Saudi...memang yer... Sebab tu kes rasuah dan jenayah kat sane kurang dari kat Malaysia kot.....Kooot...... Ok2.... Kenapa menghina agama dan bangsa?? Mungkin ramai dah tau pasal agama kan.... Tapi kenapa aku kaitkan dengan bangsa? 


Bagi aku....bangsa melayu sudah sinonim dengan agama Islam.... Bukan WAJIB....tapi sinonim... Bile sebut je melayu...terbayang masjid... sebut je melayu...terbayang songkok dan baju melayu... sebut jer melayu...terbayang Islam! So.... bile ada orang hina hukum hudud...hukum Allah yang termaktub dalam agama Islam... maka automatiknyer menghina bangsa yang sinonim dengan agama tu sendiri.....Dalam konteks perbincangan dalam entri nie.....Bangsa MELAYU!

Ok.....sebelum aku komen lebih panjang....sentuh pulak isu bendera Datuk Seri Najib pulak..... Menghina agama? Tak kot..... menghina bangsa? Mungkin yer.... Menghina negara? Mungkin ya.... Kenapa mungkin jer? Tak adil la Bro...... Ok....ni sebab kenapa aku bagi MUNGKIN....

Kita kaji dan tengok CARA bendera tu diturunkan.... Adakah diturunkan dengan cara hina? Dipijak-pijak? Dibakar macam segelintir rakyat Indonesia bakar bendera Malaysia tempoh hari? Dipijak-pijak macam penyokong fanatik bola sepak kita pi bakar bendera negeri pihak lawan?? Adakah diludah dan dikoyak-koyak bendera tu? TIDAK kan? Kalau ada...sila bagi link kat aku..... sebab setakat nie aku rasa takde sampai ke tahap menghina....Semuanya dilakukan atas sebab SIMBOLIK... Apa itu simbolik? Contoh paling senang pasal simbolik nie... Majlis Perasmian.....


Lepas diturunkan.... dinaikkan bendera pasal apa yang depa perjuangkan....and then depa naikkan balik bendera Datuk Seri Najib..... Menghina? Depa cakap tidak.... simbolik jer... Menghina bangsa ker? Tak kot..... Menghina negara?? Pendapat peribadi aku....tak... Habis kenapa jadi isu?? Sebab mungkin cara tu tidak sesuai dilakukan di negara nie..... SENSITIF DENGAN PERKARA-PERKARA MACAM NIE...

Ok.... dari ketiga-tiga isu nie.... Yang mana isu paling berat? yang korang rasa patut korang perjuangkan lebih? Isu gay? Isu Hudud? Atau isu bendera? Tepuk dada tanya iman masing-masing.... Aku bagi hint la untuk korang.... Dalam ketiga-tiga aspek nie....AGAMA....BANGSA....NEGARA.... yang mana PALING PENTING? Sama penting? Taaaak..... Ada hierarki dier... Satu aspek tu akan menyatukan ketiga-tiga aspek sekaligus! Aspek yang mana?? Korang fikirkan la yer....

Lagi satu....Kalau semua sama penting.... kenapa kebanyakan dari kita nie tak pilih ketiga-tiga nie langsung??!! Kebanyakannya pilih KEPENTINGAN DIRI SENDIRI....which is takde langsung dalam pilihan yang diberi....

Sebab tu ramai yang jadi kaki bodek....kaki ampu.... kaki maki.... kaki tipu.... kaki kipas... dan berbagai-bagai kaki lagi la.... Sebab apa?? Sebab depa tak pikir pasal AGAMA.... depa tak pikir pasal bangsa pon.....pasal negara laaaaagiiiii la tak pikir langsung!! Kebanyakannya berlakon jer....Berlakon untuk KEPENTINGAN DIRI.... Apa nak jadi.....jadi ler....yang penting.... Perut sendiri diisi! Salah pun betul.... Yang betul komfem la betul... Jadi...sape yang betul-betul sayangkan agamanya...bangsanya....dan negaranya?? Cuba la korang perhatikan di sekeliling korang sendiri.... Pasti korang dapat jawapannya...;)


So.... kepada yang sudi baca pendapat aku nie.... fikir-fikirkan la yer.... semoga korang tak termasuk dalam golongan kaki-kaki yang busuk jiwa nie.... kaki sembab takpe.... tu kesihatan...boleh diubati! Kaki busuk takpe....boleh basuh dengan sabun banyak-banyak! Tapi bile jiwa dah busuk.... hanya satu jer penyelesaian... BERTAUBAT!

P/S: Rasa nak share, tekan like....pastu add comment.... :) Kalau ada salah silap... harap dinasihati...

Video Perang Politik Sampai Nak Meludah [Versi Kelakar]

Aku saje nak kongsi dalam blog... Bagi yang tak tahu ape-ape... sebelum nie ada isu pasal student berdemonstrasi.....Kemudian dengar citer depa wat pi turun gambar sorang datuk tu... Pastu..... keluar la video samseng nak ludah dan nak tampar student-student tu....

 
Nie versi betul

Tapi yang best nyer.... video depa nie dah di tiru dan dijadikan hiburan si peminat Youtube nie.... hahaha.... Cer tengok apa beza antara yang real dan yang kelakar.... hahaha...

 
Ni versi kelakar punyer...hahaha

Ok.... moral of the story.... Jaga la budi bahasa kita... walaupun nak marah ker....nak bodek ker... nak kipas bagi kain terangkat ker.... Kene la berpada-pada.... Jangan sampai sanggup jatuhkan maruah diri sendiri.... jangan sampai hilang semua budi bahasa yang patut ada pada setiap manusia nie.. Pelajar sekarang bukannya bodoh dan tak reti nak fikir sendiri...... Kena la ada adat dan tata susila nak nasihat atau nak memberi pengajaran yang betul.... Contohnya macam nie..... Nie baru betul....

Ni dari Tun pasal AUKU....

Ni pulak jawapan dari wakil SMM...

Nampak tak beza orang yang saje nak bodek tapi takde akai dengan orang yang berakal nak bagi nasihat?? dah la pi campoq cacian dan makian dengan takbir.... Apppaaaa la.... Aku tau ramai yang tak sokong cara video pertama tu kan? Tak kisah la pembangkang ke sape...sumer tak suka cara samseng cam tu.... baik yang kedua tu....gurau senda....hehehehe...

P/S: Kan dah kene menganjing jer..... Tapi kelakar video yang versi kelakar tu...hahahaha....

Wednesday, December 14, 2011

Aku Maafkan Kamu |Jamal Abdillah ft. Malique

Dalam duk kalut nak mengajar kelas ari nie... sempat jugak berehat bersama Coklat-coklat yang aku beli masa pi Langkawi aritu.... Dalam rehat selama sepuluh minit nie... aku nak share dengan korang lagu yang menjadi peberet aku nie... Lagu Aku Maafkan Kamu nyanyian Jamal Abdillah dan Malique...


Lagu nie aku paling suka sebab liriknya.... Aku nie jenis yang lebih suka hayati lirik kalau lagu melayu... Kalau lagu omputeh tu....aku layan music die jer... he he... Kalau korang hayati lirik lagu nie.... Aku rasa mungkin ramai masyarakat Malaysia sekarang nie yang terasa kot... he he he...

Apa-apa pun... Lagu nie cukup pakej bagi aku...lirik best...mendalam dan mencucuk ke tengah-tengah hati bagi sesapa yang terkena... Dan irama lagunya pun best.... Bagi aku la kan... aku bagi 5 star!! :D Tu pendapat aku okay.... Jangan nak marah lak bagi yang tak setuju tu....hihihi...

P/S: Kena hati-hati nak layan lagu sebab baby pun dengar jugak sekarang nie...:)

Tuesday, December 13, 2011

Selepas Kajang Menjadi Saksi, Kini Banjir Kilat Di Kuala Lumpur

Ujan punyer la lebat... aku ingatkan akan dengar berita banjir di Pantai Timur...tempat kelahiran aku.... Tapi lain pulak yang aku dengar.... haritu dengar banjir di Kajang.... Kali nie Kuala Lumpur pulak dilimpahi air hujan.... Berlaku di Jalan Tun Razak kalau tak silap..... Ni haa...


Member aku duk tanya aku... ape guna jalan SMART yer kalau banjir berlaku lagi? Hmm.... Aku pun dah takde jawapan nak bagitau... Aku bagi camni jer..."Mungkin Jalan Tun Razak tu jauh kot dengan lorong SMART"... Tu ler jawapan orang yang tak tau peta KL....hehehe...

Apa citer sekarang...aku tak tau.... tapi banjir kilat nie kejap je... Dah kata kilat kan... Kalau banjir kat tempat aku tu lain la kan... Banjir kat pantai timur tu bukannya sebab longkang tersumbat ke haper... Dah memang hujan turun melebihi kapasiti tanah nak serap air tu... Sungai melimpah.... Kat KL nie sebab tersumbat je kot....hehehe...

P/S: Moral of the story.... Duk KL pun takde la gempak sangat... kene banjir jugaaak....:)

Monday, December 12, 2011

Akon Nyanyi Lagu Hindustan | Ra One

Tengah duk layan astro ZEE....tetibe dengar lagu hindustan terbaru....lagu terbaru dalam citer terbaru Shah Rukh Khan yang bertajuk Ra-One... Aku pun tak tau citer nie pasal aper.... Tapi lagu dier best! Dan yang peliknya... aku dengar macam suara si Akon jer.....ha ha ha... Cer dengar la kalau korang tak caye... Lagu bertajuk Chamak Challo....


Kan??? Suara Akon kan?? Haaa.... Akon pun dah boleh cakap hindustan dah.... Sebelum nie Akon penah berduet dalam lagu arab... Kali nie dia nyanyi lagu hindustan la pulak... Lagu melayu bile ek...hihihi
Aku tak bagi video klip asal...just lagu jer aku letak...sebab video klip die tak berapa sesuai bagi sesetengah golongan... penari die seksi sangat! Kain sari dah jadi seluar pendek...pe cer nie....Sumer nak bagi pendek.... Semua nak dedah... Nie mesti ramai yang carik dalam youtube nie nanti....haish....

Citer nie macam bes... Tapi tajuk tu agak suspicious jugak la bagi aku.... Takpe...pasal tajuk dan citer dier...kene tengok dulu...baru boleh komen... Sebab mengikut hipotesis aku... Ra di situ diambil dari nama Tuhan Mesir....dan One tu macam bermaksud satu.... Maknanya menjadi Tuhan yang Satu...

Kalau nak pikir positif.... Shah Rukh Khan cuba nak bagitau yang tuhan ada satu jer.... Tapi kenapa guna Ra? Tak guna nama Allah jer... hmm...Mungkin nak bagi gempak kat tajuk kot... Tu anggapan awal jer... kene tengok citer nie dulu nak dapatkan kepastian.... Dah macam citer superhero je aku tengok.... Mungkin takde kaitan langsung pasal konspirasi mind control....Bukan obses...tapi setiap benda yang dibuat mesti ada maksud tersendiri....kan? huhuhu

P/S: Lagu tu best... cuma tak tau ape maksud chamak chalo tu...hihihi...

Lawak Taekwando Paling Kelakar...Dan Cute !!

Aku hari nie bangun la cepat-cepat....ingatkan dah lambat nak pi keje... Ye la... bahaya jugak tidur lepas subuh nie... Kekadang menyebabkan kelewatan pi keje... Sekali wife aku tegur... "Bukan ke cuti ke hari nie?".... Aku pun tengok jam.... termenung sat... genyeh-genyeh mata sikit...pastu landing balik! he he he.... Ni baru bangun balik dan terus post entri santai nih...

Bukak-bukak komputer.... ingat nak baca jurnal... Tapi mood takde la pulak... last-last bukak facebook....tengok ada orang post video paling kelakar minggu nie dekat wall... he he... Kelakar campur cute kot... cer la tengok.... Aku dah bantai gelak sakan dah...


Aku rasa yang lawak si budak biru tu kot... Sebab yang lawaknya...die cuba buat back kick tu... Adoi... memang terbaik la dik.... ha ha ha.... Saje aku post kan video nie... Sebagai hiburan  untuk kita bersama.... Sekarang kan post blog nie asyik duk nasihat je kan... sekali-sekala kene ada jugak masa untuk berhibur.... hihihi...

P/S: Support Nazmi Faiz !! *tetibe je kan...haha

Sunday, December 11, 2011

Buat Seks Dalam Lif

Macam-macam la zaman sekarang nie kan.... dalam lif pun boleh buat 'projek'... Dah takde tempat lain ker nak buat... Lif bukan direka untuk buat seks ler! Lif nie direka untuk senang korang nak ke tingkat rendah ke tingkat tinggi.....atau tinggi ke rendah..... Sistem alternatif supaya tak guna tangga! Nie tak...ade ke guna untuk buat tuuu....


Penat-penat je si pencipta lif reka benda nie... Tapi si pengguna pulak salah gunakan lif yang dicipta tu... Dah la menggalakkan lemak-lemak berkumpul di badan... Buat pulak benda tak senonoh... Alahai... Siap ada notis lagi nie.... Ni haa notis dier.... Tapi notis nie bukan di Malaysia okay! Kat Malaysia tak tampal notis... Depa pasang CCTV jer...pastu masukkan dalam 3GP! he he he..


Kepada yang mengharapkan dapat tengok gambar-gambar si pelaku.... Takde di blog nie yer.... he he he... Ini bukan blog porno... Ini blog nasihat... Nasihat dan memberi buah fikiran kepada pembaca umum..... Kepada pasangan kekasih yang belum kahwin.... Korang dilarang buat seks!! Kahwin dulu!! Tapi kalau dah kahwin pun...nak buat tu.....jangan pulak dalam lif!! Nampak benor kurang mental...atoi yai...

P/S: Kalau ada isu terkini yang rasa nak dikongsi, sila emelkan di asey007@gmail.com..:)