Saturday, August 25, 2018

Penjajahan China Secara Ekonomi Di Malaysia | Sejarah Perang Trojan

China banyak melabur projek mega di seluruh dunia. Bukan setakat di Malaysia, tapi di dunia. Negara Eropah turut sama menerima pelaburan dari China, apatah lagi negara Asia yang berkelas negara dunia ketiga, dan negara membangun. Bantuan ekonomi dari China sangat ditagih untuk mendapatkan modal pembangunan negara. 

Tapi jika kita pandang dari sudut kaji dan selidik, bukan secara membabi buta menyondol tanpa ilmu di dada, mengapa China "sangat berbaik hati" dan "sangat berminat" melabur di negara asing? Kita lihat dari konsep bisnes.

Dalam bisnes, tidak ada istilah BANTU. Dalam bisnes, hanya ada satu istilah yang dikejar, iaitu UNTUNG. Dalam satu syarikat, amat bodoh jika dibuat satu pelaburan yang memang akan rugi dan tidak memberikan hasil. Sudah pasti akan ada keuntungan jika mereka berani melabur di dalam sesuatu bidang atau kawasan. Untung di sini adalah kepada yang melabur, bukan kepada yang dilabur. Pernah dengar konsep "Payung" dalam bisnes construction satu ketika dahulu? Yang mematikan banyak syarikat kontraktor kecil-kecilan, mengkayakan syarikat berstatus jerung?

Negara China banyak terlibat dengan projek mega di Malaysia. Ramai beranggapan projek itu banyak membantu rakyat negara kita. Ada juga beranggapan seolah-olah kita sedang menjual negara kita kepada China. Ada juga berkata, projek itu ibarat satu bantuan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat kita yang kecewa dan merajuk dengan kesusutan proses pemodenan negara di beberapa buah kawasan.  

Aku bagi beberapa analogi yang boleh anda fikir sendiri. Sini bukan sembang politik caca marba. Sini kita sembang secara neutral dan lihat melalui mata burung helang, bukan dari mata katak di bawah tempurung. 

Analogi pertama: Perang Trojan. Siapa tahu kisah perang trojan? Peperangan orang Yunani dengan Trojan. Dipendekkan cerita, Yunani pening kepala macam mana nak kalahkan Trojan yang mempunyai negara yang kecil, tapi hebat dalam peperangan. Jadi, si Yunani guna helah. mereka menyerah kalah, dan menghadiahkan patung gergasi berbentuk kuda kepada Trojan. Wah... sukalah si Trojan sudah menang perang dan dapat satu patung untuk disembah kepada Tuhannya. Geng penyembah berhala nie kalau dapat patung lagi besar, lagi suka. Ibarat satu HADIAH YANG DITUNGGU-TUNGGU la kan.. 

Jadi, bila patung tu dah dimasukkan dalam kota Trojan, waktu malamnya ketika ramai Trojan sudah nyenyak tidur, tentera-tentera Yunani yang berada DI DALAM PATUNG tu keluar dan membunuh kesemua rakyat Trojan. Hasil dari satu taktik yang nampak seperti MENGUNTUNGKAN Trojan, tapi menjadi satu titik tolak pupusnya kaum Trojan. 

Faham?

Baik. Analogi kedua, dari sudut bisnes. Syarikat A lebih kaya, syarikat B masih dalam proses krisis kewangan. Bila A tawarkan B nak bantu, adakah si A akan bantu secara sukarela tanpa harapkan keuntungan berlipat ganda?? Orang bisnes mesti faham nie. Syarikat A dah kaji habis sebelum buat tawaran. Si B mungkin tak sempat nak kaji habis sebab banyak benda nak fikir untuk survive. 

Maka diberi syarat kepada si B. Kalau nak bantuan dari A, begini begini begini syaratnya. Tak nak folo, babai. Cari orang lain. Maka disebabkan terpaksa.. si B sanggup. Apa syaratnya? Yang pasti, syarat itu pasti menguntungkan si A. Silap-silap separuh shareholder syarikat dijual.. Atau terus jadi anak syarikat si A, sebab share dijual melebihi majoriti. Apa jadi? Jadilah B mengikut arahan si A. dicucuk hidung ke sana ke mari. Tak ikut, bantuan disekat. Tak ikut, syarikat lingkup. Segala barang si B akan jadi hak milik A. Sounds familiar? 

Pernah dengar syarikat beli syarikat? Pernah dengar tak syarikat tolong syarikat tanpa harapkan ganjaran? Sama juga kes tentang negara dengan negara. cuma ia lebih rumit dan kompleks. Setakat dengar berita dari TV, dari media sosial, dari mulut ke mulut, tak sampai ke tahap pemahaman sebenar tindakan mereka di atas nun sana. 

Jika dilihat dari analogi, dan juga pandangan neutral. Tindakan negara China sudi melabur di negara asing adakah satu tindakan mencari keuntungan jangka masa panjang. Kita tahu mereka pernah cuba menakluk seluruh dunia. Kita tahu sifat mereka yang bijak dalam ekonomi dan pelaburan.Tidak mustahil agenda penaklukan mereka masih ada di dalam kamus mereka.

Cuba baca apa yang sudah berlaku di negara luar. Sri Lanka contohnya. Dah jadi lembu dicucuk hidung oleh China. Adakah kita akan menerima nasib yang sama? Kalau disebabkan nak buat satu projek mega UNTUK RAKYAT, mengapa tidak berikan satu cadangan kepada rakyat dahulu dan berikan details apa signifikan dan kesan kepada rakyat itu sendiri yang perlu dibayar untuk merealisasikan projek mega tersebut, tanpa menagih kewangan negara luar? Kalau rakyat sanggup, silakan. Kalau rakyat tak sanggup nak tanggung kesusahan berpuluh tahun demi pemodenan tanpa hutang, baik kita lupakan dulu.

Bina apa yang kita mampu sahaja. Perlu ke kita tambah hutang untuk ikut arus pemodenan? Contoh yang senang, kehidupan anda sendiri. Mana yang anda nak, hidup mewah tapi hutang keliling pinggang atau hidup selesa tanpa hutang? Bagi saya, saya lebih kepada hidup selesa biarlah dalam kesederhanaan, tapi tanpa hutang. Biarlah biasa-biasa, asalkan hidup aman dan tenteram tanpa sibuk nak fikirkan masalah hutang, stress itu ini. Sama juga macam negara. 

Fokus kepada apa yang lebih penting. Bina masyarakat yang lebih berdisilpin. Jadikan negara sebuah negara yang boleh berdiri sendiri tanpa mengharapkan bantuan luar dahulu. Sumber kita ada, kebijaksanaan sudah terbukti ada jika dikaji dari sejarah lama, cuma masyarakat kita sahaja memandang rendah kepada diri sendiri. Itu yang perlu diubah dahulu. Kembalikan zaman kegemilangan Melaka. Usah dikejar pembangunan pencakar langit, sistem pengangkutan yang moden jika kita masih belum mampu dari segi ekonomi. Jangan terikut sistem hutang bank. Sistem cekik kasi mati. 


Thursday, August 16, 2018

Khidmat Istimewa Sewa Marquee Tent, Sewa Kanopi, Dan Kelengkapan Event | One Stop Center

Kepada yang sedang mencari marquee tent untuk disewa, atau kanopi untuk event anda, boleh menghubungi nombor ini : 011-1697 4697 (Call dan Whatsapp). Segala jenis marquee tent dan kanopi tersedia untuk anda sewa, tertutup atau terbuka. Bukan itu sahaja, boleh sewa bersama dengan kelengkapan lain termasuk aircond, genset dan air cooled chiller. 

Untuk saiz marquee tent, kami ada saiz lebar bermula dari 5 meter hinggalah 40 meter mengikut kesesuaian majlis anda. Nak dapatkan transparent wall pun boleh, nak berhias dengan fairy lights pun boleh. Anda minta, kami sediakan. 

Trending sekarang, banyak majlis dibuat menggunakan sewaan marquee tent. Contoh event ialah ekspo, karnival, perkahwinan, perasmian, roadshow, dan lain-lain. Ada juga digunakan untuk warehouse dan juga struktur sementara untuk tempoh setahun atau lebih. 

Ini adalah beberapa contoh marquee tent dan kanopi untuk anda sewa: 

Marquee tent saiz 40 meter

Marquee tent saiz 35 meter beserta chiller

Marquee tent saiz 30 meter dengan transparent wall

Marquee tent tanpa dinding saiz 15 meter

Gazebo kanopi dengan dinding PVC 6 meter x 6 meter

gazebo kanopi 6M x 3M

Event dinner dengan marquee tent saiz 25 meter lebar

Marquee tent saiz 20 meter lebar

Marquee tent dengan French wall saiz 15 meter

Marquee tent saiz 10 meter dengan self contained aircond 

Gazebo kanopi dengan hiasan

Modular tent
Semuanya kami boleh supply untuk anda. Boleh hantar inquiry anda kepada saya di:

ahsannurmubarak@gmail.com

Atau call di nombor yang diberikan di awal entri tadi. 

Khidmat sewaan disediakan untuk SELURUH MALAYSIA. Yang mana di kawasan Selangor, boleh berjumpa dulu dengan saya untuk perbincangan lanjut. Saya akan cuba yang terbaik untuk memberi khidmat yang cemerlang untuk anda. 

Jika ingin dapatkan ONE STOP CENTER untuk event anda, saya boleh sediakannya. Kami juga ada sewaan aircond, sewaan air cooler, sewaan genset, dan segala kelengkapan event seperti mist fan, kerusi meja, stage, platform, lampu chandelier, hiasan khemah, dan lain-lain.