Showing posts with label informasi. Show all posts
Showing posts with label informasi. Show all posts

Sunday, December 22, 2013

Empat Fakta Sejarah Melayu Yang Jarang Orang Tahu


Sebenarnya ramai yang tak tahu pasal sejarah melayu yang sebenar... Ramai yang suka cakap pasal sejarah melayu...Cedok dari buku KBSM ajaran sekolah rendah dan menengah.. Rasa macam dah betul gile dah diri tu dengan ilmu secubit garam... Haiyo... Nie nak bagi sikit fakta yang memfaktabkan diri yang suka memperlekehkan dan memperkotak-katikkan melayu nie.... Baca dan faham... 

Agama Islam
Ramai duk kata yang melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan... Ermm... tu sebab korang dah lahir dalam agama Islam.... Sedangkan sejarah asal melayu menunjukkan melayu nie bukannya sejak lahir dalam agama Islam... Mengikut sejarah asal melayu, agama yang dianuti sebelum Islam adalah hindu dan buddha... Melayu nie kaum yang agak tua... Sebelum kedatangan Islam lagi dah ada kaum melayu... So... selepas melayu mendengar akan kedatangan agama Islam... Maka empayar melayu ketika itu iaitu Srivijaya menghantar surat kepada kerajaan Islam sezamannya iaitu Empayar Umayyah, atau lebih tepat kepada Saidina Umar Abdul Aziz... Maka berlakulah proses kemasukan agama Islam secara beramai-ramai kerana pemimpin tertinggi secara sukarela masuk Islam diikuti dengan seluruh rakyat jelata.....

Institusi Raja-raja melayu
Institusi raja-raja melayu adalah yang tertua di Asia Tenggara yang masih ada kedaulatannya sampai sekarang.... bukan di Thai bukan di Khmer... Tau Khmer tu katne? Lebih kurang kat Kemboja gitu... Ada jugak institusi raja melayu lebih tua iaitu di Burma, Jawa, Laos, dan Vietnam tapi telah pupus... Institusi Raja-raja melayu sangat disegani kawan dan lawan... Dan dipercayai juga, adanya institusi raja-raja melayu ini kerana menyimpan satu rahsia tersirat dan tersurat berkenaan sejarah asal-usul ketuanan melayu.. :)

Selat Melaka
Selat Melaka nie adalah selat paling sibuk di dunia... Selat yang paling direbuti dan diingini kuasa-kuasa besar dunia.. Selari dengan namanya... kesibukan Selat Melaka berada di kemuncak ketika era Kesultanan Melayu Melaka.. Satu persoalan...adakah mampu keamanan Selat Melaka dijaga hanya dengan keris dan tombak? Tembok kayu dan daun nipah? Pastinya itu adalah satu fakta yang terfaktab...ditipu dan dipusing oleh penjajah.... So.... cari balik macam mana sebenarnya kehebatan kesultanan melayu Melaka ketika itu sampaikan empayar di China pun bersahabat dengan kerajaan melayu ketika itu..... :)

Aborogine Malay
Orang Melayu adalah berasal dari induknya iaitu Austronesia/Nusantara.Orang Melayu sehingga ke hari ini tetap mengekalkan bentuk protonya iaitu Orang Asli yang terkelompok dalam Aborigine Malay.

Buat pengetahuan korang..Orang Asli di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu Aslian (terbahagi pula kepada dua iaitu Semang/Negrito dan Senoi) dan Aborigine Malay/Proto-Malay. Aborigine Malay sebagai contoh ialah Orang Laut,Jakun,Seletar,Orang Kuala dan Temuan.

Aborigine Malay berbahasa mirip bahasa Melayu dan terkelompok dalam kelompok Austronesia dan rapat dengan kehidupan orang-orang Melayu (Deutro-Malay) sejak zaman-berzaman. Dalam sejarah...Aborigine Malay selalu mengumpulkan hasil hutan di pedalaman dan diserahkan kepada orang Melayu yang kerap berdagang dan berlayar ke luar negeri.

Kewujudan Aborigine Malay adalah bukti paling 'angker' untuk mengukuhkan orang Melayu sebagai The Undisputed Indigenous yang memusnahkan semua khayalan orang asing yang dengki tidak berkesudahan dengan nikmat yang Allah swt kurniakan kepada hamba-hamba-Nya dari kalangan orang Melayu. Dengan kata lain,Proto Melayu atau Aborigine Malay ini adalah 'bukti hidup' kepada premis orang-orang Melayu sebagai penduduk asal dalam konteks di Malaysia!! 

Fakta ini dipetik dari Srikandi

Sesetengah dari kita nie malu nak mengaku yang kita nie melayu.... Rasa rendah diri bila cakap pasal bangsa dan sejarahnya... Walhal sejarah kita sangatlah tip top dan hebat di mata dunia yang tahu sejarah sebenar.... Bukan juga patut berbangga lebih-lebih sampai sombong bongkak bila berjumpa bangsa lain.... Kita nie hebat... tapi kita juga hebat dalam budi bahasa... lemah lembut dan sopan berbicara..... So...kenapa nak tiru bangsa lain sedangkan kita sejak dari dulu adalah suatu bangsa yang hebat dan dihormati? Mungkin ramai dari kita nie...nama je melayu...tapi perangai dah bukan melayu.... Kan?

P/S: Tak salah belajar sejarah... Sebab sejarah membentuk jatidiri kita.. Jangan lupa belajar agama sekali...:)

Sunday, September 8, 2013

Teori Konspirasi - Apa Peranan Simbol


Ramai yang berminat pasal teori konspirasi dunia hari ini... Golongan yang meminati teori konspirasi nie komfem tahu dan penah dengar perkataan-perkataan nie... Freemason....Illuminati... Mata Satu... Dajjal... dan banyak lagi.... Tapi ramai yang suka dan minat teori nie tapi tak faham di sebalik apa yang disampaikan.... Lebih-lebih lagi pasal simbol-simbol diorang dan peranannya...

Geng-geng yang minat tapi tak mahu mendalami nie mulalah menyebarkan berita-berita palsu... Sampai bungkusan nasik lemak pun disamakan dengan lambang segitiga illuminati tu... Logo Rabia tu pun disamakan dengan logo freemason... banyak lagi la simbol-simbol dan logo yang disamakan secara membuta tuli.... Aiyooo.... Kene la faham di sebalik maksud yang disampaikan dulu....

Nak faham simbol-simbol nie... Kenela kaji dulu... apa maksud di sebalik simbol dan logo tu.... Setiap logo dan simbol ada maksudnya....Dan setiap logo dan simbol tu ada sejarah dan tujuannya.... Jangan pakai petik pastu tuduh terus tanpa selidik dulu.... Macam logo asal melayu...kenapa kebanyakan logo di nusantara kebanyakannya berwarna merah putih... Kenapa simbol empat jari digunakan dalam simbol Rabia - Free for Egypt? ... Kenapa lambang bulan dan bintang digunakan dalam bendera Malaysia? Contoh persoalan... Kena la selidik asal-usulnya....

Lady Gaga.. memang terkenal dengan kaitannya dalam gerakan Freemason
Setiap simbol yang digunakan akan ada maksud tersiratnya... Simbol dalam Freemason nie banyak kaitannya dengan sejarah kaballah atau sejarah Mesir kuno yang sememangnya terkenal dengan penyembahan berhalanya...lebih-lebih lagi menyembah jin dan syaitan... Kegunaan simbol dan monumen dalam pergerakan Freemason ini banyak menjuruskan kepada mesej.. penyatuan pemahaman mereka di bawah pemerintahan syaitan.. dan lambang kekuatan mereka... Seperti zaman penyembahan berhala...makin besar monumen dan makin banyak jumlahnya....makin kuatlah mereka...

Satu contoh yang boleh aku bagi ialah... simbol illuminati All-Seeing-Eye... Simbol mata satu tu.... Simbol nie ada maksudnya yang tersendiri... Mana datangnya simbol nie... Bila ia mula digunakan dan kenapa wujudnya simbol nie pada zaman dahulu kala.... Ok... sedikit sebanyak aku citer kat sini.... Asal-usul simbol nie datang dari kerajaan Mesir purbakala.... Nie lambang Tuhan Horus... Tuhan Matahari depa... Horus nie anak kepada Tuhan Isis.. Lahir pada 25 Disember dan disambut oleh 3 Raja ( Tiga bintang sejajar di langit ). Dikatakan akan turun kembali ke bumi untuk memerintah..(Dajjal?)

Simbol mata kiri



Mata Satu juga ditafsirkan sebagai "the eye of Lucifer"... Lucifer nie sape? Lucifer nie kalau bahasa kitanya... Iblis... Ketua segala Syaitan-syaitan.... Iblis laknatullah nie sudah mengangkat sumpah bahawa dia akan memporak-perandakan semua muslim supaya mereka semua masuk neraka jahannam.... Ditafsirkan juga sebagai "mata duniawi".. Sekadar mencari kebahagiaan di dunia semata-mata... Akhirat tidak dipandang langsung... Membunuh jiwa rohani menyuburkan hawa nafsu...(Cuba perhati hiburan dunia sekarang)

Contoh lagi...simbol segitiga... Segitiga dalam Freemason nie ditafsirkan sebagai banyak perkara.... Ada yang menafsirkan sebagai tiga peringkat perubahan zaman sebelum datangnya Dajjal (Pemerintahan bermula di British, kemudian ke US, lepas tu ke Israel)... Ada yang menafsirkan segitiga itu simbol Kabbalah dahulu kala... yang diadaptasi dari tamadun silam kerajaan Mesir.. Yang menyembah Tuhan Matahari iaitu Horus.. Yang sesetengah berpendapat Horus ini adalah dari kaum jin..(Dajjal?)

Hati-hati dengan K-Pop...

Itu contoh di mana simbol memainkan peranan dari segi makna dan sejarahnya... Macam mana nak tahu simbol yang digunakan sesetengah golongan itu membawa maksud yang sama agendanya dengan Illuminati atau Freemason nie? Tengok tujuan dan agendanya... Siapa pengasasnya.. Siapa yang mencadangkan simbol itu dan apa kegunaannya.... Apa kaitannya dengan gerakan Freemason atau apa pertaliannya... Apa kisah di sebalik simbol tu digunakan dan apa rentetan kisah dan cerita semasa proses perdebatan menggunakan simbol itu.... Kaji dan selidik...baru tahu simbol tu ada kaitan ke tak... Contohnya seperti kisah rentetan penggunaan simbol Olimpik di London... Lebih jelas jika diperhatikan kisah yang diceritakan masa Opening Ceremony tu....

Bukan suka-suka petik je yer... Nampak nasi lemak dibungkus segitiga...haaa...Itu illuminati! Nampak seluar dalam (segitiga)... Itu freemason! (Kalau tak pakai..memang "free" la kan..hehe) Nampak si buta sebelah... Itu freemason! Jangan fanatik membuta tuli... Jangan taksub tanpa erti... Jangan jadi macai yang hanya menang sorak kampung tergadai... :)

Tuhan Horus Kerajaan Kuno Mesir

Banyak yang perlu dilihat dan diperhati... dari segenap sudut... dari segenap segi... Kat Malaysia nie... pun banyak yang korang sendiri boleh perhati... Aku bukan nak kata "PASTI" atau "KOMFEM"... Tapi aku rasa di Malaysia nie pun sudah banyak pengaruh Freemason dan Illuminati yang menyerap masuk secara senyap... Simbol... cara perlaksanaan... Monumen-monumen yang sebijik sama dengan arca kuno kaballah... Entah ler... perlu dikaji lagi untuk dapatkan kepastian..


Negara kita nie memang aman.... Tapi dah banyak bentuk ancaman yang datang.... Ajaran "Penyembah Dajjal" dan menular.... Syiah pun dah makin berleluasa.... Tak campur dengan ajaran sesat lagi.... Kita kena sedar dan prihatin dengan perkembangan nie... Memang sekarang masih aman... Tapi sampai bila aman nie akan berkekalan kalau semua nie makin mengembangkan pengaruhnya? Yang aku tahu.. keamanan akan terus dicapai kalau kita mengikut ajaran agama yang sebenar... Bertindak mengikut ajaran yang disuruh Allah... Bukan mengikut ajaran syaitan laknatullah... kan?

P/S: Risau dengan anak-anak kita nanti... Harap kekuatan iman mereka sudah bersedia berdepan cabaran yang menanti...

Friday, September 6, 2013

Cara-cara Memohon Passport Malaysia Buat Pertama Kali | Terkini


Aku dan wife dengan buat pertama kalinya baru nak buat passport.... Saje je nak ada jugak passport....Duk tengok kengkawan buat passport kan... Aku pun nak jugak la...macam bes jer...he he.. Bukan apa.. kalau ada rasa nak jalan-jalan ke negara jiran ker... nak pegi mana-mana di luar negara untuk berjalan-jalan ker... sekurang-kurangnya aku dah ada passport kan.... Tapi nak buat permohonan passport nie... kene la ada persiapan sikit... Sikit jer... tak banyak...tapi kalau dah ada semua benda yang kene bawak nie...senang la sikit prosesnya.....

AL-FULUS a.k.a DUIT
Nie memang kene bawak... sebab nak buat passport nie bukan free bang... kene bayar.. Macam aku...aku mohon untuk 5 tahun terus... kene la bayar RM300.. Aku....pastu wife....anak aku.... habis la time tu dekat RM750! Gigil jugak la kan...haha. Anak bawah umur 12 tahun harganya RM150 untuk 5 tahun... So...kalau korang ada 4 @ 5 orang anak... bersedia lah....he he he...

DOKUMEN
Haaaa.....nie senang jer... bawak je MyKad korang... fotostet siap-siap... bawak satu copy jer... nak buat dua tiga pun ok jer... Bagi yang anak bawah 12 tahun nie... kene bawak MyKid, salinan fotokopi MyKid.. dengan surat beranak dia berserta satu fotokopi.... Kene isi borang paper tak? tak perlu dah... Semua dia cek dalam sistem jer... Dalam MyKad tu jer... senang kan? Cepat sikit proses tu....Pastikan ibu jari korang selamat dari segala luka dan kecomotan...

GAMBAR
Haaa.... Nie memang wajib ada....bawak sekeping sorang je..bawak lebih lagi elok... Gambar passport sekarang dah tak guna background biru dah.... Guna background putih... Pastikan masa nak amek gambar tu.... pakai baju kaler terang sikit bagi kontra dengan background putih.... Jangan pakai baju belang-belang ke bawah.... Nanti bila masuk dalam passport, dihitamputih kan... Jadi macam banduan pulak nanti...ha ha ha...

HENSET
Nie bukan untuk kegunaan mohon passport....tapi untuk mengelakkan keboringan masa menunggu proses nak buat passport nanti... ha ha ha... Bawak smartphone lagi ok...Install game bebanyak... main la lama-lama sampai nombor giliran korang dipanggil..Kalau tak bernasib baik.. ada la dua tiga jam....hihi

Tu jer... senang kan... Ok... proses nak buat passport nie ada tiga peringkat.. Pertama...amek nombor... Kalau nasib baik...takde orang.... kejap la kan... kalau lama... tu yang kene ada henset tu... he he... Lepas tu bila nombor giliran korang dipanggil... serahkan semua dokumen dan gambar tu... Akan ada la proses dia dalam 4 @ 5 minit.... Habis proses tu... tunggu dipanggil lagi untuk bayar pulak.. lepas bayar... pegi la melepak mane-mane sebab untuk ambek passport tu makan masa lame sikit.... Cam aku aritu, siap g sarapan pagi..tibai roti kosong dengan teh tarik...sambil layan tengok rancangan TV pepagi...

Dalam lebih kurang sejam lebih-lebih sikit... nombor korang akan dipanggil lagi...Kali nie amek passport je... Sediakan MyKad nak comfirmkan yang tukang amek nie tuan empunya diri... Pastu habis la.... Dah selesai.... sonang je kan.... Tapi yang tak berapa senang kebiasaannya...lama menunggu...huhu.

Okeh... selesai pasal passport... sekarang tibalah masanya check nak pegi mana..... Godek-godek website jalan-jalan cari cara nak habiskan pitih... Bandung.....Bali....Chiang Mai... Ho Chi Minh... Kota Bharu... Kuala Lumpur.... Ehh?? Semoga dipermudahkan....:)

P/S: Kalau setakat nak pegi negeri sobolah..tak payah passport yer.. Passport untuk ke luar negara jer.. Macam nak buat haji..kene la ado passport...

Monday, February 4, 2013

Peluang Menaiki Kapal Terbang Percuma !! | Kejuruteraan Aeroangkasa


Ok... stop jap pasal entri Pulau Langkawi... Aku nak habaq kat semua nie.... Peluang kepada sesape yang nak naik kapal terbang secara percuma!! Haaa...... Peluang yang terhidang nie jarang dapat tau... Orang kata... nak dapatkan sesuatu tu... kenelah berbaloi dengan usaha yang ditabur...kan...:)

Nak naik kapal terbang percuma nie.. Bukannya senang.....dan bukan jugak susah.... Sebab apa? Sebab korang cuma perlulah ada minat dan ada usaha jer.... he he he... ini bukan troll atau gurauan yang tak berasas... Ini adalah berita benar.... 

Caranya... Korang masuk belajar dalam Bachelor Kejuruteraan Aeroangkasa di UPM... Haaa.... kan senang je tu... Sebab Kapal terbang nie akan digunakan sebagai salah satu pembelajaran dalam salah satu subjek nanti.... Subjek tu adalah Makmal Penerbangan atau lebih popular dipanggil Flight Lab....Dalam kelas nie... korang berpeluang untuk menaiki kapal terbang yang macam gambar tu dan akan terbang selama beberapa jam untuk merasai segala pengalaman tentang penerbangan... Korang akan dapat rasa macam mana kalau kapal terbang tu tonggang terbalik...jatuh terjunam... naik secara menegak.... dan lain-lain..... Dan realitinya.... ramai yang akan kata... "Lagi bes dari naik roller coaster!!"

Korang boleh tengok secara live camne pilot handle kapal terbang..

Ok....camne nak masuk kursus ijazah sarjana muda nie kejuruteraan Aeroangkasa nie? Haaa..... korang kenela mantap dalam keputusan SPM ,STPM, atau Matrikulasi.... Yang masuk asasi dulu pun ok.... Kursus nie korang kene mantap dalam subjek fizik, matematik tambahan, matematik, dan kajian tempatan... he he.... Kajian tempatan tu takde...saje je aku tambah...

Nak lagi kuat...korang kena mahir dalam Bahasa Inggeris... Sebabnya...kursus nie diajar dalam English....segala nota-nota... kuliah dan buku-buku yang digunakan....semuanya dalam English.... So...kalau tak kuat dalam English...jangan risau... belajar awal-awal... Janji minat dan kesungguhan tu ada.....

Okeh..... Bagi yang nak tahu lebih lanjut pasal kursus Aeroangkasa nie.... Boleh la layari Official Facebook Page Aeroangkasa UPM [KLIK SINI] yang baru je ditubuhkan pada 31 Januari 2013.... Nie sebab selari dengan pelajar-pelajar zaman sekarang yang sangat ramai dalam penggunaan Facebook dalam kehidupan seharian.... Ini baru namanya up-to-date kan? he he....


Dalam page tu.... korang boleh la dapat sedikit sebanyak maklumat tentang apa tu sebenarnya kejuruteraan aeroangkasa nie... Apa benda yang diajar... apa yang menariknya.... Apa aktiviti yang dah dilakukan pelajar-pelajar yang belajar aeroangkasa nie.... Di page nie jugak...kalau korang ada pertanyaan tentang aeroangkasa nie... Boleh terus bertanya ke admin page nie... Admin page akan cuba menjawab segala persoalan itu dengan sebaik mungkin..... Ha....ape lagi.... LIKE la cepat page tu.....:)

Friday, November 9, 2012

PANAS!! Rompakan Menyamar Sebagai Polis!


Kepada yang masih tak tahu....makin banyak sekarang rompakan yang modus operandinya.... menyamar sebagai anggota polis... Walaupun jarang berita kes rompakan macam nie disiarkan di berita atau akhbar mungkin kerana media massa sekarang sibuk pasal cerita politik... Tapi benda nie sememangnya banyak berlaku di sekeliling kita.....

Baru-baru nie di KTM komuter... Diceritakan bahawa suspek berpakaian lengkap dengan vest polis, berwalkie-talkie, menahan seorang penunggang motosikal...memadamkan enjinnya dan merompak mangsa.. Masalah nie..... Pertama... polis tahan memang kita akan berhenti kan...takkan nak langgar pulak... Nanti ade pulak kes langgar lari nanti.... Jadi macam mana nak cam yang mamat tu polis ke tak?

Ok... sebelum apa-apa hal berlaku.... Pastikan yang suspek tu polis ke tak... Bila disuruh berhenti... korang berhak mintak kad kuasa anggota polis... Penting nih... Sebelum depa cek korang punye I/C..road tax dan sebagainya...mintak kad kuasa depa dulu.... Kalau ada...maknanya betul la tu anggota polis... kalau takde...banyak dalih... korang boleh tinggalkan si suspek tu dengan hormat dan bersopan... Jangan risau...perkara nie termaktub dalam akta undang-undang negara kita...


Pada kad kuasa polis tu...ada butiran tersendiri yang perlu korang ingat....
  • MERAH - Pegawai polis yang digantung tugasnya... Dia tidak kuasa nak tahan korang..boleh beredar je dari situ
  • BIRU - Berpangkat Inspektor dan ke atas [OK]
  • KUNING - Berpangkat lebih rendah dari Inspektor [OK]
  • PUTIH - Polis simpanan [OK]
Ini petikan dari BORNEO POST:
Petikan Borneo Post:
“Orang ramai berhak meminta pengenalan diri (kad kuasa) mana-mana pegawai dan anggota polis, malah anda juga berhak sentuh dan minta untuk meneliti kad kuasa tersebut. (Untuk Mengelak Penyamaran Yang Akan Merosakkan Imej PDRM Dan Membahayakan Keselamatan)

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Roslan Bek Ahmad, Posted By Borneo Post, On September 20th 2012.
Ada orang tanya...macam mana nak cam kad palsu dengan tulen? Ermmm..... Susah jugak tu nak menjawabnya sebab aku pun tak pernah tengok kad tulen macam mana.... So..kepada yang ada maklumat pasal macam mana nak cam kad tulen dengan kad palsu....Harap dapat komen di ruangan komen cara-cara nak tahu tu.....
 
Jagalah keselamatan kita dan jaga jugak nama baik PDRM kita... Ada jugak kawan cakap...si polis pun mintak sogokan jugak... Tapi aku takde bukti nak bagitau betul ke tak.... Kalau la betul...bahaya la kan... Orang yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan negara...sanggup buat macam tu...habis la rosak dan hancur negara kita.... Harap PDRM kita telus dan tekun... Korang la harapan dan hero negara...Jagalah kredibiliti PDRM yang gah dan terbilang itu.....

Wednesday, November 7, 2012

Khasiat Kurma Untuk Ibu-ibu Mengandung


Lagi entri dari blog Wacanaku pasal petua ibu mengandung...dah macam blog untuk ibu-ibu dah kan...ha ha... Sharing is caring katakan...aku cuma dengar-dengar je...dan memang ada bukti yang kurma nie sangat bagus untuk ibu mengandung..... Kalau tak salah aku...ada satu hadis pasal kurma dan ibu mengandung...

Sabda Rasulullah s.a.w," Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan-santun dan cerdas pemkirannya"

Ok...aku tak tahu status kat atas tu macam mana... tapi banyak jugak yang dah aku baca dekat mana-mana risalah-risalah dan keratan majalah agama pasal sanda di atas.... So...kalau dhaif... boleh tolak tepi jela ek... Aku pun tak tahu sangat... Cuma tertarik dengan kaitan antara kurma dengan wanita hamil tu.... Sekadar intro entri nie...

Nie antara yang aku tahu la kan.... antara khasiat kurma kepada wanita hamil dan jugak lepas bersalin...
  • Amalan memakan kurma basah boleh mencegah daripada berlakunya pendarahan ketika melahirkan anak dan mempercepatkan proses pengembalian posisi rahim seperti sedia kala. 
  • Khasiat kurma tu sendiri sangat sesuai untuk nutrisi ibu mengandung kerana buah kurma mempunyai zat besi, kalsium, glukosa, potassium dan serat yang tinggi.
  • Buah kurma juga sangat sesuai dimakan sebagai diet untuk perempuan yang sedang dalam nifas, dikuatkan dalil ayat nie dari tafsiran surah Maryam ayat 25-26 (Sila rujuk ustaz tentang tafsiran ayat tu)
  • Mengandungi hormon Patuchin yang boleh mengurangkan pendarahan dalaman dan menggalakkan pengeluaran susu ibu dan hormon Oksitosin untuk membantu otot-otot rahim bagi melancarkan proses kelahiran dan pengecutan rahim selepas bersalin.
  • Tidak mengandungi kolesterol - sangat sesuai untuk semua golongan 
  • Kurma juga mengandungi anti-oksidan yang dikenali sebagai tanin - Mencegah kanser
Ada yang prejudis pasal kurma nie...kata ubat moden lagi baik... ubat yang lebih mahal dan popular lebih baik.... Alahai sedihnya... Sedangkan saintis barat pun dah mengakui yang kurma nie salah satu penawar yang paling hebat  dan buah yang mengandungi nutrisi yang sangat baik untuk manusia di muka bumi nie... bukan tu je.... kismis dan madu juga sudah diakui ada khasiat yang menjangkau ubat-ubatan moden yang ada sekarang nie... Semuanya tu favourite Rasul kita... :)

Bagi yang tak boleh makan buah kurma...rasa tak bes ke haper ke...boleh la mencuba menu yang kreatif sikit... Buat kek kurma ke...buat cekodok kurma ke... Buat kurma celop tepong ke... Bes aper....Yang penting....jangan ditelan bijinya...he he he... [ok..tak lawak...tau..]

Okeh...ibu-ibu mengandung....boleh la tu beli kurma... Buat makanan harian... Baik untuk anda...baik untuk baby yang sedang membesar dalam rahim tu... Semoga kalian sihat sejahtera bersama baby yang dikandung... Amin..:)

Friday, September 28, 2012

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia | Senarai Kedai Kad 1Siswa


Untung jugak dengan adanya kad diskaun siswa 1Malaysia nie....Aku ingatkan sikit je kegunaan dia...rupa-rupanya banyak tempat yang boleh digunakannya.... Aku baru dapat kad nie Rabu lepas...dan terus merasmikannya semalam di KFC...ha ha ha

Untuk pengetahuan korang....Kad diskaun siswa atau lebih dikenali kad 1siswa nie hanya untuk pelajar-pelajar IPT sepenuh masa....tak kira la siswazah atau ijazah....sumer dapat.... Kalau korang nie student IPT...baik pegi cek dekat IPT masing-masing nama korang tersenarai ke tak.... 

Mula-mula aku ingat hanya untuk kedai makan terpilih dan untuk kedai buku jer.... Tapi rupa-rupanya banyak tempat boleh digunakan selain kedai makanan dan kedai buku! Nie list yang aku dapat simpulkan untuk pengetahuan korang.... Mungkin nanti akan ada penambahan dalam senarai tu...


BUKU / ALAT TULIS

• KOPERASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA BERHAD (2% – 10% off)
• K.L COMMERCIAL BOOK CO. (M) SDN BHD (10% off)
• KMK RESOURCES SDN. BHD. (10% off)
• MPH BOOKSTORES (10% off)
• IMLAQ BOOK CENTRE (10% off)
• BORDERS (10% off)
• RONA (5% – 20% off)
• KIANG TRADING (10% off)
• KOPERASI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA BERHAD (5% – 15% off)
• KOPERASI KEDAI BUKU UNIVERSITI MALAYA BERHAD (3% off)


MAKANAN DAN MINUMAN

• KFC (5% off)
• DAILY FRESH (10%)
• A&W (50% off)
• COFFEE BERRY (20% off)
• THE CHICKEN RICE SHOP (Student Meal at RM9.90nett)
• RESTORAN KENNY CRAB (10% off)
• PANCAKE HOUSE INTERNATIONAL (RM5.++ @ 2pcs classic pancake)
• STATION ONE PRODUCT (5% off)
• GLORIA JEAN’S COFFEES (10% off)
• BANGI KOPITIAM (10% off)
• SWEET CHAT (RM12.90nett meals)
• LEGEND’S CLAYPOT BRIYANI HOUSE (5% off)
• DUBU DUBU SEOUL FOOD (RM16.90nett meals)
• MY JAVA COFFEE (10% off)


KELENGKAPAN SUKAN / PERALATAN / PAKAIAN

• TEXLINE LINO (5% – 10% off)
• PROMINENT MILLION SDN BHD (MIZI SPORTS) (10% off)
• BATA (10% off)
• KOPERASI KELUARGA DATO’ HAJI HASHIM MAMAT KUALA TERENGGANU BERHAD (10% – 45% off)


KLINIK KESIHATAN / OPTOMETRI / CERMIN MATA
 
• QUALITAS HEALTH (10% off)
• FOCUS POINT (20% – 50% off)
• POLIKLINIK AN-NISA’ (20% off)
• MENARA OPTOMETRY (10% – 60% off)


SALUN / PUSAT / PRODUK KECANTIKAN

• FOOT MASTER (30% off)
• PARIS HILL (30% off)
• PROACTIV (5% off)
• CLARA (10% off)
• KOPERASI PUTRI TERBILANG MALAYSIA BERHAD (5% – 20% off)


PENGINAPAN

• ANCASA HOTELS & RESORTS (10% off)
• TUNE HOTELS REGIONAL SERVICES SDN BHD (25% off)
• LEO EXPRESS HOTEL (20% off)
• KOPERASI AL-TAQWA KAMPUNG KISAP LANGKAWI BERHAD (2% – 15% off)
• KOPERASI GURU-GURU MELAYU KEDAH BERHAD (15% off)
• KOPERASI MAJLIS GURU UGAMA MENENGAH BERHAD (5% off)
• KOPERASI MELAYU BERJAWATAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN BERHAD (15% off)
• RAKYAT TRAVEL SDN. BHD. (special rate)
• RAPID KL (50% off)
• MAS (25% off)
• FIREFLY (50% off)


PRODUK IT

• KOPERASI CELCOM BERHAD (2% – 5% off)
• KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR BERHAD (10% off)
• IFAMILY (15% off)


LAIN-LAIN

• BKZ BIKERZ (special rate)
• ROLLER STAR ARENA (10% off)
• DOUBLE SITE (10% – 15% off)
• KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA BERHAD (2% – 5% off)
• KOPERASI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI BALIK PULAU BERHAD (4% off)
• MYDIN (special rate)

P/S: Terima kasih kerana mengurangkan beban seorang student macam aku...:)

Thursday, September 6, 2012

Kepentingan Dan Rahsia Garam


Garam nie banyak rahsianya.... Sejak dari mula-mula manusia menapak di muka bumi nie....garam sudah lama wujud.... Sebijak mana pun manusia....rahsia garam pun masih belum diterokai sepenuhnya.... Banyak sebenarnya kepentingan dan rahsia di sebalik kehalusan garam nie....

Antara rahsia yang telah berjaya dicungkil ialah......sesungguhnya garam itu masin...he he he... Ok...ok....serius....serius.... Rasulullah s.a.w mengamalkan pengambilan secubit garam sebelum dan selepas makan....Jangan la banyak sangat... Secubit jer...sekadar rasa masin-masin sikit je.... Dah dibuktikan para pengkaji sains... ia dapat menambahkan keberkesanan perut menghadam makanan dan menghindar dari penyerapan racun.....

Dari Anas bin Malik, Nabi kita bersabda, "Penghulu segala lauk pauk ialah garam."

Garam juga banyak digunakan sebagai ubat alternatif bagi menyembuhkan beberapa penyakit seperti gout dan sebagainya.... Bahagian yang terkena gout itu ditimbus dalam pasir pantai selama 1 jam - 2 jam...Kemudian mandilah air laut... Dipercayai boleh menghilangkan penyakit gout itu.... Jika berjauhan dari pantai... gorengkan segenggam garam kasar sampai kekuningan...pastu tuamkan segenggam garam tadi dengan dibaluti secebis kain...

Bagi yang senang mabuk kalau naik kereta ker....bot ker... kapal terbang ker.... Caranya dengan meminum madu dengan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan.... Nak tahu berkesan ke tak....cuba la dulu.... Dari duk makan ubat penahan mabuk tu kan... Ada kesan negatif jangka masa panjang.....

Garam juga digunakan bagi mengubati penyakit cirit-birit.... Caranya senang jer... masukkan secubit garam dalam air suam....kacau dan minum... Jangan diletaknyer garam tu banyak sangat.... Darah tinggi korang nanti.... hu hu hu....

Garam juga digunakan bagi mengurangkan kesakitan sakit gigi atau ulser mulut... Caranya.....larutkan sedikit garam dalam air suam...kemudian kumur dengan air garam tu... yang nie aku pernah cuba.... Menjadi jugak la kadang-kadang.... 

Mengelakkan dari daging mentah busuk juga boleh guna garam.... Bagi sesape yang nak mengembara dalam hutan ker....mana-mana ker yang menggunakan masa yang lama....dan korang teringin nak bawa bekal daging... Boleh guna cara nie... Perapkan daging mentah dengan garam yang dicampur dengan serbuk kunyit tanpa dibasuh.... Sebab air boleh mempercepatkan pembusukan daging mentah.... Pastu letak dalam bekas tertutup... Insya Allah daging tu tak busuk...:)

Banyak lagi kegunaan dan rahsia garam nie... Sesungguhnya garam adalah perkara yang wajib digunakan dalam apa jua masakan.... Tiada garam... tiadalah rasa... Ceewah...dah macam Master Chef dah nie....ha ha ha... Tapi ingat yer... Garam-garam yang dinyatakan di atas seeloknya garam bukit... Atau garam yang dibuat sendiri.... Atau garam kasar...Sebab garam halus yang dalam paket di kedai tu sememangnya tak elok... Terlampau banyak bendasing (bahan kimia) yang dah dicampur..... Kalau betul-betul nak jaga kesihatan... gunalah garam bukit...Atau garam kasar...

Haaaa.....itu baru sikit... Banyak lagi rahsia garam nie... garam juga dipercayai salah satu medium perantara dengan alam ghaib... Kalau korang selalu tengok atau pernah guna khidmat ustaz-ustaz halau jin...mesti depa mintak garam..... Sebenarnya ada kisah di sebaliknya.... Aku pun tak berapa arif pasal tu... sesape yang tahu boleh tambah di ruangan komen...

Garam jugak boleh dijadikan senjata... Kalau dah terdesak sangat kan.... Boleh dibaling ke arah mata dan kesannya sama macam korang baling pasir.... Kot-kot la masa duk kat dapur....pencuri masuk kan... Dah takde benda sangat nak dibaling...baling la garam tu.... Kalau ada batu lesung...lebih baik dibalingnya batu lesung... Hambik ko...ha ha

Okeh....kalau aku listkan sumer jenis rahsia dan kepentingan garam nie....Tak habis entri aku nie... Sememangnya banyak dan tak terjangkau maksudnya.... Itulah keindahan ciptaan Allah... baru bincang pasal garam jer... Pun dah tak tercapai minda kita nak cungkil kesemuanya..... Itu baru bicang yang dah tahu...yang masih kekal rahsia.... Sesungguhnya amat kerdil kita nie disisi Allah....

P/S: Bagi yang dah ada penyakit...ikut la saranan doktor dalam pengambilan garam dalam makanan....:)



Wednesday, September 5, 2012

Cara-cara Atau Tips Mendidik Anak Dengan Betul


Anak kita adalah permata dalam sebuah keluarga.... Sememangnya anak adalah sesuatu yang sangat tidak ternilai harganya jika nak banding dengan duit atau semua perkara yang lain.... Semua pasangan yang berkahwin inginkan anak.... Tapi ramai yang tidak mendidik anak itu dengan cara yang betul.... Inilah sedikit sebanyak cara-cara atau tips untuk mendidik anak dengan sebetulnya mengikut kaedah Islam....

Rasulullah s.a.w telah menggariskan empat tahap dalam pendidikan anak-anak mengikut faktor umur dan masa.... Tahap pertama ialah ketika anak itu masih kecil...anak yang baru lahir... Hendaklah dibanyakkan bergurau senda dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang... Jika nak yang lebih elok... Banyakkan selawat dan bertahmid, bertahlil, bertakbir dan sebagainya dengan anak-anak itu... Biasakan diri mereka dengan kalimah-kalimah suci...Bukannya hiburan-hiburan terkini....Kekalkan kesucian anak kita semaksimum mungkin....

Pada tahap kedua, iaitu anak di sekitar umur 7 tahun hingga baligh (lingkungan 14 tahun)....Hendaklah dididik dengan arahan, disiplin dan tanggungjawab.... Kena lebih tegas berkenaan disiplin dalam semua perkara.... tutur bicara...adap sopan... solat dan sebagainya.... Ramai yang tertinggal bab solat dalam lingkungan umur nie... Anggap anak tu masih kecil... Sedangkan masa nie lah dimestikan mengajar bab solat dan ilmu-ilmu kedisplinan yang lain....Ingat...dalam Islam..dibolehkan merotan anak jika anak itu tak nak solat selepas umur 10 tahun dengan cara yang betul....

Pada tahap ketiga, iaitu pada umur 15 tahun hingga 21 tahun.... hendaklah dididik dengan cara lebih matang dan berbincang.... lebih kepada berkawan...bertukar pendapat dan menghormati pendapatnya selagi tidak melampaui batas dalam syariah.... Banyakkan berbincang dan memberi pendapat dengan cara yang lebih matang kepada anak-anak.... Sebab mereka sudah masuk ke tahap mendewasakan diri dari budak mentah kepada budak yang sudah ada kehidupannya yang tersendiri.... Tapi masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari ibu bapa.... Fikiran depa masih belum betul-betul matang dalam hal-hal yang memerlukan pengalaman dan yang lebih kompleks...

Pada tahap keempat, iaitu 21 tahun ke atas.... ibu bapa hanya berperanan sebagai penasihat sahaja.... Berikan mereka kebebasan memilih selagi tidak bertentangan dengan agama dan merosakkan kehidupan mereka... Sepatutnya anak-anak pada masa nie...sudah tahu yang mana buruk dan yang mana baik berlandaskan agama... Itupun jika anak-anak itu sudah melalui semua peringkat didikan dengan berkesan dan teratur... 

Jika ada tertinggal satu tahap pendidikan yang sepatutnya.... Mungkin anak-anak itu tidak matang atau tidak dapat berdikari dengan sebetulnya apabila sudah mencecah 21 tahun... Perlu ingat...segala didikan perlulah selari dengan tuntutan agama.... Tinggi melangit ilmu dunia...kalau rendah ilmu agamanya....Pun takkan jadi... Mungkin benda nie takkan dirasai ketika senang dan bahagia.... Tapi apabila timbul saja krisis atau masalah walaupun sedikit...Baru korang tahu betapa pentingnya ilmu agama.....

Jika inginkan kebahagiaan sehingga masuk ke usia tua... Jangan tinggalkan ilmu agama.. Didiklah anak kita tentang ilmu agama dan dunia dengan sama rata... Pada zaman kini....Bagi aku...Ilmu agama lebih penting dari ilmu keduniaan...Kerana cabaran dan dugaan persekitaran untuk anak-anak kita jauh lebih mencabar... Hiburan semakin berleluasa... Budaya kuning senang merebak ibarat air yang dicurah.... Negativiti menyelubungi seluruh dunia melebihi positiviti.... Hanya ilmu agama yang dapat selamatkan anak-anak kita...

Sesal kemudian tak berguna.... Itu jer ungkapan sesuai yang boleh dinyatakan di sini.... Sendiri buat...sendiri tanggung... Anak kita adalah permata yang perlu digilap dan dijaga dengan rapi.... Kalau tak dijaga... buruk padahnya.... Dan kena juga ingat.... jaga anak tak sama jaga haiwan peliharaan... Setakat bermain dan beri makan saja tak cukup... Perlukan bimbingan rohani dan jasmani....spiritual dan fizikal... barulah anak-anak itu kekal sebagai manusia yang boleh dipanggil khalifah di muka bumi nie.... Pesanan untuk aku juga... Insya Allah....;)

P/S: INGAT: Apa yang mak ayah dia buat...Itu ler yang ditirunya... Sopan kita...sopan la anak kita... Baik tutur bicara kita...baiklah mereka...Insya Allah..


Friday, August 10, 2012

Bagi Susu Ibu Ketinggalan Zaman ?? | Fakta Di Sebalik Susu Ibu


Aku hari nie nak nak bincang dengan para pembaca pasal susu ibu.... Aku dah ada buat entri pasal susu ibu nie dulu-dulu kat sini (LINK)... Tapi mungkin tak memberi kesan sangat...Sebab masih ada yang terdengar dari kalangan kita nie yang cakap.... ibu-ibu yang bagi susu badan nie adalah ketinggalan zaman!! Eeeh.....sedap mulut dia jer kan cakap gitu.... Yang cakap pulak bukannya orang sebarangan.... Geng-geng nurse jugaaak!! Ape kes....

Ada kepelikan kat sini.... padahal sepatutnya geng-geng nurse yang lebih arif pasal nie... Tapi itu la hakikatnya... Walaupun bukan semua...tapi tu pun dah mencemarkan nama sebahagian dari depa... Ada dari kalangan depa tu....cakap yang bagi susu badan nie ketinggalan zaman.... Zaman moden nie... orang tak bagi dah susu badan..SUSU FORMULA kan ada.....Susu ibu dikatakan menyebabkan budak jadi kurus... tak sihat... bla bla bla.... bermacam-macam alasan dan fitnah yang ditabur.... Ok... aku bagi dulu ilmu yang diambil dari Quran.... Bermaksud macam nie....

“Para ibu hendaklah menyusu anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya. Apabila kedua-duanya  ingin memberhentikan (sebelum cukup tempoh dua tahun) dengan kerelaan kedua-duanya dan melalui perbincangan, maka tidak ada dosa bagi kedua-duanya.” Surah Al-Baqarah ayat 233. 

Wait a minute............Kalau betul bagi susu ibu tak elok....Kenapa ia DISARANKAN DALAM QURAN? Bila ia disuruh dalam Quran.....maknanya benda itu tersangatlah elok.... Atau golongan si "cerdik pandai" tu lagi hebat sampai lebih hebat ilmunya dari ilmu dalam Quran? Bukan ke sepatutnya Quran dijadikan panduan hidup? Cuba faham ayat tu... untuk dapatkan PENYEMPURNAAN PENYUSUAN... hendaklah menyusu selama DUA TAHUN ! Aaaahaaa..... Satu tumbukan KNOCK OUT di situ bagi golongan yang tak sukakan susu ibu....:)

Sebenarnya kan.... SUSU TERBAIK untuk anak-anak kita ialah SUSU IBU.... Memang tiada tandingannya....Korang belilah susu cap apa pun....Susu cap junjung ke....cap ayam ker... harga sampai beratus-ratus ringgit sekotak pun...tetap takleh nak lawan kehebatan susu ibu... Sebab apa? Sebab susu ibu itu adalah susu yang sememangnya dicipta khas untuk anak itu... Penciptanya sapa? Allah s.w.t.... Bukannya dibuat di Penang atau di Sabak Bernam..... 

Setahu aku....untuk minggu-minggu awal kelahiran... Masa anak tu baru dilahirkan...masa tu lah paling penting... Sebab susu ibu masa tu bukan sahaja menghilangkan lapar dan dahaga si anak...tapi juga dibekalkan sistem imun khas untuk anak itu... Di mana takkan wujud di mana-mana susu buatan dalam kotak tu.... Anak yang minum susu ibu nie susah nak dapat penyakit.... Sebab imun depa tinggi... Sape tak nak kan anak yang sihat sejahtera kan....Ke ada yang tak nak kat sini.....

Ia juga berkaitan MENGERATKAN HUBUNGAN SI ANAK DAN SI IBU.... Sebab susu ibu bukan sahaja menyalurkan susu....Tapi EMOSI juga disalurkan.... Sebab tu ada pantang larang pasal mencari ibu susuan... Jangan dicarinya ibu susuan itu dari golongan penzina dan pelacur... Sebab susu ibu nie memainkan peranan dalam pembentukan emosi dan tingkah laku si anak itu... Jadi bagaimana pulak kalau sejak dari kecil lagi dah diberi susu lembu?? Adakah susu yang diproses dari lembu atau soya itu lebih baik dari susu yang diproses dalam badan ibu anak tu sendiri... Satu lagi pukulan KNOCK OUT di situ... dah dua kali tumbang... Mau bangun lagi? he he he...

Pernah dengar penyakit kolik ? Bagi yang tak tahu....boleh pi SINI (LINK) sat....Pasal kesihatan anak korang jugak.... Dengan susu ibu juga....mengurangkan risiko terkena kolik nie.... Kekuningan juga satu masalah biasa ketika awal kelahiran... Susu ibu juga dapat mengurangkan terkena risiko kekuningan yang teruk kepada bayi tersebut..... Korang boleh cuba rujuk kepada DOKTOR PAKAR pasal nie kalau tak percaya..... Jangan tanya kat nurse-nurse paranoid kat susu ibu pulak....

Ada jugak aku terdengar pasal salah satu tanda-tanda kecil kiamat.... Yang si ibu-ibu tidak lagi menyusukan anak-anaknya dengan susu badan.... Kalau ikut pemahaman aku.....Depa dah kurang nak bagi susu ibu berbanding susu formula yang berlambak di pasaran sekarang..... Lebih percayakan iklan dan maklumat di kotak berbanding maklumat dari Quran.... haih.... Zaman makin moden...tapi fikiran semakin ke belakang...

Ini kesimpulannya kelebihan bagi susu ibu
Aku tau la sikit sebanyak kenapa ada segelintir yang tak suka kepada susu ibu nie.... Ada yang bagi alasan sebab keje....takde masa.... ada yang bagi alasan susu tak keluar.... Padahal kalau si ibu tu dah set dalam kepala awal-awal nak bagi susu badan kat anaknya.....AUTOMATIK SUSU BADAN AKAN KELUAR...Cuma awal-awal tu sakit la sikit dekat puting tu... Lepas tu ok jer...

Sebab UTAMA ramai yang tak nak bagi susu ibu.... sebab faktor pengaruh BARAT... Faktor KECANTIKAN.... Dikatakan bagi susu badan... Aset badan dah tak cantik.... You are useless when you are not pretty anymore... Itu yang ditanam dalam minda depa..... Padahal korang lagi USELESS kalau berfikiran macam tu.... Kalau sebab keje... kan sekarang ada breast pump? Hendak seribu daya....TAK NAK SERIBU DALIH.....

Selain manfaat kat si anak....ada banyak manfaat jugak untuk si ibu kalau bagi susu badan....Ni aku listkan...
  • DIET terbaik... bagi sesape yang nak kurus lepas bersalin...sila bagi susu badan sekerap mungkin... Korang akan kurus....Insya Allah...
  • PENGECUTAN RAHIM LEBIH CEPAT SECARA NORMAL.... Ini aku dengar masa doktor nasihatkan wife aku dulu... Nak kecutkan rahim cepat...bagi breastfeeding...
  • MENGELAKKAN kanser payudara.... Nie aku dengar-dengar je...boleh cuba rujuk doktor berdekatan....
  • PIL PERANCANG KEHAMILAN YANG TERBAIK..... Sebab kalau korang amalkan bagi susu badan.... nak datang period pertama memang lambat... Allah dah buat elok dah... Tapi kalau korang berhenti je bagi susu badan....memang cepatla dapat anak lain...:)
  • MENAMBAHKAN KASIH SAYANG TERHADAP ANAK.... ye la...susu badan nie kene banyak sabar... Setiap kali bagi menyusu...korang peluk dan belai si anak tu... Lagi elok kalau masa tu korang nasihatkan anak tu... Si anak dapat mesej korang bukan saja dari telinga....tapi dari hati ke hati...

Haa.... itu ler sedikit sebanyak yang aku tahu...sebagai hanya seorang SUAMI kepada si ibu....cuba nak bagitau kat korang.... Kepada si ibu yang ada info lebih...boleh tambah informasi berguna di ruangan komen.... Dengan kecetekan ilmu nie... Apa salahnya ibu-ibu menambahkannya...ye dak? Lepas tu sebar-sebarkan supaya lebih ramai yang sedar akan kelebihan bagi susu badan nie.... Sama-sama besarkan generasi baru dengan cara terbaik...:)

P/S: Peranan suami pun memainkan banyak faktor dalam menjayakan pemberian susu ibu... Betul tak ibu-ibu sekalian...:)

Thursday, August 9, 2012

Nie Baru Imam Muda | Video Imam Kecil

Mulakan dengan ucapan salam.... Assalamualaikum para pembaca sekalian... Hari nie aku nak membebel pasal imam muda pulak... Bukan imam muda yang kat dalam Astro OASIS tu.... Tapi imam muda yang macam nie haa.... Cer tengok dulu video tu...


MasyaAllah.... baik.....apa yang aku nak sampaikan? Adakah nak bagitau yang nak jadi imam...kene baca sesedap nie ke? Atau nak jadi imam...kene pakai baju putih macam budak tu ker? Atau nak bagitau yang nak jadi imam kene budak-budak? 

Sebab ada yang salah faham.... ada yang cakap nie tanda-tanda akhir zaman....pentingkan kesedapan bacaan semata-mata.... Bukan tu maksud aku..... Lagipun dalam video nie...kita tak boleh nak memberi pengadilan yang betul pasal sape yang lebih berhak nak jadi imam.... Sebab kita tak tau keadaan di tempatnya... Korang tau kan syarat-syarat nak jadi imam? Macam mana hierarki susunannya sape yang lebih berhak nak jadi imam..... Korang tau kan? Mesti la tau kan.... Lagi-lagi yang komen pasal tanda-tanda akhir zaman tu....he he he....

Aku post video tu bukan nak citer pasal sape lagi berhak nak jadi imam.....Cuma aku terpesona dengan budak kecil tu.... Bacaannya bukan stakat sedap jer...Tapi betul bacaannya.... nahu dan tajwidnya lebih hebat dari sesetengah dari kita yang dah akil baligh nie.... Tak malu ke?

Maksud aku sebenarnya.... nak bagitau kat korang...DIDIKLAH ANAK-ANAK KITA BERTADARRUS SEJAK DARI KECIL LAGI..... Biar depa nie dah boleh baca Quran dah.... Kalau tak sehebat budak nie pun takpe....Budak nie dah siap hafal surah surah besar...Kita kalau boleh suruh anak kecil kita hafal surah-surah kecik pun dah ok dah.... Yang penting bacaannya betul dan fasih.. 

Ada yang cakap.... "Kesian kat budak tu...kecik-kecik dah kene hafal Quran....kecik-kecik time die main la..." Ada jugak yang cakap, "Mesti hidup budak tu penuh dengan kebosanan"... Atau "Kecik-kecik bagi tengok kartun la...bila besar baru suruh pi kelas fardhu ain..." Itu ler sesetengah pandangan masyarakat kita... Sangat jauh menyimpang... Kecik-kecik dah ajar sukakan hiburan...kan? :)

Segala-galanya bermula dari kecik... Kalau ye pun mak ayah dia tu agak sengkek ilmu agamanya.... Bagi la budak-budak tu tengok rancangan yang ke arah keagamaan sikit...terapkan nilai-nilai kesucian agama sejak dari kecil... terapkan minat.... Jangan menghalang.... Biar anak kita tu lebih baik dari kita.... Jangan disebabkan kita nie yang dah jahil....Nak jugak anak jadi jahil cam kita....

Bagi yang dah ada ilmu agama.... Jangan syok sendiri jer... Terapkan juga kat anak-anak... Jangan jadi alim sorang-sorang.... Iman bukannya boleh diwarisi.... Kene didik dan diajar sejak dari kecil lagi... Barulah generasi baru yang akan memimpin negara nie tidak sengkek ilmu agamanya......Kita mulakan dari rumah sendiri....Sama-sama kita ikhtiarkan caranya..... SHARE la kepada kawan-kawan...semoga semuanya ingin berubah ke arah yang lebih baik....:)

P/S: Nak ajar anak..bapak dan mak kena belajar dulu...Ye dak...hehe

Sunday, July 29, 2012

Perkembangan Terkini Isu Rohingya | Muslim Holocaust


Beberapa hari lepas, ibu bapa muslim Rohingya melepaskan bayi-bayi dengan bot mengharapkan anak mereka selamat setelah sememangnya tak ada cara lain untuk menyelamatkan anak-anak ini memandangkan mereka sendiri akan terbunuh dalam masa terdekat.

Pembunuhan kian rancak dijalankan untuk memastikan etnik muslim Rohingya yang dahulunya dalam lingkungan 6 juta orang kini tinggal hanya dalam lingkungan 800 ribu orang, habis lenyap dari bumi Myanmar. Tua, dewasa, kanak-kanak bayi...tak kira la lelaki atau perempuan semuanya dibunuh. Dijangkakan sudah dalam lingkungan seribu lebih perempuan DIROGOL sampai mati, ada yang disembelih, kanak-kanak diikat tangan dan dibuang dalam sungai, bayi turut dibunuh...Manakala mayat mereka dibiarkan sahaja digigit dan dimakan anjing-anjing liar. 

Terdapat kira-kira dua ribu dari kalangan mereka berada di sempadan Myanmar Bangladesh berteduh di bawah pokok-pokok untuk menunggu peluang ke Bangladesh... Namun pihak Bangladesh sudah bersiap sedia dengan tentera di sempadan untuk menembak mana-mana di kalangan mereka yang cuba melarikan diri ke negara tersebut.

Perjumpaan wakil ABIM Malaysia dengan sami tertinggi di Angkor untuk berbincang isu umat islam Rohingya dan menghentikan pembunuhan atas dasar kemanusiaan telah dibuat tapi kesannya hanya sikit sahaja kepositifannya....Sami ini meminta untuk berbincang dahulu antara mereka dan tindakan hanya akan dibuat dalam bulan Oktober 2012. 

Satu flotile ke Myanmar akan diadakan dalam masa terdekat untuk membawa seluruh NGO dari seluruh dunia melalui perairan India....Cadangan untuk membawa isu Rohingya ke Parlimen Malaysia telah DITOLAK speaker parlimen atas sebab tak relevan dan tak penting....Manakala kerajaan Malaysia sendiri masih belum ada lagi mengeluarkan bantahan rasmi atas kekejaman ini....

Isu ini adalah isu paling besar disaat ini lebih daripada isu yang berlaku di kalangan umat islam di Syria, Palestin, selatan Thailand dan seluruhnya memandangkan mereka tidak ada pembelaan langsung dari dunia... Rayuan agar isu ini diperbesarkan supaya umat islam di Rohingya dapat diselamatkan dan SEBARKAN pada semua sehabis cara....semampu yang boleh... Hanya cara ini kita dapat membantu mereka....

(SUMBER: Cikgu Azmi yang berhubung langsung dengan rakannya di Rohingya menggunakan telefon secara sembunyi memandangkan alat komunikasi tidak dibenarkan di Rohingya)

Jika kamu rasa diri kamu itu seorang MUSLIM, sebarkan dan doakanlah mereka...Aku tak kata sumber nie 100% benar...tapi sememangnya umat Islam di Rohingya dibunuh dengan kejam dalam masa korang sedang asyik dengan keindahan DUNIA nie.... Apa salahnya memberi sedikit masa yang ada dari 24jam dari kurniaan Allah untuk menyebarkan isu Rohingya nie....

P/S: Aku dapat info ini dari mesej seorang rakan yang cintakan agama melebihi segalanya...Semoga ramai lagi sepertinya...Aminn

Saturday, July 28, 2012

Teknologi Alien (UFO) Sudah Terbukti Memang Wujud !!

Sape kat sini selalu update pasal berita UFO atau nama sebenarnya Unidentified Flight Object ?? Haaa.....kalau korang selalu tengok di National Geographic atau saluran discovery...mesti depa kaitkan dengan Alien kan.... Creatures from outer space..... Makhluk asing dari planet lain.... Sume tu BOHONG je tu....

Tapi teknologi piring terbang tu memang wujud.... Kalau korang nak tau pasal teknologi UFO nie.... memang dah lama dikaji oleh pihak Nazi dan pihak lain termasuk Amerika dan Israel... Korang boleh search di Google perkataan "Coanda Effect".... Ni ler contoh videonya....


Dan ada satu lagi yang lebih menarik.... Dinamakan "Quantum Levitation"... Haaa......yang nie mungkin teknologi yang dikatakan UFO tu.... Dan video nie adalah hasil eksperimen di Universiti Tel-Aviv, Israel...


Ok.....dah takjub?? Itula ilmu Allah tak pernah habis.... Kita nie banyak benda lagi yang tak tau... Dan teknologi nie dikatakan sememangnya sudah diguna pakai oleh pihak tentera Israel dan Amerika....Wallahuallam.... 

So.....wujud ke Alien? wujud ke makhluk asing? Jawapan aku...YA !! Tapi kita kenali depa nie sebagai JIN. Makhluk dimensi lain yang hidup bersama kita... Sememangnya tak dinafikan depa ni mempunyai teknologi yang jauh lebih hebat berbanding teknologi manusia.... Dan mungkin teknologi yang aku citer kat atas tu cuma basic je bagi depa.... 

P/S: Jangan leka dan hanyut sangat dengan hiburan...timba la ilmu

Sunday, July 8, 2012

Sedar Tak Sedar, Ramai yang Dah Ikut Cara Setan


Dalam kehidupan kita sekarang nie....ramai yang berbangga dengan apa yang orang lain bangga..... Berbangga tapi tak tau sebab musabab....meniru gaya orang sekadar meniru tanpa usul periksa akan kenapa dan mengapa.... Sedar tak sedar....ramai yang dah ikut cara Syaitan atau nama ringkasnya....SETAN!

Bukan nak mengata...bukan nak mengeji....tapi sekadar peringatan kepada aku sendiri dan jugak kat korang sumer yang selalu alpa dan lalai dengan kemewahan dan keasyikan dunia yang tak berapa realiti nie.... Penuh dengan tipu daya dan fitnah segala benda... Kali nie bukan nak cakap pasal benda besar sebesar bangunan KLCC tu....tapi benda kecik je.....sepadan dengan diri aku nie yang kerdil je di bumi Allah nie....pasal MAKAN...

Aku tengok sekarang nie.... Ramai yang berbangga dapat makan cara orang barat... lagi-lagi makan western food....guna pisau dan garpu... Dan kalau korang perasan... Makan guna pisau dan garpu nie diajar makan dengan tangan KIRI.... Sedangkan sunah Nabi adalah makan dengan tangan kanan.... Ramai yang sanggup jadi pembela kepada cara makan orang barat nie....Mengatakan yang itu cuma sunnah.... Benda tak wajib... Kenapa nak bising... 


Bukan nak bising...tapi segala sunnah Nabi ada maknanya.... dan segala apa yang dibuat oleh Nabi tu...ada maknanya.... Mengapa perlu bangga dengan cara bukan sunnah tu?? Lagipun makan dengan tangan kiri adalah menyerupai cara makan SETAN-SETAN... Maknanya korang sekarang meniru gaya SETAN makan! Nak bangga ker?? 

Aku ambik petikan hadis yang sememangnya jarang korang baca.... Duk asyik baca pasal gosip artis jer kan... Hadis memang TAK PERNAH BACA pun kan..... 

"Apabila kamu hendak makan, hendaklah kamu makan dengan tangan kanan, dan apabila hendak minum, minumlah dengan tangan kanan, kerana syaitan makan dengan tangan kiri dan minum dengan tangan kiri." SAHIH MUSLIM

Untuk mengetahui lebih lagi pasal kelebihan makan dengan tangan kanan nie.... Korang boleh ke link ini...


Kepada yang suka ikut cara Barat tu..... sila cuba kurangkan la yer... sememangnya cara Barat kebanyakannya tidak membawa sebarang kebaikan pun....baik dari segi cara makan.... cara pakaian.... cara sosial....semuanya menjurus ke arah cara SETAN..... Dan untuk pengetahuan korang jugak...makan dengan tangan pun sunnah... Lebih baik berbanding dengan sudu atau garpu...


Mungkin ada yang kata cara Barat tu....ada jugak yang baik.... Yes....aku tak nafikan ada yang baik.... Tapi yang baik tu SEMUANYA SELARI DENGAN CARA ISLAM..... Perlu ingat....TIDAK ADA SATU PUN CARA ISLAM SEBENAR MENJURUS KE ARAH YANG TIDAK BAIK.... Kalau ada muslim yang jahat tu.... Tu sebab dia sendiri...bukan ajaran Islam yang mengajar dia buat jahat..... So....Please belajar dan amalkan apa yang disuruh Islam..... 

Cara makan dalam Islam nie.... selain dengan tangan dan tangan kanan.... Elok dimulai dengan buah-buahan... bukan pencuci mulut... Makan dengan kuantiti sedikit....iaitu berhenti sebelum kenyang...  Makan sampai habis dulu baru minum air... pastikan makanan dikunyah sebaiknya baru ditelan.... Dan yang paling penting dan paling banyak yang TERLUPA..... baca BISMILLAH sebelum makan...dan baca ALHAMDULILLAH selepas makan..... Ada korang amalkan sumer nie?? Cuba tanya pakar doktor pemakanan.... Adakah sumer nie selari dengan cara pemakanan yang sihat yang disarankan jabatan kesihatan?

Sangat rugi kalau korang dah dilahirkan dalam agama Islam....tapi tak amalkan....tak praktikkan dalam kehidupan seharian....Korang dah diberi kelebihan dilahirkan dalam agama ISLAM...Kenapa sia-siakan peluang itu??? Ibarat kata.....

Kebanyakan orang Islam sekarang, Ibarat dihidangkan minuman kegemaran ketika dahaga di hadapannya, Diminumnya air longkang yang kotor di belakang... Malah berbangga dengan perbuatan itu...

P/S: Sesungguhnya beruntunglah bagi orang-orang yang beriman....dan amat rugi bagi orang yang tidak beriman... Quran dah bagitau awal-awal dah...:)

Thursday, June 21, 2012

Vaksin RotaTeq dan Rotarix Untuk Rotavirus Adalah Haram !!


Vaksin untuk penyakit rotavirus yang menyebabkan muntah dan cirit birit di kalangan kanak-kanak adalah HARAM ?? Betul ker? Sape yang cakap? Ok..... berita nie sudah disahkan oleh pihak JAKIM sendiri.... 

Sape sangka... vaksin yang digunakan untuk kes rotavirus difatwakan haram oleh JAKIM.... Vaksin yang dikenali sebagai vaksin RotaTeq itu dikatakan mengandungi unsur babi dalam proses penghasilannya.... Boleh dilihat di link yang diberi 


Selain itu juga.... vaksin Biothrax juga mengandungi unsur babi dalam proses penghasilannya.... Vaksin Biothrax nie digunakan sebagai imunisasi atau suntikan pelalian bagi membantu melindungi daripada jangkitan anthrax.

Hukum haram diberi kerana atas faktor berikut: 
  1. Tidak darurat
  2. Terdapat bahan alternatif lain selain unsur babi [Jika memang takde langsung, barula tidak haram]
  3. Tiada sokongan yang kuat membuktikan rakyat Malaysia WAJIB memerlukan kedua-dua  vaksin nie..
Fatwa nie sudah dikeluarkan pada tahun 2008 lagi... Tapi pada awal tahun 2012...ada banyak kes pasal rotavirus menular di kawasan Perak kalau tak silap... So...dicadangkan bayi yang baru lahir mengambil vaksin nie balik... Tapi adakah sekarang betul-betul memerlukan? Apa kata perkara nie dibincangkan balik... Ataupun silalah mengkaji dan mencari alternatif lain selain unsur babi nie... Tau la babi nie haiwan yang sangat produktif kan.... MURAH dan SENANG DIDAPATI!!

Ada satu lagi vaksin untuk Rotavirus nie.....Nama dia Rotarix... Tapi dengar citer sama juga kes nya.... ada unsur babi juga.... Haiya..... Semua ada babi.... Itu baru vaksin... Tak sentuh pasal minyak wangi lagi.... huhuhu

Untuk penjelasan lebih lanjut pasal fatwa tu.....boleh bukak link yang diberi kat atas tu..... 

P/S: Ini baru vaksin RotaTeq dan Biothrax.... Vaksin lain caner yer..... Rasanya banyak yang ada unsur babi nie... huhu

Islam Mundurkan Perkembangan Pembangunan dan Teknologi !!


Sains dan teknologi adalah satu perkara yang sangat femes pada zaman sekarang.... Kebanyakan ibubapa berbangga jika anak-anaknya hebat dalam dunia sains dan teknologi.... Sehinggakan ada yang sanggup meninggalkan ajaran agama Islam demi mengejar ilmu sains dan teknologi... Alasan depa... Sains dan Islam tiada kaitan! Dan lagi teruk...ada di kalangan depa nie mengatakan....yang Islam nie memundurkan perkembangan pembangunan dan teknologi!! 

Sedara-sedari adik kakak cikebum cikebum sekalian.... Sangat SALAH kalau itu yang korang fikir... Kalau dikatakan sains dan teknologi nie tidak selari dengan agama.... Sangat la SALAH.... Sebab.... Ideologi yang sebenar-benarnya ialah.... Sains dan teknologi adalah salah satu cabang ilmu yang sangat digalakkan dalam Islam... Dan sangat berkait rapat....

Kenapa diriku yang hina nie kata macam tu sedara sedari cikebum cikebum sekalian.... Sebab sememangnya ilmu sains dan teknologi ada dinyatakan dalam Quran..... Kejadian bulan dan bintang.... kejadian langit dan bumi.... peredaran matahari... kejadian awan dan kilat... teknologi pembangunan infrastruktur.... semuanya ada dinyatakan... Cuma menunggu kalian semua menterjemahkannya untuk dijadikan sumber ilmu sains dan teknologi....

Masalahnya.... kita semua tak cuba nak kaji ilmu yang dah buta-buta termaktub dalam Quran yang suci tu... Ramai yang anggap.... baca Quran nie cuma satu amalan ibadah semata-mata... Anggap tak perlu nak mendalami sangat kalau nak jadi engineer atau bidang kerja yang selain bidang agama.... Sesape yang nak jadi ustaz jer yang patut mengaji lebih pasal Quran.... SALAH la der! SALAH! 

Golongan cerdik pandai zaman kegemilangan Islam dulu.... Semuanya hebat dalam bidang masing-masing seperti bidang perubatan, kejuruteraan dan matematik... Dan juga mereka hebat juga dalam ilmu agama termasuk dapat menterjemahkan Quran dengan sebaik-baiknya... Sebab tu kebanyakan dari mereka juga dikatakan AHLI FALSAFAH terulung.... Sebab mereka juga hebat dalam ilmu di dalam Quran.... Kenapa mereka hebat dalam bidang masing-masing tu?? Sebab mereka mengkaji bermula dari ilmu yang dijumpai dalam QURAN!! 

Nampak tak senario yang sangat berbeza dengan zaman kita nie.... Cendekiawan dulu memulakan research atau mendalami ilmu mereka bermula dari maksud yang tersirat di dalam Quran.... Bermulanya pencarian ilmu duniawi selepas mereka mendalami Quran... Sebab Quran juga adalah satu kitab ulung... raja segala ilmu... jurnal segala jurnal... ensiklopedia segala ensiklopedia.... Tapi sekarang lain...cuba korang letak dekat rujukan asal tesis atau hasil kerja korang tu... Dari Quran.... Mesti ramai yang cuba bangkang kan? 

Ok.... tu pasal Quran.... Ada jugak yang cakap.... Bila dah mendalami ilmu agama... Korang akan tinggalkan pembangunan dan teknologi... Semua dah tak penting... Semuanya akan jadi mundur.... Apa jawapan aku..... IT IS NONSENSE!! Mengarut.... Bull..... Bull ape dah.... bullsh..... bullsh..... Haa.... Red Bull!! Islam tak menyuruh umatnya jadi mundur.... Tak menyuruh umatnya jadi ketinggalan zaman..... Jangan ditipu dengan agenda barat yang cuba mengasingkan ilmu sains dan teknologi dengan agama.... 

Di mana buktinya? Kita berbalik ke zaman kegemilangan Islam... zaman empayar Uthmaniyyah.... Perkembangan teknologi pada masa itu sangat pesat di dalam dunia Islam berbanding dunia barat.... Di Eropah masih lagi dalam era Dark Age... Sedangkan di dunia Islam.... ia adalah zaman Golden Age... Zaman kegemilangan ilmu sains dan teknologi..... Sape tau? Sebab tu pentingnya tau sejarah....

Pada zaman Golden Age nie.... zaman pemerintahan Islam yang tidak berlandaskan sistem barat lagi [demokrasi, autokrasi, birokrasi, dan segala jenis si-si nie...semua tak wujud lagi di dunia pemerintahan Islam].... Zaman pemerintahan Islam di bawah satu kerajaan hampir satu pertiga dari keluasan bumi nie... Zaman nie la banyak ciptaan-ciptaan kejuruteraan baru direka... Zaman nie la ilmu perubatan pesat berkembang.... Zaman nie la teori-teori algorithm banyak dirumuskan.... Zaman nie juga banyak ilmu arkitek terbina dengan gahnya... Senibina Islam yang ada sekarang kebanyakannya lahir pada zaman ini.... Ilmu astronomi banyak diterjemah untuk kegunaan semua manusia....Bukan untuk orang Islam semata-mata.... Mana nak letak alasan Islam itu mundur??

Kita perlu faham.... Segala ilmu yang kita belajar ada kaitannya dengan agama.... Segala apa yang dinyatakan dalam Quran ada maknanya.... yang tersurat dan yang tersirat... Hadis pun sama.... Memang salah jika ada yang kata.... Nak jadi engineer...tak perlu alim... Nak jadi arkitek...tak perlu alim dalam agama... Nak jadi peguam...tak perlu alim juga....Nak jadi ustaz baru boleh alim.... Sesape yang berpandangan macam nie... Korang SUDAH DIRACUNI HASUTAN GOLONGAN ANTI-ISLAM... 

Bagi aku... korang nak jadi apa pun..tak kira la bidang professional ker tak... Sekadar jadi petani je ker... atau sekadar menoreh getah....Semuanya kena ALIM dalam ilmu agama.... Sebab ilmu agama WAJIB diketahui oleh semua golongan..... Dan ironiknya.... Lagi tinggi jawatan kita [ tinggi ilmu dunia] ...... sepatutnya .... lagi tinggi ilmu agama kita... Tapi sekarang.....lagi tinggi ilmu dunia [jawatan tinggi]...lagi rendah ilmu agama.... Satu perkembangan yang patut diubah demi kemakmuran generasi akan datang....

P/S: Masih belum terlambat nak mendalami agama... Belajar slow-slow...Insya Allah :)

Tuesday, June 12, 2012

Jus Katak !! Ubat Kuat [ Viagra] Orang Peru

Ermm....Sedapnya dia minum jus katak.....
Dunia nie besar beb..... Macam-macam benda pelik berlaku di dunia nih.... Dari hujung benua Eropah hingga la ke benua Amerika Selatan...... Banyak karenah dan budaya masyarakat setempat.... Dan salah satu yang menarik perhatian aku ialah....Jus Katak dijadikan ubat kuat masyarakat Peru!!

Cara depa minum jus katak nie.... Depa blend katak tu dengan campuran herba dan madu... Pastu depa buat macam coconut shake gitu.... Pergh!! Shake! Shake! Shake it like u wanna drink it! Ha ha ha.... Dan sememangnya menjadi amalan sejak zaman berzaman dengan meminum jus katak nie....Dipercayai adalah ubat kuat atau viagra depa nie! Wow..

Kalau suruh aku minum....tobat aku tak nak minum wei..... Katak nie haiwan dua alam.... So tak buleh makan... Kalau dah terdesak sangat yakni darurat...baru ler dimasukkan dalam list menu santapan kebuluran aku....Kalau tak.....jangan harap la...


Tapi kan.... ada masyarakat memang biasa makan katak nie... Bukan saje jus katak macam nie... Tapi makan macam ayam KFC gitu.... rasanya macam........ Aku mane la tau kan... Sebab aku tak makan! 

Kepada sesape yang nak mencuba viagra orang Peru nie.... Sila la ke Peru... Kat Malaysia takde... he he he... Dan lagi menarik.... ada citer mengatakan ada pasangan yang bertahun-tahun tidak dapat anak... Selepas mengamalkan meminum jus katak nie.... Akhirnya dikurnia seorang anak lelaki.... Dan anak itu suka melompat macam katak..ha ha....

P/S: Entah-entah ada yang dah buat jadi pil kan..... Kita pakai telan jer...huhuhu