Sesiapa yang ikut perkembangan peperangan di Syria, mesti akan terasa peristiwa peperangan itu sesuatu yang agak pelik dan janggal. Bukan sekadar peperangan antara Syiah dan Sunni, bukan sekadar peperangan antara tentera Basyar Al-Assad dengan ISIS, Kurds dan FSA... tetapi melibatkan beberapa pihak luar juga...
Sebelum diulas lebih lanjut, ingin aku nak jelaskan di sini... Bahawa Syria adalah satu tempat, satu negara yang sangat penting dalam al kisah akhir zaman dalam masyarakat Islam. Jika kalian berminat akan peristiwa akhir zaman, sememangnya tidak asing lagi dengan penceritaan peperangan yang akan menyusul di Syria nanti. Jadi, satu petanda jelas untuk peristiwa yang sedang berlaku di Syria sekarang. Bagi pendapat aku, peperangan yang sedang berlaku di Syria ini adalah satu titik tolak jelas, di mana ianya adalah titik tolak permulaan untuk peristiwa perang dunia ketiga nanti.
Bukan diminta, tapi ianya akan berlaku. Sebab banyak hadis-hadis nabi menceritakan akan hal peperangan akhir zaman nie... Ini bukan Al-Malhabah..ini bukan armageddon lagi... ini adalah peperangan sebelum Al-Malhabah.
Mengikut sumber berita sebelum ini, Basyar Al-Assad adalah pemimpin kejam yang membunuh ramai umat Islam di Syria. Dikatakan dia adalah replika yahudi yang inginkan penghapusan umat Islam. Tetapi mengikut sumber dari BBC, Basyar Al-Assad juga dibenci Israel. Kenapa? Kenapa Israel membenci Al-Assad? Bukan ke Al-Assad sangat kejam terhadap orang Islam? Adakah ada sesuatu yang kita tidak tahu di sebalik cerita media massa?
Sebab itu, Amerika, sekutu kuat Israel, menyokong pihak pemberontak iaitu ISIS. ISIS memang mendapat sumber senjata dari Amerika. ISIS bergabung tenaga dengan pihak Free Syrian Army (FSA) melawan tentera Al-Assad. FSA disokong oleh pihak Arab Saudi, Qatar dan Turki. Tujuan FSA adalah jelas, ingin memerdekakan Syria dari tangan puak kejam Basyar Al-Assad. ISIS? Dikatakan mempunyai tujuan yang sama tetapi agak samar dari beberapa cerita, yang mengatakan golongan ISIS ini golongan yang "buta Quran".. Mengamalkan ajaran sesat, kiblat tah ke mana.. Adakah mereka ini boneka Amerika semata-mata untuk menjatuhkan Basyar Al-Assad? Mengapa?
Sekarang datang campur tangan dari pihak Russia. Dikatakan dari media massa, adalah kerana mereka adalah sekutu kuat Al-Assad dan senjata Al-Assad dibeli dari pihak Russia. Maka secara logik akal media massa, Rusia cuba membantu kerana sumber ekonominya.
Dari sudut yang lebih luas, Syria adalah satu negara yang sangat strategik tempatnya di peta dunia. Syria sangat dekat dengan kedudukan negara Israel... dan dekat dengan Laut Caspian dan Laut Hitam, iaitu pengkalan tentera laut terdekat Rusia. Ingat isu Cramea? Juga berada di Laut Hitam. Jadi, campur tangan Russia juga lebih kepada isu strategik ketenteraan, kerana Russia tidak mahu Syria jatuh ke tangan ISIS, atau lebih tepat, jatuh ke tangan Amerika.
Jika diperhatikan dari sudut yang lebih luas, negara jiran Syria sekarang, siapakah yang telah berkuasa... jika diamati, kesemua negara sekeliling, telah dikuasai oleh pihak Syiah, pihak yang kuat menyokong pihak Amerika, termasuk Iran, walaupun dalam konteks Syria, Iran dikatakan menyokong Al-Assad kerana mereka cuba membantu Al-Assad membanteras terrorism. Pihak China dan Korea Utara juga akan masuk campur untuk membantu pihak Rusia dalam isu Syria. Pihak Amerika cuba menggunakan NATO dalam isu ini dan jika diberi kelulusan dalam mesyuarat mereka, sudah pasti banyak lagi negara yang akan terlibat di Syria nanti.
Ada dua kelompok besar dalam isu di Syria, (1) Pihak Amerika iaitu Israel, Arab Saudi, Qatar, Turki, Iran, ISIS (2) Pihak Russia, China, Korea Utara dan Al-Assad. Yang memeningkan lagi, puak Syiah sekitar negara arab itu seperti Yaman dan Iran tidak menyokong FSA dan ISIS kerana mereka memerangi puak Syiah di Syria. Mereka menyokong Al-Assad tetapi mereka juga sekutu kuat Amerika, bukan Russia.
Nampak tak keserabutan isu peperangan di Syria? Bukan sekadar FSA, ISIS dan beberapa kumpulan lain yang menentang Al-Assad, tetapi ada isu yang lebih parah dan dalam di sebalik peperangan ini. Ok, kenapa aku asingkan FSA dalam dua kelompok di atas? Kerana aku rasa FSA sememangnya cuba memerdekakan Syria, tentera yang aku rasa boleh dipanggil Mujahidin sejati. Tetapi jelas mereka tidak sebulu dengan mana-mana kuasa dunia... Lebih parah, jika ditakdirkan pihak penentang ini menang dalam peperangan.. Bagaimana mereka ingin bersatu bersama kelompok yang lain seperti ISIS dan Kurds? Jika isu tauhid digunakan, pastikah ISIS dan Kurds menyokong FSA? Atau... akan ada boneka dari Amerika yang akan dinaikkan sebagai pemimpin negara, seperti negara-negara arab yang lain?
Yang memeningkan lagi, pihak media mendakwa (dakwaan dari Washington, pihak Amerika), bahawa serangan terbaru pihak Rusia ditujukan kepada pihak FSA dan Kurds (ditafsirkan dalam berita sebagai puak pemberontak a.k.a rebel), bukan ISIS, untuk menyelamatkan Al-Assad.
Persoalannya ialah, betulkah dakwaan itu? Adakah Amerika cuba menggunakan senjata medianya untuk menghasut umat Islam untuk menyokong mereka dan membenci pihak musuhnya iaitu Russia? Adakah dengan sentimen membenci Al-Assad dan menyokong ISIS, adalah salah satu agenda untuk menjadikan Syria sebagai salah sebuah negara yang mendengar segala arahan dari Amerika lagi seperti yang telah berlaku di Mesir, Lybia, Lubnan, Afghanistan,Iraq dan beberapa negara arab lagi? Adakah plan untuk menjadikan semua negara arab di sekeliling Israel menjadi penyembah setia mereka dahulu sebelum diisytihar Israel sebagai kuasa dunia baru akan tercapai?
Di pihak manakah Russia? Adakah di pihak Islam, adakah di pihak menentang Amerika dan Islam, atau di pihak yang berasingan sekadar merebut siapakah juara dunia dalam merebut kuasa dunia? Siapa yang betul-betul benar dalam peperangan ini? Dan jika Al-Assad tumbang, adakah Syria menjadi negara Islam yang benar? Atau menjadi tali barut Amerika seperti Afghanistan sekarang? Kalau ada umat Islam ingin menolong, di pihak manakah patut disokong? Pihak Amerika atau Russia? Atau sekadar menolong rakyatnya sahaja?
Apa pun yang berlaku, yang jelas, umat Islam Syria telah ramai yang terkorban. Isu pelarian terbesar telah berlaku...rakyat Syria tidak tahan lagi dengan peperangan demi peperangan yang berlaku dalam negara mereka. Bandar menjadi tandus, runtuh ditembak bedilan peluru. Tidak ada tempat untuk dihuni lagi...menjadi padang jarak padang terkukur. Mereka tersepit dengan "Game of War" dari dua kuasa dunia ini akibat dari pergolakan dalaman negara mereka sendiri.
Sama-sama bincangkan.... Isu Syria ini bukan setakat akan berlaku di Syria sahaja, tetapi isu ini akan merebak ke seluruh dunia...jika ianya benar ia adalah permulaan untuk perang dunia ketiga. Perang hanya berlaku jika dua gergasi bertemu... Ianya takkan berlaku antara arnab dengan singa, ianya hanya berlaku antara singa dan dubuk-dubuk. Umat Islam sekarang ramai, tapi lemah dan 'tidur'.. Hanyut dengan 'fitnah-fitnah' pengikut Dajjal. Semoga kita memilih untuk berada di pihak yang benar.