Sunday, December 22, 2013

Empat Fakta Sejarah Melayu Yang Jarang Orang Tahu


Sebenarnya ramai yang tak tahu pasal sejarah melayu yang sebenar... Ramai yang suka cakap pasal sejarah melayu...Cedok dari buku KBSM ajaran sekolah rendah dan menengah.. Rasa macam dah betul gile dah diri tu dengan ilmu secubit garam... Haiyo... Nie nak bagi sikit fakta yang memfaktabkan diri yang suka memperlekehkan dan memperkotak-katikkan melayu nie.... Baca dan faham... 

Agama Islam
Ramai duk kata yang melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan... Ermm... tu sebab korang dah lahir dalam agama Islam.... Sedangkan sejarah asal melayu menunjukkan melayu nie bukannya sejak lahir dalam agama Islam... Mengikut sejarah asal melayu, agama yang dianuti sebelum Islam adalah hindu dan buddha... Melayu nie kaum yang agak tua... Sebelum kedatangan Islam lagi dah ada kaum melayu... So... selepas melayu mendengar akan kedatangan agama Islam... Maka empayar melayu ketika itu iaitu Srivijaya menghantar surat kepada kerajaan Islam sezamannya iaitu Empayar Umayyah, atau lebih tepat kepada Saidina Umar Abdul Aziz... Maka berlakulah proses kemasukan agama Islam secara beramai-ramai kerana pemimpin tertinggi secara sukarela masuk Islam diikuti dengan seluruh rakyat jelata.....

Institusi Raja-raja melayu
Institusi raja-raja melayu adalah yang tertua di Asia Tenggara yang masih ada kedaulatannya sampai sekarang.... bukan di Thai bukan di Khmer... Tau Khmer tu katne? Lebih kurang kat Kemboja gitu... Ada jugak institusi raja melayu lebih tua iaitu di Burma, Jawa, Laos, dan Vietnam tapi telah pupus... Institusi Raja-raja melayu sangat disegani kawan dan lawan... Dan dipercayai juga, adanya institusi raja-raja melayu ini kerana menyimpan satu rahsia tersirat dan tersurat berkenaan sejarah asal-usul ketuanan melayu.. :)

Selat Melaka
Selat Melaka nie adalah selat paling sibuk di dunia... Selat yang paling direbuti dan diingini kuasa-kuasa besar dunia.. Selari dengan namanya... kesibukan Selat Melaka berada di kemuncak ketika era Kesultanan Melayu Melaka.. Satu persoalan...adakah mampu keamanan Selat Melaka dijaga hanya dengan keris dan tombak? Tembok kayu dan daun nipah? Pastinya itu adalah satu fakta yang terfaktab...ditipu dan dipusing oleh penjajah.... So.... cari balik macam mana sebenarnya kehebatan kesultanan melayu Melaka ketika itu sampaikan empayar di China pun bersahabat dengan kerajaan melayu ketika itu..... :)

Aborogine Malay
Orang Melayu adalah berasal dari induknya iaitu Austronesia/Nusantara.Orang Melayu sehingga ke hari ini tetap mengekalkan bentuk protonya iaitu Orang Asli yang terkelompok dalam Aborigine Malay.

Buat pengetahuan korang..Orang Asli di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu Aslian (terbahagi pula kepada dua iaitu Semang/Negrito dan Senoi) dan Aborigine Malay/Proto-Malay. Aborigine Malay sebagai contoh ialah Orang Laut,Jakun,Seletar,Orang Kuala dan Temuan.

Aborigine Malay berbahasa mirip bahasa Melayu dan terkelompok dalam kelompok Austronesia dan rapat dengan kehidupan orang-orang Melayu (Deutro-Malay) sejak zaman-berzaman. Dalam sejarah...Aborigine Malay selalu mengumpulkan hasil hutan di pedalaman dan diserahkan kepada orang Melayu yang kerap berdagang dan berlayar ke luar negeri.

Kewujudan Aborigine Malay adalah bukti paling 'angker' untuk mengukuhkan orang Melayu sebagai The Undisputed Indigenous yang memusnahkan semua khayalan orang asing yang dengki tidak berkesudahan dengan nikmat yang Allah swt kurniakan kepada hamba-hamba-Nya dari kalangan orang Melayu. Dengan kata lain,Proto Melayu atau Aborigine Malay ini adalah 'bukti hidup' kepada premis orang-orang Melayu sebagai penduduk asal dalam konteks di Malaysia!! 

Fakta ini dipetik dari Srikandi

Sesetengah dari kita nie malu nak mengaku yang kita nie melayu.... Rasa rendah diri bila cakap pasal bangsa dan sejarahnya... Walhal sejarah kita sangatlah tip top dan hebat di mata dunia yang tahu sejarah sebenar.... Bukan juga patut berbangga lebih-lebih sampai sombong bongkak bila berjumpa bangsa lain.... Kita nie hebat... tapi kita juga hebat dalam budi bahasa... lemah lembut dan sopan berbicara..... So...kenapa nak tiru bangsa lain sedangkan kita sejak dari dulu adalah suatu bangsa yang hebat dan dihormati? Mungkin ramai dari kita nie...nama je melayu...tapi perangai dah bukan melayu.... Kan?

P/S: Tak salah belajar sejarah... Sebab sejarah membentuk jatidiri kita.. Jangan lupa belajar agama sekali...:)

Saturday, December 21, 2013

Jualan Car Boot Di UK | Murah dan Meriah

Jualan Car Boot Murah

Sape pernah join pi shopping jualan car boot di UK? Mesti kebanyakan kata beronok-ronok kan boleh shopping murah-murah kat situ? Yaaaa...memang murah beb... Aku first time dibawa geng yang dah lama kat sini...memang tak terjangkau dek akalku la kan... Sebab aku tak penah pegi car boot sale nie... Walaupun kat Malaysia.. pernah dengar-dengar gitu je... he he..

Kat sini...syurga kaki shopping beb! Barangan dia memang banyak sangat.. dari toilet bowl a.k.a mangkuk tandas...sampai la ke kusyen sofa yang empuk lagi baru! Haaa.... mungkin ada yang fikir car boot sale nie jual barang terpakai yang dah buruk lagi takde kelas kan... Sape cakap....barang baru pon ada! Barang terpakai pun ada jer yang baru-baru...siap dalam plastik bertag asal lagi... he he...

Range harga.... ermm... kalau yang baru tu...expect mahal la sikit kan.. tapi kat car boot di UK nie...banyak bawak syiling 1pound je beb.... Baju sejuk 1pound... Baju baby 1pound... toys fisher price pun ada yang 1pound... coffee maker machine pun dapat 1pound beb kalau ada rezeki! Haaa... sape yang tak gile... gile membeli...he he he...

Sofa baru bai..

Buku ada... barang dapur ada..

Baju-baju.. vakum pun ada..hihi

Siap ada tempat parking.. ramai kot yang datang..

Ni kawasan dalam sikit.. besar kot tempat dia..

Ni dekat pintu masuk...

Sememangnya kat sini tak pelik dapat barang baru dalam 1pound je weh.... sebab aku rasa trend sini kot macam tu.... Rumah depa kecik-kecik jer.. nak save letrik dan heating gas punyer pasal... pastu  barang rumah mesti nak tukar baru bila tiba nak raya.. Christmas la.... So... depa nie sanggup jual je beb murah-murah.... Tu kire ok la tu... member aku dapat sofa dan rak tv yang elok lagi....Free beb! Kalau kite la kan...guna sampai lenjan la kan... hu hu..

Nie la orang kata... people's trash can be another people's needs... Haaa...lebih kurang ler tu.. Orang lain tak nak...tapi ada je orang nak barang tu... Maka wujud la carboot sale... Best ooo... Orang macam aku nie datang car boot...memang ibarat bulan jatuh ke riba la... Ye la.. elaun belajar berapa jer kan... Datang ke UK tak bawak ape-ape... masuk rumah sewa baru mesti banyak kena beli kan... Nak beli baru semua...botak la kepale beb... he he... Shopping je ler kat car boot... asal ade je dulu... hee..

Dah la murah...boleh nego lagi... kekadang harga barang dah 1pound dah... tapi lepas nego punyer nego..dapat tiga barang 1pound! Muahahahaha... bangga gila kalau dapat macam tu... Saving yang melampau-lampau... Boleh la simpan sikit elaun untuk plan seterusnya.... jenjalan across UK ker... pegi Europe ke.. hihi.. dapat simpan 1pound pun bermakna woo untuk masa depan... Survival kot kat sini.. :p

P/S: Tengah plan nak jenjalan London... Harap-harap dapat la kan..huhu

Friday, December 20, 2013

Perbandingan Ekonomi Perbelanjaan Di UK dan Malaysia

Semua kita dah tahu..Kenaikan segala jenis harga dan perbelanjaan semenjak dua tiga menjak nie... Gula naik lagi.. Minyak naik lagi.. Tol naik lagi.. Tariff bil pun naik.. Ramai yang dah terasa dengan kenaikan tu.. nampak sikit je kan.. tapi bila campor semua perbelanjaan tu.. cekik darah jugak... 

Yang terasa...biasalah..golongan sederhana la kan... yang dapat gaji 10000 sebulan tu memanglah tak terasa... tapi ramai ke golongan bergaji besar di Malaysia? Sape keje menganalisis peratusan majoriti gaji rakyat di Malaysia? Sila tampil dan berikan fakta tu.. Kalau ikutkan spekulasi..majoriti penduduk di Malaysia nie cuma bergaji lingkungan rm3000 sebulan kan?

Ok... Ada orang cakap..Rakyat Malaysia nie dah senang... setakat naik sikit-sikit tu pekedehal... Dan sesetengahnya pulak duk bandingkan dengan negara-negara miskin.. nak tunjuk kadar kebuluran kita nie masih kurang... kadar keikatan perutan kita nie masih di kadar yang tak membimbangkan orang-orang yang bergaji besar nie... Yang duk banding dengan negara mundur buat apa??? Nak ke kita kembali ke zaman kemunduran? Bila nak maju ke depan kalau asyik duk bandingkan dengan orang di belakang? Kan?

Ok..ada jugak banding dengan negara maju..UK contohnya... tapi duk convert harga ikut mata wang.. cakap sana walaupun murah di mata, tapi mahal di hati.. ye la.. 1pound tu sama dengan rm5.00 lebih kita... kira tetap mahal la kan walaupun singgit UK... Ermmm... logik separuh je.. sebab yang diconvert nya harga barangan SAHAJA.. gaji? haaaa....nampak permainan di situ..

Baik... cara nak bandingkan nie kenela betul... kalau banding sesuka hati...takkan jadinya... contohnya nak bandingkan epal dengan pisang... nak bandingkan kereta dengan bas... takkan sama! So..dalam ilmu sains kajian tempatan yang betul... setiap perbandingan kenelah dengan nilai yang betul...unit yang sama... dalam dunia penyelidikan ... selalu digunakan satu perbandingan yang diberi nama "non-dimensionless" atau ertikata ibundanya.. pemalar yang tadak unit...

Untuk perbandingan ekonomi antara UK dengan Malaysia nie... eloklah dibandingkan dengan kadar belanja per kadar pendapatan... baru sama... faham tak adik kakak cik abang cikebum cikebum sekalian? Bila dah di per kan dua unit yang sama...maka unit matawang itu terhapus...maka jadilah satu pemalar non-dimensionless... baru orang kata compared apple to apple...

Ok...contohnya pendapatan seseorang di UK sebanyak 1500pound... ni gaji orang-orang taraf kerani nih.. pound dgn RM same je bab gaji kerani..1500 jugak angka dia..yang beza sini dlm pound kat Malaysia negara yang aman dan sejahtera tu dalam RM...nampak sikit je kan... ok.. belanja di UK ni.. 50pound tu dah penuh troli di pasaraya beb... komfem penuh troli.. aku dulu macam tak percaye jugak.. hah... bila tuan badan sendiri duk sini... memang penuh! dengan ada bawang,gula,minyak masak, ayam, daging, ikan, sayur, butter,roti,semua lah... cukup dengan 50pound.. ok..tolak sewa rumah dalam 600pound.. bil-bil dalam 100sebulan..(ni pun dah kira membazir dah tu) .. kira-kira belanja bulanan dalam 1300 sebulan... nie pun dah mewah giler-giler la bab makan di UK.... tak perlu ikat perut langsung... makan penuh meja hari-hari.. penjimatan berkadar 10% je kot... so... kadar non-dimensionless dia.. 1300/1500 = ?? Hah..kire sendirik...

Di Malaysia... Gaji kerani katelah RM1700... lebihkan sikit... cuba tolak belanja... bil-bil brape? belanja dapur brape? blanje sewa rumah brape? agak-agak total brape? aku bagila estimation... dalam..... 1300??? Hihi... mesti ramai cakap ... SIKITNYA!!!!! Ke lebih ikut kiraan tuan empunya badan... haaa.... kat situ baru tahu belanja kita mahal atau pun tidak...

Nak tahu mahal ke tidak... kalau kiraan tu korang dapat lebih kecil dari kosong...maka korang takde la masalah sangat... kalau kiraan tu menunjukkan hampir sangat dengan kosong atau lebih...contohnya dapat 1.4... maknanya kadar belanja melebihi kadar pendapatan... maka YOU ARE IN MONEY TROUBLE... Dekat UK serius duit 1500pound tu dah cukup... siap ada kete..umah sewa..belanja makan tak payah nak ikat perut.. dah kira happy living dah.. kalau gaji lebih dari tu.. memang lagi bes la... Sebab apa? sebab kadar belanja per kadar pendapatan depa sangatlah rendah... Memang la dari segi matawang depa ni mahal kalau ditukarkan ke RM.. tapi harga barangan depa jauh lebih murah berbanding harga barangan kita kalau dibandingkan dengan pendapatan purata penduduk di Malaysia... faham?

Kalau betul la nak samakan matawang... sebab ada jenis yang tak puas hati dan tak faham-faham cakap nak compare kenelah guna tukaran wang kan... ok baik... gaji purata di UK 1500 dah boleh survive..gaji kerani... so.. kalau betul nak convert.. sila bagi gaji kerani di Malaysia sebanyak 1500 x RM5.00++ bersamaan RM8000+- kita!!! tu kalau convert secara terus... so.. ada ker kerani di Malaysia mencecah RM8000 sebulan? nampak dah?

Sebab tu lah dikatakan mahal... harga barangan tidak selari dengan pendapatn kebanyakan... bukan nak membantah membabi buta tuli pekak dan bisu..tapi kesian la kat warga marhaen nie... Golongan kaya takpe.. sebab depa dah banyak duit... golongan marhaen yang baru nak membukak tapak kehidupan? Yang baru nak berumahtangga.. yang datang bekerja bermula dengan sekangkang kera sebab family kat kampung takde duit? Yang berhutang dengan PTPTN.. yang baru nak beli kete dan rumah?? Silalah renung dan tolonglah mereka...

Barangan yang naik kebanyakannya majoriti yang guna... miskin dan kaya semua nak guna.. kalau yang naik tu barangan orang kaya only...aku ok jer... sebab tak kacau perbelanjaan orang miskin nie... contohnya naikkan harga kereta mewah.. naikkan arak yang haram tu... naikkan harga tiket konsert antarabangsa yang menjurus kemaksiatan tu... naikkan harga sewa hotel 6 bintang... haaa...barula tak kacau golongan marhaen...ni naik gula...minyak...letrik...lepas ni GST pulak... kenapa marhaen yang kena?? Kalau yer pon nak dinaikkan...dah tak boleh dielakkan lagi..kalau tak naik boleh hancur MALAYSIA nie.. sampai tahap dah TAKDE JALAN LAIN nak selamatkan MALAYSIA nie..Aku cadangkan dibuat satu kaedah membantu mereka yang berpendapatan sederhana nie... bantuan menyeluruh supaya yang terasa kenaikan cuma golongan kaya melampau tu haa..... contohnya dibuat kad diskaun khas untuk golongan berpendapatan rm2000-rm3000 ke bawah.. contoh je ni ok...contoh... kan ok jugak... kad diskaun tu boleh kurangkan harga tol atau dikecualikan tol... kad tu boleh mengurangkan harga minyak.. semacam kad subsidi khas bagi golongan yang tak berkemampuan... tu baru rakyat didahulukan... Diberikan win-win situation punye kaedah nak selamatkan ekonomi..bukannya sebab nak jaga periuk nasik sendiri...golongan yang sederhana nie yang tanggung derita..

Ataupun menaikkan gaji mereka yang berpendapatan rendah nie... yang dah cecah berpuluh ribu sebulan tak perlu naik pun takpe..dikurangkan jugak adalah lebih baik... ye la.. CEO sampai hampir cecah seratus ribu.. gila aper... gaji RM40000 tu pun dah kira melampau banyak...  kurangkan jurang kemiskinan... biar semua senang..bukannya menindas.. Apa kata gaji cuma dalam range rm3500-rm20000 je semua jenis kerja... kecikkan jurang... tengok apa kata mereka yang kaya-kaya... Amokan serigaja jadian terus barangkali..he he.. Persoalan yang timbul...mana kata-kata rakyat didahulukan yang dicanang-canang?

Aku bukannya nak komplen suka-suka... tapi dari pemerhatian dan hujah.. aku pun seorang rakyat biasa... sokong bukan ikut bendera parti.. cuma berdiri sebagai rakyat biasa, seorang yang berfikir kalau boleh ke arah nak jadi  seorang muslim yang sejati...bukan nak hina...bukan nak caci.. tapi ternampak la jugak kesan buruk dengan cara kenaikan sekarang... Kenapa geng yang tak berduit nie jugak yang jadi mangsa? Ramai-ramai duk dalam parlimen...yang kononnya sanggup berhujan panas sekali dengan rakyat..sanggup mencemarkan kaki masuk gali longkang sekali dengan rakyat.. hanya boleh bagi solution naikkan barangan senang-senang macm tu jer?? Hmm.. something to ponder about.. Something tak betul la kan... 

Yes segala benda kene dapat persetujuan 2 per 3 dalam Parlimen baru boleh buat... bantah pun kene seramai tu baru valid bantahan... so.. maknanya 2 per 3 dalam parlimen setuju kenaikan? Sape yang setuju dan sape yang tak setuju...? Please guys... please.. cuba fikirkan dari akar umbi... bukan secetek harga naik jer.. tapi di mana punca sebenar berlaku perkara macam nie... sila letak tepi pasal parti sat.. duduk bincang...fikirkan sama-sama.. dan cari penyelesaian..yes sekarang masih aman (aman kan?) ..takkan nak tunggu mayat bergelimpangan baru nak sedar? sudah terhantuk baru terngadah??  Harap jelas di hati..bukan di mata.. sebab mata senang ditipu.

P/S: Aku rasa..pepatah menang sorak kampung tergadai sangatla tepat untuk negara kita yang tercinta... OOohh...Malaysia masih aman... :)

Thursday, December 19, 2013

Berlawak Sambil Menimba Ilmu | Cara Dakwah Kepada Belia

Dari Google..

Sebenarnya kan....susah nak ajak golongan muda-mudi nie berkumpul dalam satu majlis ilmu agama.... Seriously....susah sangat... Sebab golongan belia nie teramat banyak cabang hiburan masa lapang dia sampaikan hidupnya terlampau busy dah...takde mase atau slot dah dalam jadual kehidupan seharian dia nak diselitkan majlis ilmu agama nie.... Kenapa? Mengapa? Bagaimana cara nak menarik balik minat belia nak belajar agama? Sebab tu timbul satu cara iaitu.... berlawak atau diselitkan unsur jenaka dalam menimba ilmu.... Menyelitkan sedikit unsur hiburan dalam berdakwah...

Mungkin ada yang cakap... mana boleh!!! Nak belajar ilmu agama mana boleh gelak-gelak...kena serius! Merendahkan martabat masjid katenyer... Cara salah...Khurafat!! (Fuiyyo... agak-agak la kan nak over pon..) Kena baca kitab sepatah demi sepatah tanpa ada sedikit pun humor.... Serius.. Ajar ilmu agama kene serius... Terbersin pon tak boleh!! Amboi... Timbul satu soklan ringkas...Salahkah?? Atau ada yang kata macam tu sebab dia tu sendiri tak pandai nak berlawak sambil memberikan ilmu yang bermanfaat?? Dengan erti kata...jeles?? Jeles tengok orang lain berjaya hangpa tak seberjaya macam tu?? Dengan kata lain.. kome tu sendiri tak reti nak berlawak sambil memberikan ilmu...kan? Cemburu buta...he he...

Hmmm...Kalau betullah cara tanpa selitkan sedikit hiburan dalam menyampaikan ilmu agama adalah cara yang korang yakini betul dan tepat dengan arus belia sekarang..... Silalah buat... korang try la buat cara tu... aku rasa komfem tak sampai sebaris pun datang dengar bebelan kome tu... Yang ada pun golongan berumur yang memang dah takde khoje kat umah... Golongan yang dah tak ambil port dah bab-bab duniawi nih.... Harapkan belia datang.. Hmmm... Cakap la sorang-sorang... Last-last tinggal kome dengan tiang masjid jer... Haa....

Kalau bebudak tu memang minat ilmu agama takpe... masalahnya dari seratus belia zaman sekarang... sorang je minat... 99 lagi? Minat K-Pop... Minat Rock.... Minat Zizan.. Minat shopping... Minat bola... Minat berfacebook.. Kan? Jadi... Macam mana nak menarik yang 99 tu supaya tertarik nak dengar biarlah sikit pun...tentang ilmu agama nih?? Atau...sudah cukup sekadar nak mengajor seorang dari seratus tu sampai lebam?? Takde unsur nak meramaikan jemaah ker? Takde usaha nak cuba convert kan yang 99 tu ker? Haaaa.... itu yang nak dibincangkan dan diusahakan nie...

Bagi aku... cara berdakwah sambil berjenaka ni adalah salah satu cara berdakwah sambil berhibur... hiburan yang ringan sambil tak nak bagi mata mengantuk...berdengkur tidur tak dengar apa-apa... Selain tu jugak... cara nie memang terbukti berjaya menarik lebih ramai golongan belia mendekati agama pada zaman sekarang nie....Sebab remaja a.k.a belia nie sukakan HIBURAN!

Ambek contoh... hiburan jenaka sekarang sangat popular...Sangat ramai peminatnya.. Maharaja Lawak... tu ler satu contoh rancangan hiburan bercirikan lawak jenaka yang sangat diminati ramai tak kira tua dan muda... Lawak Ke Der... Super Spontan... Semua tu ada elemen hiburan berjenaka....hiburan ringan yang boleh membuatkan orang bergumbira kejap...lari dari kesibukan keje di ofis..stress belajor..stress jem...dan segala jenis stress meres lagi... memang lumrah manusia .... sukakan hiburan... so...berdakwah sambil berjenaka adalah salah satu strategi yang sangat tepat dan berkesan!

Cuba tengok perubahan yang dibawa Ustaz Azhar Idrus... Tengok betapa ramai belia yang sekarang sanggup datang ke majlis ilmu bila dengar nama beliau... Tengok Ustaz Abdullah Khairi... Tengok Ustaz Kazim Elias.... Tengok Ustaz Bollywood.... Semuanya berjaya menarik golongan belia mendengar ceramah agama dengan cara berlawak dan berjenaka masing-masing.... Alhamdulillah.. Semakin ramai yang sedar dan berfikir betapa pentingnya ilmu agama dan semakin ramai yang amek tahu pasal agama.... Bukti cara dakwah nie adalah yang paling berjaya setakat nie kepada golongan belia yang sebenarnya amat dahagakan kesucian beragama nih!! Cuma sebelum nie.... belia anggap belajar ilmu agama nie suatu yang sangat boring...sangat tak best...dan sangat mengkremkan punggung masing-masing... Sekarang....learn with so much fun! Penuh keterujaan...Kan.....

Tapi kan..... adaaa jugak sesetengah golongan nie kata tak boleh... tak sesuai... tak patut gelak-gelak dalam masjid.. adohai... Pastu siap kutuk-kutuk ustaz-ustaz.. siap maki hamun lagi... Duk sibuk kata jangan fanatik...jangan percaya... Pastu sebar berita buruk yang entah betul ke tak.. Fitnah tak fitnah dah tak kesah...asalkan sampai hajat nak jatuhkan maruah depa.. Oi sedara sedari cikebum cikebum sekalian... Dari duk kutuk mereka yang banyak menyebarkan ilmu yang baik nie... Baik duk kutuk mereka-mereka yang sebarkan kebebasan bersosial yang melampau tu haaa.. Baik sindir golongan yang mempersendakan agama secara terang-terangan tu haaa... Sape? Sape? Ditujukan kat sape nie?

Artis kah? Menteri kah? Ahli politik kah? Blogger kah? Sape yang aku sedang tujukan nih? Ada unsur politik kah? ada unsur merendahkan martabat melayu kah? Ada unsur fata morgana kah? Fotosintesis kah? Foto kinetik kah? Atau... Fotografi kah? Sebenarnya soklan-soklan tu ditujukan kepada............ KITA SEMUA... DIRI SENDIRI! Ramai dari kita nie aurat sendiri tak jaga...tapi sibuk nak kutuk orang lain.... Ramai dari kita nie kutuk ustaz-ustaz tu... tapi sendiri bukannya tahu pun pasal agama... solat pun tak berapa betul... baca al-fatihah pun tak berapa nak kena... ada hati nak kutuk depa tu... Ramai dari kita suka sembang macam segala isi dunia nie dia tahu... Walhal nak suruh huraikan makna tersirat di sebalik syahadah pun tak mampu... Sibuk memperdajjalkan mereka yang cuba menyebarkan kebaikan... Padahal diri sendiri hampir sama buruk macam si Dajjal...

So..... shut your mouth.... istighfar bebanyak... dan pi dengaq apa ustaz tu kate.... belajar dan timba lah ilmu banyak-banyak... hormat depa tu macam hormat cikgu-cikgu....hormat orang tua.. bukannya kerana tinggi pangkat dan darjat baru nak hormat... Hormat kerana ilmu...bukan kerana harta dan pangkat... Belajar lah sambil beronok-ronok mendengar celoteh mereka... Jangan carik alasan duk kutuk.. Jangan jadi cam shetonirrojim.... Pi dengaq.. pi ketawa... balik rumah penuh ilmu di dada... Ada rugi? Tarak! Dapat pahala lagi..Buang yang keruh... ambil yang.... jernih... Pandai! =)

P/S: Ustaz..Mu Tunggu Aku Datang Masjid Pi Dengaq Ceramah Hang!! :)

Tuesday, December 17, 2013

Selagi Aku Masih Mampu Berdiri [Motivasi Diri]


Kekadang kita rasa kita dah tewas...kita dah kalah...kita dah tak mampu lagi nak melawan dugaan dan rintangan seorang diri.... Cabaran demi cabaran datang bagaikan ombak laut di pantai... Terasa diri ini bagaikan dipukul dan dihentam bertubi-tubi... Sakit bukan kepalang...Luka penuh dibadan ..Tidak mampu lagi disembunyikan...Masih mampukah aku berdiri?? ....

Ituler contoh satu luahan hati mengikut gaya novelis artistik akustik yang mistik lagi bistik....he he... Penuh jiwang di situ... sorry..not in this belog wokeh... Belog ni sempoi je ayat dia... tapi nak citer benda yang sama... Pernah tak korang mengalami sindrom hampir putus asa? Sindrom rasa down giler lah...Bukan sindrom down yer... Itu bukak kamus lain... Sindrom di mana kita rasa hampir putus haid..oh...silap lagi...putus asa yer..maafkan saya.... Putus harapan.... dengan kata lain... I'M GIVE UP?

Well....dengan bangganya aku nak ceritakan kisah seorang marhaen yang hampir putus asa tapi dengan tetibanya dia kembali berjaya dalam kehidupannya.... Well.. masih banyak kene tempuhi.. tapi stakat nie... dia mampu mengalahkan keputus asa an itu dengan jayanya...alhamdulillah... Ok...sila baca dengan sabar dan penuh penghayatan yer... cerita benar nie... Cerita seorang yang hampir putus asa dalam perjuangannya dalam pengajian Kung fu Master nyer.......

Bermula al-kisah marhaen nie...dengan penuh azamnya dia menyambung pengajian Kung fu Master nya secara full-time... aliran pencak seni yang bernama.... hahahahihihihihuhuhu (wallahualam... dirahsiakan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan). Maka bermula lah perjuangannya yang kebiasaannya memakan masa selama dua tahun... Memendekkan cerita... bermula tahun pertama pengajian...takde masalah... Ok ajer.. belajar jurus tu...jurus nie... lipat sana..lipat sini..golek sinun..golek sinan... Tapi bila masuk tahun kedua...timbul satu persatu masalahnya...

Bermula dengan masalah tempat belajarnya terbakar.. lepas tu ketiadaan duit nak bayar yuran belajar... diejek sebab dia nie di copkan bengap dan lambat pick up...... sifunya pulak tak pedulikan hal dia..lantak pi hang la nak berjaya ke tak...asalkan sifu dapat duit sumbat perut lapor ..hilangkan dahaga tekak..buncitkan perut sampai boroi...... maka ketensenan dia makin ketara apabila satu schoolnya tidak mampu menolongnya... Maka terpaksa la si marhaen ni berdiri sekangkang kera.. sekangkang kangkung tang trang tong tang bersendirian tadak orang amek tahu... keciwa campor lonely beb... bertahun-tahun memendam rasa..stress makin bercambah macam cendawan tumbuh lepas hujan beb... kalo simpan lama-lama boleh jadi gila beb..ooOooOOoo gila.... haa...kan dah gila tu...


Maka itu ler perkara yang terpaksa dihadapi si marhaen nie... Tapi cinta kepada ilmu kung fu punya pasal... stress dan tensen dihadapi dengan penuh sabar... Maka diusaha kan lagilah dengan satu tujuan... nak grad je dari skolah kung fu nie... tapi stress dan putus asa punyer sindrom dh makin berselaput kat dalam hati si marhaen... Dah mula bertanya kat diri sendiri... Apa yang aku buat?? Apa pekdahnya belajor kung fu ni?? Buang masa tol!! Baik balik jual ais kacang..dapat jugak duit kan macam citer Rock oOo Rimba Bara tu...Haa..tu la soklan shetonirrojim yang dah start keluar bila keputus asaan makin banyak tertimbul dalam sanubari jiwa si marhaen...

Diusahakan jugak kerana ingat mak ayah..hantaq jauh-jauh ..guna duit tabung hantar si marhaen ni belajor kung fu.. dalam keterpaksaan nie.. di try jugak sikit demi sikit... tapi tetap tak pass jugak.. ape ke bengap diri nie??? tu ler soklan terdetik di hati si marhaen...Si marhaen sudah mula menunjukkan sifat berputus asa... Tapi hati masih mampu bertahan dari buat keje bodoh seperti menggantung diri, mencekik tulang ayam, melolong tengah-tengah malam, atau membasuh gigi guna berus jamban (gila)...Masih mengeluh nasib diri kepada Allah yang Maha Mendengar..."Ya Allah..bantulah daku...bantulah daku.."

Dalam hati si marhaen berperang menanggung seksa sakit hati tu...Maka secara tak perasannya berbulan-bulan membawa hati yang lagha tu tanpa progress dalam pengajiannya... Kekadang terfikir jugak dalam benak si marhaen..."Tak grad dah aku nie...takpelah..mungkin setakat nie jer rezeki aku.."

Hampir setahun si marhaen cuma hanyut dalam peperangan jiwanya... melawan kata hati dari berputus asa... Dicuba jugak dengan sedaya upaya mempelajari seni beladiri yang diminatinya nie..tapi apakan daya.. halangan tu lebih besar  berdiri di depannya... Mungkin berkat kuasa doa dan tawakkal... berkat doa mak ayah lat kampung nun jauh di sana... berkat masih cekal dan sabar melawan ujian dan dugaan..berlaku perubahan angin dalam sekolah itu... sifunya berpindah dan si marhaen pun terpaksa belajar sendiri!! Lagi la pening... Ni ubah angin makin teruk nie... aaaargh!! Dalam keadaan pening yang melampau...tetiba teringat pesanan ayahnya... "Bila stuck, buntu dalam memikirkan sesuatu...kosongkan minda..tenangkan jiwa.. ingat Allah.. hanya Dia Maha Berkuasa atas sesuatu..."

Maka ditenangkan dirinya ...bertafakur sejenak di bawah aliran air terjun... sambil mendengar kicauan burung cot cet cot cet.. Woi..bising la! ha ha.. tetiba....desiran daun ditiup angin.. segala bunyi-bunyian alam menenangkan hatinya yang berkecamuk serabut gila tu... Dilihatnya air mengalir... daun kering berpusar ditiup angin... melihat arnab melompat-lompat mencari makanan...ikan berenang-renang bersama-sama.... tenang...sungguh tenang....

Dengan jiwa yang lebih tenang...si marhaen baru dapat berfikir secara waras... apa punca sebenar si marhaen ni tak lulus lulus? Basic semua dah diajar sifunya yang dulu...cuma bergantung pada diri sendiri sahaja untuk menghabiskan apa yang diajarnya... so.. apa masalahnya?? Di mana kurangnya aku?? Timbul soklan cepumas si marhaen kepada diri sendiri....

Dengan pertolongan Allah, Si marhaen mendapat petunjuk dan semangat baru dari dua sebab...sokongan moral keluarga serta kawannya... dan dari sepotong ayat dari sebuah buku yang tak dibeli pon...tapi sekadar dibaca secara tak langsung ketika jenjalan pi shopping! Yes... itulah titik tolak terbuka pintu hati si marhaen meneruskan perjuangannya... Si marhaen berubah kerana hanya sepotong ayat dari buku motivasi yang dia sendiri tak hingat tajuk nya apa! Cantik sungguh cara pertolongan Allah...Kata-kata dari buku itu... lebih kurang begini le kot..

"Apakah masalah paling besar bagi orang yang gagal? Masalah paling besar mereka yang gagal ialah... DIRI MEREKA SENDIRI.. Selalu anggap masalah itu bukan berpunca dari diri.. salah si sipulan..salah keadaan..salah sinun..malah salahkan diri sendiri!! Orang berjaya tiada masalah.. Kerana mereka mendefinisikan masalah sebagai cabaran... Tiada lagi menuding jari kepada sesape... Kerana cabaran hanya boleh diatasi dengan hanya semudah membuat tindakan secara praktikal dan tersusun dengan kebergantungannya hanya kepada diri kita sendiri.. RANCANG..USAHA..DAN TERUS USAHA DENGAN YAKIN DAN AZAM YANG TINGGI..... It's all depend to YOU!! Be confident dan maju ke depan.. biaq la slow macam kura-kura.. biaq pi apa orang kata.. biaq pi sumer tu.. Believe in yourself!!"

Haa...dengan ditokok tambah secupak dua gantang... macam tu ler lebih kurang ayat dalam buku tu... hihi..Bermula hari itu...Si marhaen seperti orang baru... berlatih tidak kenal jemu..tak kenal penat lelah siang dan malam.. bila jatuh bangkit lagi..bila rebah terus berdiri...bila tergelincir..bangun kembali! Usaha...usaha...dan terus berusaha... Kawan ejek...PEDULIKAN! dikata lembap dan bengap ... PEDULIKAN! None in the history lahir-lahir je boleh berkung fu.. Bruce Lee dulu penah kene belasah sebelum popular... Newton penah dicop gila sebelum orang kenal kecerdikan dia.. even orang arab dulu cemuh dan caci Rasulullah s.a.w sebelum mengakui sifat peribadi yang tiada cacat cela dalam diri Rasulullah kita..Tetapkan fokus ..fokus...dan terus fokus... selagi kudrat masih ada.. akan diguna sampai lebam.. sampai ajal.. Learn from history..and make our life be a history in future...

Maka suatu hari.. ada pertandingan kung fu antara rakan-rakan seperjuangan... siapa dapat top 10..baru kira lulus... Jikalau sebelum ni aku asyik kalah 1st round...2nd round...kali ni akan aku usaha yang terbaik dengan azam baru...yakin pada diri!..kata si marhaen..

 Dan siapa sangka...si marhaen bukan saje dapat top 10...malah dia dapat johan pertandingan tanpa luka sikit pon... berkat usaha berterusan..dan doa bertawakkal... semua rakan terkejut... sebengap-bengap si marhaen pon... kalau yakin pada diri seyakin-yakinnya... dia mampu! Bila ditanya wartawan... macam mana dia boleh berjaya? Dijawab... "Terima kasih sifu... terima kasih rakan-rakan.. tanpa ada mereka...saya tidak berdiri di sini.. ".. Ditanya lagi, kenapa lama sangat nak sampai ke tahap ni?... Si marhaen jawab, "Ini adalah jalan terbaik Allah bagi untuk diriku.. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya... dan aku bersyukur dengan ketentuan dari-Nya. Alhamdulillah"... Sesungguhnya sifat rendah diri dan bersyukur adalah lebih baik...

Alhamdulillah... Aku nak cerita kat sini.. selagi kita ada kudrat...selagi kita masih mampu berdiri...selagi hayat dikandung badan...kita jangan berputus asa.... Usaha sampai lebam! Usaha sampai ke lubang cacing... Sebab kekadang kita tak tahu di mana penghujungnya..di mana batasan dia... Selagi kita ada harapan..selagi tu lah kita maju ke depan...

Dalam citer nie...titik tolak perubahan bukan sebab sifu dia tak pandai.. bukan sebab sekolah tu tak pandai....bukan sebab baca ayat dalam buku... tapi kita sendiri... Kalau kita mampu ubah diri kita..kita mampu buat apa sahaja yang kita mahu.. Yakin pada diri.. usaha dan tawakkal dengan penuh istiqamah... jangan sekali-kali tergelincir dari landasan ajaran agama...Insya Allah kita mampu lakukan...

Satu lagi dari cerita nie...bukan semua jalan penuh liku..bukan semua jalan yang kita tempuh tu senang dan simple... kekadang akan ada susahnya...kekadang akan ada senangnya... tapi itu semua ada hikmahnya... ada baiknya untuk kita mendatang... Si marhaen pernah bagitau aku... susah senang...jalan berliku dalam pembelajarannya mengejar seni kung fu tu..hampir 2 kali ganda masanya nak sampai ke tahap tu berbanding orang lain..adalah pengajaran dan pengalaman paling bermakna dalam hidupnya... banyak kebaikkannya dan banyak sungguh manfaatnya...

Siapa sangka... jalan berliku itulah jalan terbaik buat dirinya....mematangkan dirinya dan menjadikan dirinya seorang yang lebih baik..bukan sahaj dalam seni kung fu..tapi juga kehidupan sebagai seorang hamba Allah di muka bumi... kejayaan dari kesusahan lebih manis dan dihargai...Selagi kita masih belum sampai ke penghujung...selagi itulah usaha dan tawakkal diteruskan... Selagi aku masih mampu berdiri....:)

P/S: Learn from history..and make our life be the best history in future...original dari Bro Wacana..:)
Cerita diolah untuk kesesuaian semua... hehehe

Monday, December 16, 2013

Lumrah Malaysia, Kitaran dan Putaran Roda Kehidupan Yang Sama

Sekarang ramai duk sibuk pasal kenaikan serba serbi barang di Malaysia.... Gula naik.. Minyak naik... letrik naik.... pastu tol pulak naik.... Yang tak naik-naik cuma gaji sendiri jer... Kalau serbuk penaik yang naik takpe la...tu lumrah dia sejak azali.... ni semua benda yang sepatutnya dijanjikan sebaliknya naik... Tu ramai yang bising tu...

Sebelum PRU takde la pulak kan letak dalam manifesto... JIkalau korang mengundi kami....kami akan menaikkan tol...menaikkan harga gula...menaikkan minyak... kan senang.... nie tak.. masa nak pancing undi... boleh la pulak bagi itu bagi ini... yang nak tarik balik takde pulak nak bagi tau kan?

Mungkin ada yang kata...Bodoh la dia nie...memang la tak bagitau...kalau tak sape nak undi??? Haaaa....tau pon... Maknanya sape yang tertipu? depa ke kita? Pastu boleh pulak bagi alasan caca marba... gula naik...tak payah makan gula... tol naik... guna jalan biasa tak payah guna jalan yang ada tol... Habis...Highway yang sampai tiga empat lane tu nak bagi sape yang lalu?? Hantu jalan? Adoi.... 

Tapi kan.... lumrah kat Malaysia nie memang macam tu pon .. dari sejak aku dah pandai sikit-sikit dan faham akan erti politik nie.... aku nampak trend dia sama jer.... Macam sekarang... semua duk geram dan benci sebab semua benda naik... Tunggu la 5 tahun lagi.. dekat-dekat nak PRU lagi... Semua benda nie dah dilupa dah... Komfem! Pastu yang ingat...perkara sementara masa dekat-dekat PRU tu... bagi tu...bagi nie... bonus banyak la... saman ditarik la.... Ada la drama kebaikan di sebalik keburukan tu...

Lepas PRU... macam hari nie balik la jawabnya...itu naik...ini naik... pastu marah-marah lagi... lepas 5 tahun lagi.... diulang perkara yang sama... Macam drama sebabak-sebabak je kan... Yang macai pejal lagi kering tu tak payah nak cakap la... Sokong tetap sokong... kene tindas la banyak mana pun...

Aku cuma sekadar bagi rumusan je nie... Bak kata Shuib.... "Pening arrrrr!!" Memang pening... sekarang ramai la duk benci... tapi lepas 5 tahun...tunggu la... semua duk puji balik... padahal yang diambil seguni...dibagi sekampit.... Komon la guys.... Matang la sikit memerhatikan keadaan... Jangan mata kita ditutup dengan parti jer... Please pandang dari pandangan helang..bukan pandangan si katak dalam tempurung... 

Kalau betul depa duk canang rakyat didahulukan...buktikan! Tu jer... aku cuma nak tengok dasar politik kita bersih dan tulus jer.... Bukannya nak sedut sampai kering darah semua rakyat jelata... Aku tau setiap parti politik ada agenda masing-masing...Ada baik buruk... tapi sekarang yang mana lagi banyak buruknya?? Sangat rindukan cara Islam yang sebenar... Memalukan ajer sekarang nie... dicanag sebuah negara Islam...tapi banyak yang tak bercirikan Islam...Masjid je besar... Iman? Wallahualam...

Friday, December 13, 2013

Five Little Monkeys Gaya Si Comel..Hihi

Sekali lagi aku rakam gelagat anak aku si Izz Walee Mahdi meniru aksi lagu-lagu peberetnya.... Kali nie lagu Five Little Monkeys pulak... Umur masa nie : 22 bulan....



Part paling bes...bila part jatuh tu... Comel je tengok si comel buat jatuh...hehehe... Sekarang tunggu je aksi-aksi dia nak meniru... release tensen duk mengadap jurnal nih...hihi...

Tuesday, December 10, 2013

The Wheels On The Bus versi Izz Walee Mahdi

Sedar tak sedar dah masuk sebulan aku duk di Uk nie... Kejap je rasa... Maknanya dah sebulan kitorang duk bergelumang membiasakan diri dengan cuaca sejuk kat sini... hu hu.. Tapi yg paling cepat membiasakan diri aku rasa anak aku... dah siap hafal gaya lagu The Wheels On The Bus!!!

Aku sempat la rakam telatah anak aku nie haa... sambil tolong nyanyi sekali nak bagi sound effect real punyer.. he he.. Maaf ler kalo suara tak berapa besh.... he he 



Haritu sempat jugak cuba lagu dikir barat...buat gaya awok-awok tu... si kecik ni ikut jugak!! Tunggu la Izz....nak kasi rekod jugak kalo ada rejeki...hi hi hi...Pastu kasi tengok bila dah besar...mesti tak mengaku punyer..keh keh..

P/S: Esok tu terus pi sekolah (pre-school) dekat sini...muka excited giler sebab cikgu bantai nyanyi lagu ni jugak..ha ha...Izz...Izz...

Wednesday, November 6, 2013

Menuju Ke Menara Gading : Episod 6 (ATAS Dan VISA)



Episod bersiri entri Menuju ke Menara Gading nie dah sampai ke episod 6... Huhu... Time aku tulis entri nie... aku dah sampai ke tempat yang aku tuju... Iaitu di Cranfield... Tulis blog sambil menggigil nie bai... sejuuuk~~ Aku sampai time nak masuk winter... memang sejuk giler... Suhu paling tinggi cuma cecah 10 darjah Celcius jer..Brrrr... Tapi demi nak menyiapkan cerita bersiri nie... aku tabahkan jugak menaip entri nie... he he..

Tarik selimut jap... Okeh.... Benda yang paling penting nak sambung belajar ke luar negara nie ialah.... kene apply VISA... Takde benda nie.... memang tak sah... WAJIB ada... Cara nak apply VISA nie senang jer.... pegi ke website nie: British UK Border Agency. Nie kalau nak pegi UK la kan... yang lain boleh cek website negara masing-masing....

Kalau yang nak sambung belajar ke UK... kene baca dulu arahan-arahan dalam website nie... Sebab banyak sangat jenis borang yang ada bagi setiap kategori... Bagi golongan kita-kita nie haaa...kene la pilih untuk sambung belajar.... Ambil borang jenis Tier 4- General. Kalau ada bawak anak bini... pon kene ambek borang dari kategori Tier 4... tapi untuk Dependant... Baca arahan dari website tu dulu yea kalau nak senang...

Nak buat VISA nie... kena ada duit poket dulu... nak senang guna jer kad kredit sebab kene bayar online. Harga bayaran VISA sambung belajar nie mahal... Lebih kurang dalam RM1500 seorang... depend pada kadar tukaran wang asing... Masa aku buat dulu..dalam RM1600++ seorang... kalau ada anak bini.... tambah la sendiri...huhu

Yang tak sedap dengar nyer.... kalau dah isi borang dan dah bayar...pastu kalau ada kesilapan yang menyebabkan borang tu tak diproses.... duit tu dikira hangus..... Yupp....HANGUS! Terbakor habis duit beribu-ribu.... so...isi betul-betul.....Nasihat dari Jabatan Bomba kampung Pinang Sebatang...he he..

Nak isi borang VISA nie.... korang kenela ada beberapa maklumat penting... Contohnya macam maklumat akaun bank korang (nie kalau takde sponsor)... Maklumat financial affidavit (dari sponsor).. Maklumat alamat rumah di UK.... ermm... ape lagi ek.... haaa.... kene buat TB test dulu dekat klinik yang disenarai dalam website tadi jer.. Kalau tak salah... klinik yang boleh diterima cuma ada dua jer di area KL dan satu di Sarawak dan Sabah... Bayaran dia sebanyak lebih kurang RM300 seorang.... haaa... duit lagi kan.... Ermm...pastu  translate sijil nikah lagi... boleh dibuat di Institut Penterjemahan Negara atau dekat Istana Kehakiman dekat Putrajaya tu..

Lepas dah apply online... kene buat appointment nak serahkan form online tadi secara by hand dekat office dia.... Kat sini kene bawak semua bukti-bukti korang tu... passport...surat-surat penting... sijil nikah original dan yang di translate... dan lain-lain... Senang citer... bawak je semua dokumen penting... Kat situ jugak nanti korang akan disuruh buat biometric ID... Semua jari kene amek cap jari... So...sila jaga jari-jemari anda sebelum pegi dekat ofis VISA tu..

Proses VISA nie agak lama.... lepas dah hantar semua borang dekat kaunter dia tu.... dia akan hantar ke Manila untuk proses seterusnya.... Masa kebiasaan... lebih kurang 14 hari bekerja.... So..plan elok-elok bila nak buat VISA nie.... kalau dah terdesak, korang boleh la buat satu proses khas bagi orang yang terdesak nak cepat... "Priority VISA"... Boleh apply on the spot masa appointment tu.. Tapi kene tambah bayaran sebanyak RM400 seorang.......

Untuk ke UK jugak... sesetengah course kene ada ATAS.... bukan bawah atau di tepi yer... kene ada ATAS... he he he... ATAS nie stands for Academic Technology Approval Scheme.... Nie diusulkan oleh Ministry dari UK... Kene apply online jugak... Nie pun lambat jugak... bila korang dah dapat offer letter dari univ tu... dah boleh dah apply ATAS secara online... Proses dia lambat jugak... lepas dah apply... takde masalah ape-ape.. korang kene tunggu lebih kurang 4 minggu hari bekerja baru dapat kelulusan.... dia panggil ATAS Certificate...

Haaa.... dah setel tu semua... VISA dah dapat...ATAS Cert pun dah dapat... CAS number dah dapat... Dah boleh la beli tiket flight.... Maka selesailah 1001 proses korang nak sambung belajar ke luar negara.... Dah setel ke nie? Belum yer.... Sebab banyak lagi kene buat.... Macam aku nie... kene selesaikan segala proses pemindahan barang la pulak... antara nak pindah atau jual je semua.... Pastu kene fikir apa pulak yang kene bawak dan tak perlu bawak... Still banyak yang kene buat.... 

Itu semua lumrah nak sambung belajar.... Sampai kat sane... kene biasakan diri la pulak.... Itu lagi satu hal... Nanti aku citer di lain entri... Dah la boleh citer sikit-sikit sebab aku secara rasminya dah sampai ke UK nie.... Alhamdulillah... Tapi sentiasa kene ingat dalam kepala.... Kita datang bukan berholiday... kita datang untuk berjuang... berjuang dari aliran akademik....membawa nama agama dan negara... tak gitu? 

P/S: Sesape rasa nak barangan baby murah... silalah ke Daddy's Little Pumpkin ... :)

Sunday, October 13, 2013

Menuju Ke Menara Gading : Episod 5 ( Isi Permohonan )


Lepas dah setel cari supervisor... dah contact dan komfem yang tu supervisor korang... Boleh la isi online... nie UK dgn Aussie je rasanye... US kene isi manual...hantar by pos... Tah ler... Aku terbiasa dengan sistem UK je nie.... Isi application online dalam website universiti yang korang dah pilih tu... Yang mana takde maklumat..tinggalkan dulu.. takpe... Contohnya korang tak ambek IELTS lagi ker... tak dapat sponsorship lagi ker... takpe... teruskan dan isi je dulu....

Lepas dah isi... submit... tunggu je la... Yang mana rasa nak pegi guna scholarship... apply je dulu jugak... Pasal offer letter nanti baru attach balik masa tengah proses kelulusan permohonan tu.. Baru cepat sikit proses.... Yang mana macam aku nie..keje dengan UPM, kenela isi jugak permohonan cuti belajar... Proses dia lama.... I mean... lamaaaaaaaaaaaaaaaa sangat.... Nak setel dari submit borang cuti belajar dan scholarship under kementerian hingga dapat keputusan rasmi dapat ke tak permohonan kita tu... makan masa selama 3 bulan! Yup... tiga bulan... Kalau ayam bertelur... dah jadi anak ayam dah... he he he

Kenapa lama? Macam nie sedikit sebanyak proses dia... lepas hantar borang permohonan... dibawa ke mesyuarat bahagian... lulus kat sini...di bawa ke mesyuarat senat...kalau keje under gobermen..nie kira meeting bos-bos la kot... biasanya kalau korang hantar akhir bulan... korang kene tunggu sebulan.. kalau nak cepat.. sila hantar awal bulan... lulus di senat.... baru dibawa ke kementerian untuk kelulusan biasiswa.. Biasanya tempoh antara senat dan kementerian makan masa sebulan.. Tu pun kalau takde delay meeting mana-mana.... Kalau tak lagi laaaa lama... Ok... kata lah nasib korang baik... takde delay meeting dan kuota masih ada... maka luluslah di peringkat kementerian... barulah dikeluarkan surat rasmi.... Alhamdulillah... The journey is on!

Menariknya... dari keputusan meeting nak dapat surat rasmi...biasanya seminggu baru dapat.... Lepas dapat surat rasmi dari kementerian... kene tunggu seminggu lagi baru dapat dokumen rasmi dari pihak universiti.... So..dua minggu dekat situ jer... Tup tup tup.... dekat tiga bulan... Macam aku dulu...hantar akhir bulan enam... akhir bulan sembilan baru rasmi dapat.... So.... tiga bulan la kan... Proses menunggu yang sangat lama...huhuhu. Wife aku cakap ape..... Janji dapat! So positive! Bagus untuk masa depan....:)

Kalau under MARA lain cerita... tapi dengar citer lebih kurang tu jugak... Aku tak tau sangat yang mintak under MARA.. tapi MARA lebih tegas kot dari segi pemilihan universiti yang korang nak sambung belajar... Dia tengok ranking list... So... boleh cek dari sekarang ranking list setiap universiti di dunia nie mengikut bidang masing-masing... Kalau ranking dia bagus... top ten ranking... senang ler dapat... Melalui kementerian pun sama... Rajin-rajin la cek ranking list tu... Sebab nanti dia akan mintak bukti ranking list dari korang...he he

So.... dari apply online di website universiti yang korang nak pegi... sampai dapat semua dokumen rasmi dari kementerian atau MARA.... lebih kurang 4-5 bulan.... So.... prepare la awal-awal... Jangan rasa nak sambung belajar bulan depan...bulan nie baru nak terhegeh-hegeh nak buat semua benda... Perlukan perancangan teliti dan rapi... kesabaran yang tinggi... dan azam yang teguh... Kalau tak separuh jalan je jadi... pastu cancel...sebab banyak benda boleh berlaku dalam tempoh 4-5 bulan tu.... Banyakkan berdoa dan bertawakkal... Insya Allah...

Apa persediaan yang patut dibuat sepanjang tempoh 4-5 bulan tu? Banyaaaaaaak... banyak benda boleh dibuat... kalau duit poket tak tebal... tebal-tebalkan... Simpan la duit untuk persediaan nanti... Jangan kata dapat scholarship kita tak payah risau pasal duit... Sebelum dapat scholarship tu.. korang dah kene salur banyak duit dah untuk persediaan sahaja... Kalau bujang... simpan la dalam RM5000.... kalau dah ada tanggungan anak bini... darab la RM5000 tu dengan berapa orang yang ada... Serius nie... memang macam tu.... nie la orang kata.... NO PAIN, NO GAIN.... memang sakit dulu awal-awal.....huhuhu

Apesal banyak sangat kene simpan duit? Sebab kebanyakan proses memang pakai duit kita dulu.... Dari mohon passport....VISA.... TB Test.... Medical Check-up... Setem hasil... minyak ke sana ke mari.... IELTS... semua guna duit yang banyak jumlahnya... Nak senang dan tak berhutang... simpan awal-awal... Jangan harapkan bantuan orang sangat pasal duit nie... Korang mampu.... simpan je la... Susah dahulu pendapatan.. 

Selain duit poket.... yang mana takde passport...boleh buat permohonan passport baru (link), Kalau ada saman dan hutang.... selesaikan dulu semua tu... kalau yang tak bayar PTPTN dan di blacklist... kene selesaikan hal tu dulu.... IELTS boleh amek masa tu kalau tak ambek lagi.... Amek kursus BTN pun boleh jugak masa awal-awal tengah apply online tu... Under MARA lain...lepas dapat surat rasmi rasenyer... Buat la ape-ape yang patut untuk persediaan sambung belajar korang tu.... Rancang dengan teliti...Sebab bila dah dapat semua dokumen tu nanti... Banyak masa habis kat situ jer... Kelam kabut jadinyer nanti... nanti aku citerkan di lain entri... 

Ok.... katelah korang dah dapat secara RASMI berkenaan surat offer universiti... dah dapat biasiswa... dah setel BTN....IELTS pun dah lepas with flying colors...  Maknanya korang dah separuh jalan menuju ke menara gading.... Dah selangkah ke hadapan untuk proses sambung belajar... So....lepas nie nak setelkan je... Akan aku citerkan di Episod 6... =)

P/S: Kejayaan seseorang bergantung pada usahanya.. Berusahalah dan berdoalah...

Friday, October 4, 2013

Menuju Ke Menara Gading : Episod 4 (IELTS Test dan BTN)




IELTS test atau nama penuhnya International English Language Testing System nie adalah salah satu syarat utama kalau nak sambung belajar ke luar negara... Ada satu lagi test kalau tak nak ambek IELTS nie... Satu lagi tu dipanggil TOEFL Test.... Maksudnya Test of English As a Foreign Language....

Aku suka ambek IELTS lagi berbanding TOEFL sebab selepas di survey..... Dengar citer TOEFL nie lagi susah berbanding IELTS... Orang yang English tak power nie takkan nak ambek yang lagi susah kan.... huhuhu. Standard IELTS pun dah makin susah dah sekarang.... So, prepare la awal-awal bagi sesape rasa nak sambung luar tu...

IELTS nie ada empat bahagian test dia... Ada Listening...Speaking...Writing...dan Reading... Sediakan duit sebanyak RM600++ untuk ambek test nie... Kalau yang dah ambek sebelum nie... Kalau dah lepas 2 tahun..kene ambek lagi... Sebab IELTS test nie valid dia 2 tahun jer... Ok.. Setiap satu akan dinilai kemudian di overall kan.... Bagi aku part paling susah...speaking dengan writing.. Walaupun dah biasa tulis tesis dalam english nie... Tapi bila exam nie lain sikit.. sebab menulis pakai tangan memang berbeza dengan menaip dekat microsoft word nie... Takde auto pembetulan! kekadang kalau tulis tu dah terlupa dah grammar tu...lagi-lagi termasuk skali english Malaysian... U know what I mean laaa kan.... hehe

Speaking pulak yang susah nya sebab nak bercakap dengan grammar dan standard bahasa yang betul dan tinggi.... Aku nie jenis terbiasa english Malaysian....lagi.... Kekadang tu ada terbubuh "lor" la kar blakang.... Translate direct la kekadang... Memang kalau masuk test... takkan dapat tinggi punyer... Tu tak masuk gagap gabra gementar duk depan examiner lagi...hihihi... Masa test yang terbaru ari tu... Boleh aku blank dan blur masa test... Syarat utama test speaking ni ialah...jangan senyap! So..aku merapu la ikut suka sampai lari topik menggila jauhnya... Ha ha ha ha... Aaaah..yang penting aku dah lepas... yeyeeeeah~~

Listening dengan reading takde masalah... sebab dah cukup buat latihan... Kalau bab listening.. kena biasakan dengar sleng english UK atau Aussie.... Memang terkezut la sesape yang ingat english standard cikgu sekolah atau lecturer kita masa kat Uni jer...Pernah dengar kan dialog citer Harry Potter? Haa... macam tu ler sleng dia...campor pulak dengan laju giler cakap macam kereta Ferrari tengah masuk gear 5... memang kena practise bagi yang tak biasa.... Korek-korek telinga sikit...

Reading pulak lebih kepada pengurusan masa.... Ada 4 article panjang...I mean panjaaaaaaaaang.... Kalau nak baca macam baca surat khabar tu... 15 minit habis kat baca artikel tu jer... ada lebih kurang 10 soklan setiap artikel... kekadang isi tempat kosong, kekadang kene simpulkan setiap perenggan dengan satu ayat... Kekadang soklan tu memang kene betul-betul faham pasal artikel tu baru boleh jawab (maksudnya takde dah jenis macam sekolah..cari perkataan sama..pastu baru baca...Tarak!) Nak jawab semua tu hanya dalam masa sejam...  Pandai-pandaila nak hidup... muahahaha...

Band paling tinggi adalah 9... dan biasanya kalau nak ke luar negara...kene dapatkan sekurang-kurangnya Band 6.5.... Senang tak nak dapat 6.5? Ibarat macam nak dapatkan B+ dalam subjek hard core la kot... memang kene practise... Kalau dah power english....Cakap english lagi laju dari bahasa dialek kampung sendiri tu.... itu lain cerita aaa....Ini level biasa-biasa punya ceritaaa...

Mana nak ambek test nie? Korang boleh Google jer... Kat Malaysia nie ada dua pusat yang buat test nie... Satunya British Council... Satu lagi IDP... British Council tu ada dekat Jalan Ampang..IDP pun ada kot dekat-dekat tu... Tapi aku ambek dulu dekat IDP Subang Jaya... Dekat dengan Taylor University tu.. Korang taip je dekat Google tu.... Senang je sekarang... Segala maklumat ada di hujung jari... jangan pulak tengok kat jari korang...Itu namanya sengal...

Satu lagi bab penting kalau nak ke luar negara... kene sertai kursus BTN... Birotatanegara... Nie wajib ok... Korang kene hadirkan diri ke kursus nie yang biasanya 5 hari 4 malam.... Dalam nie korang akan diberitahu tentang sejarah.... tentang isu-isu semasa...tentang undang-undang perlembagaan Malaysia.... Dan lain-lain... yang nie ada LULUS tak lulus jugak... So...sepanjang berada di kursus.... Please behave....he he he...

Ok... timeline sudaah (Episod 1).... Persediaan Mental pun sudaaaah (Episod 2)... Cari supervisor pun dah sudaaah (Episod 3)... Kali nie IELTS dan BTN.... So...lepas nie apa nak buat? Jom baca entri seterusnya...Episod 5... jeng jeng jeng......

P/S: Yang penting...usaha..usaha..usaha....baru bertawakal..

Tuesday, October 1, 2013

Menuju Ke Menara Gading : Episod 3 (Mencari Supervisor)


Ok.... dah baca Menuju Ke Menara Gading Episod 1 dan 2? Kalau tak...baca tu dulu... baru rasa macam baca cerita bersiri...he he.. Kali nie nak citer berkenaan first step nak sambung belajar.... Mencari Supervisor korang kat sana nanti.... 

Senang je kan cari supervisor... bukak website U tu...godek-godek bahagian list pensyarah... pastu terjah la kan.... Send emel bla bla bla... pastu tunggu.... camtu? Rilek.....Rilek brader brader rilek.... Bukan semudah tu bai... First kene tahu apa latar belakang dia... Latar belakang akademik dia... achievement dia... Kalau stakat pencapaian sama level dengan pensyarah kat dalam Malaysia...baik sambung dalam jer... Kita nie dah ada ramai pakar-pakar dalam sesetengah bidang..... Cek Curriculum Vitae dia dulu... 

Lepas dah jumpa yang hebat lagi mabeles tu... Kene cek latar belakang darah daging dia... Dia nie Jewish ke ape ker... Anti-racist ke.... Orang kat luar tu pelik-pelik... Ada yang racist...ada yang memang jenis tak suka muslim... tak suka wanita bertudung... tak suka Asian people... kena cek betul-betul tang nie... Sebab supervisor kita kat luar negara tu.... Ibarat nyawa kita yer... jangan main-main... belajar peringkat PhD nie 70% bergantung pada supervisor... Sebab tu jangan main sebat jer...

Untuk selamat... baik survey dulu dari sini guna pensyarah kat sini... mintak pendapat dan nasihat... Sebab kebanyakan depa nie dah belajar di luar negara... ada contact lagi...dah jumpa sesetengah lecturer luar tu... so lebih baik mintak pendapat dari depa semua.... Pastu kalau ada kawan yang tengah sambung belajar kat luar tu... Mintak la nasihat dari depa juga... Lebih baik kalau kawan tu duk di universiti yang kita nak survey... Mintak tolong tanyakan detail-detail macam nie: Student under dia average brapa tahun habis... Dia racist ke tak... ramai ke tak student Asia dia... dan sebagainya....

Lagi elok kalau ada peluang jumpa terus face to face dengan bakal supervisor tu... Try berbincang satu dua topik... Topik yang related dengan bidang dia.. tengok cara dia melayan kita nie...  Sebab kekadang lecturer luar selalu jugak datang ke Malaysia untuk Konferens... Simposium... lawatan kerja... Ataupun korang yang pergi melancong ke luar negara... berpeluang berjumpa terus di ofis dia kat sana... Lagi senang... Kalau ok... mungkin boleh bagitau terus nak sambung dengan dia....Tengok apa reaksi dia... Muka "Waaah" ke atau muka "Get lost"...hehe

Bila dah tanya sumer bagai macam tu... dan dah ada nama yang di pick dari pelbagai universiti... baru la contact dia secara sopan... Guna english proper yer.. jangan guna english Phua Chu Kang pulak dalam emel tu... First impression penting jugak... Nie first emel dah nampak english tunggang langgang... Naye beb... he he he... Ok.. Contact la semua list yang dah disenarai putihkan tu... nanti baru korang decide mana yang nak pilih lepas dia dah reply nanti... Bergantung pada jawapan dia serta topik yang dia prefer... Kalau korang minat dengan topik tu.. amek jer la... Kalau takde yang minat... cari la lagi.. atau ambek je yang lebih kurang minat..

Lepas dah reply emel dua tiga kali...berdiskusi through emel dalam dua tiga minggu.... Bergantung pada kecepatan dia reply emel... Kalau masa tu dia tengah bercuti (Biasanya masa Summer kat sana).. memang lambat dia reply.. Bila dah komfem dah... baru apply online dalam sistem website universiti tu.... Isi la ape-ape yang patut... Kalau tak buat IELTS test lagi pn takpe...Cakap akan ambek kemudian... Asal dapat offer dulu... kalau jenis tak lengkap macam tu, akan diberi conditional offer letter... takpe... sebab proses seterusnya memerlukan surat offer letter nie.... 

Nanti sambung lagi citer.... Dalam Episod 4... Berkenaan IELTS Test... hint dia.. kalau English MUET dulu pun dapat Band 3 atau 2 jer... Baik pi belajar amek kelas cepat-cepat.... hehehe... Band 4 pun belum tentu lepas... muahahaha.... 

P/S: Hendak Seribu Daya..

Monday, September 30, 2013

Menuju Ke Menara Gading : Episod 2 (Persediaan Mental)


Persediaan yang pertama yang patut kita buat sebelum sambung pengajian ke luar negara...  Kita kena sediakan diri kita dari segi spiritual... Spiritual nie bukannya bab agama sahaja... Haa... kene faham tu.... Spiritual nie berkenaan mental kita..Persediaan dalaman kita... Nie contohnya....

Ok.... untuk permulaannya..... sebelum buat keputusan nak pegi mana... Nak pegi Zimbabwe ke... nak pegi Los Angeles ke... nak pegi London ke... atau pun ke Ulu Klang (UK) sekalipun... tanamkan niat dulu... Niat betul-betul dalam hati nie yang kita nak pegi nie bukan nak suka-suka... tapi nak sambung belajar... Niat nak sambung belajar tu penting... Sebab nanti takut-takut bile dah sampai ke tempat yang dituju tu.. Kita terlupa apa tujuan asal kita pi sane... Haaa.... jangan main-main.. Dalam kursus persediaan sambung belajar... Perkara nie selalu di highlightkan yer.. Maknanya ramai yang lost in action bila kat sana sebab takde halatuju matlamat yang sebenar.....

Yang kedua... Dapatkan restu ibubapa... Depa izin ke tak... Kalau izin memang senang ler... Kalau tak izin.. kenela pujuk secara leklok... Jangan gaduh dengan mak ayah kita nie.... Tak berkat nanti... Pujuk leklok.. manja manja sikit... urut-urut bahu ayah sikit... tolong-tolong basuh pinggan kat dapur tu haa bagi mak sejuk hati... Tolong kemas-kemas rumah... Tolong menebas kat kebun... bagi makan ayam itik... Jangan terperuk kat bilik je keje bila balik kampung... Pandai-pandai ler ... yang penting...dapatkan restu... Jangan membongak cakap kasor dengan mak ayah.... 

Yang ketiga... perbanyakkan ilmu agama dalam diri... Perelokkan bacaan Al-Quran kita.... banyakkan membaca buku agama tentang hukum-hukum dan ilmu asas agama... Bukan apa... kat Malaysia nie kita ada ramai ustaz...Boleh rujuk senang-senang jer... Tapi bila dah pegi ke luar... Rujukan yang tinggal dalam internet je.. Internet nie banyak yang kene tapis dulu... Nak tapis tu kita sendiri kene tahu sedikit sebanyak.. Kat sana nanti.... Sememangnya ibadat agama tu cuma bergantung pada KEJUJURAN...takde dah JAKIM nak pantau...Takde dah tangkap basah yang kering tu... Sumer bergantung pada kejujuran dan keikhlasan kita..  So.. jangan tersasar.....Bina iman di dada dulu...

Yang penting, fokus...

Nie antara contoh-contoh yang utama yang perlu kita prepare dulu..... Prepare rohani kita.... Jangan biarkan diri kita terpele'ot dari landasan agama semata-mata nak kejar dunia... Haaa... Bila dah bersedia sumer tu... Kita pergi ke proses seterusnya.... Mencari supervisor (Penasihat) yang hensem...tak pon lawo...he he... Nie penting giler bai.. Sila lah ke episod 3... Menuju Ke Menara Gading : Episod 3.....Yang mana nak tengok timeline proses nak sambung pengajian... tengok Episod 1.. Banyak membantu korang nanti...:)

P/S: Hint cari supervisor.. Follow the wind! :D

Sunday, September 29, 2013

Menuju Ke Menara Gading | Episod 1 (Timeline)


Alhamdulillah..... Aku akhirnya berjaya menghabiskan jugak pembelajaran peringkat master.... Dan sekarang dalam planning nak sambung ke peringkat PhD ke luar negara.... Semoga dipermudahkan Ya Allah....Aminnn.... Nak kongsikan kat sini... timeline kalau korang betul-betul nak sambung ke peringkat PhD ke luar negara... Secara basicnya.... kalau korang nak sambung belajar tahun depan... bersedialah dari sekarang... Kerana proses masa diambil nak sambung belajar ke peringkat PhD di luar negara akan memakan masa selama 7-10 bulan!! 

Entri nie secara basic je ok....segala huraian dan cerita akan diterangkan dalam entri Menuju Ke Menara Gading di lain-lain episod... Apa persediaan yang patut dibuat... segala perkara yang kene setelkan... nanti akan aku terangkan dalam next next episod....Yang nie cuma bagi timeline dia jer.... Ok..clear eh? He he... macam bagi instruction la pulak kan... Dah terbiasa dah nie....

Nie la timeline secara ringkas yang patut korang dah tahu kalau nak sambung belajar ke luar negara... bukan senang-senang je ok... Kena ada perancangan rapi...kalau tak.. banyak benda tak setel..... Ni la contohnya... Proses mengikut susun atur yang biasa dibuat...
  • Emel kepada potential supervisor di mana-mana Universiti.. Jangan pakai emel je.. Mintak pandangan dan nasihat kawan ker..pensyarah kat sini ker... Lecturer mana yang di suggest kan ok... Kenapa? Nanti aku citerkan di lain entri... panjang reason dia... Kemudian emel politely dan bincang topik apa yang korang minat nak buat.... DURATION TIME : Biasanya 3 bulan beb.... huhu

  • Ambek IELTS Test awal-awal kalau tak nak pening... IELTS nie maksudnya International English Language Testing System... Sediakan la duit dalam RM600 bayar benda nie.. Nak pegi luar negara biasanya kene dapatkan Band 6.5 ke atas daripada Band 9... Ni boleh ambek masa tgh emel-emel tu.. kalau yang dah terer English...senang jer.. bagi yang tergagap-gagap speaking tu.. Bersedialah..... huhu
  • Kursus BTN - Kursus Birotatanegara WAJIB yer bagi sesape nak sambung belajar ke luar negara... Kursus nie 5 hari.. Nak ambek bawah MARA ke bawah JPA ke...wajib ambek kursus... so setelkan awal-awal...
  • Bila dah dapat korang punyer potential supervisor, isi online form untuk post-graduate application... Kemudian tunggu reply dari sana untuk dapatkan offer letter... Lebih elok kalau korang dah apply mana-mana scholarship dulu.. Apply jer dulu.. DURATION TIME: 1-2 bulan...

  • Pasal scholarship... biasanya dia nak surat offer letter dulu kan... So korang masa apply University tu nanti...akan dapat conditional offer dulu.. Guna surat tu apply scholarship... dapat scholarship..hantar bukti ke pihak University untuk dapatkan Unconditional offer letter... Yang ni korang akan dapat CAS number.. Nanti aku terangkan di next entri apa itu CAS dan apa guna dia.. DURATION TIME: 3-4 bulan

  • Bagi sesetengah bidang, terutama di UK, kene apply ATAS - Academic Technology Approval Scheme... Nie dikeluarkan oleh ministry di sana.. Dapat je offer letter, terus apply benda nie.. Sebab prosesnya lama.. DURATION TIME: 4-5 minggu
  • Kalau macam aku, tempat keje aku IPTA... So lepas dah dpt surat offer letter, apply cuti belajar.. Apply nie senang jer... tapi prosesnya lama nak diluluskan sebab cuti belajar nie berkait rapat nak dapatkan scholarship... DURATION TIME: 3-4 bulan...

  • Bila dah dapat offer letter scholarship dan cuti belajar...kene setelkan segala dokumen bagai tu... DURATION TIME: 2-3 minggu

  • Apply VISA online... Dengar online ingat cepat la proses kan... huhu... Preparation tu dah la banyak kene get ready... Contohnya kene ada alamat korang di sana (luar negara.. so kene settlekan tempat tinggal dulu).. kena ada Financial Affidavit..kene setel semua proses di atas..dan sebagainya... Pastu prosesnya lama bai... Bayaran tak yah cakap la.. mahal giler.. nanti aku citer detail di next entri jugak... DURATION TIME : 2-4 minggu

  • Bila dah setel sumer.. VISA dah dapat.. semua dah beli... Booking tiket dan fly.... DURATION TIME: 2-3 minggu
Ok... tu secara ringkas la kan.... Detail di sebalik proses... pergh.. memang banyak benda kene buat dan sangat leceh proses dia... Ada yang kene buat Medical Check-up la... kene buat Tuborculosis test la..kene buat terjemahan dokumen la....macam-macam... So, selama beberapa bulan tu... takde masa nak bergoyang kaki... dan kebanyakan proses tu memang fix masa dia.. Sebab prosedur proses dia memang macam tu....so... paling-paling cepat pun korang tetap bergelumang dalam proses nie mungkin dalam 6 bulan (boleh kata impossible jugak la kot)... He he....so be prepared la sesape yang rasa nak sambung belajar ke luar negara....

Aku masa tulis entri nie dah dalam fasa terakhir... Ada lagi yang kene setelkan... Kepada yang rasa nak sambung belajar ke luar negara... prepare la timeline korang elok-elok... bukan senang yer.... tu baru proses nak sambung... masa sambung tu...lagi la kan...he he... 

P/S: Semoga Allah permudahkan proses sambung belajar ku...Aminn.. 

Thursday, September 26, 2013

Kematian: Pengalaman Dari Sudut Orang Ketiga


Semalam, 25 September 2013, adalah tarikh pemergian seorang rakan sekerja aku, atau lebih tepat pengurus kolej aku di UPM nie... Seorang yang amat berdedikasi dalam kerjanya dan baik budi pekertinya.. Al-fatihah untuk arwah yang banyak berjasa kepada kolej dan masyarakat sekitar, kepada UPM amnya...

Kirenyer mungkin nie la pertama kali orang yang aku kenali secara rapat, meninggal dunia.. Atuk aku dulu meninggal masa aku kecik lagi... budak mentah..tak tau paper lagi... Ada sorang kawan aku kat Bachok meninggal sebab accident pun aku tak sempat nak ziarah... masa tu bawak kete pun tak pandai lagi... So.. sekadar dengar je la.. nak melihat sendiri memang tak de peluang... Kali nie aku berpeluang join sendiri bagaimana seorang rakan disolatkan dan dikebumikan.... Sangat berbeza pengalamannya...

Sebelum nie dah ada turut serta dalam kursus jenazah... Ditunjukkan cara solat jenazah, dimandikan jenazah dan dikafankan... Kemudian ditunjukkan juga bagaimana jenazah disemadikan dan dikebumikan... Tapi tu semua berlakon dan bukan real punyer jenazah... Kali nie kita tengok sendiri kawan kita...dikebumikan... Ya Allah.... Lain macam rasanya....

Timbul perasaan... masa angkat jenazah arwah diangkat dari van ke dalam masjid... "Jenazah yang aku angkat nie, jenazah yang sebelum nie seorang kawan yang bergelak ketawa, berlawan cakap semasa hidupnya... Seorang yang sebelum nie hidup seperti kita juga...kini di dalam keranda yang dibawa ke dalam masjid untuk disolatkan..." Timbul perasaan yang mengatakan kita juga akan mati suatu hari nanti..... 

Masa disolatkan.... terniat di hati... segala apa yang telah dibuat, berkasar bahasa... bergaduh lantang bersuara, bergurau senda, tu sumer nyer kenangan yang takkan berlaku lagi... Aku maafkan segala kesalahan yang telah kau lakukan secara sedar atau tak tersedar..dan maafkan lah juga aku... Serius weh... Ini jer terdetik masa tu...

Masa dikebumikan... diletakkan dalam liang lahad yang sempit tu.... Aku terdetik di hati... jasad yang ditanam ini bukan lagi jasad lakonan macam dalam kursus... Dia kawan aku! Pernah berbual dengan aku..Pernah berada dalam bilik mesyuarat yang sama dengan aku... Dia pernah berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan aku... Kini berada dalam kubur yang tak sape jangka secepat ini masanya.... Ya Allah... banyak perkara yang aku terfikir masa tu... Berada dalam keadaan percaya tak percaya... Bagaimana pula perasaan ahli keluarganya?

Cuba bayangkan kalau yang dikuburkan itu adalah kita..... Kita yang banyak dosa dan tak sempat untuk menebus dosa-dosa yang lalu.... Kita yang baru sahaja bergaduh,menengking mak bapak, meninggikan suara semasa hidupnya... Kita yang meninggalkan ibadat solat dan puasa secara sengaja tanpa rasa bersalah... Kita yang baru lepas minum arak dan melakukan maksiat dan kezaliman... Kita yang zalim dalam menimbang tara segala hak-hak orang lain dalam perniagaan dan pembahagian harta..... Cuba bayangkan... Matinya kita dalam keadaan yang hina seperti tu... Berkaca jugak mata aku masa tu...mengenangkan kalaulah aku mati hanya meninggalkan keburukan dan kecacatan dalam agamaku....Tidak meninggalkan satu habuk pun kebaikan kepada yang masih hidup... Allahu Robbi....Jauhkanlah Ya Allah....

Semasa tanah dikambus dan ditarik masuk ke dalam kubur... Terdetik lagi... Kita dijadikan dari tanah...dan ke tanah jua kita dikembalikan.... Apa jua pangkat dan darjat kita di dunia... Ke tanah juga kita dikembalikan... Segala apa pakaian mewah yang kita agung-agungkan... kain kafan juga pakaian mati kita.. Segala apa harta dan kekayaan yang kita kejar... rumah kubur juga kita disemadikan... Sehebat mana pun kita di dunia... Hanya amalan agama kita juga dijadikan bekalan.... Bersediakah kita ke alam kubur ini? Cuba tanya diri masing-masing... Sudah banyak kah amanah saham kita untuk ke kubur? 

Semasa dibaca talkil dan doa-doa di kubur... Aku lihat sanak saudara arwah bersedih meratapi pemergiannya... Aku terfikir... Jika aku yang berada dalam situasi tu... apa reaksi aku? Dan jika aku yang berada dalam kubur tu... apa reaksi keluarga ku? Ya Allah.... memang lain rasanya...Kita akan rasa kematian tu sangat dekat dengan kita.... Sebab tu kita dinasihatkan, jika ada kematian orang kenalan kita... Join lah sekali masa jenazah tu disolatkan dan dikebumikan... Kerana ia akan mengingatkan kita kepada kematian...

Jika kita takut nak join perkara macam nie... Takut nak berada dalam situasi ini... Mungkin maknanya kita sebenarnya belum bersedia untuk mati... Kita tahu kita jahil..kita tahu kita ni alpa dan lalai... Tapi ramai dari kita selesa dengan kelalaian tu.... Selesa dengan kejahilan yang dah lama bersemadi dalam kehidupan kita sejak bertahun-tahun... Cubalah berada dalam proses kematian nie... Mungkin ia dapat melembutkan hati kita yang keras dan ego sombong nie... Cuba lah hayati detik-detik kematian itu.. Ingat...YANG HIDUP PASTI AKAN MATI... Kerana MATI ITU PASTI.... Dan kita juga akan mati suatu hari nanti...

P/S: Semoga arwah berada dalam golongan orang-orang yang beriman...Aminn

Monday, September 23, 2013

Flora Cafe The Ampwalk | Refreshing Place, Santapan Romantik


Sekali lagi aku dijemput oleh rakan-rakan bloggers untuk join satu job mencuba makanan secara percuma... Sebelum nie dapat job ke LavaGrill Burger Bakar kan.... Kali nie pulak kitorang dapat mencuba di Flora Cafe The Ampwalk, dekat Jalan Ampang... Kesimpulan dari aku... Refreshing.... soothing... dan so romantic! :D

Signage dier... Flora Kafe...
Tempat dia dalam Ampwalk Mall.. bersebelahan dengan Secret Resepi.. betul-betul dekat pintu utama mall tu... Sebelum nie aku pun tak tau sangat kewujudan Ampwalk nie.... Kirenye nie la first time masuk Ampwalk nie... Flora Cafe ? First time jugak.... Untungnya jadi bloggers... Salah satu kelebihan.... Sape kate bloggers nie sia-sia kan... hehe

Di Flora Cafe nie memang romantik... Mana tak romantik... kedai makan yang penuh dihiasi dengan bunga-bunga yang cantik dan menenangkan jiwa.... Meja makan pulak dihiasi candle light berpantulkan cahaya bekas yang merah malap... ditambah dengan taburan kelopak bunga ros... Pergh... Kalau makan berdua dengan wife aku nie... rasa macam tengah berdating kot..... Tapi apakan daya... ramai la pulak.. (hahahaha..kurang asam kan statement nie..)

Bahagian atas penuh dengan bunga-bungaan... Feeling in the heaven yo!
Ada Bunga tak berkumbang dan lilin yang tak merbahaya.. So romantik..
Kitorang berkumpul kat Flora Cafe nie lebih kurang pukul 3 petang waktu Malaysia... Sesampai je sume orang... terus buat kecoh... Biasa la kan...salam bersalam.. cium-cium pipi (gugurl je tau).. Lelaki pulak.. tumbuk menumbuk...bergusti terus! (Amboi..agak-agak la nak menipu kan..gyahaha) Lepas tu... Snap sana snap sini nak upload dalam facebook dan blog (Dah memang tu keje kitorang).. Lepas tu menunggu makanan sampai.... Sambil menunggu sambil berborak topik tu topik nie... Persediaan untuk bahan artikel dalam blog nanti... 

Makanan yang dihidangkan aritu ialah sup bebola ikan... lontong... sayur lemak.. daging masak kicap berempah... ikan masak merah... ikan masak cili.. ermmm.....ape lagi ek.... nasi putih (tak cakap pun takpe kan..haha).. dan sebagainya.... So..ape lagi...selamat membuka selera....nyum! nyum! .. Nak rasa jugak? Haa...datang la ke Flora Cafe di Ampwalk nie....he he

Ikan Masak Merah.. Bon Appetit!!
Ikan Masak Cili Ijau..
Sup Bebola Api.. Ops..Bebola Ikan!
Daging Masak Kicap Berempah ala Flora Kafe yang gojes!
Susunan santapan yang mantap dan enak!
Manager Flora Cafe bagi briefing kat kitorang..
Lepas dah habis merasa makanan utama.... Kami disajikan pulak dessert... Pengat pisang dengan pisang ape tah... lupa pulak tanya nama jenis masakan dessert yang sangat sedap tu... Rasa lemak berkrim dengan pisangnya yang separuh kering cenggitu..... Memang syok la... tapi dapat rasa sikit je sebab duk kalut jaga anak masa tu....huhu

Dessert yang aku tak tau apekernamer... Tapi sedap!
Pengat Pisang bersagu..
Lepas habis sumer...ingat dah tamat la kan...rupanya ada lagi....surprise befday cake untuk rakan blogger yang comel dan cool nie.... Najeeb Ali... eh silap... Najeeb Abdullah.. Siap menangis terharu lagi (tambah elemen drama sikit ape salahnye kan...) ... he he.. Nasib baik tak bagitau kat sumer orang...kalau tak..dah siap bawak dah telur..tepung..kuah roti canai...dan sebagainya untuk dijadikan bahan sambutan....muahaha Selamat Hari jadi kawan... semoga bertambah murah rezeki anda.....amin :)
Si befday boy...
Kek befday dia.. Kitorang yang habiskan..huhu
Overall mark untuk The Flora Cafe..... superb! Tempat makan yang sangat soothing dan refreshing... Sesuai bagi yang suka dengan mood English style dan penuh dengan bunga-bungaan.... Makanan ok... sedap dan menyelerakan..... harga dia...ok... Kalau sekali sekala datang menyambut hari yang istimewa.. Nak propose sesape... Sangat Ok! Nak belanja aku makan... tersangat la OK!! :)

Gaya anak aku posing.. Acecece
Hah..menggatal dengan sapa tu Izz~~
Bloggers yang awesome!
Kepada yang berminat nak mengunjungi ke Flora Kafe yang so romantik nie.... Boleh la ke alamat yang tertera yer....::

Flora Kafe Ampwalk,
Lot G.08B-1, Ground Floor,
The Ampwalk,
50450, K. Lumpur

No phone: 03-21618010 @ 017-3024112


Thanx kepada rakan bloggers yang sudi menjemput aku dan wife.... terutama dekat Yanty... thanx jugak dekat Qaseh Dalia sebab sumer gambar tu gambar dari album dia kat Facebook..hehe. Kalau ada masa ajak la lagi.... Memang sangat tepat pada waktunya sekarang nie.... poket dah kering weh! hahahaha.. Menunggu akhir bulan menadah gaji je sekarang nie... The big project is coming.... :)

P/S: Kalau tahu awal-awal, boleh ajak sambut anniversary kat sini... Sesuai sangat..;)