Tuesday, February 27, 2018

Pelancaran Tudung di Zouk | Hakikat Usahawan Makin Berani

Pada tahun 2018, bulan Februari, ditularkan dengan majlis pelancaran tudung di kelab malam Zouk. Ok, baca baik-baik, perlancaran TUDUNG di KELAB MALAM ZOUK. Ini menunjukkan hakikat usahawan makin berani dalam marketing produk walaupun semasa perlancaran.

BERANI? Ya. KERAS HATI? Ya, betul. BERJAYA? Dari definisi marketing, YA, berjaya. Maka bersorak gegar gempitalah pengikut usahawan yang sealiran tadi. Mengira duit dalam akaun kecing-kecing sebab dah berjaya memviralkan penjualan tudung hanya dengan perlancaran sahaja.

Wow.... hebat kan? Ya, hebat. Jika dia bukan muslim. Kalau seorang muslim, dia sangat jahil.

Berani kan? Ya. Berani. Tapi dia menelanjangkan diri dia sendiri.

Keras hati? Ya. Memang keras hati. Membuka aib keimanan rohani, menampakkan kegelapan di dalam hati.

Berjaya? Ya. Berjaya menularkan produk terbarunya. Tapi GAGAL dalam persepsi BERBISNES MENGIKUT SUNNAH.

Ok, kupasan ini tidak akan viral. Please... jangan menaruh harapan. Aku sudah masak dengan perangai orang kita. Apa perangai orang kita? perangai orang kita, PERKARA BAIK JANGAN DITULAR, PERKARA BURUK WAAAAJIB DITULAR.

Kita tengok satu-satu... tudung. Tudung jenis apa yang dilancarkan tu? Tudung kepala wanita yang menutup aurat rambut di kepala seorang wanita. Bukan tudung botol arak, atau tudung saji makanan di bar. Tapi tudung yang diinovasikan hasil dari seruan agama, menutup aurat.

Di mana dilancarkan? Di sebuah kelab malam bernama Zouk. Bukan kelab rukun tetangga, bukan kelab usahawanita berjaya, bukan juga kelab ustazah paling viral... Tapi kelab malam yang memang dicipta untuk menjadi geng syaitan yang direjam, tempat hidangan air kencing syaitan, tempat maksiat yang diHARAMkan bagi seluruh muslim, menjejakkan kaki ke dalamnya.

Kenapa sepatutnya tak boleh jejak pun dalam tu? Sebab ia melibatkan segala aktiviti arak, tempat maksiat, tempat segala benih kejahilan dan kejahatan terhasil. Sila jauhkan diri. Jangan terikut-ikut dengan MARKETING ZOUK itu.

Persoalan dari sudut rakan seagama buat anda. Kenapa pilih di sana? Jika hati kita sendiri berpaut pada agama, nak sebut kelab tu pun malas. Tapi kenapa terdetik nak dibuat di sana? Adakah kerana dibutakan dengan kaedah BAD INFLUENCE MARKETING, yang selalu memberikan hasil yang lumayan?  Atau sudah terbiasa ke sana? Opss..... 

Dari dulu sampai sekarang aku selalu duk tekankan. TUDUNG BUKAN SEKADAR FESYEN, TAPI SERUAN AGAMA. Sama macam yang lain-lain, kenapa makan daging yang disembelih... kerana seruan agama. Kenapa agama menyeru makan daging yang disembelih sahaja? Saintis sudah bersetuju daging yang disembelih lebih bersih untuk dimakan.

Bab tudung? Tutup aurat? Ia bukan fesyen semata-mata fesyen... Tapi seruan agama. Pengikut agama yang baik, dia mengikut seruan dalam segenap segi. Bukannya ikut separuh-separuh. Disebabkan tudung menjadi trending, nak ikut pakai tudung,  tapi bab menjauhi tempat yang dilarang, menjaga adab sopan seorang wanita... 

Islam bukan membelakangkan golongan wanita, tetapi MEMULIAKAN. Kalau sipulan tu nak lancarkan produk ubat gegat di kelab malam tu, ok, aku tak kisah. Sekarang nie dia lancarkan satu produk yang sinonim dengan seruan agama Islam, di tempat yang dilarang oleh Islam. 

Sayang seribu kali sayang, dari tidak bertudung, sudah bertudung. Alhamdulillah. Lepas tu menjadi usahawan tudung... Alhamdulillah. Makin ramai yang bertudung, menjadikan dirinya sebagai inspirasi. Aku harap ini cuma satu kesilapan dari kegelapan hati buat seketika sahaja. Semoga dikembalikan hidayah dan cahaya nur iman di dalam hatinya. 

Friday, February 23, 2018

Bisnes dan Agama | Perbandingan

Dalam bisnes, kena usaha, kena belajar, dan kena istiqamah, baru berjaya. Dalam agama pun sama kan? Tapi ramai yang tak sedar... Ramai yang tak sanggup nak buat demi agama, tapi sanggup untuk bisnesnya. Nak tengok perbandingan secara kasar? 

Dalam bisnes, kita sanggup menghabiskan duit untuk belajar di seminar, di kursus, nak belajar demi mengejar kekayaan katanya. Tapi kenapa kita ramai yang tak sanggup nak "bayar" nak hadir ke kursus atau seminar, atau usrah agama? Bukan ke agama lebih penting? Kuliah free pun tak nak datang kan? 

Dalam bisnes, orang kita sanggup bersengkang mata sampai 2.00 - 3.00 pagi untuk mengembangkan networking, berbincang untuk strategi bisnes dengan partner... Tak cukup tidur demi bisnes. Tapi kenapa ramai yang tak sanggup bersengkang mata nak hadap Ilahi pada waktu 2.00-3.00 pagi untuk bertahajjud? 

Dalam bisnes, ramai di kalangan kita sanggup menghabiskan berpuluh ribu untuk marketing. Sanggup keluarkan sampai RM50,000 semata-mata nak "branding" kan bisnes kita. Tapi kenapa ramai tak sanggup nak keluarkan RM50,000 untuk bersedekah dan berwakaf? RM50 pun dah gigil tangan kan...

Dalam bisnes, ramai yang sanggup ke sana ke mari untuk mengejar ilmu bisnes. Sifu A dan Sifu B, sanggup turun dari utara ke KL semata-mata nak belajar ilmu bisnes. Tapi kenapa ramai yang tak sanggup nak turun dari utara ke KL semata-mata mencari ilmu agama? Surau depan rumah pun berat kaki nak melangkah kan? 

Dalam bisnes, diajar supaya berfikiran positif. kekalkan momentum positif demi mengejar kejayaan dalam bisnes. Berlaku halangan, masih boleh berdiri.. Kuatkan semangat, cekalkan semangat. Tapi kenapa ramai yang tak boleh berfikiran positif untuk agama? Nak solat 5 waktu pun malas. Mana fikiran positif anda??? kalau berfikiran positif dalam agama, solat di bawah tangga pun sanggup, halangan kecil demi menegakkan agama. Kan?

Dalam bisnes dan agama.. mana lebih penting dalam hidup kita? Memang betul kita perlukan kewangan yang bagus untuk hidup dengan zaman yang penuh mencabar dari segi ekonomi, tapi jangan kita tinggalkan agama kerana dunia. Dunia semakin lari jika dikejar. Semakin banyak yang kita dapat, semakin banyak yang kita nak. 

Sekadar coretan untuk kesedaran kita bersama. Jangan kita hanyut mengejar kekayaan seperti si Qarun. daripada seorang yang beriman, menjadi seorang yang dilaknat Allah kerana mengejar kekayaan. 

Thursday, February 8, 2018

Sekali Post Iklan, Terus Viral ke 30 Laman Sosial !

Nak viralkan bisnes anda? Nak suruh orang kenal produk anda? Dah habis banyak duit untuk guna FB Ads tapi hasil tak memberangsangkan? Kami ada cara alternatif yang anda MESTI SUKA.

Sekali sahaja post iklan, sekali je tulis iklan.. Bila post, terus dihantar dan diviralkan ke 30 laman sosial tanpa anda pergi secara manual ke setiap laman sosial tersebut! Mahu? Berminat? 

Boleh hantarkan wasap ke nombor saya, saya akan berikan cara-caranya.

011-1697 4697 (Ahsan Viralniaga)

Atau guna link di bawah :


APA KELEBIHAN?

- Tak perlu masuk ke laman sosial secara manual satu-satu untuk post iklan anda
- Boleh autopost tapi bukan secara SPAM
- Boleh set jadual mengikut kesukaan anda
- Kedai online anda sendiri, bukan menumpang macam di LAZADA atau SHOPEE
- Tak perlu tahu details pasal coding website, senang dan simple sahaja.
- Boleh buat side income sambil marketkan produk anda!

DAN YANG PALING PENTING
- Training PERCUMA!!! 

SYARAT:
- Ada Telegram (Kalau takde, install je la, free je kan)

Di bawah adalah video penerangan bagaimana viralniaga berfungsi secara asasnya. Detail hanya akan diberikan apabila anda sudah join kami... :)


Bagaimana Menggunakan Telegram Viralniaga



Bagaimana viralniaga berfungsi



JOM VIRALKAN BISNES ANDA!!

Tuesday, February 6, 2018

Apa itu EIS | EIS Di Malaysia

Untuk tahun 2018, mula diperkenalkan dengan EIS. Apa itu EIS? Kenapa diperkenalkan dan apa tujuan dan faedah kepada pekerja? Baik... Dalam blog nie, akan diternagkan apakah sebenarnya EIS itu.

EIS bermaksud Employment Insurance Scheme atau Skim Insuran Pekerja. Satu skim kewangan yang diuruskan oleh Social Security Organisation (SOCSO). Skim ini diwujudkan untuk membantu pekerja yang diberhentikan supaya mereka dapat bantuan kewangan untuk kehidupan mereka sehingga 6 bulan.

Skim ini lebih kurang sama dengan Employees Provident Fund (EPF) di mana segala sumbangan akan dikumpulkan dalam dana terkumpul dan akan dilaburkan.

EIS bukan sahaja untuk pekerja yang diberhentikan tetapi juga untuk pekerja yang berhenti atas dasar diugut, dipaksa atau kerana gangguan seksual dan emosi.


BAGAIMANA EIS DIKIRA?

Potongan bagi EIS ada dua iaitu potongan majikan dan potongan pekerja, sama macam EPF. Kadar potongan ialah 0.2% dari majikan dan 0.2% dari gaji pekerja. Jumlah EIS bagi setiap pekerja ialah 0.4%.

Bukan semua boleh menuntut EIS nie. Ada syaratnya jugak. Pekerja yang tamat kontrak, dipecat kerana masalah disiplin, pencen, pasangan pekerja yang meninggal... itu semua tidak termaktub dalam EIS.

Minimum gaji yang akan dipotong EIS ialah RM300 sebulan.. Dan maksimum gaji ialah RM4000 sebulan. Sekiranya gaji anda melebihi RM4000 sebulan, EIS tetap akan memotong hanya dengan kadar RM4000 sebulan iaitu jumlah potongan 0.4% nya ialah RM16 sebulan. Yang ini berbeza sedikit dengan EPF.

EIS bermula pada 2018 tetapi hanya boleh digunakan bagi pekerja yang diberhentikan pada 2019 dan ke depan. Jadi, jangan kena pecat dalam tahun 2018!

EIS bukan sahaja membantu dari segi kewangan tetapi juga dari segi latihan, pelbagai jenis elaun dan bantuan pencarian kerja baru. EIS boleh membantu meringkankan beban bagi yang kurang mampu tetapi tidak dapat menampung beban bagi pekerja yang bergaji tinggi kerana kiraan EIS hanya pada RM4000 sebulan. Elaun dan bantuan dari EIS tidak akan cukup untuk menampung beban mereka yang bergaji besar ini.

jika dlihat secara kasar, ada baiknya EIS diperkenalkan kerana peratusan pekerja swasta di Malaysia yang diberhentikan semakin tinggi.